Bab 2
Kelas 5 Kreatif...
Keadaan di dalam kelas 5 kreatif agak riuh, maklumlah ada banyak benda yang diceritakan pasal cuti panjang haritu...
"Yahoo. Wawa, Ash. Jom kita duduk depan." Mas mengajak.
Elok sahaja mereka duduk dekat depan, ada geng budak-budak bajet cantik berdiri depan mereka bertiga.
"Ish.. Dah kenapa minah ni. Nak cari pasal ke? Suka sangat dok nak cari pasal dengan kami." ujar Wawa perlahan.
"Ehem.." Minah tu tegur. Mereka buat tak tahu je.
"Woii pekak ke ha?" Marah ketua geng Minah bajet cantik. Ramai budak dalam kelas tu melihat ke arah mereka.
"Apa woii-woii, tak tahu panggil nama ka ha?" Wawa bangun menegur Alia and the geng.
"Kau dengar sini ehh Alia. Kau ingat kau tu cantik sangat. Dah la tak tahu hormat orang lain. Mai la dekat kalau nak tempat ni."Wawa pakai lepas cakap ja.
"Hey minah tom. Kau ingat aku takut dengan kau. Tak padan dengan gemuk. Dah pi blah dari meja ni. Ni tempat aku." ujar Alia dengan sindiran.
"Ishh kau ni memang..."
"Dah-dah la.. Lantak la kat dia.. Jom duduk dekat tepi tingkap." Tak sempat Wawa habis cakap, Ashifa memotong.
"Nasib baik ada Ash ni. Kalau tak, muka kau dah kena dengan aku." Ujar Wawa yang masih geram dengan perangai Alia.
Ashifa dan yang lain pergi ke tempat yang masih kosong.
Mas dengan Wawa duduk di bahagian tingkap manakala Ashifa duduk di bahagian belakang kelas, dah la kena duduk sorang pulak tu.
*Hem, nasib badan. - Ashifa
Tiba-tiba kelas menjadi senyap. Semua mata tertumpu ke arah pintu kelas. Kelihatan Guru kelas kami, Puan Hani bersama-sama seorang budak lelaki masuk ke dalam kelas.
"Eehh.. Tu bukan budak yang kita nampak tadi kat pejabat??" Tanya Mas. "Ha la.. Budak tadi." Wawa mengiakan apa yang dikatakan oleh Mas.
"Weiii handsomenya budak tu." Kata salah seorang geng minah bajet cantik. "Kau jangan.... Tu aku punya." Kata Alia dengan suara yang perlahan.
"Assalamualaikum cikgu." Ucap ketua tingkatan diikuti pelajar-pelajar yang lain. "Waalaikumsalam pelajar. Hari ni cikgu nak kenalkan kamu pelajar baru."
"Nasrul, kenalkan diri kamu.." "Baiklah cikgu. Nama saya Muhammad Nasrul. Kamu semua boleh panggil saya Nas. Saya baru berpindah ke kampung ini. Saya harap semua sudi berkawan dengan saya. Terima kasih." ucap Nasrul sambil memberikan senyuman yang manis Hai Nasrul.
"Hai Nasrul." Alia menyapa Nasrul dengan suara gediknya sambil melambaikan tangannya. Nasrul tidak membalasnya.
"Sombongnya.. Tak ape.. Aku akan cuba buat kau suka dekat aku. Tengok lah nanti." Desis hati Alia..
"Ashifa... Tepi kamu masih ada kosong lagi kan?" "Ye cikgu. Ada lagi." ujar Ashifa.
"Okey la Nasrul, kamu duduk di sebelah Ashifa. Baiklah cikgu."
" Aduh... Kenapa la budak tu kena duduk sebelah aku. Aku bukan selesa pun lelaki duduk tepi aku." Desis hati Ashifa.
Hati dia menjadi resah sebab belum pernah ada budak lelaki yang duduk di sebelahnya.. Sabar je la...
Selesai ja Nasrul duduk, dia menegur Ashifa. "Hai Ashifa." tegur Nasrul. "Hai." Hanya ayat tu ja yang mampu keluar dari mulut Ashifa.
"Senyap je budak sebelah aku ni. Tak ape. Nanti je la aku tegur kau." Desis hati Nasrul. "Okey pelajar semua buku latihan semalam." arah Puan Hani.
***********************************************************************************************
"Ash, kau dah kenapa? Senyap ja aku tengok dalam kelas tadi." Tegur Mas. "Tak ada apa-apa pun, cuma aku tak selesa la duduk sebelah lelaki." "Oooo ingatkan apa. Pasal tu rupanya." Kata Wawa yang sudah selesai makan.
"Wei, jom teman aku pergi library sat. Aku nak pulangkan semula buku yang aku pinjam hari tu." Kata Wawa. "Okey." Jawab mas dengan Ashifa.
Semasa di libary, Ashifa ada terjumpa sebuah novel yang agak menarik tajuknya semasa dia berada di rak buku untuk mencari buku untuk dipinjam. Kebetulan pula, Nasrul berada berhampiran dengan Ashifa yang hendak mencari buku untuk mengulang kaji pelajaran.
Akibat terlalu khusyuk membaca novel sambil berjalan, Ashifa terlanggar Nasrul lalu mereka berdua terjatuh.
"Aduh.. Sakitnya bahu aku. Dan asal rasa berat semacam je ni." Desis Nasrul.
Dia belum perasan muka orang yang terjatuh diatasnya itu.
" Aduh sakitnya. Aik. Awat rasa lembut semacam ni." Ashifa baru tersedar yang dia terlanggar orang tadi.
Nasrul dan Ashifa terkejut apabila mereka melihat sesama sendiri.
"Awak?" Serentak mereka berkata.
Kelam-kabut mereka bangun membetulkan pakaian mereka akibat terjatuh tadi. Merah muka Ashifa dibuatnya.
"Aduh. Malunya aku."
Skip...
Dah hampir seminggu musim persekolahan bermula...
"Mas.. Wawa.. Korang balik dulu la.. Aku ada training petang ni. Mungkin aku balik lambat. Aku tak mau la nanti susahkan korang tunggu aku lama pulak."
"Okey la kalau macam tu... Assalamualaikum Ash." ujar Wawa. "Waalaikumusalam." Ashifa hanya memandang mereka yang semakin jauh sehingga tidak kelihatan.
Tanpa melengahkan masa, Ashifa terus ke toilet untuk menukar pakaiannya. Petang itu training berjalan seperti biasa.
Sebelum pulang ke rumah, Ashifa ada ternampak seorang budak yang sedang berada di bus stop yang keseorangan.
"Nampak gaya macam Nasrul."
Dia terus mengayuh basikalnya sehingga ke bus stop tersebut.
"Eehh.. Nasrul, tak balik lagi ka?" tanya Ashifa setelah dia memastikan betul atau tidak itu Nasrul.
"Tak balik lagi... Tunggu driver datang." "Ooooo. "
"Dia ni anak orang kaya ka siap berdriver bagai." Desis Ashifa..
"Okey la. Saya balik dulu ya. Assalamualaikum."
" Waalaikumsalam.
Hati-hati naik basikal tu nanti jatuh."
"Awat la lambatnya driver ni. Baik aku balik jalan kaki. Silap hari bulan malam nanti baru driver datang." Nasrul merungut. Dia pun memulakan perjalanan pulang ke rumah.
Dipertengahan jalan, kereta BMW berwarna hitam berhenti berhampiran Nasrul.
"Assalamualaikum tuan muda. Pak Said minta maaf sebab lambat ambil tuan. Tuan Besar ada meeting tadi. Tu yang lambat." "Hem." Nasrul menjawab endah tak endah sahaja.
Setibanya kereta tersebut di perkarangan rumah banglo itu, Nasrul terus membuka pintu kereta tanpa menunggu Pak Said membukakannya. Nasrul terus masuk ke dalam rumah dan menuju ke biliknya dalam keadaan marah...
Tiba di bilik, beg sandangnya dilemparkan di atas katil. Dia tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan oleh papanya. Semua benda yang dilakukan oleh Nasrul ada saja yang tak kena.
Nasrul terus mencapai kain tualanya untuk mandi bagi menyegarkan badannya yang letih seharian di sekolah. Kemudian dia turun ke dapur untuk makan.
"Anak mama nak makan apa-apa tak, kalau nak mama masakkan." Tanya Datin Maria. "Boleh jugak. Nas nak nasi goreng, lapar la." "Kesian anak mama ni, lapar. Tunggu ye mama nak masak."
Nasrul mengambil tempat di meja makan berhampiran dengan ruang masak mamanya. Agak lama keadaan senyap berlaku di antara Nasrul dan Datin Maria.
"Eerrrr Ma.. Abang Rul mana?" soal Nasrul yang memecah kesunyian.
"Abang kamu tu mana balik kerja lagi." "Oooooo. Ma, boleh tak Nas nak motosikal pergi sekolah? Nas tak mahu la menyusahkan Pak Said ambil Nas dekat sekolah." "Tak boleh." Kata mamanya.
"Boleh la mama? Boleh la." Nasrul merayu kepada mama. "Okey la. Lagi pun sekolah bukan jauh mana pun dari rumah."
"Yes. Dapat juga aku meronda satu tempat ni." desis hatinya.
POV Ashifa
"Aduhh... Macam mana ni, nak pergi sekolah esok. Dah la basikal rosak. Tak dapat pi sekolah dengan Wawa dan Mas la jawabnya Kena bagitahu juga ni."
Lalu Ashifa mencapai lenovo kesayangannya itu.
Girls 💕💕
Ash: Assalamualaikum wei... Esok aku pi sk dgn Abg long.
Wawa: waalaikumsalam knp, Ash??
Mas: waalaikumussalam. Ha knp? 😕😕
Ash: Basikal aku pancit time balik tadi... 😥
Mas: oooo. Ingatkan apa tadi.. X pa la kalau mcm tu... Esok aku pi sk dgn Wawa ja...
Wawa: Ok.. Jumpa esok kat sk..
Ash: ok.
Mas: Ok.
Selesai chat dengan Wawa dan Mas. Ashifa turun ke dapur untuk makan malam.
"Ha.. Turun pun. Ingat baru nak pi panggil angah." Kata along. "Hihihihih. Jom makan." Mak irah memanggil mereka.
"Wahhhh. Sedap mak masak malam ni." puji Ashifa. "Macam mana tak sedapnya mak. Dah orang tu lapar. Sempat Adam menyakat adiknya. " Menyampuk je along ni." Ashifa merungut.
Skip...
"Angah. Cepat sikit. Along kena masuk kerja awal ni." Jerit Adam memanggil adiknya dari luar rumah. "Ye. Sabar la sat. Orang nak pakai kasut ni." ujar Ashifa yang kalut menyarung kasut.
"Angah. Ni bekal kamu. Nanti lupa." Kata Mak Irah sambil menghulurkan bekalan makanan. "Terima kasih mak. Shifa pergi dulu ye. Assalamualaikum." Kata Ashifa sambil menyalami ibunya.
"Dah jom along." Mereka pun memasuki kereta.
"Okay.. Kita dah sampai sekolah angah."
"Okay."
Mereka keluar dari kereta. Along melangkah ke arah Ashifa. "Thank you along. Sebab hantar angah." "Tak jadi masalah pun. Kan satu arah juga." Kata Adam sambil menggosok kepala Ashifa.
"Ishhh along ni.. Habis kedut tudung angah." marah Ashifa manja. "Dah tak payah dok nak marah, pergi masuk. Nanti lambat pula masuk perhimpunan." Adam menghalau adiknya.
"Halau nampak. Okay. Angah pergi lu. " ujar Ashifa tidak puas hati.
Ashifa menyalami abang Adam dan berlalu memasuki kawasan sekolah.
Pov Nasrul
Semasa dia menaiki motosikal hendak memasuki kawasan sekolah dia ternampak jauh di hadapannya Ashifa keluar dari sebuah kereta yang agak mewah bersama-sama seorang lelaki.
Terus dia memberhentikan motosikalnya untuk melihat siapa lelaki itu.
"Eehhh siapa lelaki itu?? Siap dok gosok kepala Ashifa."
Apa yang paling mengejutkan dia. Ashifa siap bersalaman dengan lelaki itu. Dia merasakan sakit hati melihat agenda yang berlaku di hadapannya.
"Ehh aku ni jealous ke?? Buat apa aku nak jealous... Aku bukan suka dia pun." Tanpa menghiraukan perasaannya, dia terus menunggang motosikalnya ke dalam kawasan sekolah.
Semasa di dalam kelas.
"Ehh... Mana Mamat sebelah aku ni.. Tak hadir sekolah ke?" Ashifa tertanya-tanya. Walaupun mereka jarang bercakap. Tak pernah lagi Nasrul ponteng.
Tok. Tok.. Tok..
"Bangun semua... Selamat pagi cikgu." Ucap ketua kelas. Diikuti oleh semua pelajar.
"Selamat pagi semua. Kamu semua boleh duduk."
"Before I start teaching.. I have some information for you all." ujar Sir Roslan.
"Apa dia cikgu?" tanya Nia. Semua mata memandang ke arah Sir Roslan dengan penuh minat. *cikgu BI
Tok.. Tok.. Tok..
bbaekhyunotpetai
yyeonxx
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro