15- Press, Emotions & Little Swords
"SAYA Sayf Ayden Mecca, pewaris tunggal kepada Sayf Muhammad Maleeq yang juga akan mengambil alih perniagaan ayah saya; SN Forever Hotel dengan ini ingin memberikan beberapa kenyataan berkenaan kes yang baru-baru ini berlaku di hotel kami tepatnya pada hari Sabtu, lima Januari". Mecca memulakan ucapannya tatkala dia duduk di antara Muhammad dan Tuan Azizul.
Pancaran denyaran kamera berpuluh atau mungkin beratus pihak media yang ada di situ hampir sahaja membutakan mata mereka bertiga namun terpaksa ditahan. Kenyataan berkenaan kes tersebut harus juga dikeluarkan oleh pihak SN Forever Hotel dek kerana rumor yang tidak sahih sudah menggila di media sosial.
Siapa sahaja tidak kenal SN Forever Hotel? Hotel termewah di Malaysia. Hotel yang sudah dibangunkan lebih kurang tiga puluh tahun oleh Tuan Sayf Maleeq. Hotel yang namanya disebut-sebut di seluruh pelusuk negara ini dan juga di luar negara.
Maka, jika ada hal yang kurang enak berkenaan hotel ini sampai ke pihak media, pasti ianya akan tersebar dengan luas dalam sekelip mata sahaja. Lebih-lebih lagi kes yang berlaku pada hari Sabtu minggu lepas.
Kes pembunuhan seorang ahli diplomat dan ahli perniagaan terkenal; Dato' Aziz Kamaruzaman.
Mecca kelihatan sangat tenang seolah dia tidak merasakan apa sekalipun. Bukannya dia tidak mahu merasakan apa-apa. Bukannya dia tidak tahu apa itu rasa gementar iaitu rasa yang patut dia rasai tatkala ini. Namun...
...Mecca tidak tahu bagaimana.
Ya, dia tidak tahu bagaimana ingin merasakan segala jenis emosi sekalipun.
Jejaka tersebut menarik dan menghembus nafas panjang sebelum dia berbicara lagi...
"Benar. Memang ada berlakunya kes kematian seperti yang anda semua spekulasikan. Perkara ini tidak dapat saya sembunyikan lagi atas sebab-sebab tertentu".
Maka riuh la satu ruangan tersebut. Semua wartawan dan ahli media kelihatan berbisik-bisik sesama sendiri. Denyaran kamera semakin rancak menyinari wajah Mecca. Beribu soalan diajukan dalam waktu yang sama.
"Sebarang kenyataan selain yang telah dikeluarkan oleh Tuan Mecca adalah tidak benar. Sebarang informasi tambahan tidak akan didedahkan oleh pihak kami atas arahan pihak polis". Sambung Tuan Azizul pula. Dia tahu, hanya tiga baris ayat itu sahaja yang akan dikeluarkan oleh Mecca hari ini sebagai kenyataan. Sekadar untuk membenarkan tekaan utama media.
Semakin riuh lah ruangan berlakunya press conference tersebut. Jelas semua pihak media yang ada di situ tidak berapa gemar dan berpuas hati dengan jawapan yang diajukan oleh Mecca dan Tuan Azizul. Mereka inginkan lebih!
"Sekarang, kami buka untuk ruang soalan untuk diajukan. Mohon soalan yang bakal dikeluarkan buat pihak kami tidak menyentuh isu sensitiviti mana-mana pihak". Muhammad menambah. Memang itu yang dirancang oleh pihak SN Forever Hotel. Ruang pertanyaan akan dibuka tetapi Muhammad atau Tuan Azizul akan menjawab soalan yang mereka rasa perlu sahaja. Soalan-soalan lanjutan berkenaan bukti atau siasatan kes tidak akan dilayan.
Salah seorang wartawan mengangkat tangan.
"Qadri Khalid daripada TVX".
Semua yang lain berdiam diri, memberikan ruang untuk wartawan itu berkata-kata.
"Silakan". Muhammad merespon.
"Saya difahamkan Tuan Mecca bakal mengambil alih tampuk perniagaan SN Forever Hotel. Di sini bermaksud SN Forever Hotel belum lagi ada di bawah kuasa Tuan Mecca sepenuhnya dan masih lagi berada di bawah tanggungjawab penuh Tuan Sayf. Soalan saya, mengapa Tuan Mecca yang mengendalikan press conference ini? Mengapa tidak Tuan Sayf? Di mana keberadaan Tuan Sayf di saat-saat genting ini?".
Muhammad mengalihkan pandangannya ke arah Mecca usai soalan tersebut diajukan oleh si wartawan yang bertag nama Qadri itu.
Mecca mengangguk sekali membenarkan Muhammad untuk menjawab.
"Benar. Perniagaan SN Forever Hotel masih lagi berada sepenuhnya di bawah Tuan Sayf. Namun, Tuan Sayf tidak dapat menghadirkan dirinya ke sidang media kali ini atas masalah peribadi". Tenang Muhammad menjawab.
"Adakah Tuan Sayf berniat untuk melepaskan tangan begitu sahaja tatkala SN Forever Hotel mempunyai masalah? Iya la, sebelum ini hotel ini tidak pernah terpalit dengan apa-apa kontroversi. Ini dah terkena, pasti-".
"Mohon jaga tutur kata anda". Tuan Azizul memotong percakapan si wartawan. Dia tidak senang mendengar soalan dan pernyataan yang keluar daripada mulut lelaki tersebut walaupun dia tahu Mecca di sebelahnya hanya tenang sahaja mendengar.
"Kenapa? Saya tak rasa soalan tersebut sensitif. Ianya merupakan sebuah kenyataan". Balas si wartawan dengan nada yang agak angkuh dan dia ternyata mendapat sokongan daripada rakan-rakan media yang lain. Cahaya denyaran tak berhenti menyinari wajah mereka bertiga di hadapan.
"Tuan...". Tuan Azizul merapatkan dirinya dengan Mecca dan cuba untuk membisikkan sesuatu namun Mecca mengangkat tangannya paras bahu sambil matanya menikam mata si wartawan.
Mecca lalu bangun daripada duduknya, membaiki sedikit pakaiannya sebelum bersuara...
"You might know me as a man without emotions. A man who can't feel any sort of emotions because of my facial expressions or perhaps the rumours that have been going wild on the Internet. One might think I will let them talk bad about my only family member; my father, but I won't. Anda di sini untuk sidang media berkenaan kes yang berlaku di hotel kami dan bukannya untuk mengambil tahu dan mengutuk bapa saya ataupun hotel ini. Segala urusan di saat genting ini akan jatuh ke tangan saya. Semuanya di atas tanggungjawab saya. Jangan kaitkan nama Tuan Sayf Muhammad Maleeq dalam hal ini. Dia ada atau tidak di sini tidak akan merubah apa-apa". Bicara Mecca dengan tenang sebelum berjalan keluar daripada kawasan tersebut membuatkan beberapa media sibuk mengambil gambarnya setelah dia mengeluarkan kenyataan tersebut. Pasti dia akan viral lagi sebentar nanti.
"Tunggu sebentar!".
"Kami masih ada soalan!".
"Sidang media masih belum selesai!".
"Tolong jawab soalan kami!".
Mereka terus memanggil-manggil Mecca dan cuba untuk mengejarnya tetapi berpuluh pengawal peribadi melindungi Mecca tatkala dia sedang berjalan pergi.
Namun, langkah jejaka tersebut terhenti tatkala...
...kedengaran bunyi tongkat yang sudah tidak asing lagi baginya. Dan bunyi derapan langkah itu...
"I heard some of you were searching for me?". Mecca berpaling ke arah suara tersebut dan dia melihat di tempat dia duduk di saat sidang media tadi kini berdirinya yang dicari-cari, Tuan Sayf Maleeq bersama tongkatnya. Meskipun bertongkat, aura karismatiknya masih terserlah.
Dan kesemua media pun berpaling ke arah tumpuan utama mereka pada hari itu.
🔪
MECCA kini duduk bertentangan dengan si bapa di dalam ruang pejabatnya.
"Kenapa? Tak suka?".
"Tak suka apa?". Mecca membalas. Matanya hanya merenung si bapa yang sedang tertawa kecil di hadapannya tatkala ini.
"Tak suka daddy datang kacau sidang media Mecca?". Tuan Sayf membalas setelah menghirup teh panas yang dihidangkan oleh Muhammad sebentar tadi.
Mecca hanya berdiam diri.
Bukan lah dia tidak suka namun...
"I could never be like you".
Tuan Sayf tertawa lagi.
"Mecca? Anak daddy finally started to feel emotion?".
"What?".
"What you just said earlier signifies insecurity. Mecca rasa yang Mecca tak akan dapat jadi seperti daddy which I think that's a nonsense".
Mecca berdecak. Tangan mencapai gelas berisi air masak tersebut lalu isinya diteguk tenang.
"You're the one who is talking nonsense right now. I am just me. I don't feel anything. I can't feel any emotion, I can't be you and those will never change". Dia merespon kata-kata si bapa.
"Mecca... Daddy jaga Mecca daripada kecil. I know you more than you know yourself. Yes, maybe dulu Mecca tak boleh rasa apa-apa. Mecca tak menangis, Mecca tak pernah marah, Mecca tak ada rasa takut. Daddy nampak semua tu waktu Mecca kecil". Tuan Sayf cuba untuk membela hujahnya.
Mecca meruncingkan matanya cuba untuk memahami setiap bait bicara Tuan Sayf.
"Tapi daddy juga nampak Mecca berubah. Started when you were seven, you found a girl who changed you, didn't you? You started feeling emotions. Mecca mulai tahu apa itu rasa gembira bila Mecca dekat dengan dia, rasa risau bila dia sakit. Perhaps that girl is here and that's why you're feeling insecure of me right now". Tuan Sayf tertawa kecil lagi. Tehnya kembali dihirup.
"That's not the point of this conversation".
"Then what is, son?". Soal Tuan Sayf seraya dia meletakkan cawannya kembali ke atas piring kecil.
"Mecca baru sahaja cakap. Mecca tak akan pernah jadi seperti daddy. I could never. Ke mana sahaja Mecca pergi dalam membawa nama hotel ini, mereka di luar sana tetap akan cari daddy. The Sayf Maleeq. How do you do it? How am I gonna do it too?".
"Be The Sayf Ayden Mecca then".
"Тебе так легко говорить (It's so easy for you to say)". Mecca melemparkan pandangannya ke tingkap kaca besar yang ada di dalam pejabat tersebut.
"Mecca nak tahu sesuatu?".
"Apa?". Balas Mecca tanpa memandang si bapa.
"Nama penuh Mecca, your dearest mommy was the one who gave it to you". Dengan satu baris ayat ini sahaja, pandangan Mecca kembali tertala ke arah Tuan Sayf.
"Sayf Ayden Mecca. Hari-hari dia pujuk daddy untuk letak nama tu. Daddy tanya dia kenapa perlu letak nama pertama yang sama dengan nama daddy and she said that she wanted you and your late twin sister to be just like me. Sayf; a sword. Pedang. Senjata yang sering digunakan waktu berperang di zaman kegemilangan kerajaan Islam dahulu kala. Sahabat-sahabat Rasulullah juga banyak yang menggunakan pedang untuk bertempur. Bagi mommy, pedang ialah senjata yang paling berani. Sanggup duduk di hadapan untuk melindungi penggunanya. Bagi dia, daddy lah yang paling berani. Macam pedang. Bagi dia, daddy selalu duduk di hadapan dia untuk melindungi dia daripada apa jua keadaan. Apa jua bahaya. Bagi dia, jika anak-anak kami ada nama yang sama dengan daddy tak kira lelaki atau perempuan, mereka akan jadi pemberani semacam daddy yang dia anggap sebagai pedang dalam hidup dia, dengan izin Allah. And you and your late twin sister are our children so we put that name in your full names. Sayf Ayden Mecca dan Sayf Erin Malicca. Our precious swords".
Mecca terdiam.
Selama 29 tahun dia hidup di dunia ini, hari ini baru dia tahu sebab mengapa ibu kandungnya beria-ria ingin menamakannya dengan nama pertama yang sama seperti nama pertama si bapa.
"Ya, dia mahukan ada sekurang-kurangnya satu persamaan antara anak-anak kami dan daddy tapi selebihnya? Karakateristik yang lainnya? She wanted you to possess them yourself. Tak akan semua benda nak kena sama dengan daddy kan? If so, then where's your identity. Ayden; dia harap Mecca dapat jadi manusia yang cerdas, dengan izin Allah. And look at you now, allhamdulillah, you have high IQ. One of my precious little swords is indeed smart just like his name. Even I am not as smart as you. Kan?".
Perlahan-lahan Mecca mengangguk.
"Sekarang Mecca nampak apa yang membezakan Mecca dengan daddy? Ada sesuatu keunikan dalam diri Mecca yang Mecca ada tetapi even daddy sebagai ayah kandung Mecca, daddy tak ada. You are you in your own way. Kenapa nak kena jadi macam daddy when you can be your unique self?".
🔪
Double update for today!
Saya suka sangat chapter ni hehe :>
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro