Bab 26
Seminggu lagi pembedahan akan dijalankan. Hmmm rasa gentar di hati tidak lagi dirasakan. Mungkin telah lali dengan rawatan hospital ni agaknya.Qaseh Adira sudah mula bosan seharian terperap di ruang wadnya itu. Dah la bilik vip sorang-sorang. Tak ada yang nak teman borak, teman makan. Bosan . Sunyi. Murung !
Seketika Qaseh Adira bangun perlahan - lahan turun dari katilnya. Dia nak keluar jalan - jalan dekat taman lah. Nasib baik dia tak kena cucuk jarum tu lagi. Hehehe dia yang minta dilepaskan untuk seketika.
Baru saja selangkah dia ingin mendekati pintu wadnya tiba - tiba pintu dibuka dari luar.
" Cik Ad nak pergi mana ni ? "
Dilihat Yuslinda yang baru muncul. Alah kacau lah dia ni.
" Keluar taman...bosan duduk dalam wad ni..."
" Tapi cik..doktor kan dah cakap yang cik kena.."
" Shhhh ! "jari telunjuk diletakkan dibibirnya.
Yuslinda terdiam.
" Bising lah awak ni Yuslinda...haish sekejap sekejap doktor tu...sekejap sekejap doktor ni...doktor...doktor..doktor..."
Yuslinda tertunduk jadinya mendegarkan bebelan Qaseh Adira.
" Jangan larang saya...saya nak pergi taman aje pun..bukannya nak lari dari hospital ni.." kata Adira seraya melangkah pergi meninggalkan Yuslinda begitu saja.
Macam biasa , tempat duduk di bawah pokok yang rendang di taman rekreasi menjadi pilihannya. Qaseh Adira tersandar pada penyandar bangku batu di situ.
Dia memeluk tubuh. Dia hembus nafasnya perlahan. Segar ! Udara dekat taman paling segar dia rasakan. Hmm lepas ni dapat lagi ke dia bernafas macam ni ?
Seketika Adira ingin meletakkan tangannya di sebelah. Dia tersentuh sesuatu. Dia menoleh.
" Ehh ? "
Bola tennis ? Qaseh Adira mengenggam bola tennis tersebut. Di renungnya.
" Datang mana bola tennis ni ? Ada budak-budak yang main dekat sini ke ?"soal Adira sendiri sambil melambung - lambungkan bola tennis tersebut.
Tetiba entah macam mana terlepas pulak. Bola tennis tu pun bergolek - golek di atas jalan..Qaseh Adira pun tertunduk - tunduk la nak ambil bola tennis yang bergolek tu. Namun tiba - tiba bola tennis tu stop bergolek di hadapan kaki seseorang.
Tangan seseorang itu mencapai bola tennis tersebut. Qaseh Adira mendongak melihat si gerangan. Dia sedikit tersentak.
" Apa awak buat kat sini Ammar ? "
*********
Semua ahli keluarga Qaseh duduk berkumpul di ruang tamu. Qaseh Amani yang minta berkumpul dekat ruang tamu ni.
" Ada apa ni Qaseh sampai minta satu family berkumpul ni ? "tanya Puan Azwa agak pelik itu.
" Tu lah tetiba ajak berkumpul pulak ni ? Ada hal penting apa?"soal pula Uwais Iqbal. Untung saja dia tak ada flight apa buat sementara waktu ni.
Qaseh Amani menggengam erat kedua - dua belah tangannya. Gugup pulak jadinya. Sebenarnya dia menyuruh semua ahli keluarganya berkumpul sebab dia ingin memberitahu tentang kewujudan Qaseh Adira selama ini. Dia tak sanggup lagi nak tutup rahsia ni. Memandangkan keadaan Qaseh Adira pun tidak tahu bagaimana penghujungnya.
Tetiba tangan milik Qais Azrin memaut bahu Qaseh. Dia tahu yang Qaseh tengah gugup sekarang ni. Dia nak beri sedikit kekuatan untuk isterinya itu.
" Kenapa ni Qaseh ? Cakap lah..jangan buat kami tertanya - tanya..."kata Azfar mula tidak senang duduk.
" Okay...Qaseh cakap..."
Fuzair hanya mendiamkan diri saja sejak dari tadi tidak seperti isteri dan anak - anaknya yang lain...
" Ermm Qaseh nak cakap pasal...pasal Qaseh.."
" Pasal Qaseh ? Kenapa dengan Qaseh ? "mencelah si Azfar.
" Ish angah ! Boleh tak jangan mencelah...bagi la Qaseh cakap habis dulu.."kata Iqbal.
" Oh sorry.."
" Ermm Qaseh nak cakap pasal Qaseh..Qaseh Adira...kembar Qaseh.."luah Qaseh akhirnya.
" Apa ? Qaseh Adira ?!"kata keluarga Qaseh serentak.
Part of Ammar dan Qaseh Adira.
Pasangan ini hanya mendiamkan diri saja sejak dari tadi. Bola tennis yang terletak di antara mereka menjadikan penghalang dan membataskan jarak di antara mereka berdua. Sama macam selalu. Selalu tembok rumah yang memisahkan mereka berdua. Kini hanya sebola tennis. Hahahaha kiut kan ?
" Macam mana awak boleh datang sini ? Awak buat apa datang sini ? "kata Adira terus setelah hanya krik - krik dari tadi.
" Hmmm saya datang sebab awak lah..."kata Ammar seraya menoleh memandang Adira di sisi.
Glurp! Adira telan liur sendiri. Mak aiii Ammar ni makin handsome kenapa ? Hahahaaha gatal kau ni kan Adira. Sempat lagi tu. Ingat kau tu dah tak lama nak hidup ! Jangan sibuk nak tengok kehandsomeman orang...
" Saya pergi rumah awak...saya tanya orang - orang awak...dekat mana awak dirawat..."kata Ammar sambil mata masih memandang wajah Adira yang terlihat sedikit cengkung itu. Hmm Ya Allah..kesiannya dia..
Qaseh Adira melarikan pandangannya dari melihat wajah Ammar. Gugur imannya nanti hahahaha. Dia memandang ke hadapan. Dia memeluk tubuh seketika.
" Awak ni memang tak faham bahasa kan ? Saya cakap kan yang saya nak awak lupakan saya...ni tak cari saya sampai sini dah kenapa ? Nak tengok saya pakai baju hospital ni ke ? Nak tengok wajah pucat saya ni ke ? Baru awak puas hati ? "tembak Adira macam mesin gun !
Ammar menggeleng kecil.
" Bukan macam tu...saya..tak boleh lupakan awak Ad..please jangan paksa saya untuk lupakan awak...saya sayangkan awak...saya tak nak hilang awak Ad...please..."
Qaseh Adira terus bangun dari duduk di samping Ammar. Dia tak suka dengar kata - kata Ammar yang mampu menyentuh perasaannya itu. Sejujurnya dia juga tidak boleh melupakan Ammar. Dia juga tak nak hilang Ammar. Namun disebabkan penyakitnya , dia terpaksa berpura-pura kuat untuk kehilangan Ammar.
Qaseh Adira menghadap Ammar sekarang ni. Hanya tinggal Ammar saja yang duduk di situ.
" Ammar...dengar sini ea...minggu depan saya dah nak kena buat pembedahan...so doktor cakap akan ada dua hasil..berjaya atau tidak...jadi awak fahamkan apa maksud saya ? So saya tak nak awak dekat lagi dengan saya..macam - macam kemungkinan akan berlaku..saya tak nak awak kecewa...tolong faham saya Ammar....mungkin kita tak ada jodoh..."
Ammar terdiam pada mulanya. Melihatkan respon Ammar seperti itu, Qaseh Adira mula ingin melangkah pergi. Mungkin Ammar dah faham kot sekarang dan takkan kejar - kejar dirinya lagi. Baru selangkah tiba - tiba...
" Qaseh Adira ! Saya tak kesah apa pun sebarang kemungkinan akan berlaku...saya..nak suruh ibu pinangkan awak...saya nak kahwin dengan awak ! "putus Ammar akhirnya. Kali ni dia dah bertekad. Di usia muda seperti ini, dia dah bertekad nak halalkan hubungan dia dengan Adira. Dia tak mahu melepaskan Qaseh Adira lagi.
Qaseh Adira tersentak mendengarkan kata - kata Ammar itu. Dia menoleh perlahan - lahan ke arah Ammar.
" Apa..awa.k..cakap...Ammar..?"
Bukkkkk !
Qaseh Adira melorot jatuh di atas jalan. Dia pengsan...Penyakitnya datang menyerang...
" Ad ! "
************
Qaseh Adira membuka matanya perlahan - lahan. Tersedar dari pengsannya. Hmmm peningnya kepala aku. Matanya dipejamkan semula. Berdenyut laju jantungnya tadi apabila mendengarkan pengakuan dari Ammar. Aku tak mimpikan ? Ammar ajak aku kahwin ? Ya Allah...mimpi indah ke buruk ni ?
" Qaseh..."panggil seseorang begitu familiar dipendengaran Adira.
" Umi ? Kenapa aku dengar suara umi ?"desis hati Adira.
Dia membuka matanya semula. Setelah pandangan Qaseh Adira mula jelas tiba - tiba kelihatan beberapa wajah di sekelilingnya. Wajah yang amat dia rindui. Mimpikah dia ? Semua orang ada di sisinya ketika ini ?
" Umi ? Abi ? "gumam Adira perlahan.
Kelihatan Fuzair dan Azwa tersenyum bersama mata yang berkaca kepada Qaseh Adira.
" Ye sayang...umi abi datang ni..."kata Azwa.
Pandangan beralih pulak kepada along dan angah.
" Along ? Angah ? "
" Adira...adik along...adik angah.."kata Azfar sebak.
Qaseh Adira mengukir senyuman hambar. Ya Allah...alhamdulillah kerana engkau memberikan aku kesempatan untuk merasa akan kewujudan diriku diketahui oleh keluarga kandung ku...
" Ad.."panggil Qaseh...
" Qaseh..."sahut Adira perlahan..
" Aku dah bagitahu tentang kau dekat umi dengan abi..along dengan angah pun..maaf Ad...aku tak boleh rahsiakan semua ni...diaorang berhak tahu akan kewujudan kau..."kata Qaseh sambil menggenggam erat tangan Adira.
Qaseh Adira akhirnya mengangguk. Dia juga mengalah dan tidak lagi dapat merahsiakan semua ni. Mungkin ini yang terbaik...
" Ad..anak umi..."kata Azwa seraya mencium lembut pipi Adira.
Menitis akhirnya air mata anak dan ibu yang sudah terpisah hampir 20 tahun itu..
Qaseh Adira dikhabarkan bahawa Ammar telah menyampaikan hasratnya yang ingin melamar dan menikah dengan dirinya sebelum pembedahan di jalankan. Kedua - dua ahli keluarga telah bersetuju. Akhirnya Qaseh Adira juga memberikan kata putus. Dia menerima Ammar. Mungkin ini yang dinamakan jodoh...
Beberapa hari sebelum pembedahan dijalankan, Qaseh Adira telah selamat diijab kabul kan dengan Qais Ammar. Bila hubungan mereka dah halal,segala urusan dan keperluan Qaseh Adira semua Ammar yang jaga.
Mulut Adira mengunyah perlahan bubur yang disuap oleh Ammar.
" Nak lagi ? "tanya Ammar lembut. Memang kita tahu sifat Ammar macam tu pun...
" Tak nak...dah kenyang.."
Ammar mengangguk. Seketika bekas makanan bubur diletak di tepi. Selepas itu dia menghulurkan air kepada Qaseh Adira.
" Terima kasih..."
" Sama - sama sayang.."
Blushing. Alahaii...jangan la cakap " sayang " macam tu..sis tak kuat..
Setelah selesai minum air dan diletakkan ditepi, Ammar hanya memerhati segenap wajah isterinya yang makin cekung itu. Hmm Ya Allah moga pembedahan yang nak dijalankan 2 hari lagi tu berjalan lancar.
" Kenapa awak tengok saya macam tu ? Muka saya nampak buruk ea ?"tanya Adira sedikit terasa.
" Eh tak lah bukan macam tu..saya cuma berdoa dalam hati semoga semua pembedahan awak berjalan dengan lancar nanti..."kata Ammar.
Qaseh Adira mengangguk lalu tersenyum. Seketika Adira berganjak sedikit di atas katilnya. Dia menepuk - nepuk ruang kosong di sebelahnya.
Ammar tayang wajah terpinga. Kenapa dengan Adira ?
" Sini...tidur sebelah saya..."ajak Adira.
Ammar jelas sedikit tersentak dan blushing. Lambat - lambat Ammar mengambil tempat di sebelah Adira. Seketika Adira baring beralaskan lengan Ammar. Alahaii indahnya bila dah halal ni kan ?
Qaseh Adira baring menghadap wajah Ammar. Begitu juga Ammar yang menghadap wajah Adira. Masing - masing tersenyum sendiri...
" Ammar..terima kasih untuk segalanya...terima kasih sebab buat saya rasa bahagia sangat sekarang ni...mungkin hanya untuk seketika..."
" Shhhh..."jari telunjuk diletakkan pada bibir mungil Adira..
Adira terdiam.
" Jangan lah cakap macam tu sayang..."kata Ammar meleret.
Cair hati Qaseh Adira sekali lagi mendengar panggilan sayang yang digunakan Ammar itu.
" In shaa Allah kebahagiaan yang awak rasa ni bukan untuk seketika....tapi hingga ke syurga Allah..."
Mata Qaseh Adira berkaca. Seketika Ammar mengusap - ngusap lembut pipi milik Qaseh Adira.
" Awak kuat ya sayang...saya nak tengok awak sembuh semula...saya nak tengok Qaseh Adira yang ceria waktu pertama kali saya jumpa dengan dia..."kata Ammar tulus seraya bibirnya melekat pada dahi milik Qaseh Adira.
Menitis air mata Qaseh Adira dibuatnya. Ya Allah...aku bersyukur dapat suami yang berikan aku kekuatan dan semangat macam ni.
Qaseh Adira terus memeluk Ammar erat. Dia tidak mahu melepaskan Ammar lagi...
Ammar membalas pelukan tersebut. Akhirnya mereka tertidur dalam pelukan sebegitu.
*********
Pagi telah menjelma. Matahari juga telah terpacak naik. Ammar terjaga dari tidurnya. Alahaii seronok betul tidur dengan isterikan sampai terlajak macam ni.. hahahahaha. Buka - buka saja mata, benda pertama yang dia nampak wajah isterinya, Qaseh Adira.
Ammar tersengeh sendiri. Ya Allah harap aku dapat tengok wajah Adira setiap hari bila aku bangun tidur macam ni...
" Adira bangun..dah pagi ni..."kejut Ammar sambil menepuk - nepuk lembut pipi Adira.
Qaseh Adira tidak berikan respon. Dia masih memejamkan mata. Sedikit pun tidak terganggu dengan panggilan dan tepukan pipi daripada Ammar itu.
" Sayang bangun lah...kalau awak tak bangun saya kiss pipi awak nanti..."ugut Ammar.
Diam. Tiada respon. Ammar mula tidak sedap hati. Dia lantas bangun lalu mengejutkan Qaseh Adira sekali lagi.
" Ad ! Bangun Ad..awak jangan buat saya risau..."kata Ammar cemas.
Masih sama. Qaseh Adira sudah tidak bangun lagi mahupun menyahut panggilan Ammar itu.
" Doktor ! "teriak Ammar kuat.
#Nah chapter last untuk minggu ni. Sis masih tak confirm lagi bila cerita ni nak tamat okay hehehehe maybe 1 lagi chapter kot ? Apa - apa pun mcm biasa keep vote and comment ya guys ! 😚💕💕
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro