Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

25- Energy Charger

"DR.". Terasa gelaran itu dipanggil. Terus dia berpaling ke arah suara yang menyebutnya.

"Baru balik kerja ke?". Melvin bertanya. Dia menghampiri Jasmine dan berdiri di hujung sofa. Lengannya digosok-gosok bersama satu sama lain.

"Kenapa awak ni, Vin? Ya, saya baru balik kerja". Jasmine terus memakan bertih jagung yang ada di dalam tangannya. Matanya fokus kepada skrin televisyen. Dia duduk di situ sementara menunggu Caden bersiap untuk balik ke apartmennya.

Buat apa?

Kemas barang lepastu pindah sini terus. Ya, mula-mula Jasmine tak nak juga. Lepas kena 'paksa' dengan si suami, terus dia setuju. Bukannya apa, Caden hanya merisauinya kalau dia duduk sorang-sorang dekat rumahnya itu. Kalau tak duduk lama pula, mesti membazir. Jadi, dia jual sahaja rumah itu.

"Teman aku kejap".

"Pergi mana? Nanti Caden marah". Jasmine berbisik perlahan ayat terakhirnya. Takut Caden dengar lah tu.

"Aku kena ambil Alisa dekat KLIA".

'Alisa mana pula?'. Jasmine berfikir sendiri. Paket bertih jagung diletakkan di atas meja dan dia berpaling ke arah Melvin.

"Kenapa tak pergi sorang-sorang je? Kenapa kena teman?".

"Come on, Dr. Aku tak nak duduk berdua dengan perempuan tu nanti". Sudah mahu termenangis Melvin di situ. Nak sangat kut Jasmine teman. Betapa 'takut' nya dia untuk duduk berdua dengan Alisa dalam kereta nanti.

"Fine. Sekejap, nak bagi tahu Caden".

Sebut sahaja nama, terus tuannya turun daripada tangga utama sambil tangannya yang sibuk membaiki jam tangan yang tersarung pada lengannya.

"My dear handsome lovely kind husband, Melvin ajak saya keluar". Panjang betul nama panggilan. Nak pujuk punya pasal.

"Pergi mana? Bukan tadi cakap nak keluar ambil barang dekat apartmen?". Wajahnya sudah berubah. Berkerut-kerut dahi Caden cuba untuk memproses apa yang baru sahaja diujarkan oleh Jasmine itu.

"Nak teman Melvin pick up Alisa dekat KLIA".

"Yang lain mana?". Haah kan. Lee, Alex, Aidan. Mana mereka? Lesap pergi mana? Dah mamp-.

"Diorang bertiga pergi beli barang dapur dekat pasaraya. Aidan paksa". Jawab Melvin dengan suara perlahan. Nampaknya dia betul-betul berharap yang Jasmine dapat menemaninya.

"Boleh tak awak?". Tanya Jasmine. Meminta izin. Kan kalau suami tak izin, berdosa.

Caden kelihatan berfikir sementara sebelum dia mengangguk beberapa kali.

"Pergi lah. Aku tunggu kat rumah". Dia tersenyum dan mengusap kepala Jasmine.

"Terima kasih, encik suami beku. Saya janji, saya balik cepat dan saya suruh Melvin jaga saya baik-baik. Kan Melvin kan?". Mata dihalakan kepada Melvin dan dikenyit-kenyit beberapa kali. Memaksa Melvin untuk bersetuju.

"Haah, ye ye".

"Take a good care of her". Pesan Caden kepada Melvin. Membuatkan lelaki itu menelan air liur perit. Seram aje bunyinya. Itu pesan ke amaran?

"Хорошо (okay)".

🦋

"VINVIN!". Jasmine agak terpinga-pinga apabila dia melihat seorang gadis comel dan riang memeluk batang tubuh Melvin dan memanggil lelaki itu dengan sebuah nama panggilan yang agak comel.

"Let go of my body, Alisa. Why are you here in Malaysia?". Ini lagi pelik ni bagi Jasmine. Dia pelik kenapa Melvin nampaknya seperti tidak menyukai wanita ini.

"I have an event". Alisa yang merupakan seorang fashion designer. Ini kali pertama dia ke Malaysia untuk event-event fashion seperti ini. Biasanya dia hanya pergi ke Paris, Perancis.

"Мне не нравится, что ты здесь (aku tak suka kau dekat sini)". Lurus sahaja Melvin berterus terang. Sedikit sebanyak mampu mengguris hati Alisa. Terus gadis itu bermurung durja.

"Извините, пожалуйста. Могу ли я остаться у вас? (saya minta maaf. boleh saya tinggal dengan awak?)".

Jasmine yang ada di situ hanya berkelip-kelip. Tak faham apa satu pun yang dia fahami. Nampaknya, kena lah dia belajar Bahasa Rusia dengan Caden selepas ini.

" No. You should be grateful I am willing to pick you up. If Hanchester Family never told me to do so, I will never want to see your face, Alisa". Ha, ini Jasmine faham. Kasarnya cara Melvin bercakap dengan wanita ini. Kesian dia.

"Melvin, kesian lah dekat dia. Jangan kasar sangat". Jasmine cuba berpesan.

"I don't give a damn, Dr. Hidup perempuan ni hanya suka menyusahkan aku. Aku tak suka dia". Betul-betul dia tekankan ayat terakhirnya. Nasib baik Alisa tak faham. Kalau gadis itu faham, mesti dia terbang balik ke Rusia semula.

"Hi there, Im Alisa Sofia from Litvinenko Family and you?". Alisa menghulurkan tangannya kepada Jasmine.

"Jasmine. Jasmine Nazia. Im Caden Gilbert's wife". Dengan penuh ramah, Jasmine menyambut huluran tangan Alisa dan tersenyum manis ke arahnya.

"Oh, Caden has a wife now? Congrats!".

'Baik betul Alisa ni. Kenapa Melvin tak suka dia, erk?'. Dia cuba untuk berfikir.

"Enough with your chit-chatting, Alisa. Let's get you a hotel. I-".

TING!

Sebuah notifikasi masuk ke dalam telefon milik Melvin. Membuatkan lelaki itu terus mencapai telefonnya.

Bring her home. Be nice to her, Melvin.
This is an order.
-Gilbert

Seperti sudah dapat mengagak bagaimana cara Melvin akan melayan Alisa, dia terus menghantar mesej itu. Dia sebenarnya kesian dekat Alisa. Dia tahu yang gadis itu menyukai Melvin sejak daripada zaman tadika lagi. Melvin sahaja yang tak pernah pandang. Because he hates love.

Melvin mengeluh sekali sebelum dia berlalu ke keretanya. Diikuti oleh dua wanita yang masih tidak tahu menahu apa yang sudah berlaku itu.

"Whats wrong with him? He treated you so badly yet you still have a time to smile while looking at him?". Jasmine tersedar yang Alisa hanya senyum sahaja melihat wajah garang milik Melvin itu. Dia tahu, pasti ada sesuatu di sebalik semua itu.

"Love is so difficult to be explained. No worries, Jasmine. I have experienced this since kindergarten. Im used to this". Alisa tersenyum lagi.

🦋

"WHAT  are you doing, sweetheart?". Caden yang tiba-tiba mengada itu memeluk pinggang ramping Jasmine ketika isterinya itu sedang sibuk membancuh teh.

"Buat teh untuk tetamu kita". Ya, dia maksudkan Alisa yang sedang menunggu di ruang tamu.

"Hmmm". Wajah Caden dibenamkan ke leher Jasmine membuatkan dia sedikit kegelian.

"Tepi la sikit, Sayf. Saya nak buat air ni".

"Aku penat. I need to touch you to have my energy back".

"Penat buat apa? Awak duduk terperuk je dalam library seharian. Bukan buat apa-apa pun". Jasmine dah lupa lah yang Caden merupakan orang yang paling berperanan besar dalam mengangkat barang-barangnya tadi.

"Kau lupa ke aku angkat barang kau tadi? Now, give me my energy back". Dia mencium-cium bahu Jasmine yang terlitup rapi itu.

"Apa awak ni? Nanti orang nampak la. Awak tepi dulu, rasa teh ni. Nanti saya peluk awak". Jasmine cuba menabur janji untuk lari daripada pelukan Caden.

"Huh, fine. Give me a cup". Caden akhirnya mengalah dan meminta secawan teh yang baru sahaja siap dibancuh oleh isterinya itu.

"Hati-hati, panas tu". Jasmine berpesan sambil tangannya menghulurkan cawan yang bercorak bunga sakura itu.

Slurp...

Caden menghirup sedikit daripada cecair kuning yang ada di dalam cawan itu.

"Mango?". Caden bertanya di saat teh itu mencecah lidahnya dan dia berapa perisa mangga. Teh mangga ke? Jasmine ambil daripada mana? Cameron Highlands? Bila masa dia pergi?

"Haah. Alisa yang bagi. Katanya, fresh from Rusia. Boleh lah hilangkan rindu awak pada Rusia. Saya minta maaf tau sebab saya, awak tak boleh nak balik". Suara Jasmine tiba-tiba berubah sayu.

"Its okay, I will wait for you even for forever". Nampak je dingin, kalau tak bermulut manis walaupun sekali sehari, bukan Caden Gilbert namanya.

"Pegang la cawan tu, saya nak pergi hidang dah ni".

"Wait, wheres my hug?". Oh, sempat eh ingat janji tadi. Ingatkan dah lupa. Tak sampai 1 minit 35 saat, takkan dah lupa kan?

"Mengada lah awak ni. Kat depan diorang tak pula macam ni". Jasmine tersenyum sebelum dia memeluk suaminya itu. Mengada betul!

Lalu, dia pergi ke ruang tamu untuk berbual serba sedikit dengan Alisa. Melvin pun ada di situ sekali. Tiga orang tu je yang belum balik lagi, entah pergi ke mana pun tak tahu.

"I swear I will kick those four people out of my home". Bagus apa cadangan Caden tu. Nanti takde la Jasmine asyik kena pakai tudung je walaupun duduk dalam rumah. Nanti, boleh lah...

... dia manja-manja lebih dengan Jasmine.

🦋

Hai korang :(

Hows your day?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro