Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

17- He Can Feel Happiness

"SAKIT tak?". April merenung kedua tangan Mecca yang sudah bertampal dengan beberapa keping plaster tersebut. Plaster pula bercorak Hello Kitty dan Cinnamoroll. Entah daripada mana April beli tetapi yang berjenis itu sahaja yang ada di dalam beg tangannya tatkala ini.

Mecca tidak menjawab soalan April sebaliknya dia tersenyum dan tertawa kecil. Luka-luka di tangannya yang bertampal tersebut dilihat dan diusap perlahan.

"Kenapa awak gelak? Saya tanya awak ni, jawab la". April yang masih merisaukan Mecca itu berasa geram dengan lelaki tersebut apabila dia tidak menjawab soalan si gadis. Orang tengah risaukan dia, dia boleh gelak-gelak pula.

"Let me ask you something first".

April mengangguk perlahan.

"Kau rasa sakit tu salah satu emosi manusia ataupun bukan?". Mecca bertanya. Matanya tidak beralih daripada kedua tangannya. Dia dapat merasakan sensasi kepedihan di situ namun masih lagi dia tersenyum.

"Kenapa awak tanya soalan macam tu?".

"Jawab saja, April".

April berfikir seketika kemudian dia menyusun ayat.

"Ramai manusia di atas dunia ini sering menganggap yang sakit tu akan memberikan kesan hanya kepada fizikal manusia tapi ramai di antara kita yang tak tahu yang sebenarnya sakit ni both sensory and emotional component. It's an unpleasant subjective experience. Bila awak dilukai, otak awak akan register rasa sakit tersebut. Macam mana? Awak terluka and then the pain receptors are activated releasing neurotransmitters.  Neurotransmitters itu yang akan hantar mesej kepada otak dan otak akan memproses mesej tersebut lepastu baru lah otak akan berikan respon. Nak kata sakit ni emosi manusia tak boleh juga tapi nak kata tak, tak boleh juga. Ada sakit yang seperti saya terangkan tadi tapi ada juga sakit hati. Ha, sakit hati tu mungkin emosi. Yang ini saya tak pasti". Panjang lebar April berkata. Dia tahu pun kerana dia ada belajar dahulu. Zaman-zaman sekolah menengah rasanya.

"Maybe that's right and that's why I can feel it right now because it's not an emotion".

"Sakit sangat ke? Maaf...". April kembali merisaui Mecca. Lukanya tak lah dalam mana tapi boleh tahan panjang. Apa yang teruk sangat kena cakar ni?

Mecca tertawa kecil lagi.

"Kenapa awak ni? Jangan main-main boleh tak?". Ada juga yang kena cakar kali kedua nanti. Orang tanya, bukannya nak jawab. Asyik gelak je!

"My daddy had the same exact scratch as this and now it has turned into a scar. Sama sebiji seperti yang ini. Bezanya, aku ada dua. Daddy ada satu sahaja. Tapi tempatnya tak berubah. Kau nak tahu macam mana daddy boleh dapat parut tu?". Mecca tiba-tiba sahaja ingin membuka cerita. Saja dia nak bercerita untuk menghilangkan rasa takut April sebentar tadi.

April mengangguk.

"Arwah mommy terkena panic attack waktu naik kapal terbang. Kebetulan tempat duduk dia sebelah tempat duduk daddy. They were not married yet at that time. Because of that panic attack, she grabbed my daddy's hand dan kuku dia secara tak sengaja dibenamkan ke dalam kulit daddy. Macam kau buat dekat aku tadi".

April tergamam. Jarang sekali untuk Mecca berceritakan tentang arwah ibunya. Daripada kecil lagi, Mecca bukan jenis yang suka membuka mulut tentang arwah Puan Jasmine kerana ianya merupakan topik sensitif buat mereka sekeluarga.

"Boleh saja kalau daddy nak buang parut tu tapi sampai sekarang dia simpan because he said, he didn't wanna forget mommy even when he will lose his mind when he gets older". Mecca tertawa lagi.

"Yang tu mesti akan tinggal parut juga kan?". April menolehkan pandangannya ke arah kedua luka yang tertampal plaster tersebut.

"Mungkin".

'And I will not get rid of them either'. Sambung Mecca hanya di dalam hatinya.

"These scars and the way you explained about the brain activating pain just now... mengingatkan aku pada arwah mommy. Someone I never see with my own eyes tapi tetap sahaja...aku...rindu". Sebelah tangannya diletakkan ke atas dada sendiri. Entah kenapa, buat pertama kalinya dia merasakan ada yang sakit di sini. Sakit menahan rindu kepada arwah si ibu. Sebelum ini, tidak pernah. Tetapi apabila dia bersama April, rasa sakit itu akhirnya dapat dirasai oleh Mecca.

"Parut saya faham kerana awak baru saja cerita tadi tapi...".

"Mommy was a neurosurgeon. Those are all her things". Mecca menjawab soalan April tanpa mendengarnya dengan lebih lanjut terlebih dahulu. Dia sudah tahu apa yang ingin April tanyakan.

Kedua daripada mereka terdiam sebentar.

April dan Mecca kedua-duanya sedang menikmati keindahan malam di hadapan SN Forever Hotel. Kedua-duanya sedang duduk di hadapan bangunan megah tersebut.

Masih banyak kereta di jalan.

Masih ramai manusia.

Dunia masih sibuk.

"Tak nak balik ke?". Kembali kepada Mecca versi menjengkelkan.

"Nak la tapi...".

"Takut?". Mecca mengejek.

"Mana ada!".

"Admit that you're scared first and I will send you home". Mecca membuat permintaan yang bukan-bukan di tengah malam-malam buta ini membuatkan April kembali merasa ingin mencepuk jejaka tersebut.

"Tak nak!". Protes April.

"Then sit here alone. I wanna go home". Bicara Mecca lalu bangun daripada duduknya dan berjalan pergi.

"Mecca! Tunggu lah!". April berlari anak mengejar jejaka tersebut membuatkan Mecca tergelak kecil. Sudah lama dia tidak dapat tertawa seperti ini.

Terima kasih, April.

Terima kasih, Ya Allah.

Di sisi lain...

Muhammad baru sahaja berjalan keluar daripada pintu utama hotel apabila dia melihat majikannya sedang berlari-lari anak sembari tertawa dengan seorang gadis di hadapan bangunan tersebut.

Terlopong Muhammad dibuatnya.

"Dia...gelak? Senyum?".

Cepat-cepat Muhammad mengeluarkan telefonnya dan mulutnya dibuka lalu...

"Hey Siri...". Serunya.

"Mhm?".

"Is happiness an emotion?".

🔪

"KAU tak ajak pula kawan baik kau tu?". Mecca bertanya secara sarkastik kepada Uqayl di saat mereka semua sedang melepak-lepak di tepi kolam renang di rumah Tuan Sayf. Ada Uqayl, Iktidal dan Mecca. Saja nak melepak di malam hari. Uqayl dan Iktidal kan memang gemar menganggu hidup Mecca. Pukul tiga pagi pun masih tak reti-reti nak balik lagi.

"Siapa?". Uqayl menyoal kembali dengan nada yang jelas menunjukkan bahawa dia sedang keliru. Macam, 'aku ada kawan lain ke selain kau orang?'.

"Entahnya... siapa wei?". Iktidal menyokong. Nampaknya, dua-dua manusia ini membuat keputusan untuk menjadi bongok pada pagi-pagi buta ini. Itu lah orang cakap, jangan tidur lewat. Lah tiber.

Mecca menggeleng-gelengkan kepalanya. Air coklat panas yang ada di dalam sebuah mug dihirupnya perlahan. Malas lah nak bercakap dengan manusia dua orang tu. Susah sangat nak faham!

"Kawan baik aku hm... Kau, Ik, Dhuha, Eli dan...oh! Seth! Kau maksudkan Seth?". Uqayl akhirnya memperolehi jawapan yang dicari-cari sebentar tadi.

"Wei, kau tanya pasal Seth. Rindu dia ke?". Iktidal mengangkat-angkat sebelah daripada kening lebatnya dan tersenyum-senyum kambing sehingga terpapar jelas pendakap gigi yang dipakai.

"Rindu ler tu...". Uqayl turut sama tersenyum sinis sembari menyindir Mecca.

"Far from it". Balas Mecca seraya sebuah jelingan pedas dihantarkan kepada Uqayl dan Iktidal. Namun... nama pun Uqayl dan Iktidal... mana lah mereka nak takut. Setakat jeling-jeling. Ceh, hujung-hujung jela takutnya.

Eh, itu bukannya kira takut juga ke?

"Lah kau... tak nak mengaku pula. Kita ni Mecca... kadang-kadang tak boleh sangat sembunyikan perasaan kita. Kalau dah suka, cakap. Kalau dah rindu, mengaku. Aku boleh telefon dia suruh datang sekarang". Uqayl memberikan kata hikmah yang tak berapa nak hikmahnya itu.

Situasi diam sebentar. Hanya kedengaran angin dini pagi yang bertiup. Tenang.

Mungkin kerana ini la mereka bertiga (lebih kepada Uqayl dan Iktidal sahaja sebenarnya) suka melepak daripada tengah malam sehingga ke awal pagi agaknya. Kerana keadaan yang sunyi dan bayu malam yang lembut memberikan ketenangan buat mereka berdua. Boleh dilupakan sekejap sibuknya bekerja di siang hari.

"Dah ajak tapi dia tak nak datang. Dia takut kau masih tak boleh nak terima dia". Iktidal menjawab soalan pertama Mecca tadi dengan nada yang agak sedikit kecewa. Pandangannya dihalakan ke atas, memandang bintang-bintang tatkala kepalanya disandarkan ke kepala kerusi pantai yang ada di tepi kolam tersebut.

"Tahu pun". Mecca membalas ringkas.

"Sampai bila, Mecca?". Iktidal menyambung lagi bicaranya dengan sebaris soalan. Matanya masih memandang langit. Sudah puas melihat bintang, dia ingin mencari bulan pula.

"Sampai bila-bila".

"Dah lah, Ik. Buat rosak mood dia je bercakap pasal ni. Nanti tak pasal-pasal dia halau kita balik". Uqayl membuka mulut.

"Memang kau berdua patut balik pun. It's almost four in the morning. Tak ada rumah ke?". Mecca menyindir.

"Nak tidur sini boleh tak?". Tapi lain pula yang dikatakan oleh Uqayl. Pakej  sekali dengan muka terujanya itu.

"Hell no".

"Ceh, kedekut". Uqayl berdecak tetapi kemudiannya matanya jatuh memandang tangan Mecca yang tertampal oleh dua keping plaster.

"Tangan kau kenapa?". Pertanyaan Uqayl turut membuatkan Iktidal curious. Lelaki yang sedang asyik memandang langit itu tadi berpaling ke arah Mecca untuk turut sama memandang tangan si sahabat baik.

"Kena cakar".

"Dengan kucing? Sejak bila kau bela kucing ni?". Uqayl membuat sangkaan.

"Bukan. Dengan manusia. Perempuan". Membulat mata Uqayl dan Iktidal di saat mereka mendengar perkataan terakhir yang disebut oleh Mecca.

"Perempuan mana ni? Kitorang kenal ke?". Iktidal kepoci. Tiba-tiba langit tadi tak berapa nak menarik dah. Yang lebih menarik sekarang ialah perihal Mecca; sahabat baiknya dengan perempuan yang disebut tadi.

"Sejak bila kau ada kawan perempuan ni?". Kepoci 2.0.

Malas mahu menjawab soalan-soalan mereka berdua, Mecca bangun dan berlalu pergi.

Sempat lagi dia meninggalkan pesan,

"Pergi balik".

Dia saat dia berjalan pergi, kawasan yang tertampal plaster di tangannya diusap perlahan dengan senyuman nipis di bibir.

'Weirdly I'm happy because of these'.

🔪

Ha dah jumpa ke jawapannya?



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro