16- As Long As It Doesn't Hurt You
KELUAR sahaja daripada pejabat bersama Tuan Sayf, mata Mecca terus menangkap figura April yang sedang berdiri di hadapannya. Si gadis kelihatan memakai uniform Polis Diraja Malaysia miliknya dengan riak wajah tegang yang terpancar.
Terjungkit kening Mecca dibuatnya. Tidak pernah dia melihat gadis ini seserius ini kecuali di waktu kejadian di restoran hotel yang lepas. Mungkin sahaja tatkala ini, si gadis sedang berada dalam mod bekerja.
"April?". Tuan Sayf terlebih dahulu menegur si gadis seraya senyum nipis ditayangkan. Suka betul dia melihat gadis ini. Suka kerana apabila dia kerling ke arah si anak teruna di sebelahnya, jelas riak wajah Mecca yang agak tegang sewaktu berada di dalam pejabat tadi bertukar menjadi tenang sebaik sahaja dia melihat April.
"Selamat pagi, Tuan Sayf dan Tuan Mecca. Saya Inspektor April daripada pejabat polis Bukit Aman yang sedang mengetuai siasatan kes yang berlaku di hotel ini". Formal cara April memperkenalkan diri.
Tuan Sayf mengangguk faham.
"Selamat pagi".
"Can I have a word with you?". Di saat April menanyakan soalan tersebut, matanya tertala ke arah Mecca.
"My father is here. Why don't y-".
"I will leave you two alone". Tuan Sayf memotong percakapan Mecca dengan ayatnya sendiri, menepuk bahu si anak teruna sebelum akhirnya berlalu pergi daripada situ dengan langkah yang agak perlahan. Sampai sahaja di hadapan pintu lif, sudah ada pengawal peribadi yang setia menunggu. Butang lif ditekan kemudian bayangan penuh karismatik Tuan Sayf hilang daripada pandangan.
"Di sini?". April menyoal Mecca setelah agak lama mereka berdiri di situ setelah kepergian Tuan Sayf. Nadanya berbunyi agak tidak senang. Sebenarnya, nada April akan selalu berbunyi agak tidak senang apabila dia berada dekat dengan Mecca. Entah kenapa. Gementar? Takut? Marah? Dia sendiri tidak pasti.
"Then what? You wanna come into my office and be alone with me?".
April memutarkan bebola matanya. Dia tak ada pun cakap dia nak berdua-duaan dengan Mecca di dalam pejabat lelaki tersebut! Suka bersangka buruk!
"Tak apa. Di sini sahaja".
Mecca mengangguk. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Matanya lembut merenung ke dalam mata April. Oh, inikah apa yang dimaksudkan oleh Tuan Sayf?
"Saya ingin bertanya tentang beberapa orang kawan encik-".
Mecca mengangkat tangan kanannya separas bahu, menghentikan kata-kata April membuatkan si gadis menjongketkan keningnya. Dah kenapa pula ni?
"Mecca is fine. No need to be so formal. It makes me uncomfortable".
Sumpah April terasa mahu mencepuk-cepuk sahaja Mecca di saat ini. Banyak sangat songeh! Dah orang nak formal tu, formal lah. Waktu bekerja ni kan?
April mendengus sekali sebelum mengulang semula ayatnya dengan pembetulan.
"Saya nak tanya awak tentang kawan-kawan awak yang saya nampak haritu".
"Kenapa dengan mereka?".
"Saya dapat tahu yang salah seorang daripada mereka ialah orang yang bertanggungjawab memeriksa rakaman CCTV sebelum pihak polis. Awak yang minta tolong daripada dia. Saya nak tahu, siapa dia? Yang mana satu daripada mereka bertiga pada hari itu yang bertanggungjawab jawab memeriksa rakaman tersebut?". April bertanya sembari tangannya membuka buku nota kecil dan penutup pen biru miliknya; bersedia untuk mencatat jawapan Mecca.
"Kenapa? You wanna arrest one of them for messing up the police work?". Mecca melangkah semakin mendekati April. Kali ini, si gadis tidak melangkah ke belakang. Kepalanya didongak ke atas sedikit untuk memandang wajah Mecca. Irisnya tajam merenung iris hijau dan perang milik Mecca. Dia tak akan berundur seperti semalam!
"Feisty...". Mecca tersenyum sinis seraya memberikan komen tersebut.
"Jawab soalan saya".
"Simpan buku dan pen kau".
Kedua-dua daripada mereka memberikan arahan untuk satu sama lain namun kedua-dua daripada mereka juga enggan mengalah.
"Jawab".
"Simpan".
"Jawab".
"Simpan".
"Ja-".
Ting!
Pen dan buku yang ada di tangan April ditepis oleh Mecca sehingga terjatuh ke atas lantai mozek lobi tersebut.
April yang sangat terkejut dengan tindakan Mecca itu pantas menaikkan tangannya dan...
Pang!
...menampar pipi Mecca sehingga terteleng jejaka tersebut ke tepi.
"Jangan biadap! Saya sedang bekerja. Kalau awak rasa awak tak boleh nak hormat saya, sila hormat kerja saya!". Marah April. Sungguh dia geram dengan tindakan Mecca.
Belum sempat si gadis mahu menunduk dan mengutip barang miliknya yang terjatuh, Mecca terlebih dahulu berbuat demikian. Buku dan pen yang ada di lantai di dekat mereka dikutip olehnya sebelum dia membuka si buku dan memegang si pen seolah dia ingin menulis sesuatu.
"Her name is Dhuha Alanna. Her dad was a hacker and she has the same capability. Twenty years old. Female. Is that enough?". Buku dan pen tadi kembali dihulurkan kepada April.
April merampas buku dan pen tersebut dengan kasar. Sempat Mecca mengerling ke arah tangan yang digunakan untuk merampas, tangan yang sama juga digunakan untuk menampar pipinya sebentar tadi.
"Your hand is red. Lain kali jangan tampar aku".
"Awak yang-".
"Lain kali cubit. Pinch me if you're mad at me but don't slap. You don't want yourself to be hurt too, do you?". Kata-kata Mecca memotong pertuturan April.
Seolah-olah Mecca cuba untuk cakap,
'I don't want you to hurt yourself'. Seolah-olah lelaki tersebut sedang merisauinya.
Ah, April!
Jangan nak berangan!
Pantas April menggeleng-gelengkan kepalanya.
🔪
HARI ini hari April terpaksa pulang lewat buat kesekian kalinya. Dua tiga hari ini dia asyik tidak mempunyai masa; seolah-olah dia asyik terkejar-kejar. Seharian dia melakukan siasatan di tempat kejadian. Di SN Forever Hotel.
Pagi tadi sejurus selepas mendapatkan maklumat berkenaan Dhuha Alanna iaitu perempuan yang bertanggungjawab dalam menonton rakaman CCTV tempat kejadian sebelum pihak polis, dia terus menyoal siasat gadis tersebut. Selepas selesai menyiasat si gadis, April kembali lagi untuk memeriksa tempat kejadian.
She went back and forth between the police station and SN Forever Hotel.
Dan sekarang ini, baru lah dia boleh pulang.
Jam 0018.
Sedang dia berjalan ke tempat parkir kereta hotel megah tersebut, kepalanya asyik terfikirkan sesuatu. Sesuatu kejanggalan yang diperolehi setelah dia menemu bual Dhuha pada pagi tadi.
April pelik; mengapa Dhuha mahu melihat rakaman CCTV tersebut dengan tergesa-gesa sampaikan sanggup melanggar aturan siasatan polis. Rakaman CCTV tersebut merupakan salah satu daripada bahan bukti, penting untuk dijaga rapi oleh pihak polis untuk memastikan orang awam tidak campur tangan. Namun, Dhuha terlalu cepat. Kenapa? Kenapa dia sangat mementingkan rakaman tersebut?
Apabila disiasat sebentar tadi, Dhuha hanya memberikan satu nama.
Sayf Ayden Mecca.
Iya.
Nama lelaki tersebut.
Adakah Mecca terlibat sama dalam kes ini? Adakah Mecca merupakan salah seorang suspek?
Ah, tak mungkin!
April menggeleng-gelengkan kepalanya. Tangannya naik memicit dahi sendiri. Sejak mengurus kes ini semenjak dua tiga hari yang lepas, April sering sahaja merasakan pening kepala.
"Kenapa ni?". April berdecak. Cukup tidak suka dia akan penyakit berupa pening kepala ini.
Setelah keretanya dihampiri di tempat parkir tersebut, April menggagau beg tangannya dengan menggunakan hanya sebelah tangan. Tangan yang lainnya masih memicit kepala. Sesekali matanya terpejam.
This case drained so much of her energy and she didn't even know why.
"Mana ni?". April mengeluh tatkala kunci keretanya masih gagal untuk diambil. Dia tundukkan kepala sedikit ke bawah untuk melihat ke dalam tas tangannya dan di saat itu lah dia...
Dia nampak kaki manusia yang berdiri betul-betul di sebelahnya.
"AHHH!!!". April menjerit kuat lalu dia jatuh terduduk ke atas lantai tempat parkir tersebut. Dia dongakkan kepalanya ke atas dan dia ternampak seorang lelaki berketinggian lebih daripadanya. Pakaiannya kasual, wajahnya dingin.
"Did I scare you, miss?". Bicara lelaki tersebut secara perlahan. Bibirnya melorek senyum sinis. Kepalanya ditoleh ke arah April yang sedang ketakutan itu.
Dia melangkah semakin mendekat dengan April membuatkan April mengesot ke belakang.
"Jangan dekat!". April memberi amaran.
"Or what?". Lelaki tersebut lalu duduk bercangkung di hadapan April. Senyuman sinisnya masih kelihatan membuatkan April semakin ketakutan.
Tiba-tiba sahaja lelaki tersebut ketawa kecil sebelum mengeluarkan sebilah pisau lipat. Pisau tersebut didekatkan pada wajah April lalu dialu-alukan di pipi si wanita.
"TOLONG! TOLONG!!". Kuat April menjerit. Matanya dipejam rapat; berharap agar semua ini hanya lah mimpi. Tangannya menekup kedua belah telinganya. Sungguh dia berada dalam ketakutan tatkala ini.
"JANGAN!! JANGAN DEKAT!! TOLONGGGG!!!".
April menjerit dengan kuat sekali. Kakinya menggelupur cuba untuk menyepak si lelaki.
"JANGAN! JANGAN!!!!!!!!".
Tiba-tiba ada dua tangan yang memegang kedua tangannya yang dia tekup ke telinga.
"NO! LEPASKAN AKU! LEPASKAN!!".
"Hey. This is me. Mecca. Ini Mecca, April".
April menggeleng-geleng tidak percaya. Dia seolah-olah masih boleh merasakan aluan besi sejuk tadi di pipinya. Air matanya laju mengalir.
"April, buka mata kau. Ini aku, Mecca!". Mecca berkata dengan nada terdesak seraya menggoncang-goncang badan April untuk menyedarkannya.
"Huh!!".
Maka baru lah April perlahan-lahan membuka matanya. Lihat sahaja Mecca di hadapan, terus dia mahu memukul lelaki tersebut namun Mecca memegang kemas tangannya.
"Hey, easy easy... Ini aku. It's Mecca". Mecca menayangkan riak wajah risaunya tatkala dia melihat wajah ketakutan April tatkala ini.
Ceritanya, tadi, dia juga baru sahaja ingin pulang dan dia terdengar jeritan daripada tempat parkir berdekatan dengan tempat parkirnya dan apabila dia lihat ke arah tersebut, dia melihat April sedang ketakutan, menangis, menjerit dan kakinya digerak-gerakkan secara mengganas ke hadapan.
And he saw that...
...she was alone.
April masih lagi cuba untuk memukul Mecca namun lelaki tersebut semakin menguatkan pegangannya.
"Breathe, April. You're fine. I promise you're fine...".
Perlahan-lahan April menarik dan menghembus nafasnya sehingga segalanya kembali menjadi normal.
Dan baru lah dia mulai berkata-kata semula.
"Mecca. Mecca tadi saya nampak--saya nampak...". Mata April melilau ke sekeliling untuk mencari kelibat lelaki misteri tadi namun nihil. Tiada. Seolah-olah dia menghilang begitu sahaja.
"Mecca saya nampak tadi--dia--lelaki tu....". Pernafasan April menjadi semakin laju.
"Slowly, April. Slowly. Calm down first and then you can tell me".
Beberapa minit kemudian apabila April akhirnya tersedar yang tangannya dengan kuat mencengkam kedua tangan Mecca, terus dia melepaskannya dengan kasar.
"Huh!". April cukup terkejut apabila melihat kedua tangan si jejaka kini terluka dan berdarah.
Terus April menekup mulutnya sendiri.
'Aku... Aku lukakan dia?'.
"Yes, Miss Light. You clawed me. It's fine".
April langsung tidak tersedar bahawa di saat tangannya kuat mencengkam tangan Mecca akibat ketakutan melampau tadi, kukunya tercucuk dalam ke kulit jejaka tersebut.
"Awak... Awak saya minta maaf. Ya Allah...".
Mecca menggeleng perlahan.
"No need to apologise. You were extremely scared just now. It's understandable".
🔪
Very early update for 31st January 2025 sebab saya bosan HAHAHAHA.
Btw, sayang-sayangku perasan tak ada similarity between this scene and one of Jasmine & Caden (Sayf) scenes dalam cerita SAYF MALEEQ?
Kalau ada yang perasan, boleh komen dekat bawah scene yang mana ya hehe :>
Jawapan ada di chapter seterusnya!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro