Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

24- Nice Target

"MELVIN kenapa awak bawa kereta laju-laju ni? Nak bunuh saya ke?". Kemas Jasmine berpegang pada pemegang yang ada di tempat duduknya di saat merasa yang kereta yang dipandu Melvin mulai memecut semakin laju.

"Ambil pistol hitam bawah seat kau tu". Arah Melvin dengan wajah yang tak beriak. Jasmine hanya akur dan mula mencapai sesuatu di bawah tempat duduk nya itu.

Terasa benda yang agak sejuk dan licin di bawah tempat duduk itu. Lantas dia ambil.

Hampir sahaja dia tercampak Beretta 92 itu ke hadapan akibat terkejut. Mana taknya, ini merupakan kali pertama dia memegang pistol. Agak berat. Amboi, sempat lagi buat pemerhatian.

Kadang-kadang dia sendiri keliru dengan pekerjaan mereka berlima. Haritu dia tanya, Melvin hanya menjawab dia bekerja di sebuah syarikat di bawah Caden.

"Aku ada tugas untuk kau". Tingkap kereta di bahagian tempat duduk Jasmine dibuka.

"Tugas apa pula ni? Saya tak nak bunuh orang". Makin terketar-ketar tangannya yang memegang Beretta 92 itu.

"Jangan risau, kau tak payah bunuh orang. Aku nak kau aim tayar kereta yang tengah kejar kita tu, lepastu tembak".

"Tembak tayar dia?".

"Yup".

"Sekarang?". Tanya Jasmine lagi. Kan salah masa tembak, kena marah. Buruk padahnya.

"Ya, sekarang!".

Dengan perasaan yang agak takut, Jasmine mengeluarkan separuh daripada badannya ke luar tingkap untuk mengaim kan pistolnya, biar tepat ke arah tanya Ferrari Kuning yang sedang mengejar mereka itu.

"Bismillah". Yang ni, rasa macam lawak pula.

DOR!

Jasmine berjaya melepaskan tembakan pertamanya sepanjang 27 tahun dia hidup. Kereta yang tadinya sedang laju mengikuti mereka semakin perlahan dan jauh ketinggalan ke belakang.

"Nice shot, Dr! Aku ingat kau pandai pegang pisau dan jarum je". Sempat Jasmine mengerling ke arah Melvin yang sedikit tersenyum itu. Tinggi sangat ke pencapaian Jasmine sampai Melvin pun mampu tersenyum. Dia sendiri pun tertanya-tanya soalan itu.

"Apanya? Kalau dia tembak saya balik tadi? Tak ke mati katak saya dekat situ?". Jasmine menyoal.

"As long as you are with me, you won't die, Dr. It is my compulsory job to keep you alive and safe". Melvin berkata sambil tersenyum lagi.

"Sampai macam tu sekali? Who do you serve for?". Dia sudah tahu jawapannya, namun dia masih memerlukan kepastian.

"Caden Velkov Gilbert".

🦋

"YA ALLAH, awak pergi mana? Kenapa balik lewat macam ni? Jangan lah buat saya risau". Jasmine terus memeluk suaminya yang baru sahaja pulang itu. Sedangkan jam sudah menunjukkan pukul 1.30 pagi.

"Kau kenapa tak tidur lagi? Kan aku dah cakap jangan tunggu aku". Caden menggosok-gosok kepala Jasmine. Sesekali dia mendaratkan bibirnya di dahi wanita itu.

Hanya Tuhan sahaja tahu betapa dia merisaukan wanita ini. Kalau Jasmine tak pernah kenal dengan dia, mesti Jasmine takkan terlibat dalam dunia gelap dia. Kalau dia tak kahwin dengan Jasmine, wanita ini tak akan jadi target musuhnya. Dia hanya mampu menyimpan kerisauan di dalam hatinya sendiri.

"Jom, masuk tidur". Jasmine mengangkat sedikit kepalanya.

"Hug me longer, sweetheart. Im tired". Pelukan Caden semakin dikemaskan. Mukanya direhatkan pada bahu isterinya itu. Betapa risaunya dia dekat Jasmine ketika bertemu dengan Darren tadi. Terasa nak tercabut jantung. Betapa takutnya dia untuk kehilangan wanita ini. Adakah dia sudah jatuh cinta?

"Mandi la dulu. Nanti tidur, peluk lah. Tak sedap la bau badan awak". Jasmine cuba untuk bergurau apabila terdengar sayu sahaja suara Caden itu.

"I don't care. I need your touch, my energy charger".

"Yela, yela. Saya suka la awak manja macam ni". Jasmine menggosok-gosok bahagian belakang badan Caden. Risau juga dia akan suaminya yang seorang ini. Nampak macam tak bertenaga sangat.

"Jangan tinggalkan aku, Nazia". Seumpama terpaku di situ, Jasmine berasa kaki dan tangannya kedua-dua telah di gam di tempatnya. Agak tersentak dengan kata-kata Caden itu.

"What do you expect? Me to answer your words just like others' wife do?".

"Apa maksud kau?". Kalini, Caden pula terkejut. Terus pelukan dilepaskan.

"Sayf Muhammad Maleeq, suami saya. Kita tak tahu macam mana takdir Allah. Kalau suatu hari nanti, saya terpaksa pergi dengan izin-Nya untuk kembali kepada-Nya. Maka, dah sampai seru saya untuk tetap pergi. Takde siapa boleh halang. Selain daripada sebab itu, saya tak akan tinggalkan awak. Kalau saya pergi nanti, saya tak nak setitik pun air mata keluar daripada mata hijau cantik awak ni. Saya tak suka. Sayf faham?". Jasmine mengusap-usap pipi Caden.

Sedih pula rasanya apabila Caden tiba-tiba sahaja membuka topik ini. Apa kena pun tak tahu. Dalam perjalanan balik tadi, dia kena sampuk ke?

" Jangan pergi". Biasanya Jasmine akan mengungkap kata itu. Tetapi harini, Caden pula. Pelik bin ajaib bin aneh bin weird.

"Meh la naik tidur. Awak tak penat ke?".

Caden merenung matanya.

"Jom la... Saya penat tau tunggu awak. Ke nak saya tunggu dulu?". Acah je Jasmine ni. Badan kecil macam tu nak dukung suaminya yang seumpama gergasi ini.

Sampaikan tergelak kecil Caden mendengar omongan Jasmine. See? Dia pun rasa tak logik. Apa lah, Jasmine ni.

Jasmine turut tersenyum. Sekurang-kurangnya dia telah berjaya buat suaminya senyum pada malam itu. Memandangkan mood Caden yang tak berapa nak gembira tu serba sedikit merisaukan hati nuraninya.

"Come on".

🦋

"WHY are you awake?". Jasmine bertanya dikala melihat mata segar-segar layu Caden memandang tempat ke wajahnya. Tangan kasar lelaki itu bermain-main dengan rambutnya.

"Aku tak boleh tidur".

"Kenapa? Awak tak penat ke? Tadi balik pukul 1.30". Jasmine masih cuba untuk memperjelaskan pandangannya.

"Entah. Aku rasa kosong. If you aren't here, Im going to feel more empty".

Tiba-tiba terlintas sesuatu di fikiran Jasmine. Mungkin betul lah apa yang difikirkannya ini.

"Awak nak balik Rusia? Jumpa keluarga awak. Mak ayah awak".

"I have none". Jawabnya senada. Memang itulah dia rasakan sekarang ini. Dia sangat merindui ketiga-tiga ahli keluarganya itu. Mengapa mereka pergi dengan begitu cepat sekali?

"Maaf. Saya tak tahu".

"Takpe. Tapi, aku ada atuk. Kau nak jumpa dia?". Tanya Caden tiba-tiba.

"Tak nak la, atuk awak garang. Lagi satu, saya tak pandai cakap Rusia". Ini tak bergurau. Dia memang langsung tak faham dan tak pandai cakap Bahasa Rusia.

"Atuk aku tak garang la. I promise you, he will adore my beautiful wife right here". Dia mengelus pipi lembut Jasmine.

"Yela tu".

"Nazia, nak ikut aku balik Rusia tak?". Caden bertanya soalan itu. Membuatkan Jasmine terdiam seketika.

Balik tempat jauh, mesti bukan sehari dua kan? Takkan dia nak tinggal kerja dia? She's a surgeon. Boleh kata setiap hari, kerja berat. Melibatkan nyawa orang lagi. Dia tak sanggup nak tinggalkan semua tu.

"Kenapa awak tak balik sorang?".

"Theres no way in the world, I will leave you alone".

"Saya boleh duduk rumah babah la. Apartmen saya ada. Banyak pilihan. Nisha pun dah duduk rumah sendiri sekarang,. Boleh saya tumpang dia".

"Kalau macam ni la perangai degil kau, sampai bila-bila pun aku takkan balik Rusia. Aku tak sanggup nak tinggalkan kau sorang-sorang, sayang. The world, is too dangerous for you".

'My world is too dangerous for you'. Omel dia di dalam hati. Rasa risau tak padam-padam lagi. Rasa risau ini la yang buatkan dia tak boleh tidur malam ni sebenarnya.

Rasa nak ikat sahaja Jasmine di tiang bilik kebal di rumahnya di Rusia. Biar selamat. Takde orang dapat sentuh.

"Dan saya tak boleh tinggalkan pesakit-pesakit saya. Mereka penting bagi saya".

Caden diam. Tak tahu lagi apa yang patut dibicarakan.

"Bila awak nak balik? Nanti saya cuba cari cara untuk ikut awak, okay? Maaf, saya susah untuk jadi isteri yang patuh".

"Tak, takpe. Aku tunggu kau. Kita pergi sama-sama. Kita jumpa atuk aku sama-sama". Caden cuba untuk membuatkan rasa sayu di hati isterinya hilang. Tak mahu la dia wanita itu rasa bersalah terhadap permintaannya ini.

"Okay, saya tunggu awak juga".

"Tunggu aku apa?".

"Tunggu awak... takde papela". Jasmine menarik selimut menutupi seluruh wajahnya.

"Tunggu apa, Nazia?".

"Dah la, tidur la. Esok saya bagitahu". Katanya sambil terkekek-kekek ketawa kecil.

🦋

Hai, lagi dua hari author dah nak balik asrama :(

Berbuka puasa first day pun dekat asrama dah, alahai.

Anyway, nah satu lagi chapter.
Selamat membaca!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro