Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

17- Encik Suami Beku

"KAU kerja harini?". Soal Caden ketika melihat isterinya yang sedang bersiap-siap di hadapan cermin solek di dalam biliknya itu. Maklumlah, bilik kuning tu kan bilik budak-budak. Jadi, tiada cermin atau meja solek di dalamnya.

"Kerja. Awak?".

Caden hanya sekadar mengangguk malas. Masakan dia nak berterus terang kepadanya bahawa dia bekerja sebagai ketua Velkovace. Mati hidup balik pun dia tak akan bagitahu Jasmine.

"Erm...Caden". Jasmine duduk di birai katil bersama suaminya lalu tangannya teragak-agak untuk menjamah tangan Caden. Namun, dicapai juga olehnya.

"What is it, sweetheart?".

"Saya nak minta maaf".

"Minta maaf kenapa pula? Kau buat salah apa?". Caden bertanya dengan suara lembutnya.

"Saya minta maaf sebab awak kena kahwin dengan saya. Saya minta maaf atas semua yang terjadi. Tapi, saya nak awak tahu yang-".

Tidak sempat dia habis berbicara, terasa benda lembut mendarat di atas bibirnya.

Bi-bibir Caden? They kissed?!

"Aku tahu. Aku percaya yang bukan kau buat semua tu. Aku yang patut minta maaf sebab tuduh kau melulu malam tu. Malam tu aku marah sangat but then I realised, maybe your name was really written in my destiny by Allah".

"Lagi satu kan, Caden. Saya tak pernah tahu yang awak Muslim. Saya ingat awak beragama lain atau atheist. Sebab nama awak lain daripada yang lain. Tapi, masa akad nikah tu, bila tok kadi ekspres tu sebut nama betul awak, barulah saya tahu".

Ha, apa nama Islam Caden? Kita tunggu dekat chapter lain ye, anak-anak? Nanti tak seronok la kalau bagitahu awal-awal. Yang penting, nama Islam Caden adalah nama yang tercantik yang pernah Jasmine dengar. Ya, hanya dia sahaja yang tahu nama Islam Caden. Tiada orang lain.

"Lagi satu, kita pernah jumpa ke? Sebab saya rasa macam pernah nampak awak sebelum perjumpaan kita dekat lobi hotel haritu". Tanya Jasmine lagi. Penuh dengan rasa ingin tahu.

"More or less 3 years ago, kita pernah jumpa dalam satu kapal terbang. Air Asia G-136. Aku dengan Melvin, Aidan, Lee dan Alex baru nak balik ke Malaysia masatu. As well as you, right? Don't you remember that you gave me this?". Caden memusingkan tangannya untuk memperlihatkan segaris parut kecil yang terukir elok di sisi tangannya itu.

" Huh! Awak ke lelaki bermata hijau yang saya pegang tangan dia tu?".

" Mm-hm. You was so scared back then. Itulah saat pertama kali aku tengok wajah kau". Tipu Caden.

"Patut la saya rasa macam pernah tengok je awak. Awak lelaki kapal terbang tu rupanya. Tak sangka pulak boleh terkahwin". Malu-malu Jasmine memperkatakan ayat di bahagian belakang itu.

"Dah la. Jom, aku hantar kau pergi kerja". Dia memegang tangan isterinya.

"Takpela, saya boleh pergi sendiri".

"Takpe, aku hantar. Lagipun, ada benda aku nak cakap dengan kau nanti".

"Okay".

🦋

KERETA diberhentikan di hadapan pintu pagar hospital atas suruhan isterinya sendiri. Handbrake ditarik dan tangannya lantas melepas tali pinggang keledarnya sendiri. Fokusnya kini tertumpu sepenuhnya pada Jasmine.

"Kenapa? Awak nak turun juga ke?". Tanya Jasmine, agak curiga dengan tindakan suaminya ini.

"Aku nak minta maaf dengan kau".

"Kenapa? Pasal apa? Awak ada buat salah ke dengan saya?".

"Pasal semalam".

Seakan sudah dapat menangkap punca permasalahnnya, dia mengangguk-angguk kecil.

"Oh, pasal semalam... Takpe takpe, saya takde pape la. Tak marah, tak merajuk, tak sedih pun. Semua tak. Awak jangan risau la. Tapi...". Mula-mula Jasmine tersenyum manis lagi tetapi senyuman seakan pudar apabila dia teringat satu perkara yang dia mahu dia tanyakan kepada Caden.

" Tapi apa?". Tapi sayang~, eh takdela gurau je.

" Awak masih teringat kan dia? Dia masih ada dekat sini?". Telapak tangan kanan Jasmine dibawa ke dada kanan milik Caden. Direhatkan tapak tangannya di situ. Sampai terasa degup jantung Caden yang sememangnya selalu tenang itu.

Kelihatan seperti Caden sudah habis kata-kata kerana sejujurnya dia tak mahu menipu dan tak mahu jujur dengan Jasmine. Jadi, adalah lebih baik dia diam.

"Silly me, sorry for asking. Mestilah dia masih ada. Setiap cinta padang pertama, pasti penting bagi seseorang tu. Pasti susah nak dilupakan. Kan?".

Kata-katanya tidak terbalas. Mata hijau miliknya hanya merenung sepasang mata coklat itu. Seakan mencari sesuatu. Keikhlasan dalam berkata-kata. Ya, itu yang dia cari.

" Saya bercakap dengan awak ni, Caden. Bukan dengan pokok. Saya tahu la takat beku awak tu dah macan kutub utara, tapi bila saya tanya jawab la. Tak baik buat orang tertunggu-tunggu tau. Ke awak ada apa-apa soalan untuk saya?".

"Ibu, ayah kau".

Terkejut sekejap apabila mendengar Caden menyebut nama kedua insan penting di dalam hidunya itu.

"Umi. Tapi umi saya dah takde. Tinggal babah dengan Abang Nazrien je". Mata Caden yang agak sepet itu sedikit membulat apabila Jasmine menyebut nama Nazrien.

"Kenapa?".

"Nama Nazrien tu teringatkan aku dekat seseorang". Ha sudah, takkan lah Nazrien kut bekas kekasihnya yang dia sebut semalam tu? Tak ke sonsang jadinya tu.

"Maksud saya, kenapa awak sebut ayah ibu saya tadi?".

"Kau dah bagitahu mereka pasal perkahwinan kita?". Soal Caden. Terkeluar juga akhirnya soalan itu daripada rongga mulutnya.

"Saya tak tahu lagi. Malam sebelum kejadian kita kahwin tu kan saya lari daripada Kasyaf. Kan saya dah cerita yang ayah saya nak teruskan perkahwinan kami tapi saya tolak. Saya takut babah terkejut bila tahu yang saya dah kahwin. Ha, there he is, speak of the devil". Jasmine menyuruh Caden untuk lihat ke arah lobi hospital. Di situ terlihat sebuah figura berkot putih dan berkaca mata sedang menikmati kopi sambil menatap air hujan yang renyai-renyai.

Tiba-tiba seorang wanita berselendang hitam datang memaut lengan Kasyaf sambil mereka berdua tersenyum mesra.

Caden perasan akan perubahan air muka isterinya itu. Tampaknya, dia masih lagi bersedih. Orang dah bahagia dah pun, Jasmine. Sudah-sudah lah tu.

"Kasyaf".

"Hm?". Kata-kata Caden itu membuatkan Jasmine berpaling semula ke arahnya.

"Dia masih ada di sini?". Hujung jari telunjuk Caden diletakkan di atas dada kanan Jasmine dengan jarak satu centimetre. Tak mahu menyentuh terus tudung wanita itu. Takut rosak, dia juga kena marah nanti.

"He is...". Jasmine seakan menggumpal ruangan kosong yang ada di antara dada dan jari Caden itu lalu membuka tingkap kereta dan melemparkan ruangan kosong itu ke jalan yang disirami hujan lebat itu.

"... there. He is there. Bukan lagi kat sini. Kenapa tanya? Cemburu?". Soal Jasmine.

"Tak".

"Alah, encik suami jangan risau. Saya dah lupakan si Kasyaf tak guna tu. Saya kan dah ada encik suami sejuk beku saya".

"Kenapa panggil aku macam tu?". Wajahnya berkerut. Sungguh dia tidak sangka yang ada orang berani menegur perangai dinginnya itu. Jasmine merupakan orang yang pertama.

"Sebab awak dingin dengan saya. Sejak hari pertama kita jumpa lagi".

"Aku dingin ke?".

"Dingin la".

"Maaf".

"Eh, jangan lah minta maaf. Saya tak marah pun. Suka hati awak la nak dingin pun. Itukan perangai awak. Mana boleh suka-suka, senang-senang nak tukar kan? Habit can't be changed easily". Dia mengakhiri katanya dengan mencuit hidung Caden membuatkan lelaki itu terdiam lagi.

Padahal rahang dah lenguh daripada senyuman yang ditahan-tahan.

"Dah la, saya pergi dulu, nanti lewat. Awak nak jemput ke nanti?". Payung yang ada di tempat duduk belakang diambil. Bersedia untuk berjalan feel-feel dalam hujan. Mulanya, Caden dah tawarkan untuk masuk ke dalam. Namun, dia cakap takpe sebab nak main hujan. Padahal, dia baru je baik demam.

" Kau balik pukul berapa? Kalau malam, aku ambil. Kalau petang, aku suruh Aidan".

Tak mampu untuk menolak, Jasmine hanya mengangguk.

"Okay, nanti saya telefon".

"Hm".

"Saya pergi dulu encik suami beku, Assalamualaikum". Dia menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan suaminya itu.

Huluran di sambut lalu dia mencium lembut tangan suaminya itu. Tepat di atas bekas parut cakaran yang dia sendiri beri lebih kurang 3 tahun lepas.

"Bye". Sempat dia lambai suaminya sebelum menbuka payung dan akhirnya keluar daripada kereta.

Sesaat kemudian,

"Cold? If you ask me to change, then I will sweetheart. I will burn my world, if you ask me to". Dia berkata-kata sendiri sebelum menghidupkan enjin kereta dan akhirnya meluncur pergi jauh daripada kawasan hospital itu.

🦋

Double update today sebab saya sayang korang BAHAHAHA.

Enjoy!

*ehem ehem*, komen la sayang~

Jangan sampai saya suruh Aidan ketuk awak semua guna kuali hijau daun dia tu - _ +

(tkdela, gurau je)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro