
1- Us
"WE are thinking about opening a new chain really soon. At least that's what the president has proposed". Sembari berjalan di samping Mecca, pembantu peribadi bernama Muhammad itu sibuk mengujarkan idea pembukaan cawangan baharu SN Forever Hotel kepada si pemangku pengerusi syarikat hotel terkemuka tersebut.
Terus terhenti langkah Mecca membuatkan langkah Muhammad juga terhenti lalu dia mengundur beberapa lagi langkah ke belakang. Itu merupakan salah satu peraturan kerja di sini. Always five steps away from Sayf Ayden Mecca.
"Kenapa saya tak dimaklumkan tentang perkara ini dengan lebih awal?". Mecca berpaling lalu mengajukan soalan tersebut kepada Muhammad membuatkan si pembantu peribadi menelan air liur kelat. Majikannya ini memang menyeramkan jika berada dalam waktu bertugas.
"Saya kurang pasti, tuan. Tapi saya ada dapat info daripada pembantu Tuan Sayf sendiri yang Tuan Sayf ingin membuat perjumpaan berdua bersama tuan nanti tapi tak pasti pula bila tarikhnya". Muhammad menjawab dengan berhati-hati. Takut jika tersalah kata, habis kena potong gaji.
"An appointment? A formal one?". Mecca bertanya untuk kepastian lalu Muhammad mengangguk.
"Untuk apa? He's my dad".
Sekali lagi, Muhammad menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kering otaknya mahu menjawab persoalan Mecca. Karang kalau tersalah jawab, mampus dia!
"Reject all of the formal appointments made by his assistant. I will meet him at home and talk there".
Tanpa bantahan, Muhammad laju mengangguk.
"Baik, tuan". Setelah habis kata itu dituturkan, Muhammad kembali menyambung langkahnya mengikuti Mecca.
Kalau mengikut jadual, Mecca akan membuat lawatan bulanan ke seluruh bahagian penting hotel pada hari ini. Hal ini akan dilakukan sebulan sekali bagi memastikan fasiliti hotel dan kebajikan pekerja serta pelanggan hotel terjaga. Contohnya, jika ada mana-mana seksyen di SN Forever Hotel yang kurang sempurna, akan dilihat terus oleh Mecca. Jika ada pekerja yang dilayan secara tidak baik oleh pihak pengurusan hotel (di bawah Mecca dan Tuan Sayf), juga akan dilihat terus oleh Mecca.
Mengapa perlu lawatan bulanan ini? Mengapa perlu Mecca sendiri yang melakukannya? Mengapa tidak pihak pengurusan yang lain?
Kerana Sayf Ayden Mecca mempunyai caranya yang tersendiri yang mana tiada seorang pun pekerja yang berani untuk mempersoalkan.
"Kita nak ke mana dulu, tuan?". Muhammad bertanya.
"Dapur".
Entah kali ke berapa buat hari ini, Muhammad berasa panik. Panik kerana dia tahu mengapa dapur ialah tempat pertama yang ingin dituju oleh Mecca pada lawatan bulanan kali ini.
"Saya dengar ada kes di dapur. Betul?". Mecca menghentikan langkahnya lagi. Muhammad juga. Ini asyik berhenti aje ni... bila nak sampai?
"Malangnya... ya, tuan".
"Enlighten me". Tanpa berpaling ke belakang memandang Muhammad, Mecca menyuruh pembantunya itu untuk bercerita tentang kes yang sedang hangat dibicarakan di dapur hotel mewah tersebut.
Sebenarnya, Mecca sudah tahu akan cerita sebenar. Dia cuma mahu kepastian daripada Muhammad untuk memastikan cerita yang diketahuinya benar belaka.
Mecca membuka kedua-dua cufflinks yang dipakai lalu lengan kemejanya dilipat hingga ke siku menunjukkan separa daripada lengannya sambil menunggu Muhammad bercerita.
"Apa kata kita ke dapur terus, tuan?". Muhammad memberi cadangan. Dia sebenarnya berasa tidak enak untuk bercerita tentang hal yang tidak berkait dengan dirinya walaupun dia tahu cerita sebenar.
"Нет. Расскажи мне все сейчас (No. Tell me everything now). I have to listen to the story from many sides to make a better conclusion, right?".
Tanpa banyak bicara lagi, Muhammad anggukkan sahaja kepalanya.
"Kita ada terima kemasukan seorang intern baharu pada dua minggu lepas. Intern tersebut bernama Zara. Cik Zara diambil untuk mengikuti program internship dalam bidang pastri dan bakeri. Elaun Cik Zara sepatutnya diberikan pada setiap minggu jika mengikut polisi SN Forever Hotel. Polisi yang ditulis oleh Tuan Sayf sendiri. Elaun Cik Zara bernilai dua ratus lima puluh ringgit seminggu. Tapi... bahagian pengurusan dapur gagal memberi bayaran elaun Cik Zara tepat pada waktunya selain amaun yang tidak mengcukupi. Itu sahaja, tuan". Muhammad memberi penerangan singkat dan padat serta jelas.
"Did that intern make any report?". Mecca bertanya.
"Ada, tuan".
"Kenapa saya tiada menerima apa-apa laporan? Sepatutnya apa-apa laporan berkenaan kebajikan staf sekalipun staf pelatih, semuanya patut sampai kepada saya atau Tuan Sayf. Kenapa tiada? Kepada siapa dia membuat laporan tersebut?". Mecca sudah mulai bersuara semakin tegas. Dia cukup mengambil berat tentang kebajikan staf. Jadi, hal seperti ini sangat tidak patut dipandang remeh baginya.
"Saya difahamkan laporan yang dibuat oleh Cik Zara disarankan oleh pihak dapur untuk Cik Zara sampaikan kepada pihak mereka terlebih dahulu sebelum mereka sampaikan kepada Tuan Sayf ataupun Tuan Mecca. But I guess, they never did".
Mecca berdecak.
"Next time, I want any report to come straight to me. Not through any other third party. Do you get that?". Mecca memberi amaran. Orang lain yang membuat kesalahan, Muhammad yang kena. Tak apa, Muhammad sudah terbiasa huhu...
"Baik, tuan".
Mecca kemudian meneruskan langkahnya, kali ini dengan lebih laju menuju terus ke arah dapur hotel.
Sayf Ayden Mecca
-29 tahun
-anak tunggal kepada pasangan Sayf Maleeq dan arwah Jasmine Nazia
-vice president (SN Forever Hotel)
-tidak suka akan sentuhan fizikal
-tegas
-tidak boleh makan makanan pedas
🔪
"TAK kerja ke harini, kakak?". Encik Lais yang baru sahaja siap berkebun memandang ke arah satu-satunya anak gadisnya yang sedang duduk bersila di atas rumput tidak jauh daripadanya.
"Kenapa? Ayah tak suka ke kakak duduk rumah? Iya la, kakak faham. Kakak dah tua, dah tak boleh nak berkepit dengan ayah ibu lagi". April buat-buat mahu merajuk. Encik Lais hanya menayangkan wajah bosannya. Sudah terbiasa dengan lakonan tak seberapa Leila Cahaya April ini.
"Ayah tak cakap, kakak yang cakap". Encik Lais melepaskan tawanya.
"Ceh, ayah ni. Kejam betul dengan kakak. Kalau dengan ibu tu, bukan main eh tua-tua pun kakak dengar berdukung, ber-baby baby lagi". April menjuihkan bibirnya.
"Kakak kalau cemburu, cakap. Ayah carikan calon".
"Ayah!". Daripada mahu main-main merajuk tadi, ini sudah hampir merajuk betul-betul. Ayahnya la ni! Suka sangat libatkan hal calon-calon ni setiap kali April mengungkit perihalnya dengan Puan Seroja.
"Alah... anak ayah ni. Suka merajuk. Tadi tu ayah tanya saja. Kakak tak kerja ke harini? Bukannya ayah tak suka kakak duduk rumah. Kakak kan anak ayah ibu. Duduk sampai bila-bila pun tak apa". Encik Lais datang ke arah April lalu turut duduk bersila di sampingnya.
"Nak pujuk kakak lah tu". April menyiku lembut Encik Lais. Lelaki tua itu hanya tertawa lembut. Tawa ayah-ayah.
"Kakak tak kerja harini. Cuti sehari. Tapi kalau ada panggilan, nanti kakak datang lah. Apa susah?". Baru lah April menjawab soalan pertama ayahnya.
"Cuti kenapa, kakak?".
"Kakak cuti dulu sebab cuti kakak hujung minggu ni ada orang nak ambil. Katanya bini dia nak beranak time tu. Due date. Jadi, kakak yang cantik lagikan baik dan tidak berkeluarga lagi ni, dengan rela hatinya tukar cuti dengan dia". April menjelaskan hal yang sebenar.
"Lepastu hujung minggu ni kakak kerja?".
April mengangguk lalu melentokkan kepalanya ke bahu si ayah.
"Ayah baru ingat nak ajak semua keluar makan tapi kalau kakak kerja, tak apa lah. Kita keluar minggu depan saja".
"Wahhh! Ni ada apa-apa ke ni?". April menyoal dengan suara terujanya.
"Tak ada apa-apa pun. Cuma kawan ayah ajak makan malam sekali".
"Oh... Eh tapi tak apa la, yah. Ayah jadikan je makan malam tu minggu ni. Nanti kalau sempat, lepas balik kerja tu, kakak join sekali. Kakak rasa sempat aje".
"Betul ni?".
April mengangguk laju.
"Kalau macam tu, kira jadi lah ya hujung minggu ni? Nanti ayah bagitahu kawan ayah".
"Bol--".
"Kakak busuk! Ayah handsome! Ibu ajak masuk makan karipap!". Belum sempat April mahu menghabiskan kata-katanya, suara pekikan Isyraq sudah terlebih dahulu memotong.
"Bising arh dia tu". April berpaling ke belakang lalu dijelirnya Isyraq sekali sebelum dia berpaling semula ke arah si ayah.
"Ibu buat karipap?". April bertanya kepada Encik Lais.
"Ayah yang buat. Ibu minta semalam. Ibu kan suka makan karipap ayah. Itu agaknya ibu tolong gorengkan".
Leila Cahaya April
-25 tahun
-anak pertama daripada tiga adik beradik kepada pasangan Lais Idraqi dan Cahaya Seroja
-an inspector (PDRM)
-love language: physical touch
-suka main-main
-suka makan pedas
🔪
Hai!
Ini satu lagi chapter untuk sayang-sayangku.
Sayang-sayangku ingat tak scene karipap dalam CAHAYA SEROJA?
Ha scene tu ada kaitan sikit dengan scene karipap dekat sini. Tak penting sangat pun kaitannya tapi kalau sayang-sayangku nak tahu dengan lebih lagi, sayang-sayangku boleh click on the story CAHAYA SEROJA dekat profil saya dan baca cerita tersebut!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro