Bab 8
Cuti sem 3 bulan angah akhirnya tamat. Kini tiba masanya untuk dia kembali ke USM. Barang-barang semuanya sudah di packing.
“ Balik sana elok-elok…fokus study tu betul-betul….”pesan Umi.
“ Ye umi angah study elok-elok…jangan risau ea….”
Qaseh hanya memandang Uwais Azfar dari jauh. Dia tidak mendekati angahnya itu sedikit pun.
“ Hah Qaseh ! Buat apa dekat situ ? Sini lah salam angah….dia dah nak balik ni…”kata Umi akhirnya.
Seketika Qaseh mula melangkah perlahan-lahan mendekati umi dan angahnya itu.
“ Hah angah nak balik dah ni…tak boleh dah lah nak buli adik angah sorang ni…..”kata Azfar lalu mencubit kuat pipi Qaseh..
“ Sakitlah angah !”Qaseh mula bersuara.
Uwais Azfar menjelir lidah.
“ Ish korang berdua ni tak habis-habis lah…..”ngomel Umi.
“ Belajar elok-elok STPM…nanti kalau dapat 4 flat…. Angah kasi hadiah…”kata Azfar menabur janji.
“ Al right ! Janji ea 4 Flat….dapat hadiah okay ?”kata Qaseh teruja.
Azfar mengangguk laju. Seketika dia mengusap kepala adiknya, Qaseh.
“ Jaga diri….”pesan Azfar tetiba.
“ Eleh tak payah nak tunjuk caring sangat lah…”balas Qaseh.
“ Cehhh !”balas Azfar pulak.
Puan Azwa hanya menggeleng melihat telatah anak-anaknya itu. Tu nasib baik tak ada lagi sorang tu…Kalau tak mesti lagi riuh. Alahai yang si sulung tu susah sungguh nak ada dekat rumah ni. Asyik terbang aje merata hahaha.
*************
Qaseh mulai sibuk dengan urusan pelajarannya. Dengan exam makin mendekat lagi. Pastu kerja kursus berlungguk pulak tu. Ada kalanya dia terasa ingin give up tapi setelah teringatkan segala penat lelahnya hampir 1 tahun lebih ni rasa rugi pulak dia nak lepaskan begitu saja. No ! You can do it Qaseh Amani.
“Eh kerja kursus eko yang kau dah taip separuh tu kau dah tunjuk dekat teacher ke?”soal Filzah.
“ Oh belum lagi…kejap lagi aku nak pergi bilik guru nak tunjuk dekat teacher lah…kenapa?”
“ Tak…kalau belum hantar aku pun nak pergi sekali hantar nanti…”balas Filzah.
Qaseh mengangguk.
“ Korang dah taip separuh?”soal Amjad dari belakang.
Filzah pantas menoleh.
“ Haah asal ?”soal Filzah.
“ Pehh lajunyaa….kitaorang baru tulis permulaan….”
“ Hahaha tu bezanya lelaki dengan perempuan….”perli Filzah.
Qaseh hanya tersenyum kecil. Hahaha asyik gaduh aje diaorang ni. Nanti kahwin baru tahu.
Tapi…..takkan lah diaorang baru taip permulaan? Ammar pun ke ?
“ Eh – eh baik-baik sikit okay….I dengan Ammar pun dah tulis separuh tahu….siap dah tunjuk dekat teacher lagi….kitaorang bukan macam Chen dengan Amjad ni….”kata Yuva membela diri.
Seakan-akan menjawab persoalan Qaseh pulak.
" Ayooo...buat tak tunggu kitaorang pun..."kata Chen pulak.
Ammar hanya menggeleng sambil tersenyum kecil. Alahaii riuh sungguh diaorang ni. Seketika Ammar memandang figura Qaseh di hadapannya itu.
" Ya Allah permudahkan segalanya urusanyaa...."doa Ammar di dalam hati.
Jam pulang sekolah. Macam biasa , akan jadi Ammar dan Qaseh orang terakhir yang akan balik sekolah. Hmmm yelah selalu dijemput agak lewat berbanding dengan orang lain.
Qaseh sendiri pula tak pasti siapa yang akan menjemputnya memandangkan angah dah tak ada untuk ambil dia macam selalu.
" Hari ni abang Qaseh jemput ke ? "soal Ammar ingin tahu.
" Errrr...entah lah.."jawab Qaseh sambil matanya masih meliar mencari kelibat orang yang menjemputnya.
Ammar hanya mengangguk kecil.
Pin ! Pin !
" Babah Ammar dah sampai...Qaseh nak tumpang ke ?"kata Ammar.
" Hah ? Errr tak apa lah...buat susah Ammar aje..."tolak Qaseh sopan.
" Ermm tak apa lah...kalau macam tu..."kata Ammar mengundur diri akhirnya. Well Ammar bukan jenis orang yang suka paksa-paksa ni.
Namun apabila Ammar masuk ke dalam keretanya,beberapa minit kemudian dia kembali keluar dan mendekati Qaseh.
" Qaseh.."
" Eh kenapa Ammar tak balik lagi ?"
" Errrr babah saya suruh tumpangkan awak juga sebab...err...umi awak suruh tumpangkan awak sekali , abi awak tak boleh datang ambil hari ni..."kata Ammar.
Dahi Qaseh berkerut. Umi suruh tumpangkan? Macam mana dia boleh kenal ayah Ammar ?
********
Allahu. Benar - benar tak sangka. Jadi jiran baru Qaseh selama ni adalah keluarga Ammar ? Abang cik yang selalu Qaseh terhendap - hendap tu Ammar lah ? Ya Allah keciknya dunia ni. Kalau lah Ammar tahu aku duk skodeng dia selama ni mesti malu ya amat.
Patutlah Ammar selalu ajak aku tumpang. Rupanya rumah dia sebelah rumah aku aje. Alahaiiii.
" Qaseh ? "
Qaseh tersedar dari lamunannya. Terkejut dia bila Ammar dah sedia membuka pintu kereta untuk dirinya.
" Kita dah sampai ni..."beritahu Ammar lagi.
" Oh..errr okay - okay..."
Seketika Qaseh keluar dari kereta Ammar.
" Terima kasih ea Ammar...sebab tumpangkan saya..."ucap Qaseh.
Ammar mengangguk lalu menghadiahkan senyuman kepada Qaseh.
" Sama - sama..lepas ni kalau nak pergi dengan balik sekolah pun boleh...kita satu jalan.."kata Ammar lagi.
Qaseh hanya tersenyum tipis.
" Saya masuk dulu lah.."
Ammar mengangguk. Seketika dia hanya memerhati figura Qaseh dari belakang yang melangkah pergi itu. Ammar tersengeh kecil sendiri. Jodoh sebelah rumah alahaiiii...
Pap !
Belakang Ammar ditepuk seseorang. Ammar tersentak automatik dia menoleh.
" Hah tengok apa tu ? "soal Azrin.
Azrin baru aje sampai tadi dan kebetulan dia ternampak Ammar yang berdiri terpacak sambil melihat seseorang yang baru berlalu masuk ke dalam perkarangan rumah sebelah.
" Haih abang long ni...terkejut abang cik...ingatkan siapa tadi...orang jahat ke apa...."gumam Ammar.
Azrin hanya ketawa kecil.
" Dah lah jom masuk...berdiri sini lama - lama nanti sun burn pulak kang..."kata Azrin lantas memaut bahu adiknya lalu melangkah bersama - sama menuju perkarangan rumah mereka.
***********
Tok ! Tok !
" Qaseh...."panggil Azwa di hadapan pintu bilik Qaseh.
" Yaa ! "sahut Qaseh dari dalam bilik.
" Jom hari ni kita solat maghrib dekat masjid...dah lama kita tak solat dekat sana..."ajak Azwa.
Pintu bilik terbuka akhirnya.
" Apa ? Solat dekat masjid ? Ohh hah boleh jugak...dah lama tak solat dekat sana kan..."
Seketika Qaseh bersiap untuk solat di masjid. Berdekatan rumah Qaseh memang ada di dirikan sebuah Masjid yang agak besar juga. Masjid tersebut diberikan nama sebagai masjid Al Taqwa. Serious cakap masjid tu cantik dan selesa sangat sebab ada air cond hehehhe.
Hari ni Qaseh, umi dengan abi sama - sama solat dekat masjid tu.
Selepas selesai semuanya. Hinggalah ke solat isyak, tanpa disangka - sangka umi bertemu dengan makcik jiran sebelah. Makcik kalsom namanya a.k.a ibu Ammar lah ni. Fuhhh first time bersua muka dengan ibu Ammar. Nervous dia lain macam ahahahaha.
" Oh ni lah anak dara yang Az cerita hari tu ya ? "kata Kalsom.
" Ya ni lah orangnya..."
" Apa khabar makcik..."sapa Qaseh seraya menyalam tangan Kalsom.
" Amboii cantik sungguh orangnya...elok sangat kalau dijadikan menantu ni..."kata Kalsom selamba.
Terbatuk kecil Qaseh jadinya. Amboii first time jumpa dah kena cop boleh jadi menantu. Nak kahwin dengan siapa ? Ammar ? Alahaiii malu lah !
" Hahaha kalau dah jodoh apa salahnya...ya kan Qaseh ?"kata Azwa sengaja menghangatkan lagi suasana.
Qaseh hanya tersenyum hambar. Errrr umi pun sama naik haish.
Qaseh tertunggu - tunggu seorang diri di suatu sudut balkoni masjid. Alahaiii umi kalau menyembang dengan kawan dia memang tak ingat dunia. Hmmm. Ya umi tak habis lagi berborak dengan makcik Kalsom dekat dalam tu...
" Eh Qaseh ? Mana umi ? "soal Fuzair yang sudah keluar dari ruang solat lelaki.
See ? Abi pun dah keluar. Umi aje masih kat dalam.
" Hmmm umi berborak dengan makcik rumah sebelah...lama lagi rasanya tu..."jawab Qaseh.
Fuzair tergelak kecil. Biasa sangat lah tu bila isterinya jumpa geng. Menyembang tak ingat dunia.
" Hah tak apa lah kalau macam tu...abi tunggu dekat kereta ea.."kata Fuzair seraya berlalu pergi.
Alahai untung umi dapat abi. Hmmmm suami yang memahami betul. Ni hah kalau orang lain punya suami dah suruh panggil ajak balik dah. Ya Allah...moga aku dipertemukan dengan suami yang sebaik abi. Amin...
" Assalamualaikum...."sapa seseorang.
Huishh....minta suami terus dapat ke hahahaha.
" Walaikumu....salam.."jawab Qaseh lalu terkedu melihat si pemberi salam.
" Tak sangka kita jumpa dekat sini pulak..."
Ya Allah...kenapa asyik - asyik dia....aje yang aku jumpa. Siapa ?
" Qaseh tinggal area - area sini ke?"soal Azrin.
Ya manusia di hadapannya sekarang ni adalah Qais Azrin a.k.a Ustaz munajat...
" Abang long...ni hah abang long tertinggal jam tangan..."kata Ammar yang baru muncul di sebelah Azrin. Dia tidak sedar yang di hadapan abang longnya saat ini adalah Qaseh.
" Ammar ? Abang long ? "desis hati Qaseh.
Qaseh tersentak hebat !
#Keep vote and comment guys ! Thankyouu 💕😘
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro