Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 5

Qaseh merapikan tudungnya di hadapan cermin. Well itu perkara wajib yang perlu dia buat setiap pagi sebelum pergi ke sekolah. Selepas itu dipastikan tudungnya menutupi dadanya. Alhamdulillah auratnya terjaga. Tidak lupa juga dikenakan pada tangannya iaitu hand shock berwarna hitam.

" Lama lagi ke kau nak bersiap adik? Dah pukul 7.15 pagi.. "

Datang dah si Azfar ingin mengacau adiknya pagi- pagi macam ni.

Seketika Qaseh melirih jam loceng berbentuk hello kitty di tepi katilnya.

" Ish baru pukul 6.45 pagi lah.. mana ada 7.15 pagi lah.. angah ni sengaja kan? " bebel Qaseh. Pagi-pagi dah ajak aku membebel angah ni.

Uwais Azfar memeluk tubuh lalu bersandar pada pintu bilik Qaseh. Tersengeh - sengeh seperti kerang busuk! 

Qaseh mengabaikan abang ngahnya di situ. Dia mula menggapai beberapa buku teks dan beg sekolahnya. Dia melangkah mendekati pintu.

" Dah jom lah turun.. Duk tersengeh apa lagi dekat sini? Gila ke? " kata Qaseh.

Uwais Azfar mencebik. Eee aku tarik tudung yang dah on point tu kang baru tau! Tapi aku tak berani lah nak buat. Kang ada juga buku teks yang hinggap dekat muka aku yang handsome ni macam mana? 😂💓

Seketika dibiar Qaseh berlalu terlebih dahulu. Sesudah itu baru lah Uwais Azfar pulak yang membuntuti langkah Qaseh Amani.

Kelihatan umi sudah siap menghidangkan makanan di atas meja buat seisi keluarga. Rajin kan umi ni? Pagi - pagi buta dah siap bertungkus lumus di dapur nak siapkan makanan anak - anak dan suami.

Qaseh tak tolong ke? Pemalas betul Qaseh ni? Eh stop it! Mana ada lah. Qaseh tolong juga kadang-kadang tu bila dia free. Well jadi budak Form 6 pun banyak assignment okay! Tapi setiap hujung minggu mesti Qaseh tolong punya lah umi dekat dapur.

Ni hah yang tak tolong tu si Uwais Azfar! Dia yang pemalas. Well lelaki memang jarang nak rajin.

" Makan cepat.. nanti lambat pulak pergi sekolahnya. "kata umi.

Qaseh mengangguk lalu mencedok nasi goreng yang telah siapa terhidang oleh uminya itu. Seketika baru aje dia nak letak senduk nasi, datang satu pinggan menghulur meminta dicedokkan nasi goreng juga. Qaseh mengerling ke empunya pinggan.

Uwais Azfar hanya tersenyum lebar.

" Cedokkan please? "

Akhirnya dicedokkan jugak nasi untuk abang ngahnya itu. Haish ada tangan pun tak nak cedok sendiri! Pemalas betul abang ngahnya ini.

Seketika masing - masing menikmati breakfast diaorang. Tak seorang pun bersuara. Yalah depan rezeki mana boleh cakap banyak. Cakap bila perlu aje.Beberapa minit selepas itu, abi Qaseh mengambil tempat pulak untuk breakfast. Ya abi baru turun makan.

Setelah selesai semuanya, Qaseh meminta diri untuk berangkat ke sekolahnya terlebih dahulu.
Well buat beberapa bulan ni, Qaseh ada driver tak berbayar lah nampaknya.

" Jom angah... " ajak Qaseh.

Uwais Azfar merapikan rambutnya ke belakang. Flip hair gayanya hahaha 😂 Selepas itu baru lah dia terkedek - kedek bersama helmetnya.

*******
Kaki diatur menuju ke kereta yang terparkir elok di seberang jalan. Seketika pintu kereta ditarik.Tubuh Azrin masuk ke dalam kereta.

" Huh..." keluh Azrin.

" Alhamdulillah settle juga ceramah kita dekat  Kedah kan Azrin ?" kata ustaz Firdaus.

Azrin mengangguk seraya menghadiahkan sedikit senyuman puas hati kepada Firdaus.Alhamdulillah Allah telah permudahkan urusannya untuk berdakwah di Kedah ini.

" Jadi tunggu apa lagi ? Mohh lah kita balik KL..ana dah rindu sama keluarga ana ni.."

Azrin menggeleng kecil.Tak habis - habis dengan bahasa pak arab sesat dia tu.

" Alahai...untung lah ada keluarga.Sudah berumah tangga awal..boleh lah rindu nak balik cepat kan.." luah Azrin.

Firdaus tersengeh sendiri.Dikenang wajah isterinya yang sedang menunggu kepulangan dirinya tika ini.

Ya. Diusia yang mencecah baru 23 tahun ini , ustaz Firdaus dah diberi rezeki untuk berkahwin. Alhamdulillah syukur...

Ustaz Firdaus tua setahun dari Azrin tapi tetap terasa seperti sebaya.

" Itu lah..ana dah cakap..suruh ibu ente cari kan jodoh buat ente cepat - cepat...kahwin awal ni tak rugi lah.." nasihat Firdaus.

Azrin terdiam seketika. Suruh ibu carikan jodoh untuk aku ? Hmmm.

Pap !  Firdaus menepuk kuat tangannya di telinga Azrin.

Azrin tersentak.

" Astagfiruallahalazim..apa kau ni Firdaus ? Terkejut aku tahu..."

" Tak lah..yang ente tetiba mengelamun tu kenapa ? Kalau ya pun terfikirkan jodoh yang ana cakapkan tu...start lew enjin kereta dulu..ana  dah rasa panas dunia ni...." ngomel ustaz Firdaus sambil tangannya dikipas - kipaskan.

" Maaf - maaf..."

Enjin kereta dihidupkan dengan segera.Haish lah ustaz Firdaus ni. Baru panas dunia dah mengeluh.

*******
Filzah tersengguk - sengguk jadinya. Biasalah kalau kelas pukul 2 ni mulalah nak rasa mengantuknya tapi ni untung lah cikgu semua ada meeting.So class buat kerja sendiri lah hehehe.

Dilihat ke arah Qaseh yang sedang gigih study. Alahh makcik sorang ni. Tak syok betul lah. Asyik study aje kerja dia.Tak penat ke ? Tak bosan ? Tak jem ke otak tu ?

Tangan Qaseh disiku perlahan. Qaseh menoleh. Di angkat keningnya sebagai tanda " Apa ? "

" Dah - dah lah tu study..cikgu tak masuk pun..." kata Filzah malas.

Qaseh menggeleng lalu melihat semula ke bahagian bukunya yang dibaca tadi. Malas nak ambil peduli soal kata - kata Filzah.Makcik ni bukan boleh dilayan sangat. Biar dia nak malas sorang - sorang. Aku tak nak terjebak !

Hasutan Filzah tidak berjaya.Akhirnya dia menoleh sekilas ke belakang. Hah mula lah nak kacau abang - abang dekat belakang ni.

Okay first  , Amjad dah tersembam mencium meja. Haish mamat ni. Kerja tidur aje dia dalam kelas ni kalau tak ada cikgu. Pemalas betul. Reject bakal suami. HAHAHA.

Second Chen ! Hmmm tidur juga ke ? Nope.Habis study ? Nope. Dah tu ?Tu hah ! Asyik melukis  komik aje kerjanya. Aku rasa dia ni silap ambik kelas ni. Sepatutnya dia kena amik kelas yang ada bidang lukisan. Ni pergi amik kelas ekonomi dah kenapa 🙄🙄🙄

And third, Yuva . Alahai study macam si Qaseh juga dia ni. Hmmm dah lah pandai math budak si Yuva ni. Dah macam human calculator yang dalam Asian Got Talent tu hahaha.

Dipandang ke arah satu kerusi lagi. Eh ? Kosong ? Meliar mata Filzah jadinya. Mama Ammar ? Ponteng kelas ke ? Ceh !

" Kau cari apa tu Filzah ? Sampai meliar mata kau macam tu ? " tanya Qaseh akhirnya setelah makin pelik tengok gelagat si Filzah ni. Leher dah macam zirafah.

" Aku cari...Ammar...asal dia tak ada eh ? Aku tak sedar pun yang dia keluar ? Dia ponteng kelas ke ? " kata Filzah berdas - das sambil matanya masih meliar mencari figura Ammar.

Busy body betul si Filzah ni.

" Oh Ammar...ermm dia ke surau lah.." bicara Qaseh.

Filzah terus tersentak memandang Qaseh. Kenapa tersentak ? Yelah dah dia salah sangka dengan Ammar tadi. Dicakapnya Ammar ponteng kelas lah apa lah.
Astagfiruallahalazim. Tak baik betul aku tadi. Fitnah orang aje tahu.

" Tu lah kau. Buruk sangka sangat kan ? "kata Qaseh seperti memahami apa maksud reaksi Filzah itu.

Filzah terdiam jadinya. Hmm ?

Eh macam mana Qaseh boleh tahu Ammar pergi mana ? Yelah ingat dia study sampai tak peka dengan apa yang berlaku di sekeliling dia ke ?

Tadi lah masa Qaseh study tetiba dia terdengar  Ammar bagitahu dekat Amjad sebelum Amjad tidur  yang dia nak pergi surau kejap. Memandangkan cikgu tak masuk. So alang-alang tu dia nak solat zohor lah siap - siap.

" Ermm hah Filzah..jom ? "kata Qaseh tetiba.

Filzah memandang malas kepada Qaseh.

" Pergi mana ? "

" Solat zohor lah..cikgu kan tak masuk sampai balik...lagipun better aku solat siap - siap..sebab nanti angah suka ambik lambat lah.."

" Kau lupa ea ? " soal Filzah dengan mata yang dikecikkan.

Qaseh tayang wajah pelik. Kenapa ? Lupa apa ?

" Aku bendera jepun lah.."

Qaseh memejam matanya seketika. Ya Allah lupa ...

" Semalam maksu masak kari kepala ikan ke ? " soal Filzah spontan.

" Hah ? Eh tak lah..semalam umi masak ayam kicap..."jawab Qaseh polos masih tidak memahami maksud Filzah.

" Haish kau ni..."

" Apa ? Tak apa lah aku pergi solat sorang aje lah.."kata Qaseh lalu menutup buku yang dia study tadi.

" Tak apa ke kau pergi sorang - sorang ni ? "

" Alah...tak apa lah..surau aje pun.."kata Qaseh.

" Hmmm yelah..."jawab Filzah.

Seketika Qaseh mula bergerak keluar dari kelas 6AE.

***********
Alhamdulillah selesai juga Qaseh mendirikan solat zohor. Nanti balik rumah tak payah lah nak tergesa - gesa lagi. Qaseh memakai semula stokin panjang paras betisnya itu.

Setelah itu dia mula bergerak untuk balik ke kelas...

Dalam perjalanan untuk balik ke kelas tetiba Qaseh ternampak Ammar di kelilingi pelajar - pelajar junior perempuan.

" Eh dia tak balik kelas lagi ? "monolog Qaseh sendiri.

Part of Ammar.

" Abang Ammar...terima lah hadiah daripada kami yang tak seberapa ni..."kata seorang pelajar junior yang berkaca mata.

" Abang Ammar..abang Ammar handsome lah.."puji pulak pelajar junior yang tudung sekolah pun senget benget hahaha.

Apa yang Ammar buat ? Marah ? Hina pelajar - pelajar junior ni ke ?

Nope bahkan dia menyambut setiap huluran hadiah dari pelajar - pelajar junior tersebut lalu menghadiahkan senyuman manis.

" Terima kasih yaa adik - adik..." kata Ammar sopan.

Nak pengsan dibuatnya pelajar - pelajar junior tersebut. Melt wehhh bila abang senior F6 layan diaorang and terima hadiah yang diaorang kasi ni. Sumpah dia tak sombong wehh.

" Dah pergi masuk kelas semua..nanti cikgu marah pulak..."kata Ammar akhirnya.

Pelajar - pelajar tersebut akur dengan kata - kata Ammar itu. Seketika mereka melambai - lambai kepada Ammar seraya berlalu melangkah dari situ.

Ammar hanya menggeleng kecil sambil tersenyum manis. Alahai budak - budak ni sama aje dengan budak - budak sekolah lama aku dulu. Terlalu obses dengan abang - abang F6 😂 tapi tak apa lah. Layankan aje lah..lagipun diaorang puji ni ciptaan Allah juga. Alhamdulillah...

Baru aje Ammar nak meneruskan langkahnya untuk balik ke kelas tiba - tiba beberapa hadiah terjatuh di atas lantai. Yelah banyak jugak hadiah yang budak - budak junior tadi tu kasi.

" Allah..." gumam Ammar seraya melutut mengutip hadiah - hadiah yang jatuh itu.

Sedang Ammar kutip hadiah tersebut tiba - tiba munculnya sepasang tangan yang turut sama menolong Ammar mengutip hadiah tersebut.

Ammar sedikit tersentak. Automatik dia melihat ke arah empunya tangan itu.

" Qaseh ? " desis hati Ammar.

#Keep vote and comment 🥰❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro