22- Kasyaf Khalid
"KAU yakin ke nak pergi harini?". Masuk je kalini, dah nak masuk 18 000 kali dah Caden tanya Jasmine soalan yang sama. 18 000 kali juga lah Jasmine memberikan soalan yang sama.
"Iya, awaknya. Kalau tak, bila lagi kita nak pergi? Bila lagi kita nak rahsiakan perkahwinan ni". Jasmine menunduk. Tiba-tiba terasa seolah Caden tidak mahu orang tahu bahawa dia sudah beristeri.
"Hey, not even a bit I think about the thing that you are thinking, right now. Don't be curious, sweetheart. Kalau rasa curiga dengan aku, tanya. Don't keep that messed up though in your head alone". Seperti tahu sahaja apa yang difikirkan oleh Jasmine, dia terus berpesan.
Tak mahu la Jasmine menyimpan perasaan curiga kepada dirinya. Tak best lah kan? Kata suami isteri. Tapi...
"Okay, jom la. Nanti lama pula diorang tunggu".
Caden mengangguk sekali. Kunci kereta dicapai olehnya dan mereka turun bersama ke tingkat bawah.
Turun-turun je nampak keempat-empat orang itu tengah lepak dekat ruang tamu. Lalu, langkah Caden diberhentikan. Begitu juga Jasmine. Mata mereka tertancap pada keempat-empat ekor itu yang tengah main Jutaria. Apa barang Jutaria, main Monopoli arh boss.
"Kau masuk kereta dulu, hidupkan enjin. Aku nak bercakap dengan diorang sekejap". Caden menghulurkan kunci kereta ke arah Jasmine dan menolak lembut wanita itu untuk keluar daripada rumah. Jasmine hanya akur. Tak ikut cakap suami, dosa, hehe.
"Vin". Panggil Caden sekali. Terus Melvin bangun dan berjalan menghampiri Caden.
"Woi, Vin! Turn kau ni!". Alex menjerit. Apalah, duduk tak sampai satu meter pun nak menjerit. Tak normal la Alex ni.
"Sabar la, Alex. Gil panggil dia tu". Lee memberi amaran. Dia tak boleh orang yang tak faham bahasa ni, dia naik tangan terus. Lagi-lagi Alex.
"Kenapa, Gil?".
Caden mendekati telinga Melvin dan membisikkan sesuatu di kupingnya. Melvin kelihatan hanya mengangguk-angguk kepalanya. Entah apa yang dianggukkan pun tak tahu.
Dalam masa 15 saat, Caden lalu keluar daripada rumah itu. Nampak tergesa-gesa sahaja. Mungkin tak mahu Jasmine menunggu lama.
"Bisik-bisik pula, hadeh". Kalau lah namanya Alex, ada aje yang nak disampuk.
"Alex, Lee, Aidan. Korang main dulu. Aku nak keluar". Melvin berkata sebaik sahaja dia mendengar bunyi kereta milik Caden di luar sudah mulai berlalu pergi.
"Nak pergi mana?".
Melvin hanya diam sahaja apabila mendengar pertanyaan Aidan itu. Tadi nampak mengantuk budak ni. Sekarang, dah segar balik?
🦋
DAHI Caden berkedut seribu tatkala dia mendengar suara perempuan atas umur seolah-olah sedang membebel. Kadang, suara itu berteriak. Menangis pun ada. Suara dia sahaja yang kedengaran. Tiada satu pun suara lelaki yang boleh didengar.
"Betul ke ni rumah keluarga kau?".
"Betul lah. Kenapa?". Soalnya tenang. Sebenarnya dia agak gementar. Sebab tu lah, tangan tu tak lepas nak genggam tangan kasar milik Caden.
"Kau takde ahli keluarga perempuan kan? Kenapa aku dengar suara perempuan?". Ha, perempuan itu lah salah satu sebab kenapa Jasmine boleh gementar hebat sekarang ni. Makin takut pula dia.
"Masuk dulu, Caden. Nanti saya jelaskan". Kata Jasmine sambil menunduk. Tangannya menarik tangan Caden untuk bergerak.
"If you say so". Diikuti sahaja langkah isterinya untuk masuk pergi ke pintu utama rumah banglo yang agak besar itu.
"Assalamualaikum". Jasmine memberi salam sambil mengetuk pintu rumahnya. Perasaan berdebar-debar semakin terasa. Seakan ada beberapa anak harimau sahaja yang mencakar-cakar dinding perutnya. Biasanya rama-rama kan? Ha, Jasmine punya anak harimau.
Tidak lama selepas itu, pintu mulai dikuak. Makin lama, makin besar kuakkannya. Memunculkan babahnya, Nazrien dan tiga orang ahli keluarga lain yang sangat dikenali oleh Jasmine.
Kasyaf dan kakak serta ayahnya.
Semakin kuat pula genggaman tangannya pada tangan Caden. Ibu jari lelaki itu secara spontan mengusap belakang tangan Jasmine untuk mencuba menenangkannya.
Mata mereka semua mulai tertancap pada tangannya yang digenggaman itu.
"Ling ling, siapa ni? Kenapa kau pegang tangan dia?". Nazrien bertanya. Belum sempat dia menjawab, air matanya mengalir dahulu. Jelas, dia rasa bersalah kerana telah mengotorkan nama babah dan abangnya.
Jasmine kemudiannya melutut dan hampir mencium kaki ayahnya.
" Jasmine minta maaf babah. Percaya lah, ni semua bukan salah Jasmine". Babahnya kelihatan keliru lantas mengangkat tubuh anak perempuannya itu untuk berdiri semula.
"Kenapa ni Ling ling?". Jasmine tidak dapat berkata-kata. Matanya beralih ke arah Caden yang masih diam dan berdiri tegak di sebelahnya itu.
"Encik ni siapa ya?". Nazrien bertanya.
"A-, saya. Saya suami Jasmine".
"Jasmine, Jasmine dah kahwin?! Kenapa Kasyaf tak tahu pun?". Kasyaf mulai menyampuk. Bahu semua orang ditempuh agar dia boleh berdiri betul-betul di hadapan Jasmine. Sampaikan Jasmine mengundurkan sedikit dirinya ke belakang. Masih berasa takut dengan Kasyaf.
" Kau terlanjur kan, Jasmine?". Lancang sahaja mulut kakak kepada Kasyaf itu bertanya sebegitu. Di hadapan semua orang.
"Tak, Ya Allah Jasmine tak terlanjur. Babah dengan abang kena percayakan Jasmine". Jasmine mulai mahu sujud lagi di kaki bapanya itu. Tapi, sekali lagi babahnya menghalang.
"Takpe. Ling ling masuk dulu. Ajak suami Ling ling. Kita bincang dekat dalam. Tina, kamu sekeluarga balik lah dulu". Lelaki separuh abad itu sudah seumpama menghalau keluarga Kasyaf.
"Tak! Kasyaf tak nak balik selagi Kasyaf tak tahu siapa lelaki ni!".
"Dia ni suami aku, Kasyaf. Tolong lah faham". Jasmine sudah tidak tahu mahu jelaskan bagaimana. Dia penat sungguh dengan lelaki tak faham bahasa macam Kasyaf ni.
"Tak! Tak!".
"Balik lah, Kasyaf. Aku dah penat. Aku dah tak cintakan kau. Aku dah ada suami, Kasyaf!".
"Maafkan salah saya, Jasmine. Tolong tinggalkan dia, kahwin dengan saya Jasmine". Kasyaf melutut di kaki Jasmine, merayu. Membuatkan semua yang ada di situ terpaku.
"Astagfirullahalazim, Kasyaf! Apende kau ni. Kau suruh adik aku tinggalkan suami sah dia dekat depan suami dia sendiri? Kau bodoh ke, Kasyaf?! Lagipun, kau jangan ingat aku tak tahu apa yang kau buat belakang adik aku. Tina, memang patut pun adik lelaki kau ni kena tinggal kahwin dengan orang lain. Perangai tak semenggah!". Terus sahaja Nazrien menyembur Kasyaf si tak sedar diri itu.
" Ah! Sebenarnya adik kau ni dah mengandung kan? Kalau kau nak tahu, adik kau ni tak ubah macam pelacur! Haritu dengan lelaki lain, harini dengan lelaki lain! Entah banyak mana lelaki dia dah tidur". Lelaki lain yang dimaksudkan oleh Kasyaf, berkemungkinan besar ialah Aidan.
Tangan Kasyaf naik ke udara untuk menampar wajah Jasmine.
Namun, sempat dipegang oleh Caden. Dia kemudiannya menarik tangan Kasyaf untuk mendekatinya. Badannya dilekapkan rapat pada badan Kasyaf. Membuatkan lelaki bodoh tu akhirnya terperasan sesuatu. Sesuatu yang terasa timbul di balik jaket hitam Caden.
"Try to speak those shit about my wife into my ears again and this gun will blow your head. Try to touch my woman again and I will send your ashes in front of your family's door. I'll never play with my words. Aku bersumpah atas nama aku sendiri". Caden berbisik ke telinga Kasyaf.
Caden kemudiannya melepaskan tangan Kasyaf secara kasar. Menyebabkan badan lelaki itu sedikit tersentak ke belakang. Mukanya sudah kembali sedikit tenang daripada tadi.
"Balik lah dulu, Tina. Dan kalau boleh, jangan datang lagi ke sini. Ling ling, bawa suami kamu masuk". Ayah Jasmine berkata lalu berlalu masuk ke dalam rumah diikuti oleh Nazrien.
"Remember my face and words, Kasyaf Khalid. Because I remember yours". Dia menepuk-nepuk bahu Kasyaf. Terkejut lelaki itu ketika mendengar dia menyebut nama bapanya.
🦋
Nah, ambil lah satu lagi chapter untuk hari ni.
By the way, sebagai info tambahan, author dah siap tulis sampai bab 52. Maknanya, ada tinggal 18 bab je lagi sebelum cerita ni end (saya target 70 bab je hehe).
Jumpa di next chapter, esok!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro