27- Proud Husband
NOPE. They didn't do the thing that was mentioned by Caden in the last chapter. Jangan taruh harapan tinggi sangat, bestie! Tidak semudah itu ya?
Then, how did they make it up?
Easy, they didn't. Just wait for it.
Anyway back to the present...
Bangun-bangun je, Jasmine tersedar yang Caden dah tiada di tepi dia. Fikirnya mungkin Caden pergi tengok Aidan dekat bilik bawah ataupun pergi bekerja. KEJAP, KERJA?!
Dah pukul berapa ni, Jasmine?! Kau baru bangun!
Tergesa-gesa la perempuan ni ambil tuala pastu main rempuh je pintu bilik air. Nasib baik tak runtuh. Lewat punya pasal kan?
🦋
BERSIAP-SIAP, adalah makan masa dalam 30 minit macam tu. Itupun dah kira yang paling cepat tu. Biasanya lebih kurang sejam juga baru siap. Sebab kalini, Jasmine hanya mengenakan tudung sarung. Malas nak berbelit-belit sebab dah lambat!
Berlari-lari anak dia menuruni tangga rumah itu untuk menuju ke tingkat bawah.
Dia bercadang untuk pandu keretanya sendiri memandangkan orang yang biasa secara sukarela menghantarnya ke kerja sedang terlantar di atas katil. Siapa lagi kalau bukan budak bertuah Aidan tu.
Sempat lagi dia berhenti di hadapan pintu bilik tetamu yang menempatkan Aidan itu untuk memberikan sebiji mooncake yang baru sahaja abangnya hantar 2 hari lepas. Nazrien bagi dua sebenarnya. Satu, dia dah makan. Satu lagi dia nak bagi dekat Aidan.
Tapi...
Pemandangan menyakitkan hati lain pula yang terhidang di hadapannya. Matanya jelas memandang kedudukan Dr. Anggun yang sangat rapat dengan Caden. Dr. Anggun yang berdiri itu kelihatan sedang meletakkan tangannya di atas bahu Caden.
"Jasmine! Masuk la". Suara Aidan menghentikan lamunannya.
"Sebenarnya saya nak cepat ni sebab dah lewat nak pergi hospital. Tapi, saya ada sesuatu untuk awak". Jasmine masuk ke dalam bilik itu dengan riak wajah ceria yang jelas dibuat-buat. Cemburu punya pasal. Dr. Anggun ni pun satu, tak reti nak balik rumah ke? Dia tidur kat rumah Caden ke semalam?
Mooncake yang ada di dalam tote bag nya dikeluarkan dan diletakkan ke atas telapak tangan Aidan yang tersedia di udara. Dia ni memang, kalau orang cakap nak bagi sesuatu, pantas sahaja dia menadah tangan.
"Get well soon, Aidan. Jangan lupa makan tau mooncake tu". Jasmine tersenyum manis lagi sambil melambaikan tangannya ke arah Aidan dan berjalan keluar daripada bilik itu.
"Thanks". Aidan tersenyum lemah.
"You're welcome".
"You ni, Jasmine. Pergi lah buat bubur ke apa. Aidan kan tengah sakit. Mooncake buat apa?". Sinis tapi perlahan sahaja suara Dr. Anggun berkata. Makin menyakitkan hati Jasmine.
And now, she felt useless. Dia tak diizinkan oleh Caden untuk merawat Aidan semalam. Pagi ni, baru je nak bermesra dengan si budak sakit tu, diperkatakan begitu pula oleh Dr. Anggun.
Tapi dia tebal kan hatinya. Badannya dipusingkan kembali untuk menghadap Dr. Anggun.
"Suka hati saya la nak bagi apa pun. Kalau awak nak bagi bubur, pergi lah masak sendiri. Masak sekali untuk SUAMI saya ni. Dia belum breakfast lagi kan?". Perkataan 'suami' sengaja ditekan-tekan.
Matanya tajam menikam anak mata hijau milik Caden. Lelaki itu jelas kelihatan terkejut dengan kata-kata yang terkeluar daripada mulut Caden itu.
" Whats wrong with your wife, Caden?". Dr. Anggun bertanya lagi sambil tergelak sinis. Tangannya menepuk-nepuk bahu Caden.
Aidan yang terbaring dekat katil tu pun tengah pelik dengan situasi sekarang ini.
Caden lantas bangun daripada tempat duduknya dan menarik tangan Jasmine untuk keluar daripada bilik itu.
Sampai sahaja di luar rumah, dia memberhentikan langkahnya.
"Answer me honestly, sweetheart". Caden tersengih. Entah apa yang nak ditanya pun tak tahu. Sengih-sengih ni, pelik semacam je.
"Apa?".
"Are you being jealous right now or am I tripping?". Ibu jarinya mengusap sisi kedua pipi gebu milik Jasmine membuatkan lutut gadis itu terketar-ketar dibuatnya.
"Mana ada saya cemburu. Perasan betul lah awak ni, Caden".
"Don't lie to my face, Nazia. You don't even call me 'Sayf' anymore. You are clearly jealous on how close I was with Anggun, am I right?". Dah tahu, buat jugak! Dasar lelaki!
Matanya dilarikan daripada terus memandang tatapan mata hijau itu. Sungguh menawan!
" Tengok aku, Nazia. Luahkan dekat aku apa yang kau tak puas hati". Suara yang dominan tadi telah bertukar menjadi suara yang lebih lembut.
"Nak tahu sangat kan? Well, I don't like the presence of her in this house. Daripada semalam lagi kan dia duduk sini? Dia tidur sini kan? Ha, saya tak suka tu. Apa dia takde rumah ke? Last but not least, awak cakap awak tak suka sentuhan fizikal melainkan saya yang buat. Dahtu, kenapa awak bagi dia sentuh awak? Oh, one more". Jasmine kelihatan berfikir kembali untuk meluahkan perkara yang terakhir itu.
"What is it, sweetheart? Tell me".
"Kenapa awak tak mesra macam tu dengan saya kalau kita dekat public?".
"Apa maksud kau ni, Nazia?". Keningnya terangkat. Sungguh dia tak faham apa yang isterinya maksudkan.
"Kenapa awak tak mesra dengan saya macam mana awak mesra dengan Anggun tu dekat depan orang? Awak malu ke ada saya sebagai isteri awak? Awak nak orang tahu yang awak tu masih bujang? Saya-".
Tak sempat dia habiskan kata-katanya, badannya terlebih dahulu ditarik ke dalam dakapan Caden. Semerbak bau haruman minyak wangi lelaki yang dipakai oleh suaminya itu. Bau kegemarannya.
" Im sorry, Im truly sorry sweetheart. Aku tak bermaksud nak buat kau rasa macam tu. Kau isteri aku. I wanna tell the whole world about us. Tapi, dunia aku terlalu bahaya untuk tahu yang aku ada orang yang penting dalam hidup aku untuk aku pertahankan".
Terpana seketika Jasmine mendengar kata-kata ikhlas Caden itu.
"Jasmine Nur Nazia is my legal wife and Im proud of having you in my life. Aku tak nak kau fikir macam tu lagi, Nazia". Pelukan dilepas dan dia mencium lembut dahi isterinya. Matanya melembut memandang ke dalam anak mata coklat itu.
Jasmine masih terdiam.
"Kau maafkan aku?".
"With conditions".
"What are they?".
"Pertama sekali, saya tak nak lagi dia jadi doktor peribadi di rumah ni. I am a doctor, I can 200% help you guys. Kedua, saya tak nak lagi awak pakai baju ni dengan baju semalam. Bagi je dekat Melvin. Saya tak suka tengok baju yang Anggun tu sentuh. Akhir sekali, hantar saya pergi kerja. Sebab awak la, saya lambat!".
Seakan baru tersedar, jam di tangan sudah menunjukkan pukul 8.45 pagi.
" You wishes are commands to me". Dia menunduk ala-ala putera raja lalu memimpin tangan Jasmine untuk ke kereta.
🦋
First of all, AAAA THANK YOU FOR 1K READSS ✨
Second of all, here's the first triple chapter. It's quite short but I hope you will enjoy reading it.
Scroll to the next buddy!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro