5- Miss Light
"AWAK!". Panggilan April menghentikan langkah kaki Mecca yang ingin berlalu pergi tadi.
Tanpa berpaling ke belakang untuk memandang si gadis yang memanggil, Mecca hanya menyahut dengan sebuah gumaman sahaja. Dia sebenarnya tiada masa untuk memandang April secara berlama-lamaan. Dia takut. Dia takut akan sesuatu.
"Terima kasih". April mengucapkan kata penghargaan tersebut dengan ikhlas. Segaris senyuman manis turut dihidangkan buat Mecca meskipun mata lelaki tersebut langsung tidak melihat ke arahnya.
"Untuk apa? Aku bukan tolong kau dan aku rasa tadi kau tak perlukan pertolongan aku pun tadi. I just helped my hotel from getting any trouble from the two of you". Terus kendur senyuman April apabila mendengar kata angkuh daripada Mecca. Senyuman tersebut digantikan dengan riak wajah menyampah.
Bagi April, lelaki ini memang tidak pernah berubah. Selalu angkuh dan gemar bercakap kasar dengannya. Bagi April, yang berubah hanya lah dirinya. Tiada lagi April yang lembut kiut miut yang dulunya sangat menyukai Mecca. Yang ada hanya lah April yang cukup menyampah dengan lelaki tersebut!
April meruncingkan matanya memandang Mecca.
'Tak pernah berubah! Huh!'. Marahnya di dalam hati sendiri. Karang kalau cakap kuat-kuat, dia pula kena 'buang' daripada hotel ini.
"Ada nak cakap apa-apa lagi?". Mecca bertanya dengan suara tidak beremosinya. Suara biasanya. Suara yang seringkali akan menghadirkan rasa intimidasi kepada sesiapa yang mendengarnya.
April berfikir seketika sebelum berjalan mendekati Mecca. Dia berdiri di hadapan lelaki tersebut membuatkan si lelaki melihat ke arah lain.
"Ada". April membalas.
"What is it?".
Muhammad dan Isyraq yang hanya melihat mereka berdua daripada jauh, menelan air liur kesat. Muhammad tahu sebagaimana tegasnya si encik bos dan Isyraq tahu bagaimana keras kepalanya si kakak. Mesti dua-dua tak mahu mengalah kalau ada pergaduhan mulut yang berlaku nanti.
"Awak masih ingat saya kan?". Soalan yang tidak terjangka keluar daripada mulut April. Dia sendiri tidak terjangka ini soalan yang bakal dia tuturkan.
Mecca menarik nafas panjang sebelum menjawab dengan tenang,
"I have an eidetic memory. I have no choice other than to remember you".
"Bagus. But maybe your version of me is different from me now. Delete that from your memory". April menapak semakin mendekat dengan Mecca namun lelaki tersebut sedikit pun tidak berganjak membuatkan Muhammad bimbang dan pelik. Muhammad pelik mengapa majikannya ini tidak berganjak padahal dia sangat benci jika ada manusia yang berdiri sedekat ini dengannya.
Mecca mengangkat sebelah daripada keningnya; dia kepelikan. Pelik dengan apa yang April cuba maksudkan.
"Tapi awak, tak ada beza langsung. Saya dah cakap terima kasih, awak patutnya cakap saja la sama-sama. Apa yang susah sangat? Tak perlu pun untuk mengungkit kebarangkalian yang saya boleh membawa masalah kepada hotel awak. Jadi, dengan ini, saya tarik kembali kata terima kasih saya. Betul lah. Awak tak tolong saya apa-apa pun". April mulai membebel. Dia paling tak boleh ya orang yang tak menghargai setiap satu tindakannya walaupun kecil kerana dia boleh berbuat demikian kepada orang lain. Jadi, kenapa tidak orang lain berbuat perkara yang sama kepada dirinya?
Mecca masih lagi tenang dan berdiam diri. Daddy cakap kalau ada perempuan marah, kena kasi dia marah sampai habis dulu.
"Kenapa diam?". Soal April.
"Because I have nothing to argue with an idiot like you".
Hampir sahaja April ternganga mendengar jawapan yang keluar daripada mulut Mecca. Sungguh tidak terjangka ya.
"Ada nak cakap apa-apa lagi? I haven't eaten my lunch yet and I bet your brother is waiting for you too".
April berpaling ke belakang dan melihat si adik yang setia menunggunya di meja makan.
"No? I shall get going then. May I see you less, Miss Light". Kata Mecca lalu benar-benar meninggalkan Seroja terpana di situ.
Terpana kerana nama samaran itu mengimbau kembali segala kenangan masa kecilnya bersama seorang Sayf Ayden Mecca.
'Miss Light'.
Nama samaran yang Mecca berikan kepadanya sewaktu pertama kali mereka bertemu di taska lebih kurang dua puluh dua tahun yang lalu. Mecca memberikannya nama samaran tersebut dek kerana nama penuhnya yang mempunyai perkataan 'Cahaya' dan sewaktu pertama kali Mecca melihatnya menangis di taska tersebut, katanya, wajah April memantulkan cahaya dek kerana cahaya lampu yang terpantul pada aliran air matanya.
🔪
TERLEPAS sahaja Mecca daripada pandangan April, terus lelaki itu tersenyum nipis. Sedaya upaya juga dia cuba untuk menahan tawa kecilnya daripada terus terlepas. Interaksinya bersama si gadis sebentar tadi dirasakan lawak.
"Nak marah sangat. Macam anak ayam tersepit". Komen Mecca perlahan.
Namun...
Tetap ada yang mendengar.
"Apa dia, tuan?". Muhammad menyapa daripada belakang membuatkan Mecca cepat-cepat mematikan senyumannya dan berdehem beberapa kali.
"Apa dia apa?". Dia menyoal kembali si pembantu peribadi.
"Tuan cakap apa tadi?".
"Nothing, Muhammad". Mecca bersuara datar. Bengang betul dia dengan pembantunya yang bertelinga lintah ini. Sudah lah bertelinga lintah, suka bergosip pula tu!
🔪
GAMBAR yang ada di dalam laci yang sama dikeluarkan untuk dilihat kembali. Dilihat buat berkali-kali untuk hari ini. Pertemuan tidak disangkanya dengan si gadis di restoran SN Forever Hotel ini tadi membuatkannya untuk melihat gambar tersebut berkali-kali.
Mecca kelihatan memasang wajah yang sangat tegang di dalam gambar tersebut. Berbeza dengan April yang tersenyum ceria sembari memeluk kemas lengan Mecca dan melentokkan kepalanya di atas bahu si lelaki. Kepalanya yang 'dipasang' dengan dua tocang kelihatan sangat comel.
Little Miss Light's signature.
Sekali lagi, Mecca tersenyum. Tawa kecilnya terlepas membuatkan dia menutup mata dan menampung dahi sendiri. Dia sendiri tidak sangka yang dia boleh tersenyum dek kerana si gadis ini. Si gadis yang dulunya sering membuatnya berasa menyampah.
"Miss Light...".
Gambar tersebut dilihat buat beberapa saat lagi sebelum dia meletakkannya ke atas meja kerja. Kotak kecil yang dilihatnya ada di dalam laci yang sama sebentar tadi diambil.
Kotak yang agak berhabuk itu dilap serba sedikit dengan menggunakan tangannya sebelum dia membuka penutup si kotak.
Perkara pertama yang menyapa iris hijau dan perangnya adalah beberapa keping surat tulisan tangan kanak-kanak dan beberapa gelang manik yang tampak lusuh dan agak tidak teratur sususan maniknya.
Salah-satu gelang manik tersebut diambil oleh Mecca sebelum dia memain-mainkannya di sekitar dua jari tangan kanannya.
Kotak diletakkan di atas meja dan sekeping surat tulisan tangan si gadis diambil daripada dalam kotak tersebut. Dibukanya surat yang sudah sangat lusuh tersebut lalu Mecca membaca isinya.
Selamat 9 tahun, Mecca!
Tulisan milik kanak-kanak berumur lima tahun itu direnung lama lalu Mecca tersenyum lagi.
"Twenty years ago...".
Surat tersebut diletakkan ke atas meja terlebih dahulu sebelum dia mencapai surat yang lain.
Surat kedua dibuka.
Jom makan eskrem?
"I hated ice cream, Miss Light...".
Mecca lagi-lagi dibuat tersenyum apabila semakin lama, semakin banyak memori mereka berdua yang menerobos masuk ruang fikirannya.
Surat kedua diletakkan juga ke atas meja sebelum surat ketiga diambil. Kali ini, lipatannya agak besar bermakna nukilannya agak panjang membuatkan Mecca tertanya-tanya apakah isi tulisan si gadis kali ini. Dia cuba untuk mengingatinya namun dia terlupa.
Sebelum Mecca membuka surat tersebut, ada dua ayat pendek yang menyapa matanya terlebih dahulu.
No. Please stop disturbing me.
"Aku...".
Tak sempat dia menyudahkan katanya, dia terlebih dahulu membuka surat tersebut.
Tulisan tangan si gadis kali ini lebih kemas menandakan yang di waktu si gadis menulis surat ini, dia sudah semakin membesar. Barangkali sudah bersekolah.
Mecca, saya suka awak.
Saya suka awak sebab awak bagi saya duduk dekat-dekat dengan awak. Awak tak suka orang sentuh awak tapi awak bagi saya sentuh awak. Saya suka awak. Awak suka saya juga kan?
Kini Mecca faham apa makna dua ayat pertama di bahagian hadapan surat tadi.
Dua ayat tersebut ialah tulisan balas daripadanya buat luahan cinta si gadis terhadapnya.
Mecca mengeluh panjang.
"Sorry, Miss Light...".
🔪
She fell first, he fell harder hehe...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro