Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 22

Hari ini ada fitting baju kahwin. Hmmm Qaseh pergi fitting baju dengan Azrin dan ditemani dengan bakal mak mentua Qaseh iaitu Kalsom. Ammar juga turut serta. Tidak dilupakan juga Puan Azwa pun ikut jugak. Azrin yang ajak Ammar. Ntah lah gaya macam nak jelouskan Ammar aje.

Namun apabila baru saja mereka sampai di hadapan butik, Azrin tiba-tiba mendapat panggilan. Dia ada urusan urgent yang harus diselesaikan.

" Habistu macam mana ni Azrin ? "soal Kalsom.

" Hmmm tak apa....ibu masuk dulu dengan Qaseh...Azrin pergi settle kan dulu kejap urusan tu...nanti Azrin datang balik..."putus Azrin.

Seketika tinggal lah mereka bertiga di  butik. Mereka mula memilih baju pengantin. Tema yang dipilih adalah tema warna grey.

Bermacam - macam jenis corak dan style baju - baju pengantin di butik tersebut. Rambang mata Qaseh Adira dibuatnya.
Hahahah ceh over aje kau ni Ad...macam lah baju kahwin kau yang sebenar....

" Awak nak style macam mana ? "

Qaseh Adira sedikit tersentak. Dia menoleh ke sisi kanannya. Kelihatan figura Ammar turut memandang ke arahnya. Qaseh Adira terpegun. Wajah comel Ammar di hadapan mata. Oh my god nak pengsan.

" Ad ? "bisik Ammar. Takut umi Qaseh dengan ibu dengar pulak...

" Hah ? Oh entah lah saya pun tak tahu nak pilih..."jawab Adira.

Ammar mengalih pandangan ke arah baju - baju tersebut. Seketika dia mencapai satu style baju pengantin.

" Cuba awak try yang ni.."cadang Ammar.

Alahaii macam tengah fitting baju kahwin dengan Ammar pulak enn ? Alangkah bahagiannya kalau semua ni bukan mimpi...tapi realiti...

Selepas itu Qaseh Adira terus pergi mencuba baju pengantin yang dipilih Ammar.

Setelah siap dipakai baju pengantin tersebut, Qaseh Adira mula keluar dari bilik persalinan.

" Wah cantiknya kamu Qaseh..."puji Kalsom.

Qaseh Adira hanya tersenyum manis. Umi juga tidak ketinggalan untuk memuji.Ammar ? Qaseh Adira melirih ke arah Ammar.

Kelihatan Ammar hanya terpaku memandang tepat ke arah Qaseh Adira.

" Ammar ? Macam mana ? Okay ? "soal Adira.

Ammar tersedar dari terpakunya dia. Dia menundukkan sedikit pandangan. Astagfiruallahalazim..jaga pandangan Ammar. Kau tengok anak dara orang sampai nak tembus. Seketika dia menggosok sedikit belakang kepalanya.

" Err okay aje...cantik.."kata Ammar perlahan.

Blushing Qaseh Adira dibuatnya. Alahaii crush puji kita lah...

" Maaf lambat..."kata Azrin yang baru sampai.

Semua mata melirih ke arahnya.

*********

Hari untuk mengambil keputusan STPM pun telah tiba. Semua pelajar - pelajar yang pernah mengambil peperiksaan STPM yang lalu kini kembali semula untuk memperoleh keputusan masing - masing.

Qaseh Adira melangkah masuk ke dalam dewan bagi pihak Qaseh Amani. Debaran kian terasa. Ya Allah...kuatkan aku untuk menerima keputusan STPM Qaseh..Berikan keputusan yang terbaik untuk Qaseh Amani.

" Woii Qaseh...jom duduk sana.."kata Filzah lalu menarik tangan Adira.

Qaseh Adira jadi terikut langkah Filzah. Akhirnya mereka mengambil tempat di suatu sudut. Duduk saja di situ, beberapa pelajar lelaki menoleh.

" Heyy...Qaseh..Filzah..."tegur Amjad.

" Eh kau Amjad..ingatkan siapa tadi...."kata  Filzah.

Qaseh Adira hanya tersenyum kecil. Baru dia perasan yang Ammar juga duduk di barisan hadapan mereka...

" Nervous dhoo...nak tunggu result keluar..."kata Amjad lagi.

" Rileks..kalau kita usaha mesti kita akan dapat result yang cemerlang maa..."kata Chen pula.

Ammar hanya mengangguk kecil mengiakan kata - kata Chen.

Beberapa minit kemudian, acara dimulakan. Tepat pukul 10 semua keputusan STPM telah pun keluar. Diumumkan satu persatu sehinggalah untuk keputusan pelajar 3.0 hingga 4 flat.

" Bagi yang memperoleh keputusan STPM dengan catatan3.0 hingga 4.0 diucapkan tahniah...dengan ini senarai pelajar tersebut akan diumumkan..."

Hanya tinggal beberapa pelajar saja yang masih belum memperoleh keputusan STPM...antara nya termasuk lah Qaseh Amani , Ammar , Yuva , Amjad , Filzah , Chen dan beberapa pelajar kelas lain.

Qaseh Adira menggenggam erat tangannya. Debaran kian terasa. Satu persatu nama telah pun disebut. Ammar juga telah diumumkan dan dinobatkan sebagai pelajar 4 flat . Akhirnya tiba nama Qaseh Amani diumumkan.

" Qaseh Amani binti Fuzair mendapat keputusan cemerlang dengan catatan 4.0....Beliau mendapat setiap kertas peperiksaan dengan gred A+ bagi subjek Bahasa Melayu, Ekonomi , Pengajian Am dan Geografi..."

Menitis air mata Qaseh Adira dibuat akhirnya. Syukur Alhamdulillah Ya Allah...Aku bangga dengan Qaseh.Sejujurnya dia memang kebanggaan Umi dan Abi...

" Tahniah Qaseh ! "laung beberapa suara pelajar kepada Qaseh Adira.

Qaseh Adira bertambah sebak dibuatnya. Hmmm nasib baik umi dengan abi tak dapat datang kalau tak lagi sedih lah aku !

Seketika Qaseh Adira bangun untuk naik ke pentas mengambil result Qaseh Amani. Dia menghapus air matanya sepanjang perjalanan menuju ke arah pentas.

Dalam beberapa minit dia mengenggam result Qaseh Amani. Sesi fotografi juga dijalankan.

" Qaseh aku ambik ni untuk kau..."desis hati Qaseh Adira.

Setelah selesai saja acara pengambilan result STPM, Qaseh Adira baru saja nak balik namun tiba - tiba kelihatan Azrin sampai.

" Qaseh...."panggil Azrin.

Langkah Qaseh Adira bersama - sama kawan - kawannya terhenti. Alahai mamat ni datang sini kenapa ?

" Kitaorang pergi dulu ea Qaseh...borak lah ya dengan cik tunang..."kata Filzah mengusik lalu meninggalkan Qaseh Adira.

Ammar kelihatannya berat hati hendak meninggalkan Adira dengan Azrin namun dia juga berlalu kerana tidak mahu menegangkan keadaan.

" Kenapa diaorang tinggalkan aku ? Aku tak suka lah berdua dengan Azrin...kalau berdua dengan Ammar nak lah jugak hehehe.."ngomel hati Adira.

" Ermmm tahniah awak...nah ni untuk awak.."kata Azrin lalu menghulurkan sejambak bunga yang dihiasi beberapa coklat.

Hmm untuk Qaseh Amani bukan untuk Qaseh Adira.

Lambat - lambat Qaseh Adira menyambut huluran tersebut.

" Terima kasih..."kata Adira.

" Awak memamg pelajar yang pandai...bangga saya sebagai tunang awak..."kata Azrin sambil tersenyum lebar.

Qaseh Adira hanya tersenyum hambar. Hmm Qaseh memang pandai bukan macam aku study pun tak habis - habis lagi.

" Lepas ni awak boleh lah fokus soal perkahwinan kita kan ? "kata Azrin tiba - tiba membuka isu.

Qaseh Adira terkelu. Ya Allah...soal yang satu tu belum selesai lagi. Tarikhnya juga makin hampir. Macam mana aku nak hadap ni ? Aku tak nak kahwin dengan Azrin !

*********

Sesampainya rumah, Qaseh Adira mendapat kejutan hadiah daripada angahnya iaitu Azfar.

Uwais Azfar tiba - tiba memberikan Qaseh Adira sebuah teddy bear yang sama besar dengan Qaseh Adira. Berwarna pink. Comel sangat !

" Hadiah ni untuk Qaseh...angah pernah janjikan yang angah akan bagi hadiah kalau Qaseh dapat 4 flat.."kata Azfar.

Hmmm tu mesti perjanjian angah dengan Qaseh.

" Oh ya ehh ? Heeee thankyouu angah...sebab tepati janji tu..."kata Adira.

Seketika Azfar menarik Qaseh Adira di dalam pelukannya. Dipeluk adik perempuannya itu.

Qaseh Adira sedikit tersentak ! Dah kenapa angah peluk aku pulak ni ?

" Semoga adik angah ni berjaya pada masa akan datang..dapat kerja bagus - bagus...dan hidup senang...."luah Azfar di tepi telinga Adira.

Qaseh Adira terangguk - angguk kecil. Matanya mula berkaca semula.

" Banggakan umi dengan abi selalu...."kata Azfar lagi.

" Baik angah...Qaseh cuba.."balas Adira perlahan.

Diheretnya teddy bear besar nak mateyy tu ke dalam bilik. Fuhhh penat dho...berat gila teddy ni ! Seketika Qaseh Adira meletakkan teddy bear tersebut di suatu sudut.

Dia menghempas tubuhnya di atas katil. Dia memandang ke arah syiling biliknya. Hmmm semua benda yang jadi and aku dapat hari ni , semuanya milik Qaseh Amani bukan aku...

Aku tak ada apa - apanya dibandingkan Qaseh Amani.....

#Scroll lagi pls ! Sis belanja korang ya satu lagi chapter ehekk 🙈💓

#Sebelum scroll jgn lupa vote and  comment ya !




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro