Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 16

Izz Dhafa memerhati sekeliling ruang tamu. Kejap dibeleknya foto - foto yang terpapar di ruang itu. Bila dah bosan, dia duduk semula di sofa empuk yang tersedia.

Yuslinda dan Jimmy hanya memerhati disebalik sudut.

" Macam mana ni Jimmy ? Kita nak buat apa ni ? "bicara hampir berbisik Yuslinda.

Jimmy terdiam sejenak. Memikirkan sesuatu.

" Whatsapp Cik Ad..bagitahu tunang dia ada dekat sini..."

Yuslinda pamer wajah " What ? ".

Part of Qaseh Adira.

Dia masih tidur lagi. Memandangkan sekarang jam baru menunjukkan pukul 11 pagi. Well tengah bendera jepun pulak kan ?

Tetiba kedengaran bunyi notification whatsappnya. Dia mendengus kecil. Alahai kacau betul lah aku nak tidur. Dengan malasnya, dia hanya menarik bar notification saja. Dia mengecilkan matanya akibat silauan brightness phone sendiri hahahah.

Tengok- tengok saja pesanan ringkas dari Yuslinda itu , dia terus terpacak duduk. Matanya membuntang. Macam nak terkeluar dah biji mata tu.

" What ?! Tunang aku ada dekat sini ? "

Ya. Qaseh Adira memang dah bertunang pun masa dekat UK dulu. Namun itu hanya wasiat penjodohan dari arwah daddy and mummy angkatnya. Qaseh Adira sendiri pun tak setuju sangat tentang penjodohan ini. Lagipun dia kenal siapa tunang dia yang sebenarnya. Tunang dia. Izz Dhafa pun sebenarnya tersepit dengan wasiat ni. Dia sendiri juga dah ada girlfriend tapi terpaksa bertunang dengan aku !

" Aduh kenapa time - time macam ni juga Dhafa nak datang Malaysia ? "keluh Adira.

Dia mesti cari aku sekarang ni. Habistu macam mana ni ? Aku tak boleh balik sana ! Apa alasan aku nak bagitahu dekat umi kalau aku nak keluar ? Memang tak dapat ahhh.

Qaseh Adira terus bangun dari katilnya. Dia mencapai tuala mandi lalu berlalu masuk ke toilet.

**********

" I dah lama sampai...but I tak nampak pun batang hidung Ad ? Mana dia ? "kata Izz Dhafa sinis. Well memang tu pun perwatakan dia.

" Errrr...Cik Ad..."kata Yuslinda tergagap sambil menyiku - nyiku kecil Jimmy di sebelah. Cuba untuk mendapatkan idea.

" You ni kenapa Yuslinda ? Bila I tanya aje pasal Cik Ad you tu...tergagap - gagap...Ada apa ? Ada hal yang tak kena ke ? "

Yuslinda pantas menggeleng.

" Hmm okay lah don't waste my time ! I tahu dia mesti tengah shopping hang out dekat Malaysia ni kan ? So nevermind...now tunjukkan bilik tetamu untuk I...I nak rest...penat tau perjalanan dari UK untuk balik Malaysia ni..."putus Izz Dhafa malas nak tunggu gagap Yuslinda tu.

Izz Dhafa bangun dari duduknya. Yuslinda dan Jimmy menghembus nafas lega. Nasib baik Tuan Izz Dhafa tak soal macam - macam lagi.

Namun bila difikir - fikirkan balik, diaorang akan hadap masalah baru jugak ! Kenapa ?

Tuan Izz Dhafa nak stay sini ? Tapi kembar Cik Ad pun dirawat di sini. Omg ! Macam mana ni ? Takkan nak halau pulak ?

" Cepat lah ! I need some rest ! "teriak lantang Izz Dhafa.

Dibuka jaketnya lalu di letakkan di ats bahu kanan. Ingat cool sangat lah tu ? Tapi memang cool pun.

" Jimmy...awak bawa aje lah dia pergi bilik tetamu tapi jangan sampai ke tingkat 3.."bisik Yuslinda.

Jimmy mengangguk tanda faham. Seketika dia berlalu bersama Izz Dhafa untuk ke bilik tetamu.

***********
" Habis tu macam mana ? "tanya Yuslinda di corong talian.

" Hmmm saya tak tahu lah Yuslinda...buat masa sekarang saya tak boleh ke sana lagi ... Apa saya nak jawab dengan umi saya kat sini ? "balas Adira pulak..

" Hmmm tak apa lah Cik Ad....Cik Ad jangan risau...Cik Ad teruskan aje dengan plan Cik Ad menyamar dekat sana...Hal yang dekat sini, biar kitaorang yang uruskan..."kata Yuslinda akhirnya.

" Serious ni korang boleh handle ? Tapi jangan sampai kantoi ehhh...and last tolong tengok - tengok kan kembar saya dekat sana...hmm sampai sekarang saya tak ada masa lagi nak melawat dia...by the way ada apa - apa berita dari keadaan dia tak ? "

" Baiklah Cik Ad....hmm tak ada lah Cik Ad...Cik Qaseh masih koma macam tu jugak..tak bagi respon apa lagi pun..."kata Yuslinda.

Qaseh Adira mendengus.

" Hmm tak apa lah...nanti apa - apa inform balik ea dekat saya.."kata Adira.

" Baik Cik Ad..."

Seketika panggilan ditamatkan...

Pada malam itu, Izz Dhafa baru keluar dari bilik tetamu. Dari pagi sampai ke petang dia asyik terperap aje dalam bilik. Buat apa ? Apa lagi kalau bukan tidur. Penat siot perjalanan dirinya dari UK semata - mata untuk balik ke Malaysia. Hmmm ni bukan kehendak dirinya tapi daddynya !

Daddy suruh aku balik Malaysia semata - mata untuk jaga Adira ? Herrrr buang masa ! Hmmm kenapa entah perempuan tu selalu aje menyusahkan aku ! Dah elok - elok duduk UK , nak juga balik Malaysia kenapa ? Cari apa pun tak tahu lah..

Ya Izz Dhafa langsung tidak tahu menahu yang Qaseh Adira mempunyai kembar iaitu Qaseh Amani.

Kelihatannya tingkat 2 agak sunyi. Hmm yelah dia sorang aje pun yang duduk di bilik tingkat 2. Izz Dhafa memerhati sekeliling. Besar juga rumah Datok Malik ni dekat Malaysia ea ? Hmmmm.

Seketika dia terpandang akan lift yang bergerak. Dilihat no tingkat yang terpapar di dinding atas. Terpapar tingkat 3...

" Eh tingkat 3 ? Ada juga orang yang naik ke tingkat tu ? Ada apa ea ? "

Izz Dhafa mula melangkah mendekati lift. Ditekan butang lift. Seketika pintu terbuka. Dia melangkah masuk ke dalam. Setelah pintu lift tertutup semula. Dia mencari butang no 3 lalu ditekannya.

Part of Qaseh Adira.

Baru saja Qaseh Adira habis on the phone dengan Filzah tadi. Hari tu diaorang sempat bertukar - tukar no. phone semula.

Qaseh Adira dikhabarkan bahawa plan untuk hang out bersama - sama budak form 6 nanti jadi. So Filzah punya excited lah bagitahu dalam call tadi dekat Qaseh Adira. Actually Qaseh Adira pun excited juga sebab tak pernah keluar dengan kawan - kawan macam ni. Ehek. Soal Izz Dhafa dilupakan seketika.

Wahhh dah lah nanti hang out dengan kawan - kawan pastu Ammar pun ikut juga ! Yeahhhhh !

Tak keluar date berdua dengan Ammar tapi keluar ramai - ramai pun jadi lah..

Tetiba telefon bimbit Qaseh Adira berbunyi. Dia melihat no si pemanggil.

" Eh ? Ni no siapa pulak ? "

Seketika Qaseh Adira mengangkat panggilan tersebut.

" Hello ? Asssalamualaikum ? " Bersuara seseorang di hujung talian.

" Hello...waalaikumusalam...siapa ni ? "jawab Adira gugup. Suara macam familiar.

" Hai...ni saya lah..Azrin..tunang awak...takkan tak kenal suara saya ?"

Oh ? Azrin rupanya ? Aku ingatkan siapa tadi.

" Ehh sorry...ya ada apa ea call ? "

" Oh tak apaa...ermm boleh awak keluar rumah kejap ? Saya ada nak bagi sesuatu dekat awak..."kata Azrin lembut di hujung talian. Alahaiiii....

" Oh hah okay..."

Panggilan dimatikan. Seketika Qaseh Adira mencapai tudungnya lalu berlalu untuk turun ke bawah.

Di luar..kelihatannya Azrin dah tunggu depan pagar rumah. Dia seorang aje ke ? Eh tak lah dia diteman oleh Ammar. Yelah tak manis kalau diaorang hanya berjumpa berdua saja.

" Assalamualaikum..."

" Waalaikumusalam..."sahut Adira. Pandangan ditunduk sedikit. Masa untuk berlakon jadi acah - acah Qaseh Amani hahahaha. Ni kalau Ammar yang kat depan aku memang dah lama aku tatap wajah dia sampai tembus ! 😜😜😜😜 nasib Ammar dekat belakang tu ja..memerhati dari jauh.

" Awak apa khabar ? Sihat ? "tanya Azrin cuba prihatin.

" Alhamdulillah..baik..Awak pulak ? Ermm macam mana ceramah dekat Pahang hari tu ? "jawab Adira cuba beramah. Tak nak lah tunjuk akward sangat.

" Alhamdulillah okay aje...ceramah dekat Pahang pun berjalan dengan lancar..."kata Azrin.

Heh ! Asal aku rasa macam krik - krik gila bila jadi perbualan di antara Qaseh Amani dengan Qais Azrin ni ? Lain gila bila aku bercakap dengan Qais Ammar... Cakap dengan Ammar aku seolah - olah boleh jadi diri aku sendiri. Terjenguk - jenguk juga Qaseh Adira ke arah Ammar yang masih setia terpacak menemani abang longnya itu.

" Ermmm nah...hadiah untuk awak....saya beli dekat Pahang hari tu..."kata Azrin lalu menghulurkan satu bungkusan tudung.

" Oh...terima kasih..."sambut Adira bungkusan itu.

Part of Izz Dhafa.

Tingkat 3 ni lebih kurang  aje suasana dia dengan tingkat 2. Penuh bilik aje bukan ada apa sangat pun. Seketika Izz Dhafa memerhati sekeliling. Tiada seorang pun yang kelihatan di tingkat tersebut.

Tiba - tiba kedengaran pintu lift seakan hendak dibuka. Izz Dhafa lantas bersembunyi di suatu sudut.

Seketika kelihatan ada seseorang berpakaian nurse dan juga seorang lelaki berpakaian doktor.

" Apa diaorang buat dekat sini ? Siapa yang sakit ? "desis hati Izz Dhafa.

Izz Dhafa hanya memerhati tindak tanduk mereka berdua. Seketika mereka berdua itu lesap hilang masuk ke dalam satu bilik yang ada di situ..

Setelah menyedari yang mereka masuk ke dalam bilik itu, Izz Dhafa lantas melangkah ke bilik tersebut. Kebetulan pintu  billik  tersebut tidak tertutup sepenuhnya.

Izz Dhafa mencuri - curi melihat ke dalam bilik tersebut. Kelihatan doktor dan nurse tadi merawat seseorang yang terlantar di atas katil. Sumpah suasana dalam bilik tu persis hospital. Namun Izz Dhafa tidak dapat melihat sepenuhnya wajah orang yang dirawat itu.

" Hmmm siapa pulak yang sakit ? Hish tepi lah doktor tu pun.. "desis hati Izz Dhafa.

Seakan - akan menjawab persoalan Izz Dhafa. Tetiba doktor tersebut beralih tempat. Maka ternampak lah keseluruhan figura yang dirawat itu.

Izz Dhafa tersentak hebat !

" Qaseh Adira ? "desis hati Izz Dhafa agak terkejut.


#Kantoi ! Alahaiiii tapi tertukar org hahahaha 😂 keep vote and comment ya 🙈💓








Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro