Bab 13
Air orange diteguk rakus. Wuish panas dho mesin rumput pagi - pagi ni. Matahari dah mula terpacak naik.
Qaseh Adira hanya berpeluk tubuh melihat si Mika ni minum air.
Mika. Bodyguard ke 3. Umur 20. Adik - adik dia ni. Alahai. Hahahaha bodyguard paling annoying yang Dato Malek ada setakat ni.
" Lepas ni kau balik...jangan sibuk - sibuk nak datang sini..."arah Adira.
" Alaa Cik tapi saya nak jaga keselamatan Cik...sebab tu lah saya datang sini and menyamar sebagai tukang mesin rumput...kebetulan umi Cik pun sedang cari tukang mesin rumput..."
Qaseh Adira mencebik lalu menjeling.
" Eh Qaseh dah bagi air dekat Encik Mika ke ? "tegur Azwa yang baru saja keluar membawa air untuk dijamukan kepada Mika.
" Errr yaa.."jawab Adira.
" Ye Puan..anak Puan ni baik lah bagi saya air ... Sedap pulak tu..."puji Mika.
Cehhh ! Saja je puji lebih - lebih.
" Hahahaha...dia memang kalau bancuh air memang sedap..."kata Azwa seronok bercerita tentang Qaseh Amani.
Hmmm umi mesti cerita pasal Qaseh Amani. Bukan aku Qaseh Adira.
" Okay lah...ermm Qaseh nak masuk dulu lah..."kata Adira malas nak berlama - lama di situ. Biar lah si Mika ni berborak dengan umi.
Qaseh Adira melangkah berlalu pergi. Mika hanya memerhati anak Dato Malek tu berlalu.
" Haii Encik Mika..jangan tenung lama - lama...tunang orang tu..."kata Azwa tiba - tiba.
Mika tersedak jadinya.
" Tu..tunang orang ? Anak Puan tu dah bertunang ?"kata Mika agak terkejut. Huish masalah ni. Jimmy tahu tak eh ?
Puan Azwa mengangguk laju.
Qaseh membelek - belek gambar family yang tersedia di ruang tamu. Hmmm semua gambar hanya ada Qaseh Amani. Gambar family pun hanya berlima tapi sepatutnya berenam !
Tak sangka aku ada abang. Handsome - handsome pulak tu. Abang Azfar dengan abang Iqbal.
" Qaseh tengok apa tu ? "sapa seseorang tiba - tiba.
Qaseh Adira sedikit tersentak. Dia menoleh.
" Ehhh along..."jawab Adira gugup.
" Tengok gambar family kita ke ?"kata Uwais Iqbal lalu mendekati Qaseh Adira.
Dia juga menyentuh frame gambar di situ.
" Qaseh tak ingat ke ni gambar masa along convo dulu...."kata Uwais Iqbal.
" Err tak..tak ingat.."jawab Adira.
Yelah memang aku tak ingat lah ! Aku bukan Qaseh yang ada masa tu.
" Hmm tak apa lah...perlahan - lahan Qaseh cuba ingat ea nanti..."kata Uwais Iqbal lalu mengusap kepala Qaseh Adira.
" Errr along...boleh Qaseh tanya something ? "
" Tanya apa ? "
" Ermmm Qaseh memang satu - satunya anak tunggal perempuan dalam keluarga ni ke ?"
Uwais Iqbal sedikit tersentak.
" Errrr ya..Qaseh aje lah anak perempuan yang umi and abi ada..."kata Puan Azwa yang baru masuk.
Qaseh menoleh ke arah Azwa.
" Umi tak nak hilang Qaseh...Qaseh Amani satu - satunya anak perempuan umi..."kata Azwa lalu meraih tangan Qaseh Adira.
Sampai hati ! Umi memang betul - betul buang aku. Dia tak mengaku langsung tentang kewujudan aku. Tetiba aku rasa menyesal pulak muncul sebagai Qaseh Amani. Kalau tahu kewujudan aku ni tak ada seorang pun yang inginkan.
**********
Tok ! Tok ! Tok !
Pintu rumah diketuk bertubi. Namun tiada seorang pun yang buka. Lagipula Along dengan angah keluar. Umi dengan abi ada dalam bilik kot ?
Kebetulan pulak waktu tu Qaseh Adira turun ke bawah. Dia pun pergi lah bukakan pintu.
Buka - buka saja pintu. Tanpa sempat apa - apa tubuhnya ditarik ke dalam pelukan. Seorang gadis memeluknya erat bersama tangisan.
" Qaseh ! Aku minta maaf ! Aku minta maaf Qaseh ! "kata Filzah yang menangis teresak - esak.
Qaseh Adira terdiam. Kejap ! Budak perempuan ni siapa ehh ? Tetiba datang peluk aku ?
" Qaseh aku janji aku takkan ajak kau join apa - apa lagi kalau tak dapat izin dari maksu...aku takkan paksa kau...aku tak nak kau hilang kau cedera disebabkan aku..."luah Filzah.
" Ohh okay aku tahu dah dia siapa...dia ni Filzah...kawan baik Qaseh Amani merangkap sepupu Qaseh and sepupu aku juga lah macam tu..."monolog Adira di dalam hati. Ya dia baru teringat yang dia ada terbaca information tentang latar belakang Qaseh Amani.
Seketika pelukan dilepaskan.
" Kenapa kau diam aje? Kau okay tak ni ? "tanya Filzah pelik dengan respon yang ditunjukkan Qaseh Adira.
" Errr sorry...aku tak ingat siapa kau..."kata Qaseh Adira berlakon seolah - olah lupa ingatan.
Filzah tergamam.
Kepala Qaseh Adira dibelek - belek. Sampai serabai rambut Qaseh Adira dibuatnya.
" Serious ni kau tak ingat apa - apa langsung ? "soal Filzah masih tak percaya.
Qaseh Adira mengangguk.
" Mesti kau kena hentakkan dekat batu - batu sungai kan ? Sampai kau lupa ingatan macam ni ? Aku minta maaf semua salah aku...aku minta maaf..."kata Filzah.
" Err sudah lah...benda nak jadi..kau jangan salahkan diri kau...aku okay..."kata Adira lalu menepuk - nepuk bahu Filzah.
Filzah tersenyum. Jelas sekali matanya nampak bengkak. Ni mesti sebab dia menangis sebulan terfikirkan kesalahannya.
" Aku akan tolong kau untuk ingat semula...jangan risau okay..."kata Filzah.
Qaseh Adira mengangguk. Hmmm agak - agak kalau aku tanya si Filzah ni soal kembar Qaseh Amani dia tahu tak ehh ?
" Kau dah jumpa tunang kau ?"
Glurp ! Allahu...macam mana aku boleh lupa pasal tunang Qaseh Amani. Aduhaiii mati lah aku macam ni , kalau tetiba dia ajak aku kahwin cepat - cepat macam mana ? Qaseh pun tak sedar lagi.
" Oiii Qaseh...kau termenungkan apa tu ?"
" Hah ? Ohh tunang ? Errr belum.."kata Adira.
" Kau pergi lah jumpa dia ehh...dia mesti rindukan kau...lagipun dia jiran sebelah rumah kau aje pun..."kata Filzah.
Oh ? Tunang Qaseh sebelah rumah aje ?
" Macam mana Qaseh...errr aku boleh kenal dengan tunang aku tu ?Aku tak ingat lah... "soal Adira..
Ye sebab soal tunang Qaseh , Adira tak siasat habis - habis lagi.
" Oh tak cerita dia macam ni......" Filzah mula bercerita dari A - Z .
***************
Qaseh Adira tidak habis - habis memikirkan bagaimana caranya untuk dia tangguhkan perkahwinannya di antara Azrin andai tiba - tiba familynya dan family Azrin nak percepatkan majlis.
" Hmmmm asal lah aku boleh terlupa pasal majlis perkahwinan Qaseh ni ? "ngomel Adira sendiri.
Tok ! Tok !
Pintu bilik Qaseh diketuk dari luar.
" Qaseh nanti siap - siap ya...malam ni kita ada makan malam dengan family bakal mentua Qaseh..."kata Azwa.
Terlopong Qaseh Adira dibuatnya. Baru aje aku cakap pasal tunang si Qaseh, datang pulak keluarga mentua dia. Macam mana ni ? Mesti diaorang nak tanya pasal tarikh perkahwinan selanjutnya kan ? Apa jawapan yang aku nak bagi ni ?
Setibanya makan malam tersebut.
Semua ahli keluarga duduk di ruang makan. Hanya tinggal Azrin dan Ammar yang tak sampai lagi. Even rumah dekat aje pun diaorang lambat. Ish - ish tak tepati masa langsung. Hmmm bosannya sorang - sorang...along ngan angah keluar pulak.
Umi dengan abi rancak berborak dengan Makcik Kalsom dengan pakcik Azmi. Aku ? Apa lagi sibuk dengan phone lah hahahah. Aku duk chatt Yuslinda ni...Huwaaaa rindu nak balik rumah daddy dengan mummy...hmmm nak melawat Qaseh pun entah bila lah...
" Assalamualaikum...Sorry..kami berdua lambat...."kata Azrin yang baru sampai bersama Ammar.
Dengar - dengar saja suara Azrin Qaseh Adira lantas mendongak melihat ke arah mereka.
Qaseh Adira sedikit tersentak ! Wehhh crush !
Hah ? Crush ? Siapa pulak yang di crushnya Qaseh Adira ni ? 😂😂😂😂
Budak lelaki yang selamatkan aku hari tu lah ! Omg Ammar rupanya nama dia...bakal adik ipar Qaseh rupanya...
Hahahaha sejak kejadian tempoh hari, Qaseh Adira dah terjatuh hati dekat Ammar. Pandangan mata Ammar tu yang dah buat Qaseh Adira tangkap cintan dekat Qais Ammar.
" Qaseh ? Apa khabar ? Okay ?"tanya Azrin mematikan lamunan Qaseh Adira.
" Hah ? Oh...oh..okay...."jawab Adira gugup.
Ammar hanya mendiamkan diri memerhati perbualan di antara abangnya dengan Qaseh Adira.
" Alhamdulillah Ya Allah....engkau telah kembalikan dia kepada kami..." desis hati Ammar. Dia amat bersyukur sebab dia masih boleh melihat Qaseh lagi.
Seketika semua ahli keluarga mula sesi makan malam.
Hahahaha Qaseh Adira sambil makan sambil curi - curi tengok Ammar. Hahaha gatal kau ehhh ! Yelah bukan senang wehh nak tengok crush dari arah dekat ! Hahaha kau ado ?
" Jadi...bila majlis perkahwinan Qaseh dengan Azrin nak diteruskan ? "soal Kalsom tiba - tiba.
Tersedak Qaseh Adira jadinya. Dia mencapai air cepat - cepat.
" Hahaha sampai tersedak Qaseh dibuatnya...awak ni Kalsom "kata Azmi.
Ammar hanya memandang pelik dengan tingkah laku Qaseh.
" Soal perkahwinan Qaseh tu saya rasa...."kata Azwa pulak...
" Macam mana ni ? No aku tak boleh kahwin dengan Azrin ! Tak nak ! Kalau kahwin dengan Ammar...nak lah jugak ehekkk.."monolog Adira di dalam hati.
" Kita terpaksa tangguhkan dulu lah..."putus Azwa.
Qaseh Adira menghembus nafas lega. Wajah Azrin pula yang kelihatannya hampa.
" Fuhhh nasib baik umi suruh tangguhkan..."desis hati Adira.
" Qaseh masih belum pulih sebelumnya lagi....ingatannya masih belum kembali sepenuhnya lagi..."beritahu Azwa.
Qaseh Adira mengangguk laju tanda bersetuju dengan kata - kata Azwa.
Akhirnya semua keluarga pun bersetuju ditangguhkan. Azrin aje kelihatan agak kecewa.Ammar pulak hanya berlagak biasa. Namun di pandangannya dia ada sedikit curiga dengan tingkah laku Qaseh.
" Kenapa dia nampak lain ea ? Macam bukan dia ? Tapi..maybe dia nampak lain sebab dia hilang ingatan ?"monolog Ammar di dalam hati.
************
Selepas makan malam. Makcik Kalsom dengan pakcik Azmi masih berborak - borak dengan umi dan abi dekat ruang tamu. Ammar juga hanya mendengarkan orang tua kami yang sedang sibuk berborak. Azrin ? Azrin dah lama balik lepas makan malam tadi sebab dia tiba - tiba ada hal pulak. Hmm nevermind.
Qaseh malas nak layan orang - orang tua berborak so dia pun keluar rumah untuk ambil angin malam tu.
Dia berjalan keluar lalu mendekati pangkin kayu yang terletak diluar. Ni kalau kat rumah daddy and mummy mesti Qaseh Adira akan naik buaian. Alahai rindunya nak balik rumah mummy and daddy..
Qaseh Adira duduk di atas pangkin kayu lalu dia mendongak memandang langit yang penuh dengan kelipan bintang.
" Daddy...mummy...i miss you.."gumam Adira.
Dia rindukan orang tua angkatnya. Hmm daddy and mummy orang yang baik sangat ! Diaorang yang jaga aku dari kecil sampai lah besar. Diaorang jaga aku macam aku ni anak kandung diaorang sendiri.
Ku ingin saat ini engkau ada di sini,
Tertawa bersamaku seperti dulu lagi,
Walau hanya sebentar tuhan tolong kabulkanlah,
Bukannya diri ini tak terima kenyataan,
Hati ini hanya rindu...
Qaseh Adira bernyanyi kecil sendiri di situ mengenangkan orang tua angkatnya.
Suara nyanyiannya agak merdu. Ya Qaseh Adira memang ada bakat menyanyi. Bukan macam Qaseh Amani yang tak suka menyanyi. Itu salah satu perbezaan di antara Qaseh Amani dan Qaseh Adira.
" Sejak bila awak suka nyanyi ? "tegur Ammar.
Qaseh Adira tersentak ! Lalu menoleh ke arah empunya suara.
Kelihatan Ammar memandang tajam ke arah Qaseh Adira.
#Omg ! Kantoi dengan Ammar ke ? By the way siapa yang suka watak Qaseh Adira ni dengan Qais Ammar ? Keep vote and comment guys ! 💓🥰
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro