Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 25

Qaseh hanya termenung jauh sejak dari. Kadang kala dia menghembus nafas kecil. Sepatutnya dia memang seharusnya bahagia sekarang sebab dah kembali ke posisi asalnya. Namun bila memikirkan keadaan Adira, dia dirundung rasa risau.

Tetiba ada satu bibir mungil seseorang yang singgah di pipi Qaseh. Qaseh sedikit terkejut lalu menoleh ke arah empunya bibir itu.

" Ish awak ni apa curi-curi cium pipi orang...."

Azrin tersenyum lebar.

" Biar lah....pipi tu saya yang punya...."kata Azrin.

Qaseh mencebik. Cehh ! Tahu lah dah halal kan?

" Kenapa ni ? Lepas beberapa hari perkahwinan kita...saya tengok awak macam murung aje ? Termenung sana...termenung sini...kenapa ? Ada apa yang menganggu fikiran awak ? Ke awak menyesal kahwin dengan saya ni ?"

" Ish apa pulak cakap macam tu..mana ada menyesal...."nafi Qaseh.

" Dah tu ?"

Hmmm kalau aku bagitahu Azrin soal Adira mesti dia terkejut kan ? Tak pun mesti dia tak percaya punya lah....Haishhh macam mana ni ?

" Ermm tak ada apa lah...saya okay aje..jangan risau ea.."putus Qaseh akhirnya.

Seketika dia bangun dari duduknya di birai katil tadi. Baru selangkah dia melangkah tiba-tiba pergelangan tangannya ditarik oleh Azrin. Terduduk dia semula di atas katil bersebelahan Azrin..

" Bagitahu saya apa yang awak fikirkan...jangan pendam..."kata Azrin lagi tidak puas hati dengan jawapan Qaseh.

" Errr...errr...." Qaseh bermain dengan jari jemarinya.

" Ke awak fikirkan kembar awak ? Qaseh Adira ?"

Terdongak terus Qaseh memandang Azrin. Azrin tahu pasal Adira?

" Awak...awak tahu pasal kembar saya ?"

Azrin menghembus nafas kecil.

" Sampai bila awak dengan Ammar nak rahsiakan soal kembar awak dekat saya?"

" Macam mana awak boleh tahu ni ?" soalan di balas soalan.

" Macam mana saya tahu ?"soal Azrin.

*Flashback*

" Ibu...Ammar mana ?"soal Azrin suatu hari itu.

" Ammar ? Ermm dia cakap dia duduk luar kejap dengan Qaseh kot..."jawab Kalsom takut-takut. Yelah takut si Azrin ni salah faham pulak.

" Apa ? Duduk luar dengan Qaseh ? Malam-malam macam ni ? "

Kalsom hanya mengangkat bahu. Seketika Azrin terus keluar untuk melihat apa yang dilakukan oleh Ammar dan Qaseh. Namun dia hanya melihat dari jauh saja. Dia tidak pergi terus menyapa Ammar.

Kelihatannya Ammar hanya melepak dengan Qaseh melalui dinding yang terhalang.

" Hmm tak apa lah....diaorang lepak macam tu aje.."desis hati Azrin dan ingin berlalu masuk ke dalam.

" Hahaha lawak lah awak ni Adira..."kata Ammar sedikit kuat tanpa menyadari yang Azrin masih di situ.

Langkah Azrin terhenti. Dia kaku.

" Saja nak hiburkan awak...."balas Adira ketika itu.

" Ni kalau Qaseh yang sebenar...dia takkan buat lawak macam ni lah...Dia tu pemalu sikit..."kata Ammar lagi.

Azrin tersentak ! Apa maksud kata-kata Ammar ni ?

" Yeke ? Oh macam tu ea Qaseh....okay...."

Azrin menggeleng perlahan. Aku salah dengar aje kot ni. Azrin terus melangkah masuk ke dalam semula. Sejak dari malam tu, Azrin masih tidak tenang. Terus menerus terngiang-ngiang kata –kata perbualan Ammar dan Qaseh silih berganti. Azrin jadi curious gila ! Betul ke Qaseh yang sekarang bukan Qaseh yang sebenar ? Habis Qaseh dekat mana ? Siapa Qaseh yang ada sekarang tu ?

Suatu hari tu Azrin pernah mengikuti Ammar dan Qaseh Adira yang kebetulan keluar bersama-sama secara diam-diam. Mula-mula Azrin ingat diaorang nak pergi kedai buku or shopping mall macam tu tapi....

" Ehh rumah ? Rumah mewah siapa pulak ni ? Diaorang buat apa dekat sini ? " monolog Azrin sendiri di dalam keretanya.

Agak lama Azrin menunggu diaorang keluar namun tak keluar. Azrin hanya boleh nampak ada beberapa guard yang sedang mengawasi di sekeliling rumah. Sukar untuk Azrin menceroboh masuk ke dalam. Akhirnya Azrin putus untuk beredar dari rumah itu terlebih dahulu. Azrin akan siasat lain nanti.

Sejak itu, Azrin mengupah seseorang pakar dalam menyiasat benda –benda macam ni untuk cari tahu soal rumah mewah tersebut. Beberapa hari selepas itu, Azrin mendapat tahu segala-galanya. Dia juga agak terkejut. Hampir saja dia tidak percaya. Dia baru dapat tahu yang Qaseh ada kembar apa semua dan yang ada di rumah sebelah tu bukan Qaseh Amani tapi Qaseh Adira.

Azrin jadi tak tentu arah. Dengan keputusannya yang ingin mempercepatkan lagi perkahwinannya dengan Qaseh pulak tu. Sehinggalah tiba-tiba suatu hari tu, Azrin tergerak hati untuk pergi ke rumah mewah itu lagi.

Sesampainya dia di sana. Dia melihat sesuatu tapi lebih kepada melihat seseorang.

" Qaseh...."gumam Azrin.

Ya. Azrin melihat Qaseh Amani yang sedang diusung dengan kerusi roda sambil bersiar-siar di luar rumah...

" Awak ada dekat sini rupanya.."gumam Azrin lagi.

*End Flashback*

" Sebab tu saya tetap teruskan perkahwinan tu....saya tahu yang Allah akan kembalikan awak kepada saya....saya yakin yang awak jodoh saya Qaseh Amani....even raga kita sejauh mana pun...tapi jika kita ditakdirkan bersama...pasti kita akan bersama....Lepas aje saya nampak awak dekat rumah mewah tu...saya start buat solat hajat setiap malam...minta pada Allah....agar saya dapat disatukan jugak dengan awak...."kata Azrin panjang lebar..

Menangis Qaseh dibuatnya.

" Saya minta maaf...kalau saya tak jujur dengan awak...mungkin awak anggap saya isteri yang derhaka kan?"kata Qaseh teresak-esak.

Azrin menarik Qaseh ke dalam dakapan..

" Shhh....jangan cakap macam tu...saya sebagai suami awak sekarang..selalu memaafkan awak....Awak bidadari saya..dunia dan akhirat...Saya tahu semua yang berlaku ni ketentuan ilahi. Ana uhibukka fillah..."bisik Azrin romantis..

**************

Ammar mundar mandir di hadapan wad kecemasan. Dia risaukan Qaseh Adira. Even Qaseh Adira sudah menipu dirinya tapi kerisauan yang tinggi tu tetap ada. Serious Ammar sendiri tak tahu kenapa dia rasa sampai macam ni...

" Penjaga Qaseh Adira ye ?"soal doktor yang bertugas.

Ammar menoleh lalu mengangguk.

" Boleh kita bercakap sekejap dekat bilik saya ?"

Hah ? Ada benda yang serious ke ?

Di bilik doktor tersebut.

" Ada apa ni doktor ? Kenapa dengan Qaseh Adira ?"

Doktor tersebut menghembus nafas berat sambil memeriksa rekod kesihatan Qaseh Adira.

" Ermm Encik tahu tak yang dia ada penyakit lemah jantung ?"

Ammar tersentak ! Apa penyakit lemah jantung ?

" Dan dari pemeriksaan saya...penyakit dia agak serious dan kritikal....Dia tidak boleh melakukan aktiviti berat lebih-lebih lagi berlari..."

Ya Allah, tadi kan dia kejar aku....

" Ikutkan, Cik Qaseh Adira perlu mendapatkan rehat yang secukupnya dan menerima rawatan yang sepatutnya..."

Ammar meraup wajahnya kasar. Ya Allah....dia sakit....

Setelah mendengar segala bicara dari doktor tersebut, Ammar jadi serba salah untuk membongkarkan identiti sebenar Qaseh Adira. Mesti dia ada alasan sendiri buat semua ni kan ? Sampaikan dia sanggup korban kan dirinya semata-mata untuk menyamar sebagai Qaseh Amani.

Seketika Ammar masuk ke dalam wad Qaseh Adira. Dia mengambil tempat di kerusi yang tersedia.

" Hmm kenapa awak buat semua ni Qaseh Adira ?" desis hati Ammar sambil memerhati segenap wajah lesu Qaseh Adira.

Begitu lah serba sedikit kisah sebenar yang berlaku tempoh hari sebelum Qaseh Adira sedar. Ye Ammar dah tahu lama tentang penyakit Adira. Namun Adira menyuruh dirinya untuk diam dan jangan beritahu sesiapa pun. Adira juga menyuruh dirinya untuk berlagak biasa dan jangan menganggap dan melayan dirinya seperti orang sakit.

" Ya Allah..apa yang patut aku buat sekarang ni ?"kata Ammar yang terduduk lemah di atas sejadah. Ya dia baru selesai menunaikan solat hajatnya. Dia tidak dapat melelapkan matanya malam itu.

Part of Qaseh Adira.

Adira memeluk teddy bear sederhananya yang di bawa oleh Yuslinda daripada rumahnya. Sekejap dia pusing ke kanan sekejap ke kiri. Dia tidak boleh tidur. Hmm lagi seminggu, operation tu akan dijalankan. Ya Allah, jika ditakdirkan hidupku masing panjang aku bersyukur. Namun jika aku ditakdirkan mati , aku redho Ya Allah....

Seketika Adira mencapai phonenya. Dia menekan button tepi. Tekan-tekan saja terpampang gambar lockscreen frame satu keluarga kandungnya.

" Ya Allah rindunya umi, abi, along, angah dengan Qaseh.."gumam Adira sendiri.

Seketika di swipenya. Terpampang pulak gambar wajah Ammar dan dirinya selfie tempoh hari sebagai wallpaper phone.

" Ammar...rindu jugak...."

#Keep vote and comment guys ! Stay tuned 💕

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro