Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

35- Sejarah Rumah Agam

MAHU meninggalnya Caden. Kepenatan sebab dah merata-rata dia cari Jasmine. Dalam bilik, tiada. Dapur tiada. Satu rumah dia cari, bayang-bayang Jasmine pun tiada. Hampir pitam dia dibuatnya.

Kaki akhirnya melangkah keluar daripada rumah agam itu dan barulah dia boleh menarik nafas lega apabila melihat sang isteri sedang memegang telefon dan merakam...

... Aidan yang berkaca mata hitam dan menari-nari di tengah halaman rumah itu.

"Got my mind on your body and your body on my mind~
Got a taste for the cherry, I just need to take a bite~". Dua baris lirik itu diulang-ulang oleh mulut Jasmine. Sesekali terdengar juga lirik lagu itu keluar daripada telefon yang dipegang oleh Jasmine.

"Tak jadi! Sekali lagi". Dapat dilihat daripada jauh Jasmine yang sedang tergelak besar sambil mengarah-arahkan Aidan untuk memulakan semula tariannya.

"Dah 80 kali aku ulang benda sama, Jasmine. Apa kata kau suruh laki kau pula?". Aidan sampaikan terduduk di atas rumput bersih di halaman itu akibat kepenatan. Penat melayan karenah isteri orang ni.

"Caden mana ada. Kan saya dah cakap, dia dan yang lain ada kerja. Jadi, awak la kena teman saya. Ala, sekali je lagi Aidan". Wanita 27 tahun yang berperangai kebudak-budakkan itu memujuk Aidan buat kali ke-81.

"Tu, Gil". Aidan menghalakan jarinya ke arah Caden yang sedang duduk di kerusi besi yang terletak berdekatan dengan tempat mereka 'bermain'.

"Eh, awak". Jasmine melambai-lambai suaminya.

"Ha, suruh lah dia".

"Tak nak la, tak berani". Jasmine menolak cadangan Aidan.

"Dengan aku, kau berani pula? Kejut aku pukul 7 pagi semata-mata nak suruh aku gelek dekat tengah-tengah halaman rumah ni. Ni kalau jiran nampak, confirm kena sindir". Aidan mendengus. Apa lah nasib dia sampaikan kena ikut cakap isteri orang ini. Kang kalau tak ikut, buatnya dia mengadu dekat Caden, masak lah dia. Tapi, Jasmine bukan jenis macam tu.

Well, akhirnya dia ikutkan sahaja. Tak salah pun kan joget di pagi hari sekali sekala?

"Kenapa ni?". Suara Caden sambil kakinya berjalan mendekati mereka berdua.

"Bini kau ni la, Gil. Dah 80 kali dia suruh aku joget benda sama".

"Joget jela, apa susah?". Giliran Caden pula untuk tergelak besar. Ada ke dalam sejarah ahli Keluarga Velkovace yang pernah berjoget macam Aidan ni? Takde nya. Kalau fikir balik, berani betul Jasmine menyuruh Aidan ya? Ni kalau wanita lain atau rakan-rakannya yang lain menyuruhnya untuk berjoget macam ni, mati hidup balik mati balik pun dia TAK AKAN BUAT.

"Aku penat la wey, sumpah". Aidan yang terduduk di rumput itu daripada tadi lagi menahan lelah.

"Rehat dulu. Nanti sambung. Kalau kau buat sampai jadi, kereta yang kau nak tu, aku belikan". Bisik Caden di telinga Aidan membuatkan mata lelaki muda itu bersinar-sinar.

"McLaren 720S?".

Caden angguk sekali.

"McLaren 720S apa?". Jasmine bertanya kerana berasa ingin tahu. Dia paling pantang kalau orang berbisik-bisik depannya. Tak tahu Ustaz Azhar Idrus cakap, kalau duduk bertiga, jangan berbisik berdua. Nanti orang ketiga tu terasa hati.

"Takde apa. Sambung la buat video tu. Aku nak duduk dekat kerusi tu, sambil tengok kau berdua". Dia menggosok-gosok kepala Jasmine dan duduk semula di kerusi besi itu sambil bersilang kaki. Meninggalkan Jasmine dengan kekeliruannya di situ. Orang Terengganu panggil, 'kebengongan'.

"Okay, Aidan. Sekali je lagi. Saya janji, ini yang terakhir". Jasmine buat muka comel macam anak kucing gitu. Harapnya jejaka yang belum mandi ni akan turuti yang permintaannya itu.

"Yelah, yelah. Kira tau".

"Okay! 1, 2-".

"Hai, guys".

Baru sahaja dia nak tekan butang untuk merekod video gelek Aidan itu, terdengar suara orang daripada pintu pagar hadapan. Actually, suara tu dah begitu hampir dengan mereka berdua.

Dan apabila mereka menoleh, kelihatan seorang wanita tinggi tetapi lebih rendah sedikit daripada Aidan, memakai kaca mata hitam, berdiri tegak di hadapan kami. Dia seakan terpaku di situ.

"Siapa tu?". Jasmine berbisik kepada Aidan. Takut-takut si wanita terdengar. Terasa pula dia nanti.

Aidan hanya mengangkat bahu. Matanya masih fokus kepada wanita itu.

"Kenapa tengok I macam tu? You all ni siapa? Kenapa main dekat kawasan rumah mama I ni?". Gadis itu telah mengambil keputusan untuk menuduh melulu. Tak, sekarang ni siapa yang salah rumah? Dan macam mana perempuan ni boleh masuk?

"Ni kawasan rumah Tuan Caden Gilbert, cik-".

"Elijah Natasha". Dia membuang kaca mata hitamnya dan menghulurkan tangan untuk menyalami Jasmine.

"Jasmine". Jasmine pun tunggu apa lagi? Terus dia sambut la tangan Elijah yang pegun di udara itu walaupun dia cukup asing dengan wajah ini. Kang kalau dibiarkan begitu di udara, pegal dibuatnya.

"Kawasan rumah siapa you cakap tadi?". Matanya beralih ke arah Aidan dan Caden yang mulai melangkah ke arah mereka bertiga itu.

"Caden Gilbert. Suami saya. Awak ni siapa ya? Macam mana awak boleh masuk kawasan rumah ni?". Tanya Jasmine. Masih keliru tahap babun. Entah siapa-siapa perempuan, tiba-tiba je masuk dalam kawasan rumah Caden.

"Hey! Ni rumah mama I!". Elijah mendengus geram. Orang kata rumah mama orang, rumah mama orang la. Ish!

"Mrs. Christine dah meninggal setahun sebelum aku beli rumah ni". Ringkas dan padat jawapan daripada Caden.

"Siapa Mrs. Christine?". Jasmine berpaling ke belakang dan bertanya kepada suaminya. Makin lama, makin pening dia berada dalam situasi ini. Caden kenal ke dengan mama Elijah? Dah meninggal setahun lepas?

"Mrs. Christine. Wanita tua yang hidup bersendirian di rumah agam ni setahun sebelum aku beli rumah ni. Dia habiskan sisa hidup dia berseorang tanpa sesiapa dekat sisi. Termasuk lah, anak dia which is her. Miss Elijah Natasha". Caden memandang Elijah daripada atas ke bawah.

"Mama... dah takde?". Dia jatuh melutut di atas rumput bersih itu.

"Dia meninggal sakit jantung dalam rumah tu seorang diri". Tambah Caden lagi. Timbul sedikit rasa kesal di dalam hatinya terhadap Elijah, entah kenapa.

"Kenapa I tak tahu? Kenapa takde orang bagitahu I?".

Dan mereka yang sedang berseronok tadi, terpaksa la menyaksikan drama air mata percuma yang ditayangkan oleh wanita itu.

Dia menangis semahu-mahunya di atas rumput taman itu.

"Kalau kau rasa menyesal dan rindukan mak kau, pergi lah dekat taman bunga belakang rumah ni. Itu milik dia. Aku belum terfikir nak hapuskan lagi".

"Encik, tolong saya encik. Saya nak beli rumah ni. Saya sanggup bayar berapa sahaja". Elijah memegang kaki Caden, hampir menciumnya. Betapa dia hendak membeli satu-satunya peninggalan memori mendiang mamanya itu. Berapa pun kos nya, dia sanggup bayar.

"10M$. Sanggup?". Caden tersenyum sinis.

Membulat mata Elijah mendengar harga yang ditawarkan. Itu pun dah harga yang dikurangkan tau!

"Kalau tak sanggup, you better get out of here cuz Im not in the mood to welcome any guest today. Come on, sweetheart". Ayatnya terdengar seperti menyampah sekali dengan kehadiran Elijah di situ.

Tangannya langsung memaut pinggang Jasmine untuk diajak masuk ke dalam rumah. Meninggalkan Aidan dan Elijah sendiri.

"Encik...". Elijah memanggil Aidan. Lelaki itu hanya membalas dengan kerlingan sahaja.

"Tulah, jadi anak derhaka lagi". Dia tergelak sinis sebelum berjalan masuk bersams Caden dan Jasmine ke dalam rumah.

🦋

Sorry kalau chapter ni bosan sikit hehe.

Crush saya nampak handsome tadi, dia pakai baju melayu biru + sampin silver untuk solat Jumaat tadi ><

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro