Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2- Mommy & Erin

MECCA sedang bertentang mata dengan Tuan Azizul yang menyandang jawatan sebagai hotel manager dan Chef Adyan yang memegang jawatan sebagai Chef de Cuisine di dapur SN Forever Hotel. Kedua tangannya naik memeluk tubuh sendiri. Dia berdiri jauh lima langkah daripada mereka namun renungan matanya cukup untuk menembusi badan masing-masing. Mecca memang terkenal dengan sikap tegasnya.

Zara; pekerja pelatih di dapur itu pula ada berdiri bersebelahan dengan Muhammad.

"Cerita. Tanpa penipuan, tanpa dalih. Cerita. Cerita apa isunya sampaikan awak layan pekerja pelatih saya seperti ini". Mecca menikam tajam mata Tuan Azizul. Tuan Azizul sememangnya lebih tua beberapa tahun daripadanya, namun Mecca sedikitpun tidak takut untuk berhadapan dengannya.

"S-saya...". Tuan Azizul ingin membuka mulut namun memang tiada kata yang terkeluar untuk membela diri kerana dia tahu memang dia bersalah dalam hal ini.

"How much of her allowance did you take?". Mecca menundingkan jarinya ke arah Zara yang berada tidak jauh daripadanya. Juga berjarak lima langkah. Soalan tersebut ditujukan buat Tuan Azizul.

Tuan Azizul tetap sahaja berdiam diri.

" Неужели так сложно ответить на мой вопрос? (Is it really that difficult to answer my question?). Jawab la! Berapa elaun dia yang awak ambil? Kenapa bayar elaun dia lewat?". Mecca menengking Tuan Azizul sehingga bergegar dapur tersebut. Beberapa orang lagi cef yang sedang bekerja kelihatan sedang berada dalam ketakutan.

"S-saya.... Saya perlukan duit lebih, tuan. Anak saya...". Tergagap-gagap Tuan Azizul cuba untuk menjawab.

"Perlukan duit lebih... You really need to take an intern's allowance, huh? Who am I to all of you actually? Kenapa setiap kali ada masalah, tiada seorang pun yang datang terus kepada saya?! I care about all of you! Kalau ada masalah, cakap pada saya. Saya bantu. Tapi seorang pun tiada yang datang ke mari!". Mecca menengking lagi.

Sebenarnya Mecca sendiri pun pelik dengan kelakuan dirinya saat ini. Mengapa akhirnya dia boleh merasakan amarah? Bukankah...

"I know I'm not my dad. I'm not the great Sayf Maleeq who you adore but I will be replacing his place soon in this hotel. So, try to give me the cooperation I need". Mecca mengeluh dan kembali merendahkan suaranya. Satu tangannya naik dan memicit dahi sendiri.

Salah satu masalah mewarisi perniagaan keluarga, seperti ini lah. Pekerja akan ada yang tidak boleh mempercayai dia seperti mana mereka mempercayai ayahnya.

Semua yang ada di situ mengangguk perlahan-lahan.

"Azizul, masuk pejabat saya nanti. I will give you the money for your child's treatment. Zara, bekerja seperti biasa. Saya akan bagi baki elaun awak nanti".

"Baik, tuan".
"Baik, tuan".

Kedua-dua daripada mereka menjawab dengan kepala yang masih menunduk.

"Pastikan perkara seperti ini tak akan berlaku lagi. Jika masih juga berlaku di masih hadapan, saya akan berikan notis perletakan jawatan dua puluh empat jam kepada sesiapa yang terlibat". Mecca berkata kemudian berjalan keluar daripada dapur hotel tersebut. Pekerja-pekerja yang ada di sekelilingnya terus mengelak daripada berdiri dekat dengan figura tegas itu. Mereka tahu, kalau mereka tersentuh walaupun sedikit daripada pakaian ataupun kulit lelaki tersebut, mereka tak akan dapat bekerja di sini lagi.

Pintu dapur ditolak dan terus sahaja langkahnya terhenti di saat selangkah dia betul-betul keluar daripada dapur. Di hadapannya ada insan yang disebut-sebut tadi. Pada mulanya, figura itu menayangkan wajah tak beriaknya tapi selepas beberapa saat, dia tersenyum.

"My son looks so tense. Why? Any problem in the kitchen?".

"A lot. Why is daddy here?". Mecca bertanya sambil menyalami tangan tua ayahnya yang tercinta itu.

"Just came back from the graveyard visiting your mommy. Thought I would come pay a visit and here am I. Kenapa? Tak suka daddy datang?". Tuan Sayf ketawa. Ketawa kerana dia  dapat melihat dirinya di dalam diri Mecca. Dirinya yang masih muda. Tegas, garang, dingin. Ini dah tua-tua ni, sudah tiada lagi personaliti tersebut.

"I never said that". Mecca lalu berjalan bersama si ayah untuk menuju ke pejabat utamanya di tingkat tiga puluh lima. Tingkat kedua teratas di SN Forever Hotel.

"Iya la tu... I know your looks, son. Daddy yang jaga awak daripada kecil. Daddy tahu setiap apa yang awak rasa".

Mecca terdiam.

"Don't worry. Later, I will give this hotel fully for you and you won't have to see me here ever again". Tuan Sayf berjenaka.

"Jangan cakap benda-benda pelik macam tu. Mecca tak suka". Mecca berkata seraya tangannya menekan butang lif VVIP tersebut.

Tuan Sayf ketawa lagi.

"Kenapa? Takut tak dapat jumpa daddy lagi lepasni?".

"Daddy, stop. Mecca dah hilang mommy. Mecca tak nak hilang daddy juga. So, stop talking nonsense. I don't like it. You can come to this hotel forever. Just please... jangan tinggalkan Mecca". Berkerut-kerut dahi Mecca memberikan kata-kata tersebut membuat Tuan Sayf terdiam. Dapat dia rasakan yang Mecca betul-betul serius. Anaknya ini mana pernah main-main pun....

"Kenapa tak ajak Mecca melawat mommy juga tadi?". Mecca mengubah topik. Tak lari jauh juga pun sebenarnya.

"Daddy tahu Mecca sibuk. Harini kan ada lawatan bulanan ke seluruh hotel.  Lepas balik kerja nanti kalau Mecca nak pergi, pergi lah".

Mecca mengangguk perlahan.

Jujurnya, dia rindu.

Dia rindu pada insan yang tidak pernah dia lihat. Rindu pada si ibu yang tidak pernah sekalipun menyentuhnya. Dua puluh sembilan tahun Mecca hidup, sedikitpun dia tidak pernah merasa sentuhan, lembutnya suara dan susu seorang ibu.

Ya, dia rindu pada seseorang yang sekali pun dia tak pernah lihat.

"You don't cry anymore right?".

Tuan Sayf berpaling ke arah Mecca lalu tersenyum nipis.

"She's my wife. My first love. I will always cry for her".

🔪

PULANG sahaja Tuan Sayf daripada SN Forever Hotel setelah siap berbincang soal business dengan Mecca, terus si anak lelaki duduk bersandar di kerusi kerjanya. Tali lehernya dilonggarkan dan beberapa butang teratas kemejanya dibuka. Panas! Duduk dalam penghawa dingin pun panas.

Nafasnya ditarik dan dihembus beberapa kali sebelum dia membuka laci teratas meja kerjanya. Laci yang sering dia buka jika dia merindui si ibu.

Ditarik keluar sebuah bingkai gambar yang ada di dalam laci tersebut. Bingkai gambar tersebut dibawa ke hadapan wajahnya. Bingkai gambar yang menyimpan sehelai memori.

Gambar daddy dan arwah mommy nya di tepi pantai di Rusia. Perut arwah Puan Jasmine tatkala itu masih boyot. Barangkali masih sedang mengandungkan Mecca dan arwah adik perempuannya.

Puan Jasmine memang sungguh cantik. Mukanya sangat iras seperti Mecca. Memang Mecca mewarisi segala features yang ada pada wajah Puan Jasmine.

Tuan Sayf di dalam gambar tersebut pula kelihatan sangat 'menyeramkan' dengan wajah mendatarnya.

Mecca melepaskan tawa kecilnya apabila dia melihat wajah si ayah.

"I guess I took it from you. Stern. Tense".

Bingkai tersebut dipusing dan di belakangnya ada tertulis empat nama; Sayf, Jasmine, Mecca dan...

Erin...

Sayf Erin Malicca.

Nama bayi Puan Jasmine yang meninggal di dalam kandungan. Nama arwah adik kembar Mecca. Bayi perempuan yang tidak sempat lahir ke dunia.

"Erin...".

🔪

Second chapter!
Setakat ni macam mana, sayang-sayangku? Best tak cerita ni?

By the way, saya baru habis tengok When The Phone Rings keke :>
Nasib baik happy ending fuh...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro