Bab 18
Oh my god ! Mamat ni buat apa dekat sini ? Aku nak buat apa ni ? Mesti dia cam aku punya. Aduhhh...masalah - masalah. Hmmm !
" Qaseh ! Qaseh Amani ! "teriak Filzah dari jauh menyelamatkan Adira.
Izz Dhafa sedikit terkejut. Wajah yang sama tapi nama yang berbeza.
" Err sorry sekali lagi ya Encik..."kata Adira seraya buru - buru meninggalkan Izz Dhafa yang masih terpacak dan terpinga.
Qaseh Adira mula bergerak mendekati Filzah yang sudah mula berkumpul semula dengan Amjad dan Ammar..Kelihatannya Izz Dhafa hanya membiarkan dirinya berlalu. Fuhh nasib baik dia tak cam aku. 🐒🐒🐒
" Kau buat apa kat situ ? Siapa lelaki tu ?"tanya Filzah.
" Hah..err..entah lah aku tak kenal....aku tak sengaja tadi terlanggar dia...dah lah jom...jom..."kata Adira seraya menarik tangan Filzah cepat untuk beredar dari situ.
Tertarik Filzah akhirnya mengikuti langkah Qaseh Adira itu. Begitu juga Amjad dan Ammar yang juga mula beredar.
Strawberry pudding tealive menjadi pilihan Qaseh Adira.Mereka duduk sebentar di kedai tealive untuk membasahkan tekak yang tengah haus ni...
Sedang kusyuk Qaseh Adira duk sedut air tealivenya itu tetiba terasa nak buang air pulak. Haishhh potong selera sungguh lah dia nak minum air pun tak senang !
“ Filzah, aku pergi toilet kejap ea....”kata Adira seraya bangun dari tempat duduknya. Dia melangkah pergi.
Buat seketika, Ammar baru sampai di tempat duduknya bersama tealive yang baru diorder.
“ Qaseh pergi mana tu? “ soal Ammar.
“ Toilet..”jawab Filzah.
Terangguk kecil Ammar.
“ Lambatnya kau dapat order kau ?”soal Amjad yang dah nak habis dah pun tealive dia.
“ Hmm ramai orang lah....”jawab Ammar seraya menyedut minumannya.
Part of Qaseh Adira.
Dengan wajah yang lega dia boleh minum tealivenya semula hahahaa. Qaseh Adira berlalu keluar dari toilet perempuan namun baru hanya beberapa langkah saja dia melangkah tiba-tiba pergelangan tangannya direntap kuat. Qaseh Adira tersentak ! Dia melihat si gerangan yang merentap pergelangan tangannya. Jelas sekali membuat dirinya tergamam.
************
Qaseh Adira dibawa pergi dengan kereta ferrari berwarna merah milik Izz Dhafa. What ? Izz Dhafa bawa lari Adira ? Macam mana dia boleh tahu yang dia terjumpa ni betul-betul Qaseh Adira ?
Tetiba notification whatsapp dari Filzah muncul.
Filzah 🐒
Qaseh ? Kau dekat mana ? Lamanya pergi toilet ?
Qaseh Adira terkaku sendiri. Dia tak tahu nak balas apa. Takkan nak bagitahu yang dia kena culik pulak kan? No ! Masalah besar nanti jadinya. Hish mamat UK ni pun buat masalah lah. Nak bawa aku pergi mana entah.
Zapppp !
Handphone milik Qaseh Adira dirampas Izz Dhafa. Tertoleh Qaseh Adira dibuatnya. Seketika kelihatannya Izz Dhafa seperti menaip sesuatu pada chatt Filzah lalu diberi semula phone kepada Qaseh Adira.
Cepat-cepat Qaseh Adira melihat semula chatt Filzah. Berkerut dahi Qaseh Adira jadinya. Kenapa ? Yelah Izz Dhafa balas chatt Filzah.
Aku balik dulu. Ada hal penting. Jangan tunggu aku.
Qaseh Adira memandang Izz Dhafa tajam !
“ Apa yang you cuba buat sebenarnya ?! “
Izz Dhafa hanya diam, fokus pada drivenya.
“ I tanya you ni kan ?! Apa yang you cuba buat ni hah ?!” teriak Adira setelah Izz Dhafa buat tak peduli akan dirinya.
Brek kereta ferrari kedengaran begitu kuat. Izz Dhafa memberhentikan kereta ferrarinya di tepi jalan. Terhinjut tubuh Qaseh Adira ke hadapan akhirnya. Izz Dhafa membalas pulak pandangan tajam ke arah Qaseh Adira.
“ Berani – berani ea you tipu I ? “kata Izz Dhafa sinis.
Qaseh Adira pula terdiam.
“ You ingat I senang ke nak dibodoh-bodohkan oleh you and orang-orang you yang dekat rumah Dato Malik tu ?”
Berdegup kencang jantung Qaseh Adira. Dia memejam matanya seketika. Ya Allah....
Part of Filzah.
“ Macam mana ? Dia reply apa ?”tanya Amjad.
“ Hmm dia cakap dia balik dulu...ada hal penting katanya...”beritahu Filzah.
Ammar berkerut dahi sedikit. Entah kenapa dia rasa macam ada sesuatu yang berlaku. Hal penting ? Betul ke ? Ke ada apa-apa yang berlaku dekat Qaseh ?
**************
Terjenguk – jenguk kepala Qais Ammar jadinya ke rumah jiran sebelah. Tertunggu – tunggu kepulangan Qaseh. Dia tak balik lagi ke ? Hmm pergi mana ? Jam tangan dilirih Ammar. Dah dekat sejam lebih dah Qaseh tak balik – balik lagi setelah diaorang semua dah balik ke rumah masing-masing. Hmmm kalau umi dia tanya mana Qaseh macam mana? Tapi setakat ni umi dia tak tanya apa – apa lagi lah.
Mundar – mandir Ammar jadinya. Alahai. Tetiba kedengaran bunyi tapak kasut seseorang di hadapan rumah Qaseh .
Ammar pantas keluar dari perkarangan rumahnya. Tepat sekali. Qaseh dah balik.
“ Qaseh....awak dah balik ?”tegur Ammar cemas.
Langkah Qaseh Adira yang hendak masuk ke dalam perkarangan rumah terhenti. Dia menoleh ke arah Ammar.
Wajah Qaseh Adira kelihatan sedikit pucat. Namun dia mempamerkan senyuman lebar kepada Ammar.
“ Haah saya baru balik....”
“ Oh baguslah...err awak pergi mana tadi ? Katanya ada hal penting ? Ermm sorry kalau saya busy body....awak okay ke ?”
Qaseh Adira mengangguk laju.
“ Saya okay aje....dah settle pun urusan penting tu....ermm saya masuk dulu ea Ammar...saya penat lah.....”kata Adira seraya meneruskan langkahnya.
“ Okay..” desis hati Ammar.
Malam itu, sesudah mandi dan selesai menunaikan solat isyak. Qaseh Adira terbaring di atas katil. Kepalanya mula kusut memikirkan semuanya. Memikirkan tentang Izz Dhafa pulak. Haish. Lelah , serabut dua benda yang saat ini dia rasa. Ya Allah bila Qaseh Amani nak sedar ni ? Kalau tahu semuanya akan jadi secomplicated macam ni, better aku tak payah menyamar sebagai Qaseh Amani.
Apa yang berlaku sebenarnya selepas kejadian dalam kereta ferrari tadi ?
*Flashback*
Kini dua jasad kembar bertemu. Namun seorang berdiri utuh , yang seorang lagi hanya terbaring kaku. Akhirnya , baru ada kesempatan untuk Qaseh Adira melawat Qaseh Amani. Qaseh Adira duduk di sebelah ruang kosong katil Qaseh Amani baring.
“ Qaseh....aku datang ni...” kata perlahan Adira sambil mengelus lembut pipi Qaseh Amani.
Mata Qaseh Adira mula berkaca melihat wajah persis dia sendiri yang sedang koma itu. Seketika tangan kanan Qaseh Amani digenggam erat.
“ Kau dengar suara aku kan ? Please...bangun...sedar cepat...semua mengharapkan kepulangan kau....Aku tak tahu seberapa lama lagi yang aku mampu bertahan untuk belakon jadi kau dekat sana tu.. cepat sedar Qaseh....Tunang kau tengah tunggu kau....aku tak boleh tetap terus gantikan tempat kau....Tiada siapa pun yang sedar kewujudan sebenar aku sebagai kembar kau kat sana....”luah sedih Adira.
Sunyi. Sepi. Tiada balasan dari bibir pucat Qaseh Amani.
Seketika pintu bilik Qaseh Amani yang dirawat ditutup Qaseh Adira. Dia tersandar seketika di pintu bilik tersebut. Dia menghembus nafas lelahnya.
“ I nak you hentikan semua lakonan ni....and mengaku aje dekat family kandung you yang siapa diri you yang sebenarnya...dan bagitahu diaorang yang kembar you Qaseh Amani tu tengah koma dekat sini....”kata Izz Dhafa tiba-tiba muncul di situ.
Ya, Izz Dhafa dah tahu hal yang sebenar berlaku dari A-Z.
Qaseh Adira menoleh ke arah Izz Dhafa.
“ No... I tak boleh buat macam tu untuk waktu sekarang ni....”
“ Why ?”
“ Umi I....nanti Umi I boleh depress teruk...”jelas Adira.
Izz Dhafa mencebik !
“ You ni kan memang selalu menyusahkan I .... dari dulu sampai sekarang...Haish macam mana la daddy and mummy you boleh letak wasiat suruh kita bertunang hah ?”bebel Izz Dhafa.
“ Enough Dhafa...you jangan bawa – bawa arwah daddy and mummy I dalam hal ni....”kata Adira seraya melangkah pergi. Semak dia gaduh dengan Izz Dhafa depan pintu bilik Qaseh Amani dirawat ini.
Namun pergaduhan itu tidak terhenti di situ, Izz Dhafa terus membuntuti langkah Qaseh Adira yang menuruni anak tangga sehingga ke bawah tingkat dengan kata-kata yang menyakitkan hati.
“ Boleh tak you stop main-main ? Bagitahu aje lah hal yang sebenar....and balik ke UK semula ! Penat tahu tak I nak jaga you dekat sini ? Sampaikan I kena tinggalkan girlfriend I dekat UK semata-mata arahan daddy I untuk tengok-tengokkan you dekat sini..”bebel Izz Dhafa terus menerus.
Bingit telinga Qaseh Adira dibuatnya. Kusut otak dibuatnya !
“ Enough Izz Dhafa ! “bidas Adira lalu menoleh dan memandang tajam ke arah Izz Dhafa.
Izz Dhafa terdiam.
“ I’m so sorry...if I ni menyusahkan you selama ni....I takkan bagitahu hal sebenar dekat diaorang buat masa sekarang ni... Kalau you dah tak tahan sangat dengan semua ni....its okay....you boleh balik Uk dulu...you bagitahu dekat daddy you...pertunangan kita dibatalkan....”
Tersentak Izz Dhafa dibuatnya mendengarkan kata-kata dari mulut Qaseh Adira.
“ And don’t worry...you bagitahu juga dekat daddy you...segala projek and business dia dengan company daddy I still berjalan macam biasa.....I tahu itu yang dia nak selama ni kan ? Kalau dia salahkan you atas pertunangan yang batal ni....you cakap aje yang I dah jumpa boyfriend baru dekat Malaysia ni....”kata Adira.
“ Are you serious ? “tanya Izz Dhafa seakan – akan tidak percaya. Yelah selama ni, Qaseh Adira sedikit pun tidak mahu mengatakan kata putus pertunangan di antara dia dan dirinya. Kata Qaseh Adira dia tidak mahu mengkhianati wasiat arwah daddy and mummynya.
Qaseh Adira mengangguk. Yelah lama-lama aku kesian juga dekat si Izz Dhafa ni. Asyik kena dengar dan ikut telunjuk daddy dia aje. Bercinta pun diam-diam. Ye aku dah tahu lama , siapa daddy Izz Dhafa sebenarnya. Dia rapat dengan arwah daddy pun disebabkan nak keutungan business aje....sebab tu anak dia jadi korban. Hmm yang arwah daddy pun percaya sangat, dengan cakap daddy Izz Dhafa yang mengatakan anak lelakinya ini suka dan minat dekat aku sampai nak kahwin ! Itu semua hanya permainan daddy Izz Dhafa aje supaya dapat kepercayaan dari arwah daddy. Heh what the fish ?
*End Flashback*
Qaseh Adira memeluk batal. Hmmm Izz Dhafa punya hal dah settle. Minggu depan dia cakap dia akan flight balik ke Uk. Dia minta aku hantarkan dia ke KLIA. Cehh mengada ! Tak tau kenapa dia nak sangat aku hantarkan dia . Hmmm tapi aku terpaksa hantar dia juga lah kalau tak dia ugut nak bongkar kan semuanya pulak ! 😤😤😤
#Amacam guys chapter ni ? Hmm cer comment bagi feedback. Sis tengok mcm krik - krik aje story ni ? Mana readers sis yg slalu comment gempak² tu ? 🤧 hahaha keep vote and comment guys 💕💕
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro