Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

36- Picture & Letter

HUJUNG MINGGU. Buat apa lagi kalau tak mengemas rumah sebesar alam ini? Nak pergi kerja? Heh, dah masuk 2 minggu Jasmine kena gantung kerja dengan alasan yang tak berapa nak kukuh tu. Maka dengan membuat kesimpulan yang tepat lagi kan bijaksana, kalau dia tak kemas rumah, dia nak buat apa?

Jari-jemarinya seumpama dipatah-patahkan sahaja. Ala, yang orang buat krukk krapp jari tu? Tahu kan? Kalau tak tahu, buat-buat je tahu.

Dia mulai menyarungkan tudung untuk keluar daripada bilik pertama yang sudah siap dikemas itu iaitu bilik perkongsiannya dengan Caden.

Bila tengok balik kan, kalau kita dah kahwin nanti. Kita kena kongsi bilik kita dengan 'stranger' sepanjang hidup kita kan? Bayangkan, bangun-bangun je dah nampak muka si suami atau si isteri.

Kaki dihayungkan ke bilik berdinding kuning yang sempat digunakannya sewaktu pertama kali dia menjejak kaki ke rumah ini sebagai seorang isteri kepada Sayf Muhammad Maleeq atau yang lebih dikenali sebagai Caden Gilbert.

Tombol pintu dibuka dan dia menemui Caden tidur berbaring di dalam bilik itu. Patut la 1800 tahun dia cari, masih tak jumpa-jumpa. Baring kat sini rupanya. Ingatkan pergi kerja.

Dia berjalan ke arah katil bercadar merah jambu itu. Berbeza dengan warna cadar sewaktu dia menjejakkan kaki buat pertama kalinya ke rumah ini. Sewaktu dia 'diculik'.

Birai katil itu sedikit tenggalam kerana diduduki oleh Jasmine. Tangannya naik menepuk perlahan lengan suaminya yang sedang nyenyak tertidur itu.

"Sayf, bangun... Tidur dalam bilik kita tu, saya dah siap kemas. Saya nak kemas bilik ni pula". Bukan niat sebenarnya untuk menganggu lena Caden akan tetapi kalau dia mengemas sambil ada jejaka itu di situ, masuk habuk la rongga pernafasan member nanti.

"You're not a maid". Dia mengambil tangan isterinya dan mengucupnya lembut.

"Saya bosan la. Kasi la saya kemas. Malam nanti, saya manja-manja dengan awak. Saya suka tau manja-manja dengan suami hot saya ni. Rawr!". Jasmine membengkok jari jemari tangan kanannya gaya harimau. Sebelah matanya dikenyitkan kepada Caden.

Lelaki itu apa lagi, terus bangkit la daripada kema-, bangkit la daripada tidur.

" Nakal nya". Caden tersenyum nipis. Suka dia lihat perangai nakal isterinya ini. Suka sangat dia apabila Jasmine mengusiknya. And he loves it when she admires his body.

"Tengok la isteri siapa?". Dia mengeyitkan sekali lagi matanya.

"Ya, isteri aku". Caden bangun lalu menggeliatkan badannya. Lenguh juga figura tinggi itu apabila tertidur di katil bujang saiz kanak-kanak itu. Macam mana la Jasmine boleh tidur sebelum ni kan?

"Awak pergi la mana-mana dulu. Nanti saya siap kemas satu rumah, saya cari awak". Ini terlebih rajin namanya.

"For I don't even care whoever sake it is, you aren't a maid, Nazia". Sisi kerisauan Caden sudah mula memuncak apabila terdengar sahaja yang isterinya nak kemas satu rumah agam itu sendiri.

"Ala, kan saya dah cakap yang saya bosan...".

"Just don't overwork yourself, okay? Im worried, sweetheart".

"Okay, Sayf. Awak jangan risau. Sekarang, awak keluar. Saya nak kemas bilik ni. Lepastu bilik-bilik yang lain".

Caden angguk sekali dan terus keluar daripada bilik itu. Pintu bilik dikatup rapat dan dia mengeluarkan telefonnya.

"Melvin. Ask every single person in this house to clean every single room without leaving any single dust on the floor. Kemas semua termasuk dapur, black room, bilik tetamu. Semua. Kecuali, bilik aku, bilik kerja aku dan bilik berdinding kuning. Kena siap dalam masa satu jam. Kalau tak sempat, kau call as many maid  as you want. Pastikan dalam masa satu jam, siap semua. Understood?". Arah Caden panjang lebar.

Punya la tak nak isterinye kemas satu rumah seorang diri. Sayang juga dia ya, dekat Jasmine?

" Faham, Gil. Sekarang juga aku bagitahu yang lain". Suara Melvin di corong telefon itu menyetujui segala kata Caden tanpa satu soalan pun terkeluar daripada bibirnya. Because as a loyal one, he knows, every word that is coming out of Caden Gilbert's mouth is a command that everyone shall follow or do without asking even a question.

🦋

DAH siap kemas bilik berdinding kuning itu, dia mulai beralih keluar untuk ke bilik baju Caden pula. Hampir sejam juga la dia mengambil masa untuk mengemas bilik kuning itu. Sebab bilik itu agak banyak dipenuhi dengan habuk. Lagi-lagi bahagian tingkap dan almari mainan.

Almari mainan?

Nama pun bilik budak kan?

Sliding door dilapisi tinted hitam ditolak untuk membuka gerbang ke bilik baju yang sederhana besar itu. Sebelum itu, tak lupa juga dia memasukkan password di pintu itu yang merupakan tarikh lahirnya.

Agak pelik sebab rasa-rasanya Caden macam tak pernah tanya pula tarikh lahirnya. Mungkin dia curi-curi tengok IC masa nikah ekspres haritu kut.

Pelik kuasa dua. Nak tahu kenapa?

Bilik baju pun nak letak sliding door berkata kunci bagai. Ada apa dalam ni yang berharga sangat? Sepanjang dia masuk untuk hampir sebulan lebih kahwin dengan Caden, tiada apa yang berharga sangat pun selain daripada jam, baju, bla bla bla. Okay, okay. Ada lah. Sebab pakaian dan aksesori dia semua mahal-mahal. Biasa lah, orang kaya.

Tak banyak pun yang harus dikemas di bilik ini setelah dia lihat-lihat.

Tangan Jasmine mulai naik menyusun baju kemeja kerja Caden mengikut kod warna yang sesuai. Biru dengan biru semua. Hitam dengan hitam semua. Putih, putih semua. Ha, betul, 3 warna itu sahaja yang ada di dalam almari baju kemeja Caden.

Dibuka pula laci panjang, tempat menyimpan koleksi tali leher milik dia. Tepat tekaan anda, semuanya samaada warna hitam, biru dan beberapa daripadanya bewarna coklat.

Tapi, ada sebuah tali leher yang masih elok berada di dalam kotak yang agak berhabuk di hujung laci itu. Tali leher itu bewarna hijau persis warna matanya. Siapa yang bagi?

"Dia beli ke?". Baru sahaja dia mahu menggapai tali leher itu, sesuatu yang lebih menarik perhatiannya menyebabkan dia menolak laci itu untuk menutupnya.

Terukir senyum lebar di wajah polosnya.

Tangannya mencapai sebuah hanger yang menggantung sebuah skarf hijau yang terlipat kemas. Dia ingat lagi, ini skarf yang dia beli untuk Caden semasa pertama kali Aidan menemaninya untuk keluar makan.

Dia atas badan hanger kayu itu tertulis:

from my beloved wife, my sweetheart, my everything

Agak terharu Jasmine apabila membaca ukiran di atas hanger kayu itu. Tambahan pula perkataan-perkataan itu diukir dengan cursive font.

Skarf itu diletakkan semula di tempatnya dan dia melihat sekeliling.

"Hm, dah kut. Dah bersih dah ni". Jasmine tersenyum puas sambil bercekak pinggang sebelum melangkah keluar.

🦋

KINI dia berdiri di hadapan pintu bilik terakhir di tingkat 3 itu. Bilik yang sekali pun dia tak pernah jejak kaki.

Bilik kerja Caden.

Seperti sudah diagak, pintu bilik itu juga berkata kunci. Dan kata kunci itu sama persis seperti kata kunci pintu bilik baju itu.

Pintu dikuak dan dia mulai meneroka ruangan itu.

Hiasan dan aturan perabotnya cukup kemas. Warna hitam mendominasi segenap ruangan itu. Daripada cat dinding, warna kerusi, meja dan...

... koleksi riffle, sniper dan beberapa lagi jenis senjata yang terpapar kemas di sebalik salah satu rak berkaca yang ada di dalam bilik itu.

"Seram". Gerun juga dia apabila melihat sebegitu banyak senjata api yang dipajangkan. Siapa je tak gerun kan? Habis naik bulu lengan Jasmine.

Jasmine mulai menyapu-nyapu meja dan permukaan almari kaca yang ada di dalam bilik itu menggunakan penyapu bulu ayam. Kemas sangat bilik ni, sama seperti bilik baju tadi. Tak banyak yang perlu dikemas. Mungkin sebab Caden selalu masuk kut.

Sebuah pintu kecil kabinet yang ada di sudut bilik itu menarik perhatian Jasmine kerana ada terukir huruf J dan N di atasnya permukaannya.

Dia pun apa lagi, terus dia letakkan penyapu bulu ayam yang dipegang ke atas meja kerja Caden dan mulai membuka kabinet kecil itu.

Bahagian dalam kabinet yang agak berhabuk itu hanya menyimpan 2 barang iaitu sekeping sampul surat dan sebuah kotak kecil bewarna coklat.

Bukannya mahu menyibuk, tapi rasa ingin tahu menguasi dirinya dan dengan itu, dia membuat keputusan untuk mencapai sampul surat itu.

Habuk yang ada di atasnya, ditiup-tiup sebelum dia melihat kiri kanan lalu membuka sampul surat itu.

Di dalamnya ada sekeping surat yang ditulis di atas kertas kajang yang sudah kekuningan warnanya dan ada sebuah gambar yang seperti sudah dirobek separuh daripadanya. Meninggalkan hanya...

... gambar Caden yang sedang berdiri sambil kepalanya menoleh ke kiri seperti sedang melihat sesuatu. Tidak, seseorang. Malangnya, 'seseorang' yang dilihat telah dirobek gambarnya.

"Hm, siapa ni?". Penemuan Jasmine ini membuatkan dia tertanya-tanya.

Tanpa melengah masa lagi, dia membuka pula lipatan kertas kajang itu. Di dalamnya ada tertulis:

Im sincerely sorry.
I can't accept your love, it feels so wrong.
Saya harap, awak faham.
-Caden.

Surat itu ternyata tulisan tangan Caden. Tapi untuk siapa dia tulis surat ini?

"'Saya-awak'?". Soalnya sendiri. Cukup pelik.

Dengan dia pun Caden tak pernah bahasakan diri mereka 'saya-awak'. Istimewa betul gadis ini?

"Kau buat apa tu, Nazia?". Tegur Caden.

Entah bila masa dia masuk pun, Jasmine tak pernah sedar. Terus dia cepat-cepat masukkan surat itu ke dalam sampulnya balik dan dicampak ke dalam kabinet akibat kepanikan.

Cepat-cepat dia berdiri menghadap suaminya.

" Takde apa. Saya pergi dulu. Banyak lagi bilik saya nak kemas. Hehe". Maka berlari seperti lipas kudung la, Jasmine keluar daripada bilik itu.

Tapi dia lupa sesuatu...

Gambar yang sudah hilang sebahagian daripadanya itu diambil oleh Caden. Ditenungnya gambar itu.

Dapat dia lihat, itu ialah senyuman paling manis pernah terukir di bibirnya selain daripada senyuman ketika dia berada di sisi isterinya.

"She knew. Im sorry sweetheart for keeping this as a secret. Kau pasti tak akan maafkan aku kalau kau tahu perkara sebenar".

🦋

Ha suspen ke tu?
Siapa perempuan dalam gambar yang terkoyak tu?
Korang boleh teka tak?

(posted this early cuz this story had reached 1.9K,YEAYYY!)
(whenever it reached 2K, i'll post 3 chapters sekaligus)

[update pasal crush i]:
hrini i nampak dia masa solat subuh berjemaah tadi, dia pakai tshirt hitam, kain pelikat hitam + kopiah putih 🦋

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro