Bab 23
Usai makan...
"Ha.. Kau nak bagitahu aku pasal apa?" Tanya Nasrul tiba-tiba. "Okay macam ni... Sebenarnya..."
"Sebenarnya apa?" Tanya Nasrul.
"Sebenarnya... Sebenarnya..." terketar-ketar Danial hendak beritahu.
Geramnya aku dengan Mamat ni 😤
"Pap.. " Nasrul menghentak meja dengan kuat kerana geram dengan Danial.
"Sebenarnya Iqwan ada rancang nak bunuh kau dengan Ashifa." Terpacul juga ayat yang ingin diberitahunya akibat terkejut dengan hentakan tapak tangan Nasrul pada meja.
"What?? Nak bunuh aku dengan Ashifa?? Kau tahu dari mana semua ni?" Soal Nasrul terkejut dengan apa yang didengarinya itu.
"Aku kawan baik dia dan merangkap sepupu dia. Semua benda yang dia rancang semua aku tahu."
Danial menundukkan kepala. Tidak berani bertentang mata dengan Nasrul yang tajam seperti hendak menerkam mangsa.
"Jadi.. Kau dah tahu apa yang terjadi antara kami?" soalnya lagi untuk kepastian.
"Ya.. Aku tahu. Sebab tu kalau boleh aku nak tolong korang." Kata Danial.
"Lagipun... Aku dah tak sanggup tengok perangai psiko dia tu. Siap dengan aku sekali kena ugut kalau pecahkan rahsia ni. Sekarang ni pun.. Aku rasa dia ada dekat-dekat sini." ujar Danial perlahan.
"Iqwan tu selalu perhatikan aku dari jauh.. Dia jugalah yang suruh aku berkawan dengan Ashifa supaya dia dapat jalankan rancangan dia." terangnya lagi.
"Okay.." Hanya itu sahaja yang keluar dari mulut Nasrul.
"So apa kita nak buat sekarang ni?" Danial bertanya lagi.
"Aku ada rancangan.. Tapi memandangkan kau pun dalam pemerhatian dia. Aku nak kau ikut ke tempat aku. Dekat sana kau akan selamat." ujar Nasrul Serious.
"Thanks sebab sudi tolong aku."
Hem... Kau tunggu la nanti. Aku tak akan biarkan kau cederakan orang yang aku sayang.. We will see who will win this game. Nasrul tersenyum sinis.
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Keesokan harinya....
Ashifa menyarungkan baju yang telah ditempah. Dia memandang dirinya di sebalik cermin.
"Biar betul ni aku? Dah lama aku tak pakai baju macam ni. Cantik pula tu. Apa la pandangan dia kalau tengok aku. Sudah Agak lama juga aku tak berjumpa dia. Dia sihat ke tak?"
"Ash.. Kau dah siap ke belum?Lamanya kau bersiap." Tanya Mas dari luar bilik. "Tunggu sat. Aku nak turun la ni."
Dia memandang sekali lagi.
"Okay... Siap." Dia mencapai handbagnya dan berlalu keluar dari bilik.
"Cantiknya kau beb... Mengalahkan orang yang nak kahwin." Kata Mas sambil tersengih. "Biasa je la.. Mas... Wawa mana? Dia tak datang lagi ke?" "Sat lagi sampai la tu."
Pin..... Pin....
"Ha... Sampai pun.. Dah jom." Mereka berdua melangkah ke muka pintu.
Sebaik sahaja ashifa membuka pintu. Alangkah terkejutnya dia.
Nasrul berdiri di hadapan muka pintu memerhati dirinya sambil tersenyum lebar.
Jantungnya berdegup kencang melihat senyuman itu.. Dia agak rindu senyuman itu.. Termasuklah orangnya.
Handsomenya..
Nasrul POV
"huhuhu.... Tak sabarnya nak jumpa buah hati aku yang seorang tu... Dah lama tak jumpa dia.. Apa la agak-agaknya reaksi dia dapat tahu nanti."
"Okay... Let's go..."
Skip....
"Hemm... Ehh... Tu bukan kereta wawa ke?"
Kemudiannya, dia memberhentikan keretanya di hadapan kereta wawa.
Sebaik sahaja dia keluar dari kereta. Wawa pun keluar. "Ehhh Nas. Kau buat apa dekat sini?" soal Wawa.
"Ada la...." Hanya itu yang dijawabnya.
"Kau nak ambil Ashifa la tu.. Betul tak?"tebak Wawa.
"Aduhh kau ni.. Ye la.. Memang aku nak ambil dia." Jujur Nasrul.
"Ha... Wa. Ni aku nak minta tolong sikit boleh tak?" pinta Nasrul.
"Tolong apa?" soal Wawa.
"Macam ni... Aku nak buat suprise dekat dia.. Dah lamakan aku tak jumpa dia.. So. Paham-paham je la.." Terang Nasrul.
"Okay... So.. Apa plan kau?" ujar Wawa yang sedikit teruja dengan dengan SUPRISE Nasrul tu.
"Nanti bagi aku masuk dulu biar aku berdiri dekat depan pintu tu. Lepas tu baru kau bunyikan hon kereta kau. Lepas tu..."
"Okay. Kau tak payah cerita dah dekat aku. Yang tu serahkan saja pada aku." Wawa memotong cakap Nasrul.
"Okay. Ingatkan kau tak dapat nak pickup apa yang aku cakap." slamber je Nasrul bercakap. Wawa memberi jelingan tajam.
"No hal la.. Dah kau pergi masuk." Kata wawa sambil menunjukkan 👍👍 dekat Nasrul. Nasrul pun berlalu.
Dia melambaikan tangan kepada wawa setibanya dia di muka pintu.
"Okay. Ready.."
Pin.... Pin...
Krek..
Kedengaran bunyi pintu dibuka dari dalam.
Terserlah muka Ashifa di muka pintu. Dia melihat Ashifa yang berdiri kaku dengan wajahnya yang terkejut melihat diri aku berada di hadapan pintu rumah.
Nasrul memandang Ashifa dengan pakaian yang sangat cantik di matanya.
Cantik...
Hanya itu yang mampu diungkapkan di dalam hatinya.
End Pov
"Aw...akk... Buat apa dekat sini?" Tanya Ashifa untuk menghilangkan rasa gugup di hatinya.
"Saja... Nak tengok buah hati." Katanya sambil mengenyitkan mata.
Ya Allah... Aku rasa nak pengsan la pulak...
"Awak... Ashifa..." Nasrul melambai tangan di muka Ashifa.
"Ha?? Kenapa?" Ashifa gelabah lalu menundukkan mukanya yang sudah merah macam tomato.
"Awak tenung muka saya macam nak makan dah kenapa? Saya tahu la. Saya ni handsome..." Sempat Nasrul memuji diri sendiri.
"Amboiii puji diri sendiri." Perli Ashifa.
"Ehemm..." Mas cuba menyedarkan mereka yang dirinya masih di situ.
"Ehh.. Hai Mas."
"Hai.."
"Okay la beb. Aku pergi dulu la. Wawa dah tunggu aku dekat luar tu." Kata Mas yang sudah berlalu menuju ke kereta Wawa.
"Ehh.. Habis tu.. Aku nak pergi sana macam mana?" Soal Ashifa tidak puas hati.
"Kau pergi la dengan buah hati kau tu." Jerit wawa yang ada di kereta lalu masuk ke tempat memandunya.
"Bertuah punya member". Kata Ashifa perlahan.
Nasrul hanya tersenyum melihat kecomelan Ashifa membebel dekat kawan baiknya itu.
"So.. Jom kita pergi. Awak pergi la dekat kereta dulu.Saya nak kunci pintu rumah." ujar Ashifa.
"Okay sayang..." Kata Nasrul sambil tersenyum.
Ya Allah... Dia panggil aku sayang. Dah lama tak dengar. Kuatkanlah imanku.
Kalut-kalut Ashifa mengunci pintu.
Skip......
Kedengaran muzik di radio.
Mereka tidak tahu hendak berbual apa-apa.
Ashifa memandang keluar tingkap kereta.. Nasrul pula khusyuk memandu.
Ashifa pov
"Aduhaiii... Boringnya dalam kereta ni.. Nak tegur pun.. Tak ada idea.."
Nasrul pov
"Senyap je sayang aku sorang ni. Nak tegur ke tidak? Tegur je la."
"Awak.."
"Awak.."
Kata mereka berdua serentak.
"Awak cakap ja dulu.." Kata Nasrul.
Awak je la dulu." Kata Ashifa.
"Kenapa awa.."
Bibbb.. Bibb... Bibb...
Kedengaran handphone milik Ashifa berbunyi.
~mira~
"Eerrr... Wak. Saya nak jawab call ni." Pinta Ashifa.
"Okay..."
"Hello??? Kenapa call aku?" Kata Ashifa dingin.
............
"Okay... Kau prepare apa yang patut. Termasuk yang aku punya sekali. Apa-apa hal. Kau bagitahu aku. Bye." Ashifa menamatkan panggilan.
Sebaik saja Ashifa menamatkan panggilan tersebut. Handphone milik Nasrul berbunyi pula. Nasrul mengambilnya dan melihat nama pemanggil.
~Mir~
"Awak angkat la." ujar Ashifa.
Nasrul memberhentikan keretanya di bahu jalan.
"Awak.. Saya keluar sekejap nak jawab panggilan ni."
"Okay awak.."
"Hello Amir. Ada apa kau call aku?"
Aku baru dapat info pasal Iqwan tu. Dia sudah mula bertindak.. Anak buah kita dah kena hentam. Sekarang dia dah tahu yang Ashifa ada dengan kau. Dan dia juga tahu kau nak pergi mana.
"Si*l betul la Mamat ni. Aku nak kau get ready.. Make sure tak ada seorang pun yang careless pasal ni. Aku nak si iqwan tu.. Ada depan mata aku hidup-hidup. Aku cau dulu."
"Bangs*t punya setan. Kau tunggu. Kau belum kenal siapa aku." Nasrul tersenyum sinis.
Lalu dia bergegas masuk ke dalam kereta.
"Awak bercakap dengan siapa tadi? Macam marah-marah je." "Eerr. Cakap dengan kawan."
"Ooooo..."
Flashback 5 minit yang lalu.
Setelah Nasrul keluar dari kereta.. Ashifa membuka sedikit cermin kereta untuk mendengar apa-apa info yang boleh dia dengar.
"Hello Amir... Ada apa kau call aku?"
"......."
" Si*l betul la Mamat ni. Aku nak kau get ready.. Make sure tak ada seorang pun yang careless pasal ni. Aku nak si iqwan tu.. Ada depan mata aku hidup-hidup. Aku cau dulu." Ujar Nasrul yang kelihatan menahan marah.
Nasrul ni tidak sedar yang Ashifa juga tumpang dengar apa yang dia cakap.. Terlupa tutup pembesar suara la tu...
Ashifa tersenyum.. "Tq awak... Aku dah dapat apa yang aku nak..."
Ashifa menaipkan sesuatu kepada Mira...
Send >
Settle. Now.. Game on...
Ashifa merapatkan semula cermin kereta sebaik sahaja Nasrul menamatkan panggilan telefon.
************************************
Hai semua... Sis minta maaf sbb lama sgt x update story ni.. Sis tak sempat nak typing... Ni kira bernasib baik dapat update... Apa-apa pun.. Sis cuba juga update story ni... Harap readers stay lagi dengan story ni.. Sebab story ni dah nak habis dh.. Tinggai beberapa bab je la gi. Sabar ye readers...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro