Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 21

Makin hari Ammar mula rapat dengan Qaseh Adira. Lepak malam - malam dekat luar even ada tembok yang memisahkan mereka namun itu bukan menjadi penghalang. Dalam tidak sedar , Ammar mula jatuh hati pada Qaseh Adira. Kini cintanya beralih pula pada Qaseh Adira. Yelah Qaseh Amani bakal menjadi milik abangnya. Namun siapa tahu kalau jodohnya adalah Qaseh Adira.

Namun dalam diam, ada hati yang sakit melihat keakraban mereka itu. Siapa? Siapa lagi kalau bukan Qais Azrin. Alahai yelah jelous lah dia bila tengok tunangnya rapat dengan adik sendiri kan ? Dah tu dia tahu pulak yang Ammar tu ada menaruh perasaan dekat Qaseh.

Kelihatan Ammar baru masuk ke dalam rumahnya. Ke mana dia tadi ? Ke mana lagi kalau bukan melepak dan nyanyi dengan Qaseh Adira lah..heeee..

" Hmmm seronok ke lepak malam - malam dengan tunang orang ? "tanya Azrin sinis.

Ammar sedikit tersentak.

" Err ehh abang long..tak tidur lagi ? "kata Ammar cuba menukar topik.

" Belum. Kenapa ? Supaya abang cik lama lagi nak lepak dengan Qaseh ke ?"balas Azrin pedas. Haish.

Glurp ! Ammar tertelan liur sendiri. Baru fikir nak tukar topik last - last sekali kena dekat batang hidung sendiri pulak.

" Ehh bukan macam tu abang long..Abang cik tak bermaksud...nak..."

" Abang cik ni dah kenapa ehh ? Still ada perasaan dekat Qaseh ke ?"kata Azrin terus mencelah.

" Mana ada lah abang long...Abang cik dah tak ada perasaan pun dekat Qaseh...."kata Ammar membela diri.

Tapi..Ammar ada perasaan dekat Adira...Itu yang terluah dari dalam hati.

" Betul ni abang cik dah tak ada perasaan dengan Qaseh ? "soal Azrin inginkan kepastian.

Ammar pantas mengangguk.

" Baiklah kalau macam tu...kalau betul abang cik memang dah tak ada perasaan pada Qaseh...jadi abang long nak bagitahu dekat ibu...yang abang long nak percepatkan perkahwinan abang long dengan Qaseh...abang long dah tak kesah dah sama ada ingatan Qaseh dah kembali atau tak..Lepas kahwin pun abang long boleh tolong Qaseh untuk dapat ingatan dia semula..."kata Azrin seraya melangkah pergi untuk naik ke biliknya.

Ammar terkedu sendiri. Ya Allah...semua tu tak boleh berlaku. Abang long tak boleh percepatkan perkahwinan ni...dia bukan Qaseh Amani. Takkan Qaseh Adira pulak yang nak dijadikan isteri untuk selama - lamanya....

********

Bangun - bangun saja tidur pagi itu, Qaseh Adira digemparkan dengan khabar berita yang Qais Azrin nak mempercepatkan perkahwinan dia dengan Qaseh Amani.

" Hmmm kenapa tiba - tiba Azrin nak percepatkan perkahwinan ni ? "

Qaseh Adira mundar mandir jadinya di dalam bilik. Terkejut tiba - tiba umi bagitahu yang Azrin dah buat keputusan nak teruskan perkahwinan ni cepat - cepat.

Kenapa tiba - tiba sangat ?

Qaseh Adira mencapai phonenya. Dia menaip sesuatu di ruang sembang whatsapp.

Me 😂

Assalamualaikum Ammar...

Ammar 🙈💕

Waalaikumusalam ya...

Me 😂

Ermmm awk dh thu psl plan abg awk ?

Ammar 🙈💕

Hmmm ya..

Me 😂

Hmmm apa patut sya buat Ammar ? Takkan sya nk khwin dgn abg awk ? Habis mcm mna dgn Qaseh ?

Ammar 🙈💕

Ermm entah lah awk...sya sendiri tak boleh nk ckp apa...maaf...hmmm...

Qaseh Adira mengeluh jadinya. Hmm aku tanya Ammar pun dia bukan boleh buat apa. Tu abang dia nak halang pun tak boleh.

Ya Allah...bila Qaseh nak sedarkan diri ni ? Makin lama semua makin jadi rumit...

Part of Ammar.

Chatt yang diterima dari Qaseh Adira dipandang sayu. Hmmm apa yang aku boleh buat untuk halang abang long ? Kalau aku suruh dia tangguhkan mesti dia tuduh aku macam - macam lagi. Kalau aku cakap hal yang sebenar kesian pulak dekat Ad...hmmm haish...buntunya aku Ya Allah...

Tok ! Tok ! Tok !

Pintu bilik Ammar diketuk dari luar.

" Abang cik..turun makan...abang cik tak breakfast lagi kan dari tadi ? "kata Ibu.

" Errr ye ibu...nanti abang cik turun.."

Hmmm akibat terlalu memikirkan plan abang longnya itu dia juga hampir terlupa hendak makan pagi haish.....

Keesokkan harinya...

Malang tidak berbau apabila Qaseh Adira mendapat panggilan dari orang - orangnya yang berada di rumah besar Dato Malek bahwa tetiba keadaan Qaseh Amani drop teruk..Doktor peribadi yang ditugaskan dan beberapa nurse cuba menyelamatkan Qaseh Amani tika ini.

Qaseh Adira tak boleh nak pergi ke sana waktu - waktu sekarang ni. Nanti takut kantoi dengan umi pulak. Hmm Ya Allah...tolong lah selamatkan Qaseh...jangan ambil dia dulu Ya Allah...kami masih memerlukan dirinya di samping kami...

Buat waktu sekarang, Qaseh Amani hanya mampu menunggu khabar berita tentang keadaan Qaseh Amani dari Yuslinda aje.

Qaseh Adira hanya termenung aje seharian ini. Pelik juga dilihat oleh uminya dalam diam.

Pada petang itu, Qaseh Adira hanya duduk ambil angin dekat luar. Waktu dia tengah menyendiri tu tetiba uminya datang menegur..

" Haishhh jauhnya termenung anak umi ni ? "

Qaseh Adira menoleh.

" Ehh umi.."

Puan Azwa mengambil tempat duduk di sebelah Qaseh Adira.

" Kenapa dengan anak umi ni ? Termenung aje umi tengok hari ni ? Ada masalah ke ?"

Qaseh Adira cepat - cepat menggeleng.

" Betul ni ? Tak tipu ? "

Qaseh Adira mengangguk lambat. Puan Azwa hanya tersenyum...

" Ermmm umi...boleh Qaseh tanya sesuatu? "

" Boleh tanya lah..."

" Err betul ke yang Qaseh ni anak tunggal perempuan umi satu - satunya ? "

Tersentak Puan Azwa dibuatnya. Dia memandang ke arah Qaseh Adira lama.

" Kenapa umi ? "soal Adira setelah uminya tidak memberi apa - apa jawapan.

Puan Azwa berdehem sedikit sebelum mula berbicara.

" Hmm kamu...bukan anak tunggal perempuan umi satu - satunya..."

Qaseh Adira mengetap bibirnya. Akhirnya umi nak buka juga cerita soal masa silamnya.

" Kamu ada kembar...nama dia Qaseh Adira..."kata Puan Azwa bersama getaran di setiap nadanya. Mungkin menahan sebak barang kali.

" Mana kembar Qaseh sekarang ?"tanya Adira sengaja.

Puan Azwa terdiam.

" Kenapa dia tak tinggal dengan kita umi ? "soal Adira lagi menghangatkan keadaan.

" Ermm...waktu tu umi dengan abi susah sangat....kitaorang bukan orang yang berada macam sekarang...umi..tak boleh nak bela dua anak kecil serentak..."kata Puan Azwa sebak.

Qaseh Adira hanya menjadi pendengar yang setia.

" Jadi umi serahkan Qaseh Adira dekat keluarga angkat dia...keluarga Dato Malek..."kata Puan Azwa seraya menitis air matanya.

" Ohh....hmmm habis bila umi dengan abi dah senang macam sekarang kenapa umi dengan abi tak cari kembar Qaseh tu ? "

" Kitaorang dah cuba cari tapi...tak jumpa...kitaorang dah pergi rumah Dato Malek tu tapi orang - orang dekat sana bagitahu yang Dato Malek dah berpindah ke luar negara...dan kitaorang tak tahu dekat mana lokasi sebenar Dato Malik tu..."

Qaseh Adira terangguk - angguk jadinya. Patut lah umi dengan abi tak cari aku selama ni.

" Maafkan umi sebab tak pernah cerita ni dekat Qaseh pun sebelum ni....tapi macam mana tiba - tiba Qaseh boleh tanya soal kembar Qaseh ni ? "kata Puan Azwa..

" Ermmm kejap..."kata Adira seraya melangkah masuk ke dalam rumah.

Beberapa minit selepas itu, dia keluar semula bersama album gambar...

" Qaseh ternampak satu gambar ni...dan dekat situ ada gambar 2 baby yang muka seiras..."beritahu Adira. Ye beberapa hari yang lalu dia tak sengaja membelek album gambar tersebut. Tak sangka terjumpa gambar waktu dia baby dengan Qaseh Amani...

Puan Azwa menyambut huluran album tersebut. Dia mengusap - ngusap gambar tersebut. Tu satu - satunya gambar Qaseh Adira yang dia ada masa baby..

" Umi...andai kata Qaseh Adira ada dekat depan umi sekarang...apa umi nak cakap dekat dia ? " tanya Adira berani.

Puan Azwa memandang Qaseh Adira. Dia menyentuh lembut kedua - dua tangan Qaseh Adira.

" Kalau betul Qaseh Adira ada dekat depan umi...Umi nak peluk dia...Umi nak cium pipi dia...Umi nak cakap yang Umi rindukan dia...Umi nak minta maaf sebab tak dapat jaga dia masa dia kecil...Umi...sayangkan dia.."kata Puan Azwa bersama air mata yang mengalir laju...

Qaseh Adira terus memeluk uminya erat.

" Ye umi...Ad maafkan umi...Ad minta maaf sebab selama ini Ad salah anggap dengan umi dan abi..."desis hati Qaseh Adira.

#So sad guys ! Makin complicated kan ? Last chapter untuk minggu ni ya ! See u guys next week ! 😚💕 keep vote and comment 💓


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro