Bab 9
Beberapa tahun kemudian.
Kelihatan sebuah kereta Mitsubishi lancer berwarna hitam berjalur merah memasuki parking lot khas untuknya untuknya. Sejurus itu, kakinya melangkah keluar dari kereta itu dengan bergaya menuju sebuah butik yang cantik dan gah di hadapannya.
Senyumannya yang menawan dilemparkan kepada pekerja yang ada di dalam butik itu.
Setibanya dia di kaunter pertanyaan butik itu, dia memanggil pekerjanya.
"Nur ooooo Nur." panggilnya. Namun tiada sahutan daripada pekerja bernama Nur.
"Mana dia ni." Dia merungut. "Rid, awak nampak Nur tak?" soalnya pada pekerja bernama Ridzman yang kebetulan lalu berhampiran dengannya.
"Tak nampak la pula. Kenapa bossku Ashifa yang cantik? Tanya Ridzman. Siap puji lagi.
"Tak perlu la awak nak puji bagai." ujar Ashifa sambil tersenyum nipis. "Benda sungguh boss." balas Rid. "Ye la tu... Kalau awak nampak dia nanti, beritahu dia yang saya nak jumpa." pinta Ashifa.
"Okay. Arahan diterima boss." ujar Rid seakan menerima arahan dari komander 😂😂😂. Ashifa tergeleng-geleng melihat telatah pekerjanya.
Lalu Ashifa melangkahkan kakinya masuk ke pejabatnya. Sebaik dia masuk, dia terus duduk di kerusi empuk dan melepaskan lelah. Kemudian Ashifa mengambil fail yang terdapat di atas meja untuk menyemak.
Di luar pejabat Ashifa.
"Nur... Nur tadi boss cari kau." Ridzman memberitahu Nur yang baru masuk butik itu.
"Kenapa boss cari?" soal Nur. "Entah la. Kau pergi la jumpa boss tu. Nanti marah pula." halau Rid. "Okay." balasnya.
"Asal boss cari aku?" Desis hati Nur. Bergegas si Nur ke pejabat bossnya.
Tuk..Tuk.. Tuk..
"Ya masuk.."
"Assalamualaikum boss. Ada apa boss cari saya?" Nur bertanya. "Waalaikumsalam. Ha Nur... Ni ada satu fail untuk program amal yang akan diadakan pada hujung bulan ni. Saya nak kamu dengan staf-staf bahagian kamu, handle program tersebut." Ashifa menyerahkan fail yang disemaknya tadi kepada Nur.
"Okay boss. Dan satu lagi sebelum saya lupa, ada beberapa buah company yang akan sertai kita dalam program tersebut. Nanti kamu confirmkan penyertaan mereka sebelum minggu depan." pintanya lagi.
"Okay boss, nanti kalau ada apa-apa yang saya tak beberapa pasti, saya tanya boss. Kalau tak ada apa-apa lagi saya keluar dulu, ya boss." ujar Nur. "Okay."
Lalu Nur meninggalkan pejabat bossnya.
Selepas Ashifa selesai berbincang dengan Nur mengenai program amal tersebut, dia pantas mencapai handphone kesayangannya itu untuk menghubungi seseorang.
"Hello, Assalamualaikum Danial. You free tak malam ni? I ada hal nak cakap sikit dengan you nanti. Okay. Nanti kita jumpa dekat tempat biasa. Okay. Waalaikumsalam." ujar Ashifa.
Skip...
"Aduh... Dah kenapa lambat sangat dia ni. Kata dah nak sampai." Ashifa merungut .
"Kreeekk." kedengaran kerusi si hadapannya ditarik.
"Sorry I'm late. I ada hal sikit." ujar Danial. "Ye la tu." Perli Ashifa.
"So, kenapa you nak jumpa I sangat ni?" Danial menyoal.
"Sebenarnya, I nak jemput you pergi event kemasyarakatan yang I anjurkan nanti. So, nanti you ajak la sekali you punya budak-budak office." beritahu Ashifa.
"Okay. Event tu bila?" soal Danial. "Lagi sebulan." ujar Ashifa sambil tersenyum.
"Okay set.. Dari tadi kita sembang pasal event tu, you tak nak order apa-apa ke? Alang-alang dah masuk time lunch ni." Soal Danial.
"Oh.. Terlupa pula I. Sibuk sangat dengan persiapan event tu. Lagipun betul jugak apa yang you cakap tu." ujar Ashifa.
Skip..
Usai makan, Ashifa dan Danial berjalan-jalan sekitar tempat mereka makan tadi.
Tiba-tiba, telefon milik Danial berdering. Lalu, Danial menjauhkan diri daripada Ashifa untuk menjawab panggilan tersebut.
Ashifa hanya memerhatikan Danial. Tidak lama kemudian Danial kembali kepada Ashifa. "Siapa yang call you tu?" Tanya Ashifa.
"PA I call beritahu I yang I meeting nanti. So, I need to go. Nanti kalau ada masa, kita jumpa lagi." ucap Danial. "Okay. Lagipun I pun ada hal yang nak kena settle."
"Okay. Bye. See you later sweety princess." Danial melangkah meninggalkan Ashifa. "Ada-ada je Danial ni. Now, aku nak kena cari barang yang boleh didermakan untuk program amal tu."
Lalu Ashifa berjalan sambil memandang butik-butik yang ada di sepanjang jalan.
Dalam keasyikan memerhati butik-butik di situ. Tiba-tiba, dia terlanggar seseorang. Dia berasa diri dia tidak seimbang. Kebetulan dia memakai kasut tumit tinggi lalu memejamkan mata.
"Aduh. Sakitnya belakang aku." Nasrul merungut. Lalu dia memusingkan badannya dan menyambut tubuh perempuan yang melanggarnya yang kelihatan hendak terjatuh.
"Fuhhhh.. Nasib baik perempuan ni tak terjatuh." ujarnya perlahan.
"Aik.... Asal aku rasa macam ada orang sambut aku??" Desis hati Ashifa.
Lalu dia terus membuka mata. Lalu terus membetulkan kedudukan dia. Begitu juga Mamat tu.
"Cik tak apa-apa?" soal lelaki itu. "Saya okay." balasnya tanpa memandang mamat tu.
"Suara Mamat ni macam aku kenal ja." Desis hati Ashifa lagi.
Lalu dia memandang wajah Mamat tu. Alangkah terkejutnya dia melihat wajah tersebut.
"Nasrul." ucapnya perlahan.
Wajah yang dirinduinya sejak sekian lama.
"Tetapi adakah ini dia? Kenapa dia tak cam muka aku? Dia tak ingat aku dah ka?" Sayu hati Ashifa.
"Nama cik?" Tersentak Ashifa dengan pertanyaan mamat tu. "Panggil saya Nurul je." "Okay.. Nama saya Nasrul Amri. Cik boleh panggil saya Amri." ujar lelaki itu. "Okay... Sorry sebab saya langgar awak tadi."pinta Ashifa. "Ehhh. Tak tak.. Sepatutnya saya yang patut minta maaf dekat awak." ujar Amri.
"Saya tak sepatutnya berhenti mengejut tadi." "Tak saya yang patut minta maaf sebab saya main fon sambil jalan. Sorry." Pinta Ashifa bersungguh-sungguh. "It's sokay." ujar Amri.
"So sebagai tanda minta maaf, saya belanja awak dinner malam ni, boleh?" cadang Ashifa. "Seriously? Dinner dengan awak?" soal Amri untuk mendapatkan kepastian. "Betul la awak. Pleasee." Pujuk Ashifa.
"Ok." Hanya perkataan itu yang meluncur dari mulut Amri.
"Okay la awak, saya ada hal lepas ni. So, see you tonight 9 pm here. Okay." ujarnya sambil tersenyum manis. "See you later." Balas Amri.
Lalu Ashifa melangkah meninggalkan Amri keseorangan. Kemudian Amri pun meninggalkan tempat tersebut.
Skip...
Kereta milik Amri memasuki kawasan perkarangan sebuah banglo yang besar. Di situlah Amri tinggal setelah dia pulang dari oversea.
"Amri, kamu baru balik?" Tanya Datuk Ibrahim a.k.a Papa Amri sebaik Amri memasuki banglo tersebut. "Ye papa." Balas Amri acu tak acu. "Kamu dari mana?" soal papanya lagi. "Keluar jalan-jalan. Boring pa. Dok rumah ja tak buat apa-apa pun." Rungut Nasrul Amri sambil melangkah.
"Nanti dulu."
Baru sahaja dia menjejak kaki pada anak tangga pertama, papanya menahan.
"Apa lagi pa? Amri penat la." Dia mengeluh kasar.
"Papa dah buat keputusan. Mulai esok, kamu masuk office. Papa nak kamu tahu selok-belok syarikat." Ujar Datuk Ibrahim tegas.
"Tapi pa.. " Belum sempat dia membalas, papanya memotong kata-katanya.
"Tak ada tapi-tapi. Muktamat. Nanti papa nak kenalkan kamu dengan semua staf dekat syarikat." Tegas beliau.
"Okay fine. Kali ni ja Amri ikut cakap papa. Lepas ni jangan harap Amri akan ikut cakap papa lagi." Marah Amri lalu melangkah menuju le biliknya.
Skip
Selesai Amri mandi dan menunaikan tanggungjawab sebagai seorang hamba, dia melangkahkan kakinya ke koridor di luar biliknya.
Angin malam yang sejuk menyapa pipinya.
"Alangkah semua ini boleh dibaiki seperti dulu semula." Luahnya perlahan.
Dia teringat akan peristiwa siang tadi di shopping mall di mana dia bertembung dengan seorang perempuan yang dia rasa seperti dia kenal... Tetapi dia tidak dapat mengingati perempuan itu. Siapa dia?
Flashback
Semasa telefon bimbitnya berbunyi, dia memberhentikan langkahnya untuk menjawab panggilan tersebut tiba-tiba dia dilanggar seseorang.
"Aduh, sakitnya belakang aku." dia merungut.
Lalu dia memusingkan badannya dan menyambut tubuh seorang perempuan yang melanggarnya itu kelihatan hendak terjatuh.
"Fuhhhh.. Nasib baik perempuan ni tak terjatuh."
"Cik okay?" "Saya okay." "Nama cik?" "Panggil saya Nurul je." "Okay.. Nama saya Nasrul Amri. Cik boleh panggil saya Amri."
"Okay... Sorry sebab saya langgar awak tadi." "Sepatutnya saya yang patut minta maaf dekat awak."
"Saya tak sepatutnya berhenti mengejut tadi." "Tak saya yang patut minta maaf sebab saya main fon sambil jalan. Sorry." "It's sokay."
End Flashback
Dia tersenyum seorang diri mengenangkan peristiwa itu disapa oleh Datin Maria.
"Amboi.. Anak mama sorang ni, tersenyum-senyum. Ade apa-apa ke tu?" Datin Maria menyakat anaknya itu. Amri tersentak.
"Ehh. Tak ada apa-apa pun, mama." balas Amri.
"Okay la kalau tak mahu cerita. Mama masuk dulu. Nanti kamu lapar kamu pergi dapur. Mama masak makanan kegemaran Amri." ujar Datin Maria sambil mengusap kepala anaknya itu.
Lalu Datin Maria meninggalkan Amri di situ.
"Tapi kenapa muka dia tu macam aku kenal? Macam rapat sangat dengan aku."
Dia cuba mengingati siapa perempuan itu. Tiba-tiba, sakit di kepalanya datang kembali.
"Aduh... Kenapa mesti benda ni jadi lagi?" Rungutnya. Lalu dia masuk ke bilik semula dan berbaring bagi menghilangkan sakit di kepalanya itu. Dan dia terlena.
Sementara itu,
Setibanya Ashifa di rumah, dia terus melangkahkan kakinya ke bilik untuk mandi dan solat. Kemudian Ashifa keluar rumah menuju ke taman yang dibina oleh Along untuknya menenangkan fikiran.
Fikiran melayang mengenangkan kejadian tadi.
"Ya Allah... Kenapa muka dia nak sama dengan Nasrul... Ya Allah, adakah Nasrul Amri itu adalah Nasrul yang aku kenal dulu... Tanpa disedari air matanya jatuh membasahi pipi. Ya Allah kalau betul la itu dia.. Dekatkan aku dengan dia. Aku rindu dia, Ya Allah." Desis hatinya.
Dia tersentak apabila dia merasakan ada tangan yang menyentuh bahunya. Lalu dia tergesa-gesa mengesat air mata.
"Angah, kenapa ni?" Tanya abang Adam kerana hairan melihat adiknya senyap sejak balik tadi.
"Cuba Angah cerita dekat along. Mana tahu along boleh tolong." Pujuk Adam. "Tak ada pa pun." Balas Ashifa sambil tersenyum palsu.
"Betul ni?" Ashifa mengangguk. "Okay la kalau macam tu. Kalau ada apa-apa, bagitau ja along." Pesan Adam.
"Okay. Angah nak naik dulu nanti nak keluar pulak." Lalu Ashifa melangkah meninggalkan abang Adam keseorangan di taman.
"Adik aku nak keluar dengan sapa?" Adam tertanya-tanya. "Jarang adik aku ni keluar time malam sejak Nasrul tak ada ni. Aku mesti siasat ni." Ujarnya sendirian.
*sapa tak sayang adik. Lalu dia pun bergegas memasuki rumah.
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro