Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 2

Seketika sampai di kelas . Qaseh duduk di tempatnya.

" Qaseh . Kau still ingatkan penceramah tadi tu abang form 6 dulu yang kat sekolah lama kita yang .... "

Belum sempat Filzah mengflashback tiba - tiba Qaseh mencelah.

" Filzah . Kau boleh diam tak ? Tak payah lah nak flashback benda yang lama. Aku malas nak ingat . So please study boleh ? " kata Qaseh sopan.

Ya Qaseh Amani tidak lagi setomboi dulu. Dia sudah berubah 360 darjah kepada perempuan yang lemah lembut. Semua kerana masa silamnya yang telah membuatkan dia berubah menjadi seorang perempuan. Dia tidak mahu dirinya di hina lagi seperti dulu.

" Hmm kenapa engkau pertemukan aku semula dengan dia Ya Allah ? " desis hati kecil seorang gadis kecil bernama Qaseh Amani.

Seketika cikgu Ekonomi pun masuk iaitu Puan Salwa.

" Okay hari ni bukak muka surat 60 , chapter 5 ya pelajar semua ! " arah cikgu Salwa.

Semua pelajar hanya mengikuti kata - kata Cikgu Salwa. Masing - masing menyelak muka surat yang disebutkan oleh cikgu Salwa. Pdp berjalan seperti biasa.

Beberapa hari kemudian.

" Assalamualaikum wahai sahabat anna " sapa Faez kepada Azrin.

" Waalaikumusalam.. hahaha tak payah lah nak beranna sangat. Kita dah balik Malaysia kan ? "

" Eleh biar lah . Hah so apa cerita ceramah kau dekat Smk Tun Syed Azhar ? "

Qais Azrin menghembus nafas kasar.

" Okay aje dan aku jumpa dia ... " kata Azrin mendatar.

" Jumpa dia ? What do you mean dengan ' dia ' ? Siapa ? " tanya Faez pelik.

" Dia .. Qaseh Amani .. "

" Apa ? Qaseh Amani ? Budak yang .... "

Belum sempat Faez menghabiskan ayatnya , Azrin mengangguk laju.

" Wah jodoh kau panjang ea dengan dia ? So macam mana dia sekarang ? Dia form 6 kat sekolah tu ke ? " tanya Faez bersama usikan.

" Banyak lah kau punya jodoh. Dia ? Hmm alhamdulillah banyak perbezaan aku tengok. Makin ayu , makin comel dan dah tak sekasar dulu . Haah dia form 6 kat sekolah tu. Punya lama aku cari , rupa - rupanya sekolah dekat situ." kata Azrin sambil teringat - ingatkan saat pertemuannya dengan Qaseh di hadapan dewan.

" Eh kira kau menyesal lah ni sebab tolak dia dulu ? " duga Faez.

" Hmm lebih kurang lah. Biasalah dulu aku alpha. Terlalu bangga sampai sanggup menghina orang lain. " kata Azrin sedikit sebak teringat akan kenangan lama. Kini Qais Azrin juga telah berubah . Dia tidak lagi bangga diri.

" Habistu kau dah minta maaf dekat dia ke ? " tanya Faez seketika.

Azrin mengeleng.

" Lah kenapa ? "

" Tak sempat lah. Dia macam mengelak dari aku. " kata Azrin.

" Kalau dia mengelak kau kena kejar sampai dapat . Kau kena minta maaf dengan dia bro. Jangan lepaskan peluang yang ada. " nasihat Faez.

Faez memang sahabat baik Azrin. Faez kawan senang dan susah dia. Mereka berkawan dari sekolah menengah hingga sekarang. Mereka juga sama - sama menyambung pelajaran mereka di Jordan. Kini mereka berdua telah habis belajar dan balik ke tanah air mereka iaitu Malaysia.

" In shaa Allah . " kata Azrin ringkas.

****************

Qaseh membuka kasut lalu melangkah masuk ke rumahnya.

" Assalamualaikum umi ! " laung Qaseh ketika masuk ke dalam rumah.

" Waalaikumusalam ! " laung umi dari dapur.

Umi tengah masak lah tu. Umi atau nama uminya Puan Azwa . Umi memang suka masak . Lebih - lebih lagi umi ni tak kerja dan suri rumah sepenuh masa.

Kriuk kriuk kriuk . Perut Qaseh berbunyi. Baru dia teringat hari ni dia tak pegi kantin sebab malas . Lagi satu Qaseh ni bukan boleh bila dia ni tak makan sebab Qaseh ni ada penyakit gastrik. Qaseh berlalu ke dapur untuk mendapatkan uminya.

" Umi ! Umi masak apa tu ? " tanya Qaseh teruja sambil menjenguk uminya yang sedang memasak tu.

" Umi masak lauk ikan pari asam pedas kesukaan anak umi lah. Eh awal Qaseh balik hari ni ? Selalu nak petang sikit baru balik ? " kata umi lembut.

" Wah sedapnya. Macam tau - tau aje Qaseh nak makan ikan pari masak asam pedas hari ni kan ? Oh hari ni kelas cancel so cikgu bagi lepas balik awal. " jelas Qaseh.

" Oh macam tu . Hah ni asal anak umi ni nampak lemah semacam aje ? Hah Qaseh makan tak tadi kat sekolah ? " tanya umi risau .

Aduh ! Apa aku nak cakap ? Nanti mesti umi membebel.

" Errr Qaseh .. Qaseh nak makan tadi tapi malas ... " jawab Qaseh tergagap - gagap.

" Qaseh Amani ! Berapa kali umi pesan ? Qaseh tu tak boleh lambat makan atau tak makan langsung nanti gastrik tu datang. Haish degil betul la anak umi ni " ngomel uminya Qaseh.

Hah kan sudah dibilang tadi umi mesti akan membebel punya lah. Nasib kau la telinga kena dengar bebelan umi.

" Yaya umi , Qaseh minta maaf lain kali Qaseh tak buat lagi. " pinta Qaseh.

Ya seorang anak perlulah meminta maaf selalu dengan ibunya. Syurga di bawah tapak kaki ibu kan ?

" Minta maaf tapi nanti buat lagi jugak. Macam lah umi tak kenal anak umi ni . " kata seseorang tiba - tiba di belakang Qaseh.

Qaseh memandang tajam ke arah orang yang bersuara tadi tu. Haish angah menyakitkan hati betul lah.

Astagfiruallahalazim ! Tak baik Qaseh kau sakit hati dengan abang ngah kau ni.

" Angah ni suka menyibuk . " kata Qaseh perlahan.

" Biarlah angah nak menyibuk pun. " balas Uwais Azfar.

Muhammad Uwais Azfar adalah abang kedua kepada Qaseh Amani. Yang berusia 21 tahun . Masih menuntut di Universiti Sains Malaysia. Dia ambik bahagian sains perubatan. Acah - acah nak jadi doktor lah ni. So sekarang dia tengah cuti sem sebab tu lah ada tercongok kat rumah ni.

" Dah lah malas nak layan angah . Pegi mandi lagi bagus ! " kata Qaseh yang sudah membuka langkahnya.

" Qaseh jangan lupa mandi , solat pastu turun bawah makan . " laung umi lagi.

" Ye umi ! " balas Qaseh lalu memanjat tangga untuk ke biliknya.

Alah maklumlah rumah si Qaseh ni 2 tingkat tapi tak ada lah macam banglo. Alahamdulilah rezeki Allah nak bagi ni pun dah lebih dari cukup.

" Mandi tu jangan lama - lama sangat ! Melambung bil air nanti " sempat lagi Azfar mengusik adiknya itu.

Ya Qaseh Amani adalah anak yang ketiga dan bongsu . Yang sulung adalah abangnya jugak iaitu Muhammad Uwais Iqbal. Sudah ada kerjaya sebagai seorang Pilot. Sekarang alongnya itu tidak ada di Malaysia sebab dia tengah flight ke Paris.

Abang yang kedua baru lah si Uwais Azfar tu yang kuat menyakat.

************

" Buang masa kau aje nak pikat aku bagai. Kau ni kan sama aje dengan budak - budak perempuan sebelum ni. Tak ada maruah diri ! " hina Azrin di hadapan Qaseh.

Qaseh tersentak ! Lalu dia terjaga dari tidurnya.

" Astagfiruallahalazim " istigfar Qaseh sambil meraup kasar mukanya.

Dia mimpi rupanya. Ya dia tiba - tiba termimpikan kejadian 3 tahun yang lalu.

" Asal aku kena mimpi dia balik ea ? "

Seketika Qaseh mengerling jam di dinding. Jam menunjukkan pukul 6 petang. Qaseh terlelap selepas solat zohor tadi. Habis lah dia kena bebel dengan uminya lah nanti sebab tak turun makan lagi. Qaseh terus bangun dan pergi ke bilik air untuk membersihkan diri dan mengambil air wuduk untuk solat Asar.

Setelah solat Asar selesai didirikan , Qaseh turun ke bawah. Keadaan rumah sunyi hanya terdengar bunyi suara televisyen sahaja. Ya angah nya sedang leka menonton televisyen. Kelibat umi dan abi nya masih tidak kelihatan.

" Angah ... umi ngan abi mana ? "

Ya Qaseh tahu abinya iaitu Encik Fuzair sudah balik dari kerja kalau jam sebegini.

Seketika Azfar menoleh ke arah Qaseh yang baru saja turun.

" Baru nak turun kau ea dik ? Bebel umi tadi bising kata kau tak makan lagi. " luah Azfar.

" Adik terlelap lah tadi. Bukan nya saja - saja. Angah , adik tanya kan ? Umi ngan abi mana ? " ulang Qaseh.

" Oh . Tu hah ada kat luar tengah berborak dengan jiran baru sebelah rumah. "

" Jiran baru sebelah rumah ? Bila diaorang pindah ? " tanya Qaseh sekadar ingin tahu.

" Baru aje tadi. Dah kau tak payah banyak tanya. Lebih baik kau pegi makan sekarang adik. Nanti umi bising lah. Yelah kau tu kan anak kesayangan umi. " bebel Azfar pulak.

Qaseh tayang muka toya mendengarkan bebelan angahnya itu. Abang ngah nya ini memang kuat menyakat sikit . Pastu paling suka kacau si Qaseh ni. Lain sikit dari abang longnya yang sedikit pendiam dan serious tapi kadang - kadang tu masuk air jugak kalau jumpa dengan si angah ni . Tapi Qaseh lebih rapat dengan alongnya berbanding angahnya sebab apa ? Sebab kalau alongnya ada pasti dia akan selalu mem back up Qaseh daripada angahnya.

Qaseh melangkah pergi ke meja makan. Dia mengambil satu pinggan yang sudah disediakan di situ. Ni mesti pinggan untuk aku . Aduhai la umi.

Lalu dengan sopan Qaseh mencedok nasi dan lauk favouritenya.

" Bismillahirahmanirahim " baca Qaseh sebelum nasi mendarat ke dalam mulutnya.

Qaseh menikmati makanan pagi + tengah hari + dah nak masuk malam nya itu.

Seketika umi dan abinya masuk ke rumah. Umi ngan abi ni memang sporting and peramah orangnya. Tengok lah jiran baru pindah , diaorang dah sibuk nak berborak.

" Peramah betul kan jiran baru kita tu abang. " kata umi kepada abi.

" Betul tu Az . Keluarganya pun nampak baik - baik aje. Anak - anak dia semua handsome - handsome belaka. " kata Fuzair teruja.

Azfar memasang telinga lalu menyampuk.

" Anak yang lawa - lawa tak ada ke abi ? " tanya Azfar spontan.

Fuzair memandang tajam anak terunanya itu. Azfar dah ketap bibir.

" Alaa tak ada lah angah . Anak perempuan dia kecik lagi baru 5 tahun. Kalau tak abi pun nak pasang 2 . " gurau abi .

Angah ketawa berdekah - dekah . Mesti semua ingat time abi pandang tajam angah tu nak marah kan ? Hahaha tak lah abi saje aje tu . Action aje lebih. Abi ni orangnya kelakar jugak dan kuat menyakat umi. Biasalah bapa borek anak rintik.

" Apa ? Nak pasang 2 ? Nak kena lenyek dengan batu lesung ke ? " ugut umi sambil tangan mencekak pinggang.

" Ayok tak tahu umi dah marah " ejek Azfar.

" Hahahah tak ada lah Az .. abang gurau - gurau manja aje . Tak mampu lah abang nak pasang 2 . Yang satu ni pun dah cukup . Bidadari abang ada satu aje . " kata Fuzair cuba romantik.

Umi tersenyum seketika.

" Aceywahh chia chia chia . " kata Azfar.

Tengok lah angah Qaseh ni , dengan umi ngan abi pun dia kuat sakat. Biasalah kami happy family.

" Amboi riuh nampak . " tegur Qaseh tiba - tiba yang baru muncul setelah habis makan.

" Hah Qaseh kamu dah makan ? " soalan yang pertama diajukan oleh umi.

Haish lah umi risau sungguh dekat anakmu ini. Gastrik aje pun umi oii.

" Dah umi . Ni hah kenyang dah. Masakkan umi memang the best lah " kata Qaseh sambil menunjukkan thumb up nya.

Umi tersenyum puas.

" Umi ngan abi borak apa tadi dengan jiran baru sebelah ? " tanya Qaseh.

" Alaa tak ada lah borak apa sangat. Perkenalkan diri macam tu aje. " kata abi.

" ohh " itu yang keluar dari mulut Qaseh sambil mengangguk kecil.

" Hah umi abi , kan tadi umi ngan abi sibuk cakap anak jiran sebelah tu handsome - handsome belaka kan ? Apa kata jodohkan dengan si Qaseh ni. Untung - untung dapat cucu comel nanti . " cadang dan bersama usikan Azfar tiba - tiba.

Qaseh membulatkan matanya. Apa yang angah merepek ?

" Haah kan angah . Abi terlupa pulak Qaseh ni kan anak perempuan abi satu - satunya. " kata Fuzair sambil jari telunjuknya diletakkan di bawah dagu seperti memikirkan sesuatu.

" Umi ! Tengok abi ngn angah ni . Orang kecik lagi lah. STPM pun tak lepas lagi ada hati nak jodohkan orang bagai. " rengek Qaseh mengadu kepada uminya.

" Sudah kamu tak payah nak layan sangat abi dengan angah kamu ni. " kata umi mem back up Qaseh.

Qaseh membuat thumb up kepads uminya, Puan Azwa.

#Keep vote and comment 💕

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro