Bab 11
Berita yang amat memeritkan bagi family Qaseh. Qaseh tak ditemui. Umi dan abi masih dalam perjalanan untuk kembali ke tanah air.
Angah a.k.a Uwais Azfar juga bergegas kembali ke kediamannya apabila dikhabarkan soal kehilangan Qaseh Amani.
Uwais Iqbal pulak masih tidak dikhabarkan kerana dia flight ke China. Memang kalau dia tahu pasal semua benda ni semuanya akan ganggu fokus dia.
Better biar dia selesai flightnya dahulu.
" Qaseh...awak dekat mana ?"monolog Azrin sambil menatap wajah Qaseh yang ada dalam phone miliknya..
Satu - satunya gambar pertunangan mereka yang dia ada tangkap bersama ahli keluarga.
Tetiba bahu Azrin disentuh seseorang..
" Abang long...."
Azrin terus menepis tangan yang menyentuh bahunya itu. Dia pantas bangun lalu berhadapan dengan orang itu.
" Kau ! Abang long dah cakap kan ? Tolong tengok - tengokkan Qaseh ! Jaga dia...tu pun susah sangat ke ?"hambur Azrin marah.
Ammar tersentak !
Ya kini semua kejadian yang berlaku terhadap Qaseh telah menyebabkan Azrin menjadi orang yang berbeza. Dia suka marah - marah lebih - lebih lagi kepada Ammar. Dia juga menyalahkan diri Ammar sebagai punca semua benda yang berlaku ini.
" Am..mar...minta maaf abang long...Ammar cuai.."kata Ammar turut rasa bersalah.
Azrin berdiam sebelum dia tersenyum sinis.
" Abang long tahu...kau suka kan semua benda ni jadi ? "kata Azrin sinis tiba - tiba.
Ammar memandang pelik ke arah Azrin. Apa maksud abang longnya ? Dia tak mengerti.
" Apa maksud abang long ni ? Abang cik tak faham lah..."
Azri ketawa sinis.
" Pandai kan kau belakon ? Abang long tahu lah...yang kau pun ada simpan perasaan dekat Qaseh kan? "kata Azrin akhirnya.
Ammar tersentak hebat ! Macam mana abang Azrin boleh tahu ni ?
" Kau seronok bila Qaseh hilang macam ni kan ? Sebab apa ? Sebab Qaseh takkan kahwin dengan aku kalau dia hilang ! "jerkah Azrin.
" Astagfirullahalazim abang long ! Bawa bersabar...."kata Ammar.
" Kau tak payah tunjuk baik lah Ammar ! Aku tahu kau tak boleh terima kalau aku dengan Qaseh kan ? Bukan dengan kau !"kata Azrin. Percakapannya juga sudah bertukar kepada kau aku.
Ammar tertunduk memandang rumput hijau halaman rumahnya. Hmmm Ammar sendiri tak tahu macam mana abang longnya boleh dapat tahu tentang isi hatinya ini.
" Abang long..."kata Ammar seraya memandang tepat ke arah Azrin.
Dia menarik nafas sedalam - dalamnya.
" Ye memang...Memang abang cik mengaku yang abang cik ada simpan perasaan dekat Qaseh... Tapi abang cik dah redho kalau jodoh Qaseh dengan abang long...abang cik tak pernah ada niat untuk Qaseh hilang macam ni...abang cik tak pernah ada niat pun nak rampas Qaseh dari abang long..tolong jangan tuduh abang cik macam tu..."jelas Ammar sedih.
Azrin terdiam jadinya.
" Sekarang ni kita kena berdoa dan usaha untuk cari Qaseh balik. Bukannya gaduh macam ni abang long...."kata Ammar lagi.
Azrin terduduk terus di pangkin. Dia mengusap wajahnya kasar. Ya Allah sedarkan aku. Jahatnya aku menunding semua kesalahan kepada adik aku sendiri. Ya tempoh hari, Azrin tak sengaja terdengar Ammar berdoa selepas menunaikan solat. Dia mendengar segala rintihan adiknya itu. Dia mendengar yang Ammar ada mention soal perasaannya terhadap Qaseh.
*********
2 minggu telah berlalu. Tarikh perkahwinan di antara Azrin dan Qaseh juga telah terkubur. Khabar berita tentang Qaseh tiada satu pun. Pihak berkenaan seperti polis dan bomba juga telah melakukan tugas masing - masing untuk mencari jasad Qaseh. Namun tidak kelihatan disebabkan arus air sungai yang makin deras dan dalam itu. Pencarian juga terhenti jadinya..
Family Qaseh juga telah menggunakan cara lain untuk mencari Qaseh. Diaorang ada sebarkan maklumat dekat sosial media dan juga risalah - risalah tentang kehilangan Qaseh.
Keadaan Puan Azwa juga makin hari makin teruk. Dia kemurungan jadinya. Dia menyendiri. Tidak tahu apa yang patut dilakukan lagi oleh Uwais Azfar dan Encik Fuzair untuk memujuk Puan Azwa.
Uwais Iqbal juga telah membatalkan semua flightnya setelah dia mendapat tahu tentang kehilangan adik kesayangannya itu.
" Apa yang patut kita buat ni along ? "tanya Azfar. Dia juga telah putus asa.
Kehilangan Qaseh Amani amat memberikan kesan yang mendalam kepada family diaorang. Hilang serinya rumah tanpa kehadiran Qaseh Amani. Sumpah Azfar juga terlalu rindukan Qaseh. Dia rindu nak usik Qaseh lagi. Dia rindu nak dengar gelak tawa Qaseh.
" Along pun tak tahu lah angah...along sendiri buntu...umi makin lama makin teruk..along pun risau bila tengok keadaan umi macam tu..."
Tetiba kelihatan abi yang baru turun. Wajah abi juga berkerut seribu. Seketika dia mengambil tempat di sebelah Uwais Iqbal.
" Abi...macam mana umi ? "tanya Uwais Iqbal.
Fuzair menghembus nafas berat.
" Hmm dia dah tidur..."keluh Fuzair.
" Abi sabar ea...kita sama - sama jaga umi...sekarang ni hanya kita aje yang kena kuat untuk beri semangat dekat umi..."kata Uwais Azfar pulak.
Fuzair mengangguk lemah. Habis satu family jadi sedih.
By the way macam mana dengan Filzah ? Dia tak apa - apa ke atas kehilangan Qaseh Amani ? Gila dia tak apa - apa. Dia pun lebih kurang macam umi. Sekarang dengar kata dia asyik terperap di dalam bilik saja. Dia menyalahkan diri sendiri atas kehilangan Qaseh. Yelah dia rasa bersalah disebabkan dia paksa Qaseh join juga perkelahan tu even tak minta izin dulu pun dengan umi Qaseh. Hmmm memang semua orang jadi lain bila Qaseh hilang ni 😭
**********
Sebulan kemudian....
Pagi itu tiba - tiba family Qaseh dikejutkan dengan satu panggilan. Panggilan ? Panggilan apa ?
Panggilan dari seseorang yang memberitahu bahawa Qaseh sekarang ada di sebuah hospital dan di rawat di sana !
Alhamdulillah Ya Allah. Perkhabaran yang baik dan ini lah satu keajaiban.
Uwais Iqbal dan Fuzair bergegas ke hospital yang dimaksudkan oleh orang yang buat panggilan tersebut kecuali Puan Azwa dan Uwais Azfar. Kenapa umi Qaseh tak ikut sekali ? Yelah takut - takut kalau panggilan tu palsu macam mana ? Tak ke jadi huru hara nanti emosi Puan Azwa ?
" Nurse ada tak pesakit yang namanya Qaseh Amani ? "soal Fuzair.
" Qaseh Amani ? Ermmm sekejap ya..."kata nurse yang bertugas di kaunter lalu menyemak data pesakit.
Beberapa minit kemudian nama Qaseh Amani ditemui.
" Oh Cik Qaseh ada di bilik 405..."beritahu nurse tersebut.
Uwais Iqbal dan Fuzair terus beredar untuk ke bilik 405.
Bilik 405.
Masuk - masuk saja bilik tersebut. Kelihatan seorang gadis yang berbalut kepalanya sedang dirawat oleh seorang doktor dan yang pasti gadis itu memang Qaseh.
" Qaseh !"kata Fuzair lalu mendekati anak gadisnya itu.
Qaseh kelihatan terpinga - pinga.
" Alhamdulillah....Qaseh....akhirnya kitaorang jumpa juga Qaseh balik..."kata Uwais Iqbal gembira.
Qaseh masih terpinga - pinga..
" Ermmm maaf...encik berdua ni siapa ya ? "
" Kitaorang keluarga kandung Qaseh...Qaseh Amani..."beritahu Fuzair.
Doktor itu langsung memandang ke arah Qaseh. Begitu juga Qaseh memandang ke arah doktor. Jelas sekali riak wajah Qaseh yang seperti sama sekali tidak mengenali siapa dua manusia yang baru menceroboh ke dalam bilik wadnya.
" Ermmm boleh kita bercakap sekejap di bilik saya ?"kata doktor tersebut.
Akhirnya. Qaseh Amani dah dibenarkan balik ke rumahnya kembali. Apa yang doktor cakap tempoh hari ? Tak doktor bagitahu yang Qaseh Amani sekarang bukan lagi Qaseh Amani yang dulu. Apa maksud doktor ? Hmmm akibat kemalangan yang menimpa Qaseh, dia telah kehilangan ingatannya. Dia tidak ingat langsung apa yang berlaku dan semua memorinya telah kosong.
" Assalamualaikum kami dah balik..."laung Uwais Iqbal gembira.
Qaseh hanya membuntuti di belakang. Dia kelihatan agak terpinga - pinga melihat sekeliling kawasan rumah.
Melangkah saja masuk ke dalam rumah, kelihatan seorang wanita yang tak pernah sebelum ni Qaseh tengok datang menerpa ke arahnya. Dengan sekelip mata dia memeluk Qaseh erat.
" Qaseh ! Anak umi...alhamdulillah...anak umi dah balik...anak umi jangan tinggalkan umi lagi....umi rindu dengan anak umi ni.."kata Azwa bertubi - tubi. Air matanya juga tidak henti - henti turun.
Qaseh hanya kaku dalam pelukan Azwa. Namun tanpa Qaseh sedari. Kelopak matanya juga basah.
" Umi ?"gumam Qaseh perlahan.
" Az sudah ya....bagi Qaseh rehat dulu...lagipun Az tahu kan macam mana keadaan Qaseh sekarang ? Dia tak ingat apa - apa pun..."kata Fuzair.
Azwa tersentak. Dia meleraikan pelukan...
" Tak.....Qaseh ingat umi kan ? Kan Qaseh ?Tak mungkin Qaseh lupakan umi kan ? "kata Azwa masih tidak boleh menerima kenyataan.
" Az..."
Qaseh mengangkat tangan kepada Fuzair sebagai tanda " Tak apa ". Ya Qaseh tahu bagaimana keadaan umi...Umi memang kemurungan teruk sejak kehilangan dirinya.
" Ye umi...err Qaseh ingat umi...Qaseh tak lupakan umi pun..."kata Qaseh lalu menghadiahkan senyuman. Even dia tak ingat pun siapa umi sebenarnya tapi Qaseh tahu saat ini dia perlu layankan saja apa yang umi cakap..
Azwa juga turut tersenyum lebar. Fuzair hanya menggeleng kecil. Hmm Ya Allah tolong sembuhkan isteri aku.
*************
Pintu bilik ditutup lalu dikunci. Qaseh memerhati sekeliling bilik. Terasa asing melihat bilik tersebut. Ni ke bilik Qaseh ?
Seketika dia membuka tudungnya. Kelihatan dahinya yang terlekat plaster. Dia menilik dirinya di hadapan cermin.
Dia tersenyum sendiri. Hahaha gila ke ?
Seketika telefon bimbitnya berdering. Dia mengeluarkan lalu mengangkat satu panggilan.
" Hello ? "jawab Qaseh.
" Macam mana ? Ad okay ? "tanya seseorang di corong telefon.
" Yaa Ad okay...Akhirnya...Ad dah berjaya masuk ke dalam family Qaseh Amani..."kata Qaseh sambil melepaskan plaster pada dahinya.
Ternyata tiada satu kesan luka pun disebalik plaster tersebut.
" Terima kasih uncle sebab tolong berlakon jadi doktor Ad.."
#What ? Dia bukan Qaseh ke ? Ad ? Siapa dia ? Habis mana Qaseh Amani yang sebenar ? Watak baru telah muncul jeng jeng jeng. Keep vote and comment guys ! 💕😍
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro