Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

11- Aiskrim Coklat

"BABAH, buat apa ramai-ramai ni?". Soalan yang sedikit kedengarannya janggal itu ditanyakan oleh Jasmine sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumah babah nya itu.

Dipaksa balik oleh Nazrien, maka dia balik lah. Kata Nazrien, ada urusan penting yang melibatkan keluarga Kasyaf dan keluarga dia. Apabila Jasmine bertanya untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, Nazrien enggan memberi tahu dan hanya menyuruhnya untuk pulang secepatnya.

Cepat tak cepat juga la, pukul 7.45 baru sampai ke rumah. Jasmine baru sahaja menjalankan pembedahan ke atas seorang kanak-kanak yang mempunyai tumor otak petang tadi.

Pembedahan itu malangnya, tidak berjalan dengan begitu baik menyebabkan budak berusia 5 tahun itu koma. Kemudian, shif nya diganti oleh doktor biasa yang lainnya.

Dia duduk di hospital sebentar untuk menunaikan solat maghrib kemudian barulah dia pulang ke rumah. Ini pun dalam keadaan yang serabut dan baru lepas menangis sepuasnya.

Bagi dia, kanak-kanak itu koma kerananya. Bagi dia, semua ini diakibatkan olehnya. Dia rasa bersalah 200%.

"Kasyaf dan keluarga buat apa kat sini?". Tanya Jasmine lagi.

"Macam tak suka aje kami datang sini. Duduk la dulu, Jasmine". Mak Cik Farida iaitu ibu kepada Kasyaf menggamit Jasmine untuk duduk di sampingnya.

"No, takpe. Cakap je, Jasmine boleh berdiri. Lagipun, Jasmine nak cepat".

Mereka berpandangan antara satu sama lain sebelum Nazrien yang membuka mulut. Antara orang termuda di situ.

"Ling ling marah tak kalau abang cakap yang...".

"Yang?".

"Kasyaf nak teruskan wedding korang". Ha! Ini yang buat emosi Jasmine semakin tidak stabil ni. Makin bergelora hatinya menahan marah.

Eh, bukan Kasyaf ke yang beria curang?! Lepastu ada hati nak teruskan majlis bodoh ni?! Panas pula aku!

"Apa ni, babah? Ling ling dah cakap kan, kami dah takde apa-apa hubungan. Sejak satu daripada bulan lepas lagi". Beg tangan yang setia di bahu dicampak ke lantai. Betapa bencinya dia dengan hari ini. Semua benda nak jadi buruk.

"Kasyaf minta maaf, Jasmine. Kasyaf cuma nak perbaiki hubungan kita. Ka-".

"You, diam Kasyaf! Apa you cakap? Hubungan kita? Kasyaf, you cheated on in front of my eyes and you sendiri cakap yang you tiada apa-apa nak dijelaskan lagi. So what now? Nak jilat ludah you balik?". Tajam mata Jasmine di sebalik kaca mata itu merenung Kasyaf. Seperti kejadian sebulan lepas berlalu bagai kan angin sahaja baginya. Amboi, amboi! Banyak tak cantik muka kau!

" Ling ling, cakap elok-elok dengan Kasyaf". Pesan babahnya dengan lembut. Tahu yang hati anak daranya yang satu ini tengah terbakar.

"Tak nak, bah! Dia tak layak untuk Ling ling cakap elok-elok. Kau dengar sini eh, Kasyaf. Jangan kau jejak lagi kaki kau kat rumah ni, jangan kau tunjuk lagi batang hidung kau dekat depan aku sebab aku benci kau!". Semua kata-kata disembur ke hadapan muka Kasyaf. Ibu dan bapanya yang duduk di antara kedua sisi lelaki itu turut terkejut dengan perubahan sikap Jasmine yang tiba-tiba berubah itu.

" Jasmine ni dah kenapa? Kasyaf nak tu, terima je la. Ke Jasmine dah ada orang lain?". Sinis mak cik tua itu berkata-kata. Ada juga yang kena cili mulutnya nanti.

Terus Jasmine terdiam. Entah kenapa, fikirannya menerawang mengingatkan lelaki bermata hijau itu.

" Dah la, bah, Abang Nazrien. Jasmine nak balik". Baru selangkah kakinya ingin pergi meninggalkan ruangan itu, Kasyaf mulai berbunyi.

"Jasmine, dengar lah dulu penjelasan Kasyaf. Dia tu rakan sekerja j-".

"Diam, Rafael Kasyaf! Sebelum aku sumbat mulut kau dengan stokin aku ni, baik kau tutup mulut penipu kau tu!". Ha yang ni Jasmine dengan mod apabila dia betul-betul geram. Kasyaf, sila lah main-main api lagi dengan Jasmine kalau nak yang lagi pedas.

Terlopong semua manusia yang ada di situ.

" Ling ling balik dulu, Abang". Jasmine menyalami abangnya.

"Ling ling balik dulu, babah". Begitu juga dengan babahnya.

"Hati-hati, Ling ling. Nanti abang c.o.d kan makanan".

"Okay, abang! I love you!". Macam tahu-tahu je Nazrien ni. Sememangnya, makanan lah yang satu-satunya dapat menaikkan semula mood Jasmine yang merundum jatuh itu.

🦋

KERETA dipandu tanpa arah tujuan. Sebenarnya, dia malas nak pulang ke apartmennya. Tapi nanti Nazrien nak hantar makanan?

Kereta diberhentikan di harapan sebuah rumah besar untuk melihat mesej yang masuk ke telefonnya apabila telefon itu mengeluarkan bunyi notifikasi sebentar tadi.

Ling ling, Kasyaf tak nak balik selagi kau tak datang jumpa dan maafkan dia. Makanan kau aku hantar esok tau, nak settle hal mamat terencat ni dulu. Cau, dik! Aku sayang kau!
-Abang Nazrien <3

Mesej diakhiri dengan sebuah emoticon berbentuk hati bewarna merah.

"Ala, takde makanan...". Kepalanya disandarkan ke atas stereng keretanya. Sumpah rasa lemah sekarang ni. Kasyaf tu pun satu, tak faham faham bahasa! Dah kenapa dengan mamat tu agaknya eh? Gila cinta?

Tok, tok!

Kepala yang statik tadi, lantas diangkat tatkala dia terdengar ketukan di pintu keretanya.

"Eh, Dr. Jasmine! Datang sini buat apa?". Tanya Aidan.

Eh, eh tiba-tiba sahaja muncul dia ni. Datang daripada mana?

"Ha?". Tanya Jasmine, kurang faham.

"Dr. Jasmine buat apa kat depan rumah Gil ni? Nak jumpa Gil ke?".

Lah, dia berhentikan keretanya di hadapan rumah agam milik Caden rupanya. Ingatkan rumah siapa la yang besar teramat ni.

"Tak, I saja je stop. Nak cari ketenangan sikit. View kat sini cantik". Ulasnya, tak pandai menipu. Padahal berhenti tepi jalan sebab nak menangis tak dapat makanan. Kan?

"Dr. tak nak masuk dulu?".  Tanya Aidan penuh ramah. Eh, bukan Aidan ni anti perempuan ke? Agaknya dengan Jasmine je kut dia ramah.

"Eh takpe takpe, rumah lelaki kan?". Jasmine tersenyum hambar.

"Eh, takpe. Ada Dr. Anggun kat dalam dengan keluarga Alex. Mereka datang nak melawat Alex".

"Boleh ke I masuk? Nanti Caden marah". Lah, elok pula dia berbual dengan geng yang pernah culik dia sebulan lepas. Siap nak masuk rumah lagi.

"Takdenya. Nanti kalau dia marah Dr., saya marah dia". Ceh, ada-ada je Aidan ni. Sekali kena tenung dengan Caden, mula lah lutut tu macam jeli.

"Tapi...".

"Masuk je Dr. Kami sebenarnya ada benda nak cakap dengan Dr. Tapi, kami tak tahu macam mana nak contact Dr. Tadi saya saja la nak ambil angin dekat luar, tengok-tengok kebetulan pula ada kereta Dr.". Jelasnya panjang. Elok sahaja percakapannya. Tak macam sebulan yang lepas, kasar semacam!

" Oh, okay la kalau macam tu. I pun ada benda nak cakap dengan Caden". Benda yang kalau cakap ikut telefon, rasa kurang sopan lah pula.

"Jom".

🦋

"KAU buat apa kat sini?". Terangkat bahu Jasmine apabila itu soalan pertama yang diajukan oleh si tuan rumah apabila mata hijaunya menatap mata coklat milik si gadis.

"Aidan, ajak masuk. Dia kata, ada benda yang korang nak bincang dengan I". Tertunduk menikus dibuatnya. Bukan apa, setiap kali ditenung sebegitu rupa, pasti dia jadi terlebih gerun.

"Aku masuk dapur dulu". Terus Aidan berlari masuk ke dapur, tempat di mana Keluarga Felicis berkumpul. Tinggal lah Caden dan Jasmine berdua di hadapan pintu itu.

"Bincang apa?". Kata Caden semakin merapati tubuh Jasmine.

"Mana lah I tahu, you all nak bincang apa. Ish, jauh la sikit". Jasmine mengangkat tangannya sehingga ke paras dada, menghalang Caden daripada terus mendekatinya.

"Kau tak tahu?".

Laju Jasmine menggeleng.

Kemudian, mata coklat milik Jasmine ditilik oleh Caden dalam-dalam seperti ada sesuatu di sebalik mata yang berkaca itu. Jap, berkaca? Jasmine menangis ke?

"Kau kenapa?". Tanya Caden.

"Kenapa apa?".

"Kenapa menangis?". Soalnya lagi.

"I cerita bukan you nak dengar pun. Lagipun, you tak patut tahu. I bukan sesiapa pun dalam hidup you". Rajuknya makin kedengaran. Eh kenapa pula dia nak merajuk?

"Suka hati kau la". Caden memusingkan badannya kerana dia ingin ke dapur, makan malam bersama Keluarga Felicis atau lebih tepat lagi keluarga Alex.

"Eh, you nak pergi mana tu?".

Dan apabila lelaki itu berpaling semula, terus dia menunduk sambil menguis-nguis kakinya ke lantai.

"To the kitchen".

"I duduk, boleh?". Minta izin dulu. Takut-takut dimarahi oleh Caden. Mana la tahu kan. Lelaki kan agar sukar untuk dijangka. Betul tak?

Caden angguk sekali sebelum dia betul-betul pergi meninggalkan Jasmine terpinga-pinga di situ. Aidan ni pun satu, dia yang ajak masuk dia yang lari.

🦋

"WEY, kau buat apa kat sini?". Soal Aidan sewaktu kerusi di sebelahnya itu ditarik oleh Caden. Tanya pula dia nak buat apa? Nak makan la. Takkan nak menari pula.

"Makan la".

"Dr. Jasmine mana?".

"Siapa Dr. Jasmine, Alex?". Ibu Alex yang berbangsa Cina yang sedang menghidangkan lauk yang dibungkus daripada rumah itu, bertanya.

"Kawan".

"Sejak bila Caden pandai berkawan dengan perempuan ni? Aya, sudah mahu kahwin ka?". Makin lama, makin galak pula Caden diusik oleh Uncle Sew, ayah kepada Alex.

"Tak la, uncle. Ada-ada je". Lee menyangkal dakwaan tidak berasas itu. Mahu berasap telinga Caden menahan daripada mendengar dakwaan-dakwaan ini. Jadi adalah lebih baik, dia balas bagi pihak Caden.

"Gil, Dr. Jasmine mana?".

Dia sekadar mengangkat bahu.

"Gil, elok-elok la. Aku risau la tengok dia tu".

"Kenapa, Aidan? Jarang kau risau pasal perempuan ni". Betul juga kata Alex itu.

"Mood dia tak berapa okay. Sembab je mata aku tengok. Senyum pun macam nak tak nak je. Pergi lah tanya, Gil. Ajak makan ke".

Caden menghalakan jari telunjuknya kepada diri sendiri. Matanya mengisyaratkan seperti, 'aku?'. Ha gitu.

"Kau la. Kesian dia. Dah la kita belum minta maaf se-". Belum sempat Aidan nak habis bertutur, mulutnya ditekup oleh Alex dan Lee.

"Aidan, kalau kau tak nak bagi aku buang segala mainan kau, baik kau diam. Kalau aunty and uncle dengar, mampus tahu?!".

"Ye ye, maaf. Aku hampir terlepas cakap. Tapi, pergi lah Gil. Kesian dia". Aidan masih lagi dalam proses memujuk Caden. Keras betul hati mamat ni!

Mata Caden beralih kepada Melvin yang sedang menatap sehelai reben kecil itu.

"Pergi je la, Gil". Ujar Melvin tanpa mengalihkan sedikit pun fokusnya terhadap reben bewarna putih susu itu. Dilamun cinta agaknya.

Melvin? Cinta?

Lambat lagi!

🦋

"MAKAN ni". Nak terkeluar jantung Jasmine tatkala dia merasakan sensasi sejuk beku di kulit pipi sebelah kanannya. Apabila dia berpaling, terlihat lah figura yang tadinya agak lama menghilang di sebelahnya.

Sebuah bekas aiskrim coklat disuakan di hadapan wajah Jasmine oleh tangan berurat itu.

"Kenapa kasi dekat I?".

"Makan. Cerita dekat aku apa dah jadi". Caden mengambil tempat duduk di sebelah Jasmine yang kakinya masuk ke dalam kolam di sisi rumah agam itu.

Penat juga dia cari Jasmine sekeliling rumah. Ingatkan dah balik tapi bila tengok, kereta masih ada di hadapan rumahnya. Apabila dia jenguk ke laman tepi, barulah dia nampak Jasmine di situ bermain-main dengan air kolam.

"Cerita apa?".

Caden malas menjawab. Sebaliknya, kedua jarinya ditunjukkan ke arah kedua-dua mata Jasmine yang sembab itu.

"Nak dengar ke?".

Caden mengangguk dua kali.

Maka dengan itu, Jasmine menceritakan segalanya daripada A sampai ke Z. Luahkan segala masalah dia dekat seorang orang asing. Sebenarnya tak la asing sangat sebab dia agak mengenali lelaki ini kerana sudah sebulan mempunyai nombor telefonnya. Namun, bila mengingati fakta yang dia pernah 'culik' Jasmine, rasa macam pelik pula kan?

Tapi takpela, kuran sikit cliche nya.

Setelah segelanya selesai diluah, bekas aiskrim itu ditutup. Wajahnya yang kembali menangis itu ditatap penuh...

... penuh tidak beremosi oleh Caden. Ceh!

"You dengar tak? Faham tak? Takde reaksi pun, penat I cerita".

"I have ears, Nazia".

Dengar aje itu, terus Jasmine mencebik.

'Aku penat-penat cerita, itu aje yang dia balas?'.

"Dah la, I nak balik. Nanti babah dan Abang Nazrien risau". Dia bangun. Kakinya yang agak basah itu dibiarkan sahaja. Malas lah dia nak kisah. Tak penting.

Dan langsung dia berjalan pergi meninggalkan Caden sendiri.

"Its not your fault and dump the Kasyaf guy". Dua jenis pesanan ringkas mesra pengguna itu diajukan oleh Caden dengan suara mendatarnya kepada Jasmine membuatkan wanita itu berhenti seketika daripada terus berjalan.

"Its not your fault that 5 years old girl is currently in coma. Most importantly, you have to think about yourself, sweetheart. Will you be happy if you get married with a guy that once cheated on you? Once a cheater, always a cheater Nazia". Kenyataanya yang tadi diulas sekali lagi dengan lebih jelas sambil dia mendekati Jasmine semula.

"Ambil aiskrim ni. Balik, rehat". Bekas aiskrim coklat itu diletakkan di atas kedua telapak tangan Jasmins.

"Terima kasih and Caden... ". Ucapanya, ikhlas.

Kening Caden diangkat sebelah.

"Nak kahwin dengan I tak?". Ha sudah! Mampus!

🦋

Longest chapter i've ever written, enjoy!

Sorry lewat sikit publish harini, saya buat hws tadi, biasalah pelajar cemerlang #flex /j.

Petang pulak, tidur aje memanjang.

Ngomong-ngomong, hari korang harini macam mana? Okay tak?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro