Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 14

Ammar hanya berdiri memeluk tubuh dan  memandang tajam ke arah Qaseh Adira.

Qaseh Adira terkaku. Entah bagaimana dia hendak menjawab pertanya Ammar itu. Haish Qaseh ni pun satu lah ! Yang tak suka menyanyi tu kenapa ? Berbeza sungguh dengan aku yang suka nyanyi ni...

" Saya tanya awak ni Qaseh ? Sejak bila awak suka nyanyi ? "tanya Ammar masih tidak puas hati dengan segala tingkah laku Qaseh yang mencurigakan itu.

Qaseh tergagap jadinya. Entah apa yang patut dia cakapkan. Time - time macam ni pulak idea tak datang langsung.

" Err....kenapa ? Sebe..lum ni saya..tak suka nyanyi...ke ?"soalan dibalas soalan oleh Qaseh Adira. Dia tak tahu nak susun ayat macam mana.

Ammar menggeleng.

" Oh...saya lupa pulak..maybe sebab ingatan saya hilang..so saya sendiri tak sedar apa yang saya suka dan tak suka kot ?"jawab Adira gugup.

Ammar masih merenung tajam ke arah Qaseh Adira.

" Tipu..awak bukannya hilang ingatan pun..."kata Ammar tiba - tiba sebegitu.

Qaseh Adira tersentak.

" Awak lain sebab...awak bukan Qaseh Amani yang sebenarkan ?"kata Ammar.

Qaseh Adira mengetap bibir. Alamak dia tahu aku bukan Qaseh Amani ?

Pap !

Lamunan Qaseh Adira terhenti bila terdengar tepukan tersebut.

" Apa yang awak mengelamunkan tadi tu Qaseh ? Sampai saya panggil pun tak dengar..."kata Ammar.

Ya semua yang tadi tu hanya khayalan Qaseh Adira semata - mata . Dia aje yang action lebih macam semua benda nak kantoi dah.

" Oh sorry...."

Ammar mengambil tempat di sebelah Qaseh Adira. Jantung Qaseh Adira berdegup kencang. Hahaha macam lah Ammar duduk dekat - dekat dengan dia. Masih ada halal gap okay !

" Saya bersyukur sangat..."luah Ammar.

Qaseh Adira terdiam. Sikit pun dia tak pandang Ammar di sebelah. Takut. Takut cair aiceywahhhh 🤪🤪🤪

" Saya bersyukur yang awak dah balik semula..."

Tertoleh akhirnya Qaseh Adira memandang Ammar.

Kenapa intonasi Ammar ni lain macam ? Dia pun ada perasaan ke dekat Qaseh ? Tapi...Qaseh bakal kakak ipar dia kan ?

" Awak jangan hilang lagi tau...."kata Ammar seraya menoleh memandang Qaseh Adira juga.

Glurp ! Pandangan mereka bertembung. Sama seperti tempoh hari sewaktu Ammar menyelamatkan dirinya dari terjatuh.

Qaseh Adira terus melarikan pandangannya. Risau Qaseh Adira kalau - kalau Ammar ingat soal kedatangan dirinya sewaktu majlis pertunangan Qaseh Amani tempoh hari.

" Qaseh...jujur saya cakap...hari - hari saya juga tak menentu bila awak hilang hampir sebulan....bukan abang long aje yang rasa macam tu..."luah Ammar lagi mendalam.

Qaseh Adira terdiam seribu bahasa. Tak tahu nak bagi reaksi macam mana. Alahai lah Qaseh...kau ni memang perempuan pujaan lelaki lah... Semuanya suka kan kau !

" Tapi lama - lama saya sedar yang saya tak patut rasa semua tu...sebab tak lama lagi awak akan jadi kakak ipar saya juga...."kata Ammar putus asa.

Sah ! Memang sah Ammar pun sukakan Qaseh Amani. Hmmm untunglah kau Qaseh 😭 kenapa dia tak suka aku ? Ehek macam lah dia tahu kewujudan aku sebagai kembar Qaseh.

" Awak suka kan Qaseh ?"soal Adira tiba - tiba.

Ammar terdiam. Pandangan di hala kan ke hadapan.

" Kalau Qaseh ada kembar..macam mana ? Awak nak pilih kembar Qaseh tak ?"soal Adira berani.

" Apa maksud Qaseh ni ? Ammar tak faham lah..."balas Ammar gugup.

" Ye...kalau Qaseh ada kembar...awak akan cuba sukakan kembar Qaseh tak ?"

Ammar ketawa kecil tetiba.

" Ingatan awak ni betul - betul hilang lah...awak lupa ke yang awak pernah bagitahu saya yang awak tak ada kembar pun..."balas Ammar semula.

Qaseh Adira mengehembus nafas berat. Bongok punya soalan lah Adira oiii. Siapa aje yang tahu kewujudan kau ? Siapa aje yang percaya kalau kau cakap yang Qaseh ada kembar ?

" Hmm its okay..saya just tanya aje..."putus Adira akhirnya.

" Ermmm saya harap awak abaikan aje apa yang saya cakap tadi tu...sorry sebab buat awak rungsing ke apa....saya tak sepatutnya bagitahu semua tu dekat awak...."kata Ammar.

Qaseh Adira hanya mengangguk.

" Saya balik dulu lah...jumpa lagi nanti..bye..Assalamualaikum..."kata Ammar seraya bangun lalu ingin melangkah pergi.

" Waalaikumusalam.." desis hati Adira sambil melihat figura Ammar yang berlalu pergi.

************
Jimmy mundar mandir dari tadi. Dia tak habis - habis memikirkan tentang apa yang dikatakan Mika pagi tadi. Apa ni Cik Ad ? Dia tak bagitahu pun aku yang kembar dia ni dah bertunang ?

" Sudah - sudah lah tu Jimmy. Cuba bawa bertenang...pening saya tengok awak ulang alik macam tu..."kata Yuslinda.

" Macam mana saya nak bertenang ? Kalau Cik Ad buat perangai macam ni ? Dia tak bagitahu saya langsung pasal kembar dia dah bertunang .... Habis sekarang macam mana kalau perkahwinan di langsungkan ? Tak ke Cik Ad yang kena tanggung semua ni ?"bebel Jimmy.

Dia bodyguard paling risaukan keadaan Qaseh Adira.

Yuslinda juga turut berasa bersalah sebab tak bagitahu Jimmy. Lagipun dia pun tahu juga soal kembar Cik Ad yang dah bertunang.

" Its okay awak jangan risau...saya yakin Cik Ad mesti ada cara untuk tangguhkan perkahwinan tu..."kata Yuslinda cuba menyedapkan hati Jimmy.

Tetiba kelihatan Jay yang berjalan sambil menatang dulang.

" Minum petang dah sampai..."kata Jay bersuara happy go lucky macam selalu.

Mata Jimmy dan Yuslinda tepat memandang tajam ke arahnya. Hish ! Orang tengah serabut fikirkan Cik Ad , dia boleh pulak seronok - seronok bawa minum petang ?

" Kenapa ? Ada yang tak kena ke ?"tanya Jay polos.

Jimmy menjeling. Yuslinda pulak menyambut dulang yang dibawa Jay itu.

Part of Qaseh Adira.

Qaseh Adira mengayuh basikal selaju - lajunya. Huwaaaa dah lama gila tak rasa best macam ni naik basikal 😆

Eh ? Qaseh Adira dapat mana basikal pulak ni ? Entah dia ada ternampak basikal lama yang terparkir elok dekat suatu sudut tu. So dia apa lagi ? Rembat aje lah. Ni pun dia keluar diam - diam...Umi pulak tak ada dekat rumah kan ?Along dengan angah pulak masing - masing dalam bilik memanjang ! Hahahaha bosan gila weh duduk rumah tu. Hmmmm nak enjoy pun tak boleh.

Qaseh Adira hanya mengayuh basikal di sekitar kawasan perumahan saja. Dia menghirup udara sesekali mengayuh basikal. Boleh tahan juga basikal ni ehh ? Dah tu asal macam dah lama orang tak naik ehh ?

Seronok pulak kayuh laju - laju ni best ! Angin lagi kuat. Semasa Qaseh Adira mengayuh basikal selaju - lajunya tetiba ada anak kucing yang melintas.

Qaseh Adira agak terkejut dan ingin membrek basikalnya namun brek basikal tidak berfungsi ! Ya Allah sebab ni la kot basikal ni orang dah tak naik ! 😭

Nak elak kucing tu punya pasal, Qaseh Adira terus bertukar arah ke tepi. Namun malang tidak berbau apabila dia terlanggar pulak tiang elektrik !

Terjatuh terus dia daripada basikal yang ditunggang.

" Aduhhhhhh ! " mengaduh kesakitan Adira dibuatnya.

Kakinya ditimpa basikal.

Ya Allah , dah lah jalan tu sunyi. Siapa aje yang nak tolong dia kan ? Hmmm sakitnya kaki aku ni 😭😭😭😭 Umii !! Abi !! Tolong Ad...

***************
" Qaseh tak ada lah along ! "teriak Azfar dari tingkat atas. Dia mencari Qaseh di tingkat atas. Manakala Iqbal mencari di tingkat bawah.

Iqbal terus meluru ke luar rumah.

" Haish mana pergi pulak budak ni ?"keluh Iqbal sambil mata meliar melihat sekeliling luar rumah.

Tiba - tiba dia terpandangkan basikal lama yang terletak di sudut rumah hilang. Ahhh tak mungkin Qaseh naik basikal tu kot ? Basikal tu brek dia tak berfungsi dah lah...

Iqbal susah hati jadinya. Ni nasib baik Umi tak balik lagi. Kalau tak mesti Umi risau nak mati. Seketika Iqbal berlari ke luar perkarangan rumahnya. Dia melirih ke kiri dan kanan.

Kebetulan masa tu Ammar tengah bawa keluar basikal nak pergi ronda - ronda.

" Eh along ? "tegur Ammar.

" Ammar tolong along kejap ! Qaseh hilang...tolong carikan dia kejap di sekitar kawasan rumah kita ni..."beritahu Iqbal risau.

Dengar - dengar saja Qaseh hilang , Ammar tunggu apa lagi ? Dia terus mengayuh basikalnya untuk mencari Qaseh.


Part of Qaseh Adira.

Qaseh Adira memaksa dirinya juga berjalan dengan kaki yang terseliuh dan ada sedikit kesan darah yang mengalir keluar. Dia dah tak kayuh basikal lagi. Kakinya betul - betul sakit saat ini. Tu lah degil lagi keluar rumah diam - diam. Ni makannya !

Dituntun basikal lama itu. Semakin berjalan semakin terasa sengal kakinya. Lama kelamaan Qaseh Adira dah tak terdaya lagi. Kakinya sudah tidak mampu nak bergerak.

Huwaaaa nak nangis ahh cenni ! 😭 Dah lah nak minta tolong bodyguard dia pun phone pulak tak bawak 🤧 Bodyguard dia pun time - time macam ni bukannya nak datang  tolong 😒

Terlepas basikal lama tu akhirnya dari pegangan Qaseh Adira. Terbalik semula basikal itu mencium jalan tar. Qaseh Adira melihat keadaan jalan di situ. Sunyi. Hmm mana semua orang ni ? 😢😢😢

Tolong lah...kaki aku sakit.

Akhirnya Qaseh Adira terduduk di situ sambil memegang kakinya yang sakit teramat sangat tu.


#Hahah alahai macam² perangai si Qaseh Adira ni 🤣🤣 suka buat hal ! Keep vote and comment guys 🥰


















Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro