Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

18- Brother-Sister Bonding

"YANG lain mana, Aidan?". Sebaik sahaja masuk ke dalam rumah, Caden menanyakan soalan itu kepada Aidan yang tampaknya sedang sibuk dengan laptopnya di ruang tamu itu.

"Yang lain keluar, Melvin jumpa supplier baru dekat jeti dengan Alex. Lee keluar pergi mana entah. Dengar-dengar macam dia nak beli barang makmal". Jelas Aidan. Matanya masih fokus pada skrin laptop.

Lee si Drug Maker, bila nak insaf lah seorang tu. Dia suka sangat buat eksperimen-eksperimen baru. Untuk menghasilkan sesuatu baru. Sebagai contoh, drug yang berjenis baru.

"Kau, kenapa tak ikut?".

"Aku tengah belajar resepi baru ni". Dia menghalakan skrin laptop itu ke arah Caden.

Info tambahan tentang Aidan. Dia memang jarang ikut yang lagi tiga orang tu keluar kalau melibatkan urusan-urusan besar Velkovace. Bukannya mereka tak bagitahu Aidan, kalau tak, apalah fungsi Aidan di dalam keluarga itu. Tapi, mereka cuma menganggap yang Aidan masih di bawah umur. Baik dia duduk rumah aje, main dengan komputer dia.

"Ikan singgang? Makanan apa tu?".

"Makanan orang Terengganu. Arwah bapak aku suka makan ni". Jari dihalakan ke arah skrin yang memaparkan juadah yang kelihatan seperti sup ikan kembung tetapi dengan kuah yang bewarna kuning itu.

"Oh, la. Dan, aku nak minta tolong boleh?".

"Boleh, boleh. Tolong apa?".

"Kau tolong ambil Jasmine bila dia balik kerja nanti. Pastu kalau dia nak makan, bawa je dia pergi makan".

"Ha, boleh sangat tu. Pukul berapa?". Laptop ditutup dan fokus diberikan sepenuhnya kepada lelaki yang sudah dianggap seperti abang itu.

"Nanti aku inform balik".

"Alright, boss!". Dia mengangkat tangan untuk tabik kepada Caden.

"Jangan panggil aku boss kalau kita ada dekat dalam rumah ni. Aku tak suka". He then ruffled Aidan's hair. Apa gebu sangat ke rambut messy Aidan ni? Melvin dan Caden selalu aje nak sentuh.

"Okay, Gil. Kau tak pergi mana-mana harini?".

"Aku nak pergi tengok Melvin".

"Okay".

Haih, kesian Aidan. Kena duduk sorang-sorang lagi. Tadi dia nak ikut, Lee. Lee tak kasi. Katanya takut cacat la terkena bahan kimia. Apa la. Nak ikut Melvin dan Alex, katanya tak boleh, tanpa sebarang sebab dinyatakan. Mengeluh jela mampu. Kesian Aidan.

🦋

"WEY Min, jom keluar enjoy malam ni". Nisha yang menghampiri Jasmine di hadapan hospital itu mengangkat tangannya dan menjeriti kata-kata itu. Ya Allah, nasib baik tak ramai orang kalau tak, malu lah Jasmine.

"Eh, kau perlahankan sikit suara kau tu kalau tak nak aku tumbuk kau". Jasmine mengangkat penumbuk yang sudah digenggam ke udara. Geram betul dia dengan mulut kepoh rakan baiknya ini.

"Maafin aku buk. Mahu ga kita keluar bareng malam ini? Besok kan liburan hujung minggu". Dah kenapa pula tiba-tiba tukar bahasa ni. Kawan kau ni sihat ke tak, Jasmine?

"Tak boleh lah sebab aku balik dengan orang ni". Malangnya, dia habis shif awal harini. Jam baru menunjukkan pukul 6 petang. Kena la balik dengan Aidan. Tak dapat nak balik dengan Encik Suami Beku.

"Dengan siapa? Ala, kau balik dengan aku jela". Soalan cepu cemas diajukan oleh Nisha.

"Aku balik dengan... erm... jiran aku punya sepupu punya mak mertua punya saudara punya jiran punya ibu punya anak saudara. Ha, aku balik dengan dia".

"Ha?". Terpinga-pinga Nisha menggaru kepalanya di situ. Apebende yang Jasmine merepek ni? Dengan aku-aku sekali tak faham. Aku yang tulis, aku yang tak faham.

Dan tepat pada masanya, Aidan turun daripada kereta BMW putihnya dan berjalan menghampiri Jasmine.

"Dr. Jasmine?". Aidan bertanya. Takut salah orang pula kan?

"Ya, saya. Nisha, ni la dia orang yang nak datang ambil aku tu, Aidan. Aidan, ni Nisha. Kawan baik saya".

Nisha seolah-olah terpesona melihat wajah tampan Aidan yang sebiji macam rupa tiktoker kegemarannya. Tampilan Aidan makin menyerlah dengan hanya berseluar jeans hitam bersama sehelai kemeja putih dan sepasang kaca mata hitam.

"Nisha, hello?". Jasmine melambai-lambaikan tangannya di hadapan muka Nisha yang sudah nak ternganga mulutnya tu. Handsome sangat ke Aidan Hakimi ni?

Memang handsome pun sebenarnya.

"Hai, saya Nisha". Sapa Nisha. Namun, hanya berbalaskan diaman daripada tuan punya Aidan. Kan dah cakap, Aidan ni anti perempuan kecuali dengan isteri kepada teman rapatnya ini.

"Dr., jom. Saya akan bawa Dr. pergi makan dulu kemudian baru pulang ke rumah". Formal nya cara Aidan bercakap. Normal ke tak dia ni?

"Okay. Nisha, aku balik dulu. Kau try ajak Darren pergi enjoy dengan kau. Mesti dia nak. Dia dah lama nak ajak kau keluar. Byebye, sayang!".

Terkejut beruk Aidan mendengar nama yang baru sahaja disebut oleh Jasmine itu. Darren? Terbuntang luas matanya di balik kaca mata hitam itu.

" Tak nak la, aku balik jela. Byebye, sayang... ". Ucap Nisha dengan sayu sebelum melangkah pergi.

" Jom, balik".

"Kejap. Tadi Dr. Jasmine sebut nama siapa?". Aidan bertanya.

"First of all, jangan panggil saya dengan panggilan Dr. dah. Panggil Min atau Jasmine je. Kedua, saya sebut nama Nisha. Kenapa?".

"Bukan, bukan. Yang nama lelaki tu". Berkerut-kerut dahi Aidan. Berdebar-debar hatinya untuk menantikan jawapan Jasmine.

"Darren. Darren Liang. Dia doktor baru dekat hospital ni. Kawan Nisha".

"Kau rapat ke dengan dia? Boleh aku tengok muka dia?". Dah kenapa dengan Aidan ni? Sakit ke? Kalau sakit, boleh lah masuk ke dalam hospital ni.

"Tak rapat sangat, kenal-kenal macam tu je. Tak payah la tengok dia, dia tengah ada pesakit tu, shif belum habis".

Thats it! Aidan sudah mempunyai idea untuk stalk dan cari maklumat tentang siapa selepas ini. Semestinya, kena juga minta bantuan Alex.

"Yeah, right". Akhirnya, dia akur sahaja dengan kata-kata Jasmine itu.

Dia harus melakukan penyelidikan secara rahsia dahulu. Kalau betul lah Darren Liang tu ialah Darren King atau ada kaitan dengan Darren King, dia mesti bagitahu dekat Caden dan yang lainnya.

🦋

"ERM... saya nak makan laksa penang boleh?". Usai membelek-belek menu yang ada di hadapannya itu, Jasmine mengangkat mukanya untuk bertentang mata dengan Aidan.

"Laksa penang je, ceh. Chef Aidan boleh masak la. Cuba pesan makanan mahal-mahal sikit. Duit aku berkepuk kut". Aidan dah berjinak-jinak nak jadi Lee lah tu. Asyik riak je 24/7.

"Kalau macam tu... Saya nak makan ni la". Menu dihalakan ke arah Aidan dengan jarinya diletakkan di atas sebuah gambar makanan.

"Japanese Ramen?". Soal Aidan.

"Bukan lah...yang bawah ni".

Matanya diturunkan pula ke gambar yang ada di bawah gambar ramen itu.

"Salted Egg Burger with extra Salted Egg Sauce and Fried Garlic?". Panjang sangat nama menunya.

Jasmine mengangguk beberapa kali.

"Air?".

"Ni". Jari diletakkan pula diatas sebuah gambar coconut shake yang berada di dalam sebuah gelas sebesar alam.

"Besar tu".

"Kita guna dua straw. Kita kongsi". Uish, ni kalau Caden nampak, mati la kau Aidan.

Aidan menggeleng.

"Kenapa?".

"Nanti Caden marah".

"Alah, kita minum je pun. Lagipun, saya nak minum sangat air ni. Dia takde option gelas kecil. Takpe, nanti kalau Caden tiba-tiba cemburu ke marah ke, pandai-pandai la saya jelaskan". Amboi, amboi. Sedap benar kau berkata ya, Jasmine?

"Nope. Aku tak berani".

"Oof, saya tahu! Kita pesan air ni, lepastu minta dua gelas untuk bahagikan air ni. Okay tak?".

Ha, yang ni akhirnya mampu membuatkan Aidan mengangguk.

"Jadi, saya nak makanan dan air ni. Awak?".

"Aku tak makan. Malas".

"Suka hati la. Waiter!".

🦋

SELESAI makan, mereka berjalan di sekitar mall itu. Untuk apa? Jasmine ni ha. Katanya nak beli baju baru sikit memandangkan duit gaji dia bulan ni dah masuk. Maka dengan itu, Aidan pun terpaksa la ikut.

Sebenarnya, tak la terpaksa sangat sebab kalau dia duduk kat rumah pun sorang-sorang, bosan. Baik dia temankan isteri orang ni pergi shopping. Takdela bosan sangat kan?

"Jom ikut masuk kedai ni. Saya nak suruh awak pilihkan baju yang sesuai untuk semua. Saya nak beli untuk semua". Jasmine mengajak Aidan masuk ke dalam sebuah kedai baju.

"Duit gaji baru masuk ke?". Kening lelaki itu terangkat-angkat. Sengaja ingin bergurau dengan Jasmine.

"Sudah semestinya la, Hang Jebat. Mari, temankan patik memilik baju untuk mereka semua".

"Jom". Jujur, ini kali pertama Aidan keluar shopping dengan seorang wanita kecuali ibunya. Biasanya kalau dia musim hari raya pun, Lee je yang akan keluar beli baju raya untuk semua. Dan setiap tahun pakai warna hitam. Jadi, tak payah susah-susah nak bawa satu kampung masuk mall. Lagi satu, saiz mereka lebih kurang sama je semua.

Mereka melangkah masuk ke dalam kedai itu dan mula membelek-belek baju-baju yang ada.

Untuk Melvin, Jasmine dan Aidan memilih sehelai kot panjang hitam yang labuhnya sampai ke belakang lutut. Kot itu terlihat sungguh sesuai dengan Melvin.

Untuk Lee dan Alex. Masing-masing dipilihkan sehelai seluar jeans yang bewarna putih dan hitam. Putih untuk Lee, hitam untuk Alex.

Untuk Caden? Sebuah scarf musim sejuk bewarna hijau lumut diambil. Kenapa dia beli scarf tu? Dia sendiri pun tak tahu. Mungkin kerana warna scarf ini mengingatkan dia pada warna mata Caden. Do you get deja vu?

Sampai sahaja giliran Aidan untuk mengukur bajunya, tangan Jasmine tiba-tiba ditarik.

"Let her go". Tegas suara Aidan mengarah.

Huh? Siapa tu?

🦋

Cuba teka siapa?

Siapa betul, saya bagi cookies 🍪

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro