Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 27 ( Final )


Beberapa tahun kemudian....

Berjalan berpegangan tangan dengan suami di tepi pantai itu adalah impian Qaseh Amani sejak zaman bujang lagi. Heee alhamdulillah akhirnya tercapai jugak.

Destinasi percutian pilihan Qaseh Amani adalah Pulau Pangkor. Ini juga demi mengubati dan menenangkan hati yang gundah gulana sejak beberapa tahun ini.

" Bidadari..."panggil Azrin.

Qaseh Amani menoleh.

" Ya ? "

" Jom kita duduk dekat buaian bawah pokok tu..."ajak sang suami.

Qaseh Amani mengangguk dan hanya mengikuti langkah Qais Azrin ke sana.

" Cantik kan pulau pangkor ni ? "gumam Qaseh.

" Alhamdulillah cantik..."

" Terima kasih abang..sebab bawa Qaseh ke sini...even.."

" Even perut dah memboyot macam ni ? "mencelah Azrin sambil menyentuh perut milik Qaseh Amani yang sedang mengandungkan anaknya. Dah masuk 7 bulan.

Qaseh Amani tersenyum kecil.

" Tak apa...anything untuk bidadari abang ni..."kata Azrin seraya mencuit pipi Qaseh Amani.

Seketika Qaseh melentokkan kepalanya di bahu Azrin seraya mengenggam tangan Azrin.

" Abang...boleh Qaseh tanya ? "

" Boleh...tanya lah..."

" Kenapa ustaz munajat ? "

" Ohh.."itu aje balasan Azrin.

" Cepat lah kenapa ustaz munajat ? "

" Okay lah abang cerita ea...nama munajat tu sebenarnya datang dari Ammar...Ammar yang suka sangat dengan nama munajat tu...hmmm dulu masa kami masih kecil - kecil..dia selalu pesan dekat abang...cakap bila dah besar nanti...jadi ustaz dan letakkan gelaran munajat...."

Qaseh Amani mengangguk tanda faham.

" Habistu kenapa abang dah tak guna nama munajat tu lagi ? "

Qais Azrin tersenyum sendiri.

" Dah tiba masa, abang lepaskan gelaran tu dekat orang yang sepatutnya..."




Alunan surah yasin terdengar sayup sayap di sekitar kawasan tersebut. Ammar membacanya dengan penuh syahdu sekali. Cuaca saat itu agak redup. Seredup hati Ammar. Dia membaca surah yasin di hadapan pusara di pekuburan Al-Ihsan.

Segala apa yang berlaku memang semuanya telah ditetapkan oleh Allah S.w.t. . Jelas Ammar redho dengan ketentuan ilahi. Siapa kita untuk menidakkan segalanya..

Setelah selesai membaca surah yasin. Ammar sedekahkan pulak al fatihah. Dia menadahkan tangan.

Selepas selesai semua bacaan dan membersihkan sedikit sekitar pusara insan tersayang itu, Ammar meminta diri...

" Nanti Ammar datang lagi.."gumam perlahan Ammar.

Seketika dia bangun dan beredar dari situ.Dia melangkah mendekati kereta Bezza nya yang terparkir elok di luar kawasan perkuburan.

Dia memulakan perjalanan untuk balik ke rumahnya.

*********
Setibanya Ammar di rumah. Ni rumah dia sendiri. Alhamdulillah setelah beberapa tahun , Ammar sambung belajar dalam bahagian pendidikan dan akhirnya dia berjaya keluar menjadi seorang ustaz.

Dia mengikuti jejak langkah abang longnya. Kini dia juga telah menjadi seorang cikgu a.k.a ustaz di salah sebuah sekolah MRSM. Dia juga merupakan seorang penceramah bebas jika ada waktu lapang.

" Assalamualaikum..."kata Ammar memberi salam.

Beberapa minit kemudian, pintu utama rumah dibuka dari dalam. Terpampang seorang gadis comel yang siap dengan apron lagi.

" Waalaikumusalam...ustaz munajat dah balik ? "sahut Adira.

Ya. Kini gelaran tersebut menjadi milik Ammar. Ammar pulak yang menggunakan gelaran " Munajat " itu. Dia juga telah dikenali ramai dengan gelaran " Ustaz Munajat.

Eh by the way, Qaseh Adira terselamat ? Habis Ammar lawat kubur siapa tadi ?

*Flashback*

Semua ahli keluarga berasa cemas sekarang , terutama sekali Ammar. Qaseh Adira telah selamat masuk ke dalam ruang pembedahan. Kata doktor, pembedahan Qaseh Adira terpaksa dipercepatkan akibat keadaanya yang tiba - tiba drop macam ni.

Ammar hanya menanti dengan penuh sabar di hadapan wad pembedahan tersebut. Sedikit pun tidak berganjak.

" Ammar.."panggil ibu a.k.a Puan Kalsom.

Ammar menoleh.

" Pergi lah solat dulut...waktu zohor dah masuk ni..."kata Kalsom.

" Tapi..bu..Ammar..nak tunggu Ad...nanti kalau Ad...cari Ammar macam mana.."kata Ammar tidak tentu arah. Hinggakan dia terlupa akan kewajipannya terhadap Allah S.w.t. yang belum ditunaikan lagi.

" Tak apa...ibu ganti kan Ammar dekat sini kejap...Ammar pergi lah solat dulu...minta doa pada Allah..supaya pembedahan Adira berjalan dengan lancar.."

Ammar tersedar seketika. Dia meraup wajahnya. Ya Allah..aku lupa akan kewajipan ku untuk menunaikan solat...Ampunkan aku Ya Allah....

Akhirnya Ammar mengalah dan membiarkan ibunya yang menunggu Qaseh Adira. Ammar pula berlalu menuju ke surau.

Ammar menunaikan solat Zohor nya. Setelah itu dia berdoa pada Allah.

" Ya Allah...ya tuhanku...engkau permudahkan segala urusanku hari ini...Engkau permudahkan juga lah urusan isteriku...Aku mohon Ya Allah...engkau sihatkan lah dia semula...Engkau berikanlah dia kekuatan untuk meneruskan hidupnya...Aku mencintainya kerana engkau Ya Allah...Aku mohon Ya Allah...engkau makbulkan lah setiap doaku ini...Amin..Amin...rabbalalamin..."doa Ammar dengan teresak - esak menangis.

*End Flashback*

Alhamdulillah ini lah kesudahannya. Qaseh Adira telah selamat dalam pembedahan tersebut dan kembali pulih sepenuhnya. Kubur yang Ammar melawat tadi tu adalah kubur nenek dan atok Ammar. Dia dah lama tak melawat , tu yang pergi melawat selepas balik dari ceramah tadi.

" Abang ngah ! "muncul seorang anak gadis berusia 11 tahun.

" Eh Sofea pun ada dekat sini ? "

Sofea Elena. Adik kecil dalam keluarga Ammar. Siapa ingat lagi budak 5 tahun yang abi Qaseh cakapkan dulu ? Ni hah dh 11 tahun dh pun umur dia. Eh mana dia pergi selama ni ? Tak pernah nampak pun ? Hahaha ye tak pernah nampak sebab ibu tinggalkan dia pada arwah nenek dulu...sebab arwah nenek cakap nak bela Sofea dulu...dia sunyi duduk kampung...so Sofea jadi anak nenek lah...

" Haah...ibu hantar sini kejap...sebab ibu dengan babah pergi dating hahaha.."kata Sofea.

" Amboi - amboi..."kata Ammar.

" Dah - dah jom masuk dulu..takkan nak berborak dekat sini kan ? "kata Adira.

Seketika mereka masuk ke dalam.

Malam itu, setelah Sofea Elena tidur. Baru lah Ammar dan Adira ada masa untuk berdua - duaan. Ye Sofea nak tidur rumah abang ngahnya. Heeee mereka duduk berdua di luar rumah. Rumah yang Ammar beli ni, ada kawasan lebih di sebelah kanan rumah. So si isteri ni pun apa lagi deco lah jadi taman bunga dia hahahah siap letak buaian lagi macam rumah daddy dia..

" Macam mana ceramah hari ni ? Okay ke ?"baru nak sempat tanya.

" Alhamdulillah...okay macam selalu..."kata Ammar.

" Bagus lah.."

" Sayang pulak macam mana ? Okay ke ?"

" Sayang ? Ermmm sayang tak okay..."kata Adira.

Ammar lantas menghadap Adira. Dia mula cemas. Kenapa ? Penyakit Adira menyerang semula ke ? Tapi doktor cakap dah okay hari tu ?

" Sayang sakit balik ke ? Jom kita jumpa doktor sekarang.."

" Eh tak bukan macam tu..."

" Habistu....sayang cakap tak okay tadi kan..."

Seketika Qaseh Adira mengeluarkan sesuatu dari poket seluar tidurnya. Dia menghulurkan sesuatu itu kepada Ammar.

Ammar tersentak ! Pregnant test yang dihulurkan Qaseh Adira. Dalam masa yang sama dia happy gila....

" Are you pregnant ? "

Qaseh Adira tersenyum lebar sambil mengangguk laju.

" Alhamdulillah..."kata Ammar memanjat syukur seraya memeluk tubuh Adira erat.

Qaseh Adira membalas pelukan tersebut.

" Sayangku..ustaz munajat..."bisik Qaseh Adira..

Ammar meleraikan pelukan lalu memandang ke dalam anak mata Qaseh Adira.

" Ana uhibbuka fillah..."sambung Qaseh Adira. Qaseh Amani lah ni yang ajar ayat ni hahahaha 🙈💕

Ammar mencium dahi Qaseh Adira akhirnya.

Bersama yang tercinta bukan sahaja di waktu senang tapi juga di waktu susah. Baru lah yang dikatakan susah senang bersama. Setiap permulaan cerita yang bahagia tidak semestinya dipetengahan cerita juga bahagia. Mesti ada suka dan duka yang silih berganti. Namun semua manusia di muka bumi ini mengharapkan pengakhiran cerita yang bahagia.

Begitu juga lah kisah dua kembar ini. Qaseh Amani dan Qaseh Adira. Terlalu banyak dugaan dan rintangan yang mereka lalui namun ikatan persaudaraan tidak akan pernah terputus walaupun mereka terpisah hampir 20 tahun. Namun jika Allah berkata
Kun faya kun , maka mereka tetap dipertemukan juga.

- TAMAT -

#Alhamdulillah tamat sudah karya sis yang ke 9 ! Ngeheee terima kasih kepada yang sudi membaca karya sis ni. Tidak lupa juga yang mana para reader yg slalu comment and vote tu ! Sis hargai sangat 🙈 btw untuk pengetahuan korang kan dalam byk² story yg sis buat ni lah story yg paling sis rsa struggle nak dptkan idea.  Well story " Sayangku Ustaz Munajatni act sis dh lama sangat karang sebelum cerita MSTAP lagi tapi sis masih tak boleh juga dapatkan jalan cerita " Sayangku Ustaz Munajatyg sepenuhnya. Akhirnya sis boleh habiskan juga story ni 😂 thanks guys yg mna support sis tu 🤧💓Last keep vote and comment 🌸 see you guy soon !  Kbye ! - Ieqah Kazumi -

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro