10- Duka & Suka
"KITA buat apa dekat kubur ni?". Tanya April tatkala Mecca memberhentikan keretanya betul-betul di hadapan sebuah tanah perkuburan Islam.
Mereka sebenarnya dalam perjalanan untuk ke majlis perkahwinan Elle dan bakal suaminya. April terpaksa (setelah dipaksa oleh Elle) pergi bersama Mecca kerana mereka berdua sebagai pengapit, perlu hadir awal ke lokasi majlis. Pagi ini, April perlu menemani Elle manakala Mecca pula harus menjadi salah seorang saksi dalam majlis akad nikah sahabat baik mereka itu. Petang nanti pula akan terus diadakan majlis bersanding. Elle bercadang untuk buat semuanya dalam masa satu hari sahaja. Malas nak kalut-kalut banyak kali.
Perjalanan mereka terhenti seketika pada jam 6.30 pagi ini tatkala Mecca berhenti di sini. Di tanah perkuburan Islam. Di pagi hari ini. April yang tidak tahu apa-apa agak sedikit keliru.
Mecca pula hanya berdiam diri. Dia tidak menjawab langsung soalan April. Tengok ke arah gadis itu pun tidak. Sebaliknya, dia membuka dashboard di hadapan April, mengambil sebuah buku Yassin yang ada di dalam situ, membaiki songkoknya sebelum keluar daripada kereta.
Terpinga-pinga April dibuatnya.
"Dia nak melawat siapa?". April bertanya kepada diri sendiri. Dia cuba mengimbas kembali memorinya berteman bersama Mecca di waktu dahulu kala. Kenapa? Kerana April cuba untuk mengingat kembali ahli keluarga atau saudara-mara Mecca yang telah meninggal dunia.
Setelah seminit berfikir keras, April akhirnya sudah ingat!
"Mungkin...".
Tok, tok, tok!
Bunyi ketukan di cermin tempat duduknya mengejutkan April. Terus dia berpaling ke kiri dan melihat Mecca di luar membuat isyarat tangan supaya April menurunkan kaca tingkap tersebut.
Maka, dituruti lah oleh April.
"I wanna go visit mommy and Erin. Kau nak ikut?". Tanya Mecca dengan nada mendatarnya dan di saat itu lah April pasti tekaannya tadi tepat. Mecca ke sini untuk menziarahi kubur arwah Puan Jasmine dan Erin.
April mengangguk perlahan sebelum membuka pintu kereta dan keluar daripada situ.
Pintu ditutup kembali lalu kereta dikunci oleh Mecca.
April lalu mengikuti lelaki tersebut untuk ke arah dua kuburan yang duduk bersebelahan. Satu kuburan bersaiz kecil dan satu kuburan bersaiz biasa. Satu kepunyaan Puan Jasmine Nazia; arwah ibu kandung Mecca, arwah isteri kepada Tuan Sayf Maleeq dan satu lagi kepunyaan Sayf Erin Malicca; arwah adik kembar perempuan Mecca.
Mecca mengambil tempat duduk manakala April hanya berdiri sahaja. Mereka hanya mahu singgah sebentar jadi Mecca tidak pula membawa tikar. Tak rancang pun sebenarnya untuk singgah tapi dalam perjalanan tadi, Mecca tiba-tiba sahaja teringat akan arwah Puan Jasmine; wanita bergelar ibu yang tak pernah dia lihat dengan matanya sendiri tetapi terasa begitu dekat dengan hati.
Mecca membuka buku Yaasin. Sebelum dia mulai membaca, dia kerling ke arah April. Dia tak biasa memiliki perasaan ini tapi kali ini, dengan April, dia merasa kasihan melihat wanita itu hanya berdiri sahaja di sebelahnya.
Lelaki tersebut berpaling semula ke arah kubur kedua arwah ahli keluarganya tersebut sebelum dia bersuara,
"Assalamualaikum mommy, Erin. Maafkan Mecca sebab lama tak datang. Mecca sibuk sejak kebelakangan ni. Sibuk dengan urusan hotel. Tapi hari ini Mecca terdetik nak ziarah mommy dan Erin. Mecca datang ziarah hari ini dan Mecca bawa kawan Mecca. Nama dia April. Mommy kenal dia kan? Mecca dah pernah datang bersama dia ke sini dulu waktu kami kecil".
April mengalihkan pandangannya ke arah lain. Dia menjadi sebak mendengar bicara Mecca. Memorinya melawat kuburan arwah Puan Jasmine dan Erin tatkala mereka kecil-kecil dahulu kembali menerjah minda.
Tapi yang April peliknya...
...Mecca beriak wajah biasa. Tidak sedih. Tidak pernah menangis. Sejak daripada dulu lagi. Mecca tak pernah sedih setiap kali dia datang melawat kuburan-kuburan ini. Wajahnya datar. Semacam tiada rasa. Tiada langsung riak kesedihan.
Kata-kata Mecca yang seterusnya menjawab segala persoalan yang berlegar di kepala April tatkala itu...
"Mecca tak pandai menangis. Mecca tak tahu. Mecca rindu mommy dan Erin. Hati Mecca sedih tapi Mecca tak pandai menangis. Maafkan Mecca. Anak lelaki mommy pelik".
Sejurus itu lah April baru teringat bahawa Mecca mempunyai kondisi istimewa dek kerana kelahirannya yang pramatang. Bukan sahaja anak matanya yang berbeza warna tapi Mecca juga dilahirkan dengan level emotional quotient (EQ) yang rendah. Itu merupakan kekurangannya apabila dia diberikan kelebihan untuk menjadi salah satu pemilik kepada level intelligence quotient (IQ) tertinggi.
Mecca kemudian berpaling kembali ke arah April.
"April". Panggilnya.
Cepat-cepat April mengelap air matanya lalu menatap mata sang jejaka.
"It will take me about twenty to thirty minutes to read Yassin for them. Kau pergi tunggu dalam kereta dulu". Mecca menyuruh April untuk menunggu di dalam kereta kerana ketiadaan tempat duduk untuk si gadis dan hubungan mereka yang bukan mahram. Tak mahu lah dia kaki gadis tersebut sakit kerana berdiri lama. Sudah lah April memakai kasut tinggi. Tak mahu juga dia berdua-duaan dengan si gadis di tanah perkuburan yang agak sunyi ini. Takut timbul fitnah. Dia mengajak April turun seketika pun hanya agar gadis itu dapat melawat kuburan kedua ahli keluarganya ini dengan hanya sekadar melihat.
Kunci kereta dihulurkan kepada April lalu disambut oleh si gadis.
"Sempat kan?". Mecca bersuara lagi di saat April sudah mulai mahu melangkah.
"Sempat. Majlis akad nikah Elle mula pukul lapan setengah pagi. Saya nak pergi awal sikit ni pun sebab nak teman dia makeup but it's fine. Saya yakin Elle faham. Take your time". April tersenyum ke arah Mecca lalu dia berpaling ke kuburan-kuburan di hadapan si jejaka.
"Assalamualaikum auntie, assalamualaikum Erin".
🔪
"SAH".
"SAH".
Usai Mecca dan seorang lagi saksi menyebut kata itu, maka terpatri lah ikatan suci antara sahabat baik mereka iaitu Ellena Qaisara dan suaminya Jaszri Al-Ghazi. Kesemua daripada mereka yang menghadiri majlis akad nikah tersebut memanjatkan kata syukur kepada Ilahi.
Doa dibaca dan diaminkan.
"Hehe dah kahwin ye kau...". April menyiku-nyiku sisi perut Elle. Duduk sebelah pengantin ni, boleh usik lebih sikit. Biar dia malu-malu kucing!
"Mestilah, duh...". Hampir-hampir sahaja Elle nak buat tudung flip di situ seperti kebiasaannya jika dia mahu berlagak dengan April tapi dia tahan. Kena jaga adab di dalam masjid dan juga adab sebagai isteri orang sekarang.
"Korang bila lagi? Aku lama dah nak makan nasi minyak kau dengan Mecca". Lah, April pula yang termalu sendiri.
"Sebelum aku cili mulut kau, baik kau diam. Pandang depan. Tu, laki kau datang nak sarung cincin".
Mereka berdua kemudian berpaling ke hadapan dan makin-makin sahaja Elle tersenyum senget.
"Laki kau pun datang juga tu".
Dan apabila April melihat siapa gerangan yang ada di belakang Jasz, dia terasa seperti mahu memukul sahaja Elle kerana mengeluarkan pernyataan itu tapi tak sempat kerana Jasz terlebih dahulu duduk di hadapannya.
Jasz duduk di hadapan Elle manakala Mecca duduk di sebelah Jasz iaitu di hadapan April. Kedua-dua daripada mereka ditugaskan untuk menyerahkan cincin kepada sang pengantin lelaki dan perempuan sebab tu mereka duduk sebelah-sebelah dengan pengantin.
Mecca segak dengan baju melayu fullset berwarna hitam, bersongkok dan bersampin silver sepadan dengan April yang memakai baju kebarung berona sama dan bertudung shawl silver. Pilihan warna yang sangat kontra dengan warna busana putih pengantin, dipilih oleh pengantin sendiri.
Dah macam ada dua pasangan pula yang kahwin hari ini.
🔪
Hehe one more chapter untuk sayang-sayangku!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro