16- Maggi
KETIKA sedang sibuk dia mengemas katil kecil itu, terasa badannya seperti mahu dipeluk oleh seseorang sahaja.
Dan dia tahu siapakah gerangan itu. Dia sangat tahu.
"Awak nak apa?". Soalnya, bosan. Masih terasakah dengan perbualan ni meja makan tadi? Tapi apa haknya untuk terasa? Isteri? Ya, mungkin.
"Kenapa kau tak nak tidur dengan aku?". Badan si isteri dipusing untuk menghadapnya. Terus dia memeluk kemas pinggang Jasmine membuatkan wanita itu agak terkejut.
"Saya takut awak tak selesa lah".
"Tujuan aku ajak kau datang sini, untuk berada di samping aku. Sentiasa ada dengan aku. Kalau kau tidur bilik lain, apa gunanya aku bawa kau ke sini, hm?". Mukanya semakin didekatkan dengan muka Jasmine sehingga hidung mereka berlaga.
"Tak nak la. Awak pergi la tidur. Saya tak nak ganggu awak". Jasmine sedaya upaya cuba untuk menolak badan tinggi suaminya itu. Tapi, cliche thing, badan lelaki, bukannya boleh ditolak senang-senang je oleh seorang perempuan.
"Tell me what did I do wrong, sweetheart? Ke sebab aku tengking kau beberapa hari lepas?".
"Tak, bukan".
"Then?". Badan mereka semakin ke belakang dan belakang sehingga akhirnya kedua-duanya jatuh ke atas katil. Dengan posisi badan Caden yang menindih Jasmine.
"Takde apa-apa. Awak boleh tepi tak? Saya nak bernafas pun susah". Dan akhirnya, berjaya juga dia melebarkan jarak antara kedua badan itu.
"Tidur dengan aku". Tajam matanya merenung mata coklat milik Jasmine.
"Tak nak".
"Im not asking a question, Nazia. This is a command".
"Saya bukan anak buah awak okay? Untuk awak arah-arah bagai. Saya bukan sesiapa pun. Not even your lover. Saya hanya isteri awak yang awak sendiri tak nak".
Langkah Caden semakin dekat dengan Jasmine setelah akhirnya dia menangkap apa yang menganggu fikiran isterinya yang sorang ini.
Renungannya yang tajam tadi kembali melembut. Mencari cara untuk memahami apa yang sepasang mata coklat itu cuba untuk bicarakan.
"Dah la, saya nak tidur. Awak keluar lah". Badannya tanpa segan silu dibaringkan di atas katil bujang empuk itu. Selimut ditarik sehingga menutupi seluruh badannya. Tinggal kepala sahaja. Kepalanya dipalingkan ke arah dinding kosong. Tak mahu melihat Caden. Entah apa yang dirajukkan pun tak tahu. Eh, dia merajuk ke? Ke tak? Entah la.
"Goodnight, Nazia". Ucapnya lelaki itu sebelum melangkah keluar daripada bilik yang berdinding kuning pastel itu. Bilik itu sebenarnya disediakan untuk sepupu kecil Keluarga Hanchester kalau mereka datang ke Malaysia. Tapi, disebabkan sudah lama mereka tak datang ke sini, bilik tu jadi kosong.
Bilik tu merupakan satu-satunya bilik di dalam rumah itu yang bewarna kuning. Yang lain, semua samaada hitam, kelabu atau putih.
Keluarga Hanchester? Ya, keluarga Melvin. Kenapa tidak keluarga Velkov? Mereka jarang mengambil tahu secara langsung tentang kehidupan Caden. Yela, selalu sibuk. Kalau nak tahu pun, Mr. Vyacheslav akan tahu daripada mata-mata yang diupah. Jarang sangat lah kalau sampai nak datang melawat Malaysia sendiri.
🦋
LANGKAH menuruni tangga terasa lambat sahaja. Masih tengah berfikir macam mana nak jahit mulut sendiri tanpa rasa sakit.
"Aku dah cakap dekat kau, Caden. Jaga hati dia". Melvin yang baru sahaja keluar daripada biliknya di tingkat 2 itu seakan tahu sahaja apa yang difikirkan Caden.
"Cepat juga wanita naik angin. Aku ingat lelaki je".
"Takdenya, lelaki perempuan sama je. We are equals".
"3 MINUS 2 EQUALS MONSTER!".
Caden dan Melvin berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar suara bising yang terkeluar daripada bilik Aidan yang berada betul-betul di sebelah bilik Melvin.
Oh, info tambahan. Rumah agam ini mempunyai empat tingkat sekali dengan ground floor.
Tingkat paling atas sekali, tingkat 4, ada bilik Lee dan bilik Alex. Asing ya. Ada juga makmal yang sering digunakan oleh Lee. Dan studio komputer milik Alex. Bilik mereka bertempat di tingkat paling atas kerana konsentrasi yang perlu diberikan ke atas kerja masing-masing. Takut bising. Lagi satu, kalau makmal Lee tu meletop, jauh sikit dengan orang. Ha gitueww.
Di tingkat 3 pula, adanya bilik Caden dan bilik berdinding kuning yang buat masa sekarang ni menjadi bilik Nazia. Di tingkat itu juga ada bilik kerja Caden, ada sebuah perpustakaan kecil dan sebuah bilik baju. Khas untuk Caden.
Di tingkat 2, ada bilik Melvin dan bilik Aidan. Mereka berdua tinggal satu aras. Bilik rahsia, bilik gaming Aidan, black room yang selalu digunakan untuk meeting mereka, semua ada di tingkat itu.
Dan akhir sekali, di tingkat 1 ataupun ground floor. Ada dapur, dua buah lagi bilik kecil untuk tetamu, ruang rehat, ruang tamu, ruang makan. Pendek kata, semua yang penting untuk kehidupan, ada dekat tingkat paling bawah. Termasuk, theater room.
Ha, rumah mewah macam ni. Kau rasa kenapa keempat-empat beruk tu tak nak balik rumah sendiri? Sebab ni la. Sebab rumah ni terlalu besar.
Rick ri ricky rich, aram mafia~
"Sejak bila Aidan pandai stream lagu tu? Bukan yang dia tahu, main game je ke?". Caden bertanya kepada Melvin. Mana lah tahu kan kalau-kalau Melvin tahu. Mereka kan tinggal satu aras.
"Entah. Erk, Caden. Ada berita penting sebenarnya yang kitorang nak cakap dekat kau. Tapi, kau takde kan 3 hari lepas. Jadi, tak tercakap".
"Cakap apa?". Bincang dekat tangga pun boleh guys!
"Darren King. Dia ada datang ke Rusia tiga hari lepas. Dia cari kau".
"Shit! He came back?".
"Dan aku rasa dia nak balas dendam. Kita patut buat plan daripada sekarang. Kings dah susah untuk dijangka sekarang. Aku takut dia akan targetkan Jasmine untuk balas dendam nanti". Riak wajah Melvin kembali bertukar menjadi agak kerisauan.
"Bukan Jasmine je, Vin. Walau apa cara sekalipun, aku nasihatkan kau untuk tengok-tengok kan Alisa. Darren tahu yang kau akan dijodohkan dengan dia. And we both are his main target. Aku rasa, dia akan cuba untuk balas dendam terhadap orang yang penting bagi kita instead of kita sendiri. I think...".
"I will call the others, we have to have an urgent meeting".
"Right, nice idea. Im gonna wait in the black room". Ujar Caden lalu mereka berlaku ke arah masing-masing.
🦋
KAKI melangkah entah ke mana arah tujunya. Dia ikut sahaja suara-suara yang berbunyi. Dan akhirnya, sampai lah dia di hadapan sebuah pintu bewarna hitam di tingkat dua. Bilik itu duduknya paling hujung sekali di lorong tingkat itu.
Perlahan-lahan tangan itu mengetuk-ngetuk pintu hitam itu.
Krekk...
Pintu dibuka secara perlahan-lahan oleh salah seorang manusia yang duduk di dalam bilik itu. Dejengulkan sedikit kepalanya untuk melihat hantu mana kah yang berani menganggu perjumpaan penting Velkovace itu.
Alih-alih, isterinya sendiri.
Barulah badannya dikeluarkan sepenuhnya daripada bilik itu. Pintu ditutup rapat. Tidak mahu Jasmine melihat keaadan bilik yang agak menyeramkan itu.
"Why did you wake up, sweetheart?". Tangannya naik mengusap pipi lembut Jasmine itu. Mata Jasmine jelas kelihatan masih tertutup. Berjalan tengah tidur ke? Nasib baiklah sempat juga dia sarungkan tudung.
"Saya...".
"Hm?".
"Saya lapar. Saya nak makan tapi tak ingat kat mana dapur. Saya cari awak dekat bilik awak tadi, tapi takde. Saya bukan nak menyusahkan awak tapi saya takut saya sesat".
"You hungry?". Dagunya ditarik oleh jari telunjuk Caden untuk menyamakan aras mata mereka.
"Iyeee, saya lapar".
"Jom. Aku masakan kau maggi".
"Jom!".
"Shh, nanti yang lain dengar". Dia meletakkan jarinya di atas bibir Jasmine. Tanpa disangka-sangka, Jasmine mengambil jari itu dan mencium hujungnya.
"Huh?". Bingung sekejap Caden dibuatnya.
"Jom...". Jasmine berkata separa berbisik.
🦋
Comel je Jasmine ni ^^
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro