Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 24

Dengan berpakaian pengantin, Qaseh Adira mundar mandir. Dia gelisah. Masa untuk berangkat ke masjid telah tiba.

" Aduh apa aku nak buat ni ? "monolog Adira gelisah.

Tiba - tiba kedengaran bunyi pintu bilik diketuk.

Tok ! Tok !

Qaseh Adira memandang ke arah pintu tersebut. Mesti umi yang ketuk ni. Dia nak ajak aku pergi masjid dah lah ni..

Tok ! Tok !

Qaseh Adira tak keruan jadinya. Bunyi ketukan makin bertalu - talu.

" Cik Ad...buka pintu ni..."bisik seseorang di sebalik pintu.

Qaseh Adira tersentak ! Macam aku kenal suara tu....Qaseh Adira terus cepat -cepat membuka pintu bilik.

Buka - buka saja pintu tersebut terpampang dua orang perempuan berjubah dan berniqab. Dengan serta merta mereka masuk ke dalam bilik.

" Yuslinda ? "soal Adira.

Salah seorang dari perempuan berniqab itu melepaskan niqabnya. Jelas lah wajah Yuslinda yang terpampang saat ini.

" Ye saya Cik Ad..."kata Yuslinda.

" Awak buat apa dekat sini ? "

" Saya nak jemput Cik Ad lah..."

" Jemput saya ? Awak dah gila ke ? Saya tak boleh lari ke mana - mana...hari ni perkahwinan Qaseh..."kata Adira selamba tanpa dia sedari masih ada seorang lagi perempuan yang berniqab.

Yuslinda tersenyum kecil jadinya.

" Yelah saya dah jumpa pengganti yang paling sesuai untuk Cik Ad.."kata Yuslinda lalu jari telunjuk diarahkan kepada perempuan berniqab tersebut.

Adira melirih ke arah perempuan tersebut.

" Heh...awak nak suruh si Mika ni menyamar jadi Qaseh pulak ke ? Please jangan buat lawak lah Yuslinda..."

What ? Qaseh Adira ingat yang memakai jubah dan niqab ni mika ? 😂😂 Yelah tengok cara dan ketinggian macam Mika aje...

" Apa cik ? Mika ? "soal Yuslinda terkejut...

Qaseh Adira menoleh ke arah Yuslinda lalu mengangguk laju.

" Ish bukan lah Cik...Ermm Cik tolong lepaskan niqab sekarang..."kata Yuslinda.

Seketika niqab perempuan itu dilepaskan. Qaseh Adira terkedu dan tersentak. Jantungnya berdegup laju. Qaseh ? Qaseh Amani ?

Ye perempuan yang berniqab tu adalah Qaseh Amani yang sebenar. Kelihatannya Qaseh Amani tersenyum manis.

" Hai Qaseh Adira..."sapa Qaseh lalu mendekati Adira secara dekat lagi.

" Bi..la..kau sedar ? "soal Adira gugup.

Qaseh Amani tersenyum lagi.

" Sebulan yang lalu.."

Mata Qaseh Adira berkaca. Ya Allah..syukur alhamdulillah...Engkau dah sedarkan Qaseh Amani semula.

" Sorry Cik Ad sebab kitaorang tak bagitahu awal - awal yang Cik Qaseh dah sedar lama dah..kitaorang saja nak buat surprise ! Hehe..."

" Terima kasih Ad..sebab kau gantikan tempat aku sementara aku tak sedarkan diri...aku tak sangka yang aku ada kembar...Yuslinda dah ceritakan segalanya dekat aku...Kita memang betul - betul seiras.."cerita Qaseh.

Adira mengangguk lalu memeluk Qaseh. Alahaiii jadi jejak kasih pulak dekat sini.

" Aku rindu kau..."luah Adira.

" Aku pun rindu kau.."balas Qaseh lalu membalas pelukan Adira.

Yuslinda mengeluarkan tisu lalu mengelap air matanya. Sedih melihat kedua adik beradik kembar ni jejak kasih.

" Jom sekarang kita jumpa umi dan abi bagitahu keberadaan kau dekat sini..mesti umi dengan abi happy dapat jumpa kau balik..."kata Qaseh teruja.

Adira terus melepaskan pelukan. Dia memandang serious ke arah Qaseh lalu menggeleng perlahan.

" Tak...umi dengan abi...tak perlu tahu kewujudan aku.."kata Adira serious. Ada rasa ketakutan dalam kata - kata Adira.

" Kenapa pulak ? Ni kan satu berita gembira untuk umi dengan abi ? "soal Qaseh.

" Hmm tak...kalau umi dan abi tahu kewujudan aku sekarang...nanti di kemudian hari semuanya akan menjadi satu penderitaan..."desis hati Adira sedih.

Begitulah bagaimana berlakunya pertukaran di antara Qaseh Adira dan Qaseh Amani.

*********

Ammar melepaskan songkoknya dan berjalan mengambil angin di luar dewan majlis persandingan abang longnya. Hmm memang hari ni hari bahagia abang long dan Qaseh. Semuanya sudah settle..tapi urusan hati dan perasaannya belum lagi settle...Kini dia pulak terasa seperti kehilangan Qaseh Adira..

Adira..kenapa awak tinggalkan saya macam tu aje ? Tanpa sedikit kata - kata selamat tinggal ? Hubungan kita pulak macam mana ?

Tiba - tiba ada beberapa anak kecil berlari - lari di sekitar situ lalu melanggar Ammar yang sedang melayan perasaan tu..

" Ehhh.." Ammar jadi terundur ke belakang dan tak sengaja terlanggar seseorang yang sedang lalu di situ.

Orang itu terjatuh jadinya.

" Eh sorry Cik.."kata Ammar.

Kelihatan gadis  yang dilanggar Ammar itu tertunduk dan mata kaca hitamya terlepas di atas jalan tar.

Seketika Ammar membantu gadis itu bangun. Selepas itu Ammar mengambil kaca mata hitam itu lalu di hulurkan kepada gadis tersebut. Gadis itu masih tertunduk. Ammar juga tidak dapat melihat wajah gadis itu kerana dia memakai mask hitam di mulutnya.

" Nah..Cik..ermm Cik okay ke ? "soal Ammar.

" Ermm okay.."kata gadis itu terus merampas kaca mata hitam tersebut dan ingin beredar pergi.

Dengarkan saja suara gadis itu. Ammar tersentak !

Zapppp ! Terus ditarik pergelangan tangan yang berlapik baju  gadis itu oleh Ammar.

" Ad.."

Tertoleh terus Qaseh Adira menghadap Ammar. Matanya terus menatap mata Ammar.

Situasi ini juga mengingatkan Ammar waktu majlis pertunangan abang long tempoh hari. Baru Ammar perasan pandangan mata yang sama. Memang Ammar kenal pandangan mata ni. Pandangan mata Qaseh Adira. Orang yang dia selamatkan dari terjatuh waktu itu.

" Lepaskan saya Ammar..."kata Adira agak keras.

Ammar terdiam. Dia masih memegang pergelangan tangan Qaseh Adira kejap.

" Tolong lah..saya kena pergi dari sini...Saya tak boleh ada dekat sini.."

" Tapi kenapa ? Kenapa awak kena pergi ? Awak seharusnya ada dengan family awak di  hari bahagia Qaseh ni..."balas Ammar.

Qaseh Adira menggeleng.

" Tak...saya tak boleh ada dekat sini...Diaorang tak perlu tahu saya ada dekat sini...Umi dan abi dah happy dengan kembalinya Qaseh yang sebenar...please Ammar..lepaskan tangan saya.."rayu Adira.

" Diaorang happy ? Habistu saya macam mana ? Kita macam mana ? "kata Ammar straight to the point.

Qaseh Adira terdiam.

" Saya sayangkan awak Adira...Saya tak nak kehilangan awak..."luah Ammar akhirnya. Dia tak sanggup nak bermain tarik tali macam ni lagi. Better dia luahkan semuanya sebelum terlambat.

Qaseh Adira tergamam. Tak sangka yang Ammar juga menyukai dan menyayangi dirinya. Seketika Qaseh Adira menarik nafas dalam - dalam.

" Lupakan saya ! "kata Adira seraya merentap pergelangan tangannya dari pegangan Ammar.

Ammar tersentak !

" Awak tak boleh suka saya ! Awak dah lupa ke ? Macam mana keadaan saya ? Saya tak nak awak susah....Saya tak nak awak menderita di kemudian hari...Tolong lupakan saya...lupakan segalanya yang pernah berlaku di antara kita sebelum ni....Anggap aje  awak tak pernah kenal saya...anggap aje yang awak tak pernah kenal Qaseh Adira...maaf Ammar...saya kena pergi..Assalamualaikum..."kata Adira dengan mata yang berkaca. Hanya menunggu saat untuk menangis aje. Namun dia tidak mahu menangis di hadapan Ammar.

Ammar terdiam. Dia sendiri kelu. Tak tahu nak bereaksi macam mana apabila Qaseh Adira berbicara sedemikian.

***********
Beberapa hari kemudian..

Langit cerah hari ni. Angin juga sepoi - sepoi bahasa. Burung - burung kecil berterbangan bebas ke sana ke sini. Hmmm indahnya kehidupan mereka. Boleh melihat semuanya daripada atas.

Qaseh Adira memerhati sekeliling. Kelihatannya ada beberapa orang juga yang berada di taman rekreasi itu. Ada beberapa keluarga juga di situ. Qaseh Adira tersenyum sendiri. Seronok aje tengok orang yang berkeluarga ni. Aku aje sorang - sorang kan ?

Seketika dia memeluk tubuh sambil tersandar pada bangku yang sedang dia duduki saat ini.

Hmm semuanya settle. So Qaseh Adira back to normal. Family kau ada kehidupan diaorang sendiri dan kau pun ada kehidupan kau sendiri. Kehidupan yang pengakhirannya entah sampai bila.

" Cik Ad...jom kita masuk dalam ? Dah tiba masa untuk makan ubat..."kata Yuslinda.

Qaseh Adira menoleh. Ubat ? Kenapa Qaseh Adira kena makan ubat pulak ni ?

Seketika Adira bangun dari duduknya. Dengan berpakaian hospital dia melangkah mendekati Yuslinda.

Qaseh Adira. Berusia kini 20 tahun. Mengidap penyakit lemah jantung dari kecil lagi.Penyakit lemah jantung sudah tahap kritikal. Hanya menunggu masa untuk melakukan pembedahan yang mungkin mengeluarkan 2 hasil. Sama ada berjaya atau  pengakhiran yang menyedihkan. Nampak aje dia selama ni happy go lucky tapi sebaliknya. Dia hanya seorang gadis yang berpura - pura happy dan kuat demi kebahagiaan orang yang tersayang...

#Hmmm begitu berat dugaan Qaseh Adira ye guys ? Ingatkan happy ending dah. Rupanya tak...So guys ada ke tak jodoh Qaseh Adira dengan Qais Ammar ni ? Sampai Qaseh Adira tutup mata ke family kandung dia tak tahu akan kewujudan dia ? For information , maybe tinggal lagi satu chapter or 2 chapter mcm tu aje untuk crita ni tamat. So you guys keep vote and comment pls !

#Cer comment korang nak sis selamatkan watak Qaseh Adira or matikan aje ?











Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro