Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 6

Nasrul cuba membuka matanya perlahan-lahan dan kelihatan cahaya putih yang mula menusuk masuk ke matanya. Lama kelamaan, penglihatan dia semakin jelas. Abang Rul yang sedang tidur tersedar apabila berasa tangan Nasrul mulai bergerak-gerak.

Cepat-cepat dia menggosok matanya. "Alhamdulillah, adik abang dah sedar." ucap syukur Kamarul.

"Kejap ye dik. Abang pergi panggil doktor." ujar Kamarul gembira. Nasrul hanya memerhati pemergian abangnya.

Sementara doktor memeriksa Nasrul, Abang Rul menelefon mama dan papanya untuk memberitahu yang Nasrul sudah sedar.

"Eerrr... Abang, Ashifa mana?" Soalan itu terus terpacul dari bibir Nasrul. Nasrul menanti jawapan dari abangnya. "Ashifa... Dia..." Kamarul sengaja bermain-main dengan adiknya.

"Abang... Jawab la. Shifa macam mana?" tanya Nasrul dengan nada marah. Kamarul tersenyum melihat gelagat adiknya.

"Jangan risau la. Ashifa ada dekat bilik sebelah. Adik nak pergi tengok dia ke?" "Hem... Nas nak pergi tengok dia." Kata Nasrul lemah.

Lalu dia turun dari katilnya. Namun, dia hampir terjatuh kerana sakit yang perit. Nasib baik abangnya sempat memautnya.

"Aduh.. sakitnya." Nasrul mengaduh sakit. "Degil betul la adik abang ni. Nanti luka balik tempat sakit tu macam mana?" Kamarul merungut.

"Luka? Luka sebab apa?" Desis hati Nasrul. Cepat-cepat dia membuka baju hospital untuk melihat bahagian yang sakit.

"Dada aku cedera?" Nasrul terkejut melihat kawasan cedera itu.

"Apa yang jadi ni abang?" Nasrul bingung. "Sebenarnya, adik terkena tembakan semasa nak selamatkan Ashifa hari tu. Adik koma 3 hari." terang Kamarul.

"Abang, Ashifa okey tak?" tanya Nasrul cemas. "Ashifa okey. Tapi dia belum sedarkan diri. Dia kehilangan banyak darah."ujar Kamarul lagi.

Tanpa dia sedari, air matanya membasahi pipi dengan lajunya. "Dah la adik. Jangan nak menangis. Dia selamat."

Terus Nasrul mengesat air matanya. "Betul ni?"tanya Nasrul yang masih ragu-ragu. "Ye.. Jom abang bawa adik jumpa kesayangan adik tu." ujar Kamarul sambil tersenyum makna.

"Eeerrr. Kesayangan adik?" Tanya Nasrul pelik. "Ye la. Kan haritu adik mengaku yang adik sayang dan cintakan Ashifa." sakat Kamarul. "Ye ke??"

"Aduhhh... Malunya aku... Abang dah tahu..." desis hatinya.

"Hahaha. Alololo. Buat lupa pulak adik abang sorang ni." sakatnya lagi. " Dah la abang Rul ni. Cepat la bawa." ujar Nasrul yang sudah duduk atas kerusi roda.

"Ish tak sabar-sabar nak jumpa buah hati." rungut Kamarul. "Bakal adik ipar abang jugak." Nasrul tersengih.

Abang Rul menyorong Nasrul ke bilik di mana Ashifa ditempatkan. Pintu dibuka perlahan. Hati Nasrul sayu melihat sekujur tubuh yang terlantar di atas katil.

"Abang, si Alia dengan si Iqwan macam mana?" "Si iqwan masih diberkas and si Alia dah tak ada." ujar Kamarul.

"Innalillahi wainna ilaihi rajiun. Abang, boleh cerita dekat adik apa yang terjadi selepas adik tak sedarkan diri." pinta Nasrul.

"Ashifa nak pergi dekat adik tapi tak sempat. Ashifa kena tembak dengan Alia dari belakang. Ashifa rebah berhampiran dengan adik."

"Lepas tu si iqwan tu sempat melarikan diri dan tinggalkan si Alia. Si Alia tu tak sempat larikan diri sebab terkena tembakan di bahagian jantungnya." Ujar Kamarul lagi."Oooooo. Macam tu." Nasrul hanya mengoookan sahaja sambil memerhati Ashifa yang masih terlantar.

"Okey la adik, abang nak pergi makan. Ada nak pesan apa-apa tak?" soal Kamarul. "Tak ada rasanya." ujar Nasrul mendatar. Lalu abangnya keluar dari bilik tu. Tinggal la Nasrul dengan Ashifa yang masih koma.

"Assalamualaikum Ashifa. Saya nak minta maaf sebab tak dapat nak selamatkan awak. I'm sorry. Saya berharap sangat awak cepat bangun." ujar Nasrul.

"Awak... Saya tahu, awak dengar apa yang saya cakap. Saya nak dengar suara awak.. Saya rindukan awak.. Sejak first time saya masuk kelas awak. Saya rasa saya dah jatuh sayang dekat awak. Awak.. Bangun la. Tak kesian ke dekat saya. Saya rindu awak." Tanpa dia sedar, air matanya jatuh lagi.

"Waalaikumsalam nas. Saya pun berharap sangat awak dapat selamatkan saya .. Tapi tak kesampaian. Saya pun rindukan awak.. Rupa-rupanya selama ni awak sukakan saya. Saya pun mula sukakan awak sejak pertembungan kita di libary hari tu." Ashifa hanya mampu mendengar dan tidak dapat membalasnya.

Kreakk....

Kedengaran pintu wad ditolak dari luar. Nasrul melihat gerangan yang masuk.

"Assalamualaikum. Eh.. Nasrul. Bila awak sedar?" Tanya Wawa yang terkejut melihat Nasrul duduk di tepi katil Ashifa.

"Waalaikumsalam. Baru ja tadi." Jawabnya lemah. "Rindukan Ashifa ke sedar-sedar terus datang sini?" usik Wawa. Merah muka Nasrul menahan malu disakat Wawa.

"Hemmm.. Memang pun." Abang Rul menyampuk dari belakang. "Astagfirullah al-azim. Terkejut adik. Lain Kali ketuk la pintu tu." Mengurut dadanya yang masih terkejut + pedih.

"Aha... Betul tu.. Kalau ada sakit jantung naya ja kiok dekat sini." Kata Wawa.

Kamarul ketawa tak henti-henti melihat muka terkejut beruk adik dan kawannya. "Dah la.. Abang, adik nak balik bilik nak rehat." pinta Nasrul.

Nasrul mendekati Ashifa. "Kau tunggu aku tau." bisik Nasrul. "Ish budak ni dan lagi.. Kata nak rehat." sindir Kamarul. "Hihihihi. Ye la.. Nak pergi la ni." ujar Nasrul dengan muka cemberut.

Wawa menahan ketawa melihat Nasrul. "Asal kau tahan gelak tu. Kalau nak gelak, gelak je la." ujar Nasrul geram.

Terus hilang rasa Wawa nak gelak tengok muka Nasrul yang serious bebenor. "Tau takut. Kau... Jaga bakal bini aku baik." sinis Nasrul + bangga. "Cehhh.. Aku tau la. Bff aku. Dah la nyah kau." ujar wawa geram.

Kamarul sudah tergeleng-geleng melihat perangai diorang. Tanpa sempat Nasrul membalas kata, Kamarul terus menolak kerusi roda Nasrul keluar dari bilik wad Ashifa.

"Ash.. Tak sangka aku.. Kau tak bertepuk sebelah tangan." Ujar Wawa gembira. "Lepas ni boleh la aku makan nasi minyak." Ujar Wawa sedih.

"Ash... Bila kau nak bangun. Aku rindu kau. Mas pun rindu kau. Nasrul rindu kau. Mak dengan yang lain pun rindu kau. Ramai rindu kau." matanya mula bergenang air mata.

"Mas tak dapat datang sebab dia tolong salinkan kita nota. Exam pun dah nk dekat. Cepat tau kau bangun. Kami rindu kau. Bangun tau. Jangan tinggalkan kami." ucap Wawa yang sudah tersendu menangis.

Ashifa yang mendengar Wawa menangis turut menangis. Wawa mengesat air mata Ashifa. "Aku tahu kau pun rindu kami. Bangun tau."


Skip...


Sudah hampir seminggu Nasrul di hospital, tetapi Ashifa masih juga tidak sedarkan diri.

Nasrul pun dah dibenarkan pulang ke rumahnya. Tapi Nasrul rasa tidak mahu pulang ke rumahnya dengan alasan dia akan merindukan Ashifa yang tinggal sendirian nanti di hospital.

Sebelum dia pulang, dia melangkahkan kakinya ke arah bilik Ashifa.

Dia menolak pintu bilik tersebut dengan perlahan. Lalu dia melangkah ke arah Ashifa.

" Assalamualaikum Ashifa. Hari ni saya dah boleh pulang ke rumah." Beritahu Nasrul sayu. "Ashifa.. Saya harap awak cepat sedar dari tidur yang panjang. Sa..saya akan rin... rindukan awak." Air mata Nasrul mulai membasahi pipinya.

Tanpa disedarinya, titisan air mata jatuh menitis di tangan Ashifa. Keadaan mereka agak rapat ketika itu.

Tiba-tiba, jari Ashifa bergerak perlahan. Nasrul terkejut dengan tindakan tersebut.

"Awak... Dah sedar. Alhamdulillah.. Terima kasih ya Allah... Ashifa dah sedar." Syukur Nasrul panjatkan kepada Allah.

"Awak..."

Pedihnya mata Ashifa apabila cahaya mula memasuki matanya. Dia melihat seakan ada bayang seseorang berhampirannya. Penglihatannya semakin lama semakin jelas. Dia melihat Nasrul yang berada di sisinya dengan keadaan tersenyum.

Ashifa melihat di mata Nasrul ada beberapa titisan air mata.

"Dia menangis ke?" desis hati Ashifa.

Dia rindu dengan wajah orang yang dia sayangi. Orang yang selalu menemaninya.

"Saya dekat mana ni?" Tanya Ashifa perlahan. "Awak berada di hospital." ujar Nasrul sambil tersenyum. Kejap ye, Awak tunggu sini ya. Nak panggilkan doktor." pinta Nasrul. Ashifa senyum lemah.

Tidak lama kemudian, Nasrul kembali bersama-sama doktor.

Sementara menunggu doktor memeriksa keadaan Ashifa. Nasrul terus menelefon ahli keluarga Ashifa dan keluarganya.

Kelihatan doktor keluar dari bilik Ashifa, Nasrul terus melangkahkan kakinya.

"Doktor macam mana keadaan Ashifa?" Risau dia kalau ada apa-apa yang tak kena dekat Ashifa. "Pesakit sekarang sudah stabil. Cuma pesakit perlukan rehat yang mencukupi." terang Doktor Saleha. "Alhamdulillah. Thanks doktor." ucap Nasrul. "Kalau tak ada apa-apa saya minta diri dulu." "Ya baiklah. Terima kasih doktor." ucapnya sekali lagi sambil tersenyum gembira.

Setelah selesai berbual-bual dengan doktor, Nasrul masuk semula ke dalam bilik Ashifa. Dia duduk berhampiran dengan Ashifa. Ashifa baru sahaja diberikan ubat untuk dia berehat.

Nasrul memandang Ashifa yang sedang nyenyak tidur.

"Cantik dan ayu." Getus hati Nasrul..

Tiba-tiba, pintu bilik Ashifa ditolak dari luar dengan perlahan. "Ehemm.. Khusyuknya dia tengok." Sapa Abang Adam dari belakang.

"Astaghfirullah, terkejut Nas la, abang Adam ni.." Akibat terdengar Nasrul terkejut disapa oleh Abang Adam, Ashifa terjaga dari tidurnya.

"Eehh.. Abang, Nasrul.. Ada dekat sini." Tegur Ashifa lemah. "Minta maaf adik, abang dengan Nasrul tak ada niat nak kacau adik tidur."

"Tak apa la along. Along tolong adik sat, nak bangun ni. Lengah belakang." pinta Ashifa. "Alololo kesian dia."

Lalu abangnya melangkah ke arahnya untuk membantunya duduk. "Aduh Sakitnya.." Ashifa mengaduh. "Slow-slow la.. Luka kat belakang tak sembuh lagi tu." ujar Abang Adam.

"Luka dekat belakang? Bukan adik cedera dekat paha sahaja?" Tanya Ashifa yang kebingungan. "Adik tak ingat apa-apa pasal kejadian tu?" Abang Adam tanya. "Yang adik ingat.. adik nampak Nasrul jatuh terbaring terkena tembakan, lepas tu tak ingat dah." ujar Ashifa polos.

"Ooooo. Kalau awak nak tahu, awak kena tembak dengan alia masa awak nak datang dekat saya." Nasrul yang dari tadi senyap bersuara. "Ooooo..."

"Habis tu alia dengan Iqwan macam mana?" soal Ashifa. "Eerrr Iqwan masih diberkas dan Alia sudah tak ada."

Ashifa senyap setalah mendapat tahu alia sudah tak ada.

Innalillahi wainna ilaihi raji'un. Kesian dekat Alia, dia tak sempat nak ambil exam dengan kita nanti. Sebak hati Ashifa.

"Sudahlah benda dah nak jadi.. Sekarang ni, kita kena teruskan kehidupan kita." Nasrul cuba memujuk Ashifa.

"Baiklah.." Kata Ashifa.

Tok... Tok... Tok...

Kelihatan abang Kamarul memasuki bilik Ashifa. "Bertuah punya adik. Kita tunggu dia dekat bilik dia. Boleh pula dia tengok buah hati dia dekat sini." sinis Kamarul. "Sorry.. Okey la awak, saya nak kena balik dulu. Esok saya datang sini lepas balik sekolah." ujar Nasrul. "Okey." balasnya.

Nasrul senyum kepada Ashifa.

"Alahaiii.. Muka dia. My charming." Desis hati Ashifa.

"Abang Adam, Nas dengan abang Rul balik dulu ya. Assalamualaikum." ujar Nasrul mengalami Adam dan melangkah kakinya keluar dari bilik Ashifa. "Waalaikumsalam." balas Ashifa dan Adam.

Setelah menghantar diorang keluar dari bilik, Ashifa kembali senyap.

"Angah.. Kenapa ni? Tadi okay je along tengok." tegur Adam. "Tak ada apa la along. Angah letih." balasnya dengan senyum nipis. "Ye la tu.. Ke dah rindu Nasrul? Usik Adam.

"Ish along ni? Mana ada? Dah la baik angah tidur." terus Ashifa menarik kain menutup mukanya yang sudah merah sebab malu.

"Ye la tu... " ujar Adam ambil ketawa kecil.

Tbc

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro