Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

13- What...?

"SAYA nak semua manusia yang ada di hotel ini sejak daripada Dato' Aziz checked in semalam untuk berkumpul di dewan mini di aras satu. Semua. Staf, tetamu hotel, pihak atasan. Semua. And I want them to be there tepat jam lapan setengah malam. Saya sendiri yang akan soalan siasat setiap satu daripada mereka bersama beberapa orang daripada kamu semua. Kes pembunuhan ini merupakan kes berprofil tinggi. Kita kena lakukan kerja dengan sangat teliti. Faham semua?". Tegas April memberikan arahan kepada semua anak buahnya yang kebanyakan memang lagi berumur daripada dirinya sendiri.

Meskipun April merupakan antara inspektor polis paling muda di jabatan mereka, tugas yang dilakukan oleh si gadis sangat cemerlang sehingga dia sangat dihormati oleh ahli kepolisian yang lain. Siapa kata seorang wanita lebih-lebih lagi seorang wanita muda tidak boleh mendominasi bidang keselamatan negara?

"Faham, inspektor!". Kesemua pegawai polis dan penyiasat yang ada di situ menjawab dengan penuh bersemangat.

"Baik. Kamu semua boleh sambung bekerja. Jika ada apa-apa kejanggalan, boleh terus laporkan kepada saya dan jangan biarkan mana-mana manusia yang bukan anggota polis atau forensik masuk ke tempat kejadian". Sekali lagi April memberi arahan yang serupa amaran itu.

Kesemua daripada mereka mengangguk dan berlalu pergi ke kawasan yang telah ditetapkan untuk masing-masing.

Dan terus sahaja April mengeluh kecil. Dia terduduk di atas sofa yang ada di lobi hotel tersebut. Jam tangannya dikerling dan jarum sudah menunjukkan nombor tujuh dan enam. Sudah beberapa jam dia berada di sini. Daripada majlis kahwin Elle petang tadi, terus dia bergegas ke sini selepas mendapat panggilan dan sampai sekarang dia masih belum boleh pulang. Selagi dia tak dapat alibi daripada kesemua orang yang ada di hotel ini bermula daripada waktu Dato' Aziz mulai melangkahkan kaki ke sini, dia tak akan pulang.

Baju kurungnya juga masih tak bertukar.

Tangan April naik memicit dahi sendiri. Sejak daripada pertama kali dia melihat tempat kejadian pada petang tadi, kepalanya terasa berdenyut. Bukan lah dia tidak biasa dengan tempat kejadian seperti itu namun kali ini...ianya seolah berbeza. Ada sesuatu yang membuatkan ianya berbeza... Sesuatu yang masih tidak diketahui.

"Inspektor". Panggilan daripada salah seorang pegawai polis yang lain membuatkan lamunan kejanggalan April terhenti seketika. Dia memalingkan wajahnya ke arah si pemanggil.

"Ya, Qays. Ada perkembangan terbaharu?". Soal April kepada inspektor pelatih tersebut.

Qays mengeluh sebelum mengambil tempat bertentangan dengan April. Terjongket kening April. Kenapa Qays mengeluh? Ada sesuatu yang tidak kena ke?

"Bukan perkembangan terbaharu, inspektor. Cuma...".

"Cuma?". Dahi April semakin berkerut apabila mendengar nada suara Qays yang agak tidak enak itu. Seolah-olah dia berasa bersalah untuk meluahkan katanya.

"It's just that... some of us have different view on this case". Qays berkata sambil mengusap-usap lehernya. April pula sudah membaiki posisinya untuk duduk tegak setelah mendengar luahan Qays tersebut.

"Apa maksud awak?".

"Kami tak fikir ini kes pembunuhan". Qays jujur.

"Lepastu apa? Awak nak cakap yang Dato' Aziz nauzubillah bunuh diri? Apa bukti awak?".

"Keadaan bilik, inspektor. Keadaan bilik yang sangat teratur. Tiada satu pun barang yang bergerak. Bahkan karpet tempat mayat mangsa terbaring pun langsung tidak berkedut. Hanya darah sahaja yang mencacatkan pandangan. Kami membuat kesimpulan bahawa tiada pergelutan antara mangsa dan pembunuh. Jadi-".

Kata-kata Qays dipotong.

"Awak nak kata ini bukan kes pembunuhan hanya kerana itu? Then how do you explain the splatter of blood everywhere. Dekat dinding, atas lantai. Macam mana awak nak jelaskan benda tu? Illustrasi awak, adakah Dato' Aziz baring di atas karpet tersebut secara suka rela dan tikam diri sendiri secara berbaring? If so, macam mana boleh ada banyak, terlalu banyak darah terpercik ke dinding dan lantai yang jaraknya saya rasa tak mampu untuk dilakukan oleh mangsa jika mangsa menikam diri sendiri secara berbaring. Dan awak kata tentang karpet yang tak berkedut? Jika mangsa menikam diri sendiri sekalipun, karpet tetap akan  berkedut dek kerana lumrah manusia yang akan menggelupur jika kesakitan walaupun dia sendiri yang pilih untuk membunuh diri. Jika dibunuh, pun sama. But in this case, karpet langsung tak berkedut menyangkal dakwaan untuk kedua-dua situasi". Panjang April berhujah mematikan kata Qays buat seketika. Ada logiknya juga hujahan April itu.

"Saya tak kata ini memang sahih kes homicide or suicide. We just couldn't determine it yet selagi bukti masih tidak cukup. Jadi, jangan buat assumption".

Qays mengangguk. Dia sejujurnya agak seram dengan nada serius April.

"Ada apa-apa lagi?".

"Dua perkara lagi, inspektor".

April mengangguk menandakan dia memberi izin untuk Qays terus berkata-kata.

"I'm not making an assumption here but if this case is a murder case... it is a locked room murder case. Berdasarkan keterangan saksi pertama yang menemui mayat mangsa iaitu isteri mangsa sendiri, sewaktu dia baru sahaja pulang ke bilik daripada membeli barang di luar, bilik 306 terkunci daripada dalam. Kebetulan, isteri mangsa tidak membawa kunci. Jadi, dia meminta bantuan housekeeper thinking her husband was asleep since she had called him few times and he didn't answer and after the door was unlocked by the housekeeper, mayat mangsa ditemui".

April mengangguk-angguk.

"Tingkap?".

Qays menggeleng.

"Mustahil jika pembunuh menggunakan tingkap untuk keluar masuk kerana bilik 306 berada di tingkat enam belas melainkan pembunuh menggunakan semacam pengangkutan udara yang saya rasa seperti tak logik". Kes ini menjadi semakin sukar dek kerana fakta ini.

"CCTV?".

"Tentang itu...".

🔪

"DHUHA rasa-".

Tak sempat Dhuha mahu menghabiskan kata-katanya, pintu pejabat Mecca dibuka secara paksa daripada luar memunculkan April dan Qays yang cuba untuk menahannya daripada terus maju.

Semua yang ada di dalam bilik kerja Mecca itu mengalihkan pandangannya ke arah April. Ada Dhuha, Eli, Uqayl dan Mecca.

"Siapa tu, Mecca?". Uqayl bertanya di saat pertama kali dia melihat wajah April. Wajah yang seperti sedang menahan marah.

"All of you can go first. I will catch up later".

Enggan melawan kata Mecca, mereka bertiga lalu bangun dan keluar daripada bilik tersebut meninggalkan April, Mecca dan Qays sendiri.

"What do you want, Miss Light?".

"I want you to stop interfering our job. Leave it to us. Jangan masuk campur atau siasatan akan menjadi lebih rumit". Bicara April dengan nada tegangnya.

Mecca bangun daripada duduknya dan berjalan ke arah April. Dia kemudiannya berhenti beberapa langkah daripada April. Matanya dikerlingkan ke arah lelaki bernama Qays di belakang April sebelum dia membuka mulutnya...

"I don't like being in the same room with more than one human-being. Kau, keluar". Matanya tajam menyuruh Qays untuk keluar.

"Tapi-".

"Keluar". Tegas Mecca lagi.

"Inspektor, saya tunggu di luar". Pinta Qays dan apabila April mengangguk, dia berjalan keluar daripada bilik tersebut sebelum menutup pintu. Maka tinggal lah April dan Mecca berdua di situ.

"Come again, Miss Light?".

"Berhenti ganggu siasatan".

"What did I do?".

"Berhenti loyar buruk, Mecca! Saya tahu awak suruh kawan awak periksa CCTV before we could! Sepatutnya pihak kami yang patut periksa dahulu sebelum orang lain". April marah. Ya, dia marah. Tindakan Mecca adalah merupakan tindakan yang sangat cuai.

"Then...".

Satu langkah semakin dekat membuatkan April berundur ke belakang.

"...lain kali...".

Satu langkah lagi.

"...jangan buat kerja lambat".

Dung.

Bunyi bahagian belakang badan April menyentuh dinding.

"Do you wanna know the result?". Mecca meletakkan kedua tangannya di setiap sisi dinding memerangkap April di situ. Kepalanya direndahkan untuk menyamakan matanya dengan aras mata April.

"The CCTV footage has been wiped off. Tiada langsung. One moment, Dato' Aziz was alive and the room was messy and then the CCTV went blank and the other moment, the CCTV went alright again; the room was neat and Dato' Aziz is dead on the floor".

April terpaku.

Satu lagi fakta yang tak masuk akal tentang kes ini.

"Bilik tu bersepah sebelum Dato' Aziz dibunuh?".

Mecca mengangguk dan membetulkan posisinya untuk kembali berdiri tegak.

"Maksudnya...".

"Secara logiknya, ya. Macam kelakar tapi pembunuh tu tolong kemaskan bilik 306".

April tergamam.

Kes jenis apakah ini?

🔪

Jeng, jeng, jeng...
Semakin misteri kan?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro