31- Любовь (love)
“KENAPA awak rahsiakan semua ni daripada saya, Sayf? Awak tak percayakan saya ke? Sebagai seorang isteri yang cintakan awak, saya akan terima segala kekurangan awak. Pekerjaan awak. Semua. Kenapa? Kenapa mesti jadi rahsia? Sampai awka tahu tak, saya sendiri yang bersangka buruk dengan awak. Awak nak ke isteri awak sendiri fikir macam tu pasal awak?”. Ulas Jasmine panjang.
Secara tak sengaja, dia terluahkan perasaannya kepada Caden. Dia sendiri tak sedar. Mampus la, asal dah luah. Lega sikit kut baginya. Tak payah dia sembunyikan lagi.
“ Aku takut, kau pergi. Aku takut kau tinggalkan aku”.
“Dan sebab tu lah awak selalu tak boleh tidur malam? Awak menyeksa diri awak, Sayf. Sampai macam tu sekali? Saya dah cakap, saya tak akan tinggalkan awak selain Allah tak tarik nyawa saya. Awak dah lupa ke?”. Jasmine menyapu air mata yang mengalir di pipi suaminya. Buat pertama kali dia melihat suaminya yang sering dikatakan dingin sedingin kutub utara ini, menangis.
Ini ke ketua Velkovace yang ditakuti tu? Nak tergelak pun ada. Tapi, dia tahan. Takkan lah nak gelak situasi tengah serius ni.
“Aku tak lupa. Aku Cuma risau. Dunia kita jauh berbeza, Nazia. Dan aku takut kau tak boleh terima aku. Your job is too heal people while mine is to kill whoever trynna mess up with us”.
“Do you actually…. Kill….people?”. Jasmine bercekak pinggang di hadapan suaminya itu. Keningnya diangkat sebelah.
“Selepas kenal Islam, tak. Aku dah tak buat kerja tu. Aku Cuma uruskan perniagaan Keluarga Velkovace sahaja. Sama juga macam Aidan dengan Lee. Tapi untuk, Alex dan Melvin aku tak boleh nak jamin. Melvin is a beast. Dia takkan maafkan sesiapa yang berani sakiti keluarga dia. Death is the only way. Dia penembak paling handal dalam keluarga ni”.
“Alex?”.
“He’s a hacker. Tugas dia bukan untuk membunuh tapi untuk menggodam segala sistem. Itu kepakaran dia. Tapi, kalau keadaan mendesak, dia akan mulai membunuh. Dia berdarah separuh Jepun. He’s a pro with samurai blade. Itu senjata dia. Kalau kau rasa nak tengok, masuk la dalam bilik kerja dia. Tingkat 4”. Jelas Caden satu persatu secara terperinci. Tak mahu lagi sembunyikan apa-apa daripada isterinya.
“Bahaya la korang ni”.
“Tu salah satu sebab kenapa aku tak nak bagitahu kau. Aku takut kau fikir yang kau tak selamat bila duduk di sekeliling aku dan keluarga Velkovace. Don’t worry, sweetheart. You will never be hurt as long as you’re with me”. Tangannya mengusap tangan Jasmine.
“Terima kasih. Okay, seterusnya!”.
“Huh?”.
“Saya belum tahu lagi Lee dan Aidan buat apa”. Dia mencebik. Saja nak tarik perhatian Caden untuk bercerita lagi.
“Nak tahu ke?”.
Laju Jasmine mengangguk.
“Lee. He’s a scientist. Makmal dia ada di tingkat 4. Sebelah bilik kerja Alex. Tugas dia adalah untuk menghasilkan… hm… how do I say this? Like, drugs. Chemicals. He will kill people with his own method. Without guns, without blades. Dia akan guna racun. Deadly poison that is made by him. Tapi dia tak lakukan tu lagi. Dia tahu benda tu salah. But making drugs, I don’t know when will he stop making those”.
“Oh… nanti saya nak suruh dia buat racun. Boleh lah saya nak racun perempuan gatal tu”. Jasmine bergurau. Dalam kepalanya timbul imej Dr. Anggun.
“Perempuan gatal mana?”.
“Takde papela. Sambung, sambung”.
“Aidan. Dia masih muda. He joined Velkovace when he was 18. Lepas je habis sekolah. Keputusan SPM dia bagus, tapi dia tak mampu nak sambung belajar. Jadi, dia kerja di sebuah kedai kasut and that’s when he met Melvin for the first time. Melvin ajak dia pergi Rusia. Tinggal dengan dia. Dia ikut. Sebenarnya, dia risaukan mak dengan adik dia. Tapi, untuk nafkah keluarga, dia pergi jugak. Masa umur dia 19, dia diperkenalkan kepada keluarga Velkovace. He’s a baby in our family so we don’t allow him to kill anyone. Sebab tu, aku marah dia teruk masa dia guna pistol untuk tembak pintu kedai baju tu”.
Memori kedai baju di saat dia bergelut dengan Kasyaf, mulai memenuhi kotak ingatan.
“Sebab tugas dia senang sahaja dan of course mengikut kepakarannya. Dia hanya ditugaskan untuk menjejaki lokasi musuh. Selain itu? Takde. Yup, itu je tugas dia. Sebab tu dia selalu duduk rumah. Main game. Sebab kerja dia akan ada, bila ada mission. Yet, I pay him every month as much as RM5000, give him a house which he doesn’t use, a car, and Melvin is the one who will transfer money to Aidan’s family”. Panjang betul kisah hidup Aidan.
“Dan salah satu kerja dia adalah untuk jaga kau. Ya, kerja lain dia adalah sebagai bodyguard kau”.
“Hey! Saya tak perlukan bodyguard la!”. Jasmine memarahi suaminya. Apa? Dia dah umur 27 tahun kut. Perlukan bodyguard lagi ke?
“Perlu”.
“Tak perlu”.
“Perlu”.
“Tak perlu!”. Jasmine mulai berdiri.
“Perlu, sayang”. Caden tersenyum penuh bangga sambil menarik semula tangannya untuk duduk di sofa itu.
“Apa sayang, sayang ni. Awak sayang saya ke?”. Jasmine bertanya. Ini bukan sekadar gurauan ya? Ni memang betul-betul nak tahu.
“Да, я люблю тебя (ya, aku cintakan kau). Kenapa?”.
“Mana aci cakap bahasa lain. Saya tak faham la!”. Jasmine memuncungkan mulutnya. Tak puas hati betul dia dengan Caden ni. Suka bercakap guna Bahasa Rusia bila bercakap depan dia. Macam mana dia nak faham? Kena belajar lah lepasni.
“He said, he loves you, Jasmine”. Melvin yang turun daripada tangga sambil membaiki tali lehernya itu memperjelaskan kata-kata itu kepada Jasmine.
“Apedie?”.
“Apedie apa? Tak faham lagi?”. Caden bertanya. Senyum sinis ditayangkan.
“Bukan tak faham. Saya tak dengar la Melvin cakap apa tadi. Cakap la sekali lagi”.
“Tak nak, aku sibuk. Nak keluar byebye!”. Melvin senyum lebar sambil mengangkat tangannya ke udara. Kaki dihayun menuju ke pintu utama rumah itu.
Nak pergi mana pun tak tahu. Dia yang segak dengan tuxedo bewarna ungu gelap itu menarik perhatian Caden.
“Kau nak pergi mana, Vin?”. Tanya lelaki itu.
“1, 2, 3…”.
DING, DONG!
Tepat pada nombor 3, kiraan Melvin itu, kedengaran loceng rumah itu ditekan. Menunjukkan yang ada seseorang di luar. Siapa?
Tombol pintu dipulas oleh tangan kasar Melvin. Pintu dikuak memunculkan seorang gadis memakai gaun yang berona sama dengan tuxedo yang dipakai oleh Melvin. Gaun itu merupakan gaun two pieces. The top and the bottom were made into 2 different pieces. Namun, masih sahaja kelihatan begitu menawan di badan gadis itu.
Rambutnya pula disanggul dengan beberapa helai daripadanya dibiarkan terurai ke hadapan. Di atas sanggul itu pula diletakkan sebuah reben bewarna ungun yang lebih cerah untuk menghiasi lagi style rambut itu.
Gadis itu ialah…
Alisa Sofia Litvinenko.
“Woaaa, nak pergi date ke Vin?”. Tanya Lee yang tiba-tiba sahaja muncul.
“Lambat lagi. Aku teman Alisa pergi fashion event dia”. Riak wajahnya kembali serius.
Tangan Alisa naik melambai ke arah Jasmine yang sedang duduk bersama suaminya itu.
“Aku pergi dulu”. Katanya lalu menarik tangan Alisa untuk segera pergi daripada situ. Makin lama duduk di situ, makin banyak soalan yang bakal keluar daripada mulut Lee ataupun Jasmine nanti.
“Kau nak pergi mana pula, Lee?”. Fokus Caden teralih pula kepada Lee yang bau minyak wanginya itu macam nak tembus hidung masing-masing. Berapa botol dia siram?
“Pasaraya. Aidan suruh beli barang-barang. Dia nak masak pasta”.
“Pergi pasaraya, bau minyak wangi kuat macam ni? Kau tipu aku ke, Lee?”. Runcing Caden memandang Lee.
“Tak, ya Allah. Tak baik tuduh. Aku wangi-wangi ni, sebab mana lah tahu kan dapat jumpa jodoh dekat sana nanti”. Dia cuba buat lawak ke apeni?
“Jodoh? Supermarket?”.
“Cashier, Lee”. Jasmine mencelah sambil menahan tawanya.
“Cashier pun cashier la. Aku gerak lu. Kalau nak apa-apa, call je nanti”. Lee mengeyitkan sebelah daripada matanya dan berlari-lari anak ke arah pintu untuk keluar.
“Now, its you”.
“Apa? Apa salah aku?”. Caden tiba-tiba terasa gementar pula ditinggal sendiri bersama isterinya ini. Siapa tak gementar kalau pandang orang macam nak ditelan aje?
“Cakap la cepat, apa yang awak cakap tadi”. Jasmine menepuk-nepuk peha lelaki itu.
“Esok la, esok”.
🦋
Here your daily chapter update, sorry lambat hehe.
Author tidur dulu, tata!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro