Bab 19
Okay... Macam tu la ceritanya.... Kata Adam. So macam mana? Nak cari depa dua? Tanya Wawa. Tapikan sebelum tu, aku ada la call si Nasrul tu. Dia kata dia ada dengan Ashifa dekat pulau pinang. Kata Kamarul.
Ha?? Betul ke ni? Kata Adam dan wawa serentak. Kenapa tak bagitau aku awal.... Adam mengeluh. Hihihihi. Sorry la... Aku baru ingat. Tapikan, korang tak rasa pelik ka kenapa depa dua boleh da dekat sana?
Hemm.... Mereka sedang berfikir. Aku rasa aku tahu dekat mana adik aku ada... Dekat mana? Dah jom... Esok kita bertolak ke sana. Kau biar betul. Esok kita nak pergi sana? Ye la... Okay. Esok aku pergi ambil korang dekat rumah. Naik kereta aku. Kata Adam.
______________________________________
Mana dia ni... Lambatnya... Kata pukul 9... Sekarang dah pukul 9.10... Main game dulu la.. Tiba-tiba bunyi hon kereta kedengaran.... Sampai pun... Cepat-cepat dia angkat begnya keluar dari rumah.
Dia kunci rumahnya siap buh kunci mangga lagi... Kemudian dia pergi ke kereta tersebut. Adam keluar untuk membuka bonet kereta... Tiba-tiba, pandangan mereka berdua bersatu.
Ya Allah... Cantiknya buah hati aku ni... Hihihi. Desis hati Adam. Adam.. Panggil wawa. Tak berhenti melihatnya... Dia membelek-belek pakaiannya. Okay ja. Adammm.. Wawa menjerit. Hahh.. Adam tersedar dari angannya. Malunya aku..
Yang kau tengok aku macam nak makan aku ja... Dah kenapa? Aik.. Sejak bila beraku-aku ni? Adam menyoal. Biar la.. Dah buka bonet ni. Adam pun melangkahkan kaki ke bonet kereta.
Wawa menghulurkan begnya kepada Adam. Aduh... Beratnya beg ni... Awak ni bawa apa berat sangat ni? Baju la... Takkan ketul bata kot. Dah jom.. Kita nak ambil Kamarul. Kata wawa. Adam masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin.
Semasa perjalanan hendak pergi ambil Kamarul, mereka berdua senyap ja. Wawa melihat setiap jalan untuk ke rumah Kamarul. Wawa berasa pelik. Adam... Bukan dah terlepas ka jalan nak pergi rumah abang Kamarul?
Ha.. Ni terlupa nak bagitahu. Kamarul pergi lambat sikit. Sebab mama dia checkout hospital hari ni. Oooooo. Okay.. Ni kiranya kita berdua ja la.. Ye...
Boring la aku... Dah la kena dok dengan dengan dia ni... Dah la tak habis-habis tengok aku. Seram aku. Desis hati Wawa.
Alhamdulillah... Dah nak sampai. Lagi 10 minit lagi sampai la. Kata Adam dengan gembira. Dia melihat wawa yang masih dibuai mimpi.
Syoknya dia tido... Kata Adam dekat orang sebelahnya. Comel nya... Dah la cantik. Adam senyum sorang-sorang.
Wawa... Wawa... Bangun.. Adam memanggil wawa dengan perlahan. Aik.. Tido mati ka pa budak ni? Hemm.. Dia memikirkan macam mana nak gerak budak ni.. Ha... Dapat pun... Dia memberhentikan kereta di tepi jalan.
Dia mengambil tisu dan mainkan tisu tersebut dekat hidung si wawa. Hem.. Jangan kacau la.. Aku mengantuk ni... Kata wawa mamai.. Adam ulang lagi perkara yang sama. Ishh... Perlahan-lahan dia membuka mata.
Kedudukan dia dengan adam Agak rapat. Apa kau nak buat dengan aku ha??? Kata wawa dengan perasaan terkejut.
La... Aku punya la panggil kau suruh bangun... Tak bangun-bangun. Baru ja aku nak. .... Nak apa? Wawa memotong. Tak da apa.
Dah la kita dah nak sampai. Nak singgah mana-mana tak? Tak rasanya. Lalu Adam meneruskan perjalanan.
Tiba ja di hadapan rumah nenek Adam, adam membunyikan hon kereta.
Pin. Pin.
Sapa la pulak yang mai.. Kata Ashifa. Dia menjenguk ke tingkap di ruang tamu. Eh.. Tu kan kereta along. Macam mana dia tau aku ada dekat sini?
Nenek.... Along datang ..... Ashifa menjerit dari atas rumah. Ha... Sat gi nenek pi. Lalu Ashifa keluar tak pakai tudung menuju ke depan rumah.
Adam memberhentikan kereta dan keluar bersama dengan wawa. Sebaik nampak wawa, ashifa berlari ke arah wawa. Wawa... Ashifa.... Masing-masing menjerit dan memeluk antara satu sama lain.
Sampai hati kau... Tinggalkan aku macam tu ja. Alololo... Aku bukan sengaja pun... Sorry... Okay.
Angah... Dah kenapa ni tak pakai tudung?? Adam menegur adiknya.
Kemudian, ashifa segera memegang kepalanya yang tidak bertutup. Ya Allah... Aku tak pakai tudung... Dah jom la masuk... Lalu ashifa berlari masuk rumah. Aku nak ambil beg aku dulu. Kata wawa.
Adam... Buka bonet kereta. Nak ambil beg. Lalu adam pun membuka dan mengeluarkan begnya dan beg wawa. Lalu mereka masuk ke dalam rumah.
Semasa mereka berdua nak masuk mereka tersangkut dekat pintu.... Sebab pakat nak masuk. Ish.. Kau ni.. Bagi aku masuk dulu la... Kata wawa. Tak aku nak masuk dulu... Ishhh... Aku dulu, tak aku dulu....
Ish.. Apa gaduh-gaduh ni . Dah besar pun nak gaduh lagi.... Nenek menegur mereka. Hihihihi.... Dah wawa masuk dulu... Kamu ni pun Ad mengalah la sama dengan perempuan. Ye la nek...
Selesai mereka mengemas, Ashifa dan wawa keluar ke tempat duduk dekat depan rumah... Syoknya kau duduk sini. Lain kali ajak la aku. Aku bukan tak mau ajak... Cuma.... Tak pa. Aku paham...
Apa yang kau paham? Tanya Ashifa pelik. Abang adam dah cerita semua benda dah. Pasal kau dengan Nasrul. Semua benda.. Semua. Okay... Kau kena sabar dengan semua benda ni...
Aku tahu. Tapi kenapa semua ni jadi dekat aku. Kau jangan pulak lupa, ustaz dulukan ada kata Allah takkan uji seseorang itu kalau seseorang itu tak mampu hadapi semua ujian tu.
Aku tahu. Okay la jom aku bawa kau jalan-jalan. Jom.. Aku pun teringin nak tengok kampung kau ni. Bereh dooo...
Assalamualaikum....
Adam... Oooo Adam....
Sapa la yang panggil aku ni. Eh.. Kau rupanya... Ingatkan sapa tadi. Jom naik dulu. Kamarul membawa begnya ke dalam rumah. Eh.. Nek.. Kenalkan ni kawan Adam, Kamarul. Assalamualaikum nenek.
Wa'alaikumussalam. Ni mesti datang dari jauh ni? Ha.. Memang jauh pun. Kata Adam. Hihihihi. Segan pulak saya. Kata kamarul. Kalau macam tu kamu rehatlah dulu. Nenek pergi dapur sat. Baiklah nek.
Senang jugak nak cari rumah ni. Kan aku dah kata. Macam mana plan kau, jadi tak? 50/50. Macam tu pulak. Tak pa nanti aku tolong. Hahahaha... Mereka berdua gelak.
Assalamualaikum... Kata Ashifa dengan wawa serentak. Waalaikumsalam. Ha balik pun.. Ni ha bawa wawa jalan-jalan. Ooooo. Okay la nak masuk bilik dulu. Wawa dan ashifa berlalu.
______________________________________
Selesai makan. Mereka berkumpul di ruang tamu. Memandangkan semua da ada ... Ad rasa nak buat kenduri arwah untuk mak dan atuk. Boleh tak? Boleh ja. Ikut kamu la. Nenek ikut ja.
Semua setuju kecuali Ashifa. Untuk Abah tak buat ka? Adam senyap ja. Begitu juga nenek. Yang tu kita buat lain kali. Suara Adam Agak kasar. Nenek paham apa yang kamu rasa, Ad. Desis hati nenek.
Okay... Adam.. Nanti aku call adik aku dengan family aku yang lain. Okay. Lalu, Kamarul masuk ke bilik yang disediakan untuknya. Manakala Adam pergi ke dapur dengan nenek. Ashifa dan wawa keluar ambil angin malam.
Ash.. Aku pelik la dengan perangai abang kau tu. Sejak kau larikan diri... Dia suka sangat dok cari pasal dengan aku. Wawa mengadu dekat Ashifa. Tah² abang aku suka kat kau pa... Ashifa saja mengusik wawa.
Tak mau aku... Dah la time ambik aku pagi tadi tengok macam nak makan aku ja. Seram aku tau tak... Hahahahaha... Ish kau ni.. Abang aku saja nak usik kau la tu.
Tapikan... Kalau abang aku suka kat kau pun apa salah pun... Kau boleh jadi kakak ipar aku. Hahahahahaha... Kesitu pula dia ni. Kau lupa ka... Dulu kau kata apa?
______________________________________
Flashback
Weiii kau mai sekolah dengan sapa tu? Tanya wawa sambil menunjuk ke arah kereta. Oooo yang tu abang aku la. Oooo. Handsome.. Kata wawa perlahan.
Weiii apa kau kata? Handsome.... OMG... Da yang berkenan kat abang aku... Dapat kakak ipar la aku nanti... Ish kau ni.. Aku puji ja kot... Hahahahahahahaha..
______________________________________
Hahahahahha..... Baru aku ingat.... Aku ada cerita dekat abang aku dulu.. Sorry. What??? Kau ni memang nak kena dengan aku.. Ashifa melarikan diri masuk ke rumah.
Apa lagi, wawa ligan sampai dapat la. Weiii jangan la luku kepala aku. Hahahaha... Cari la pasal lagi.. Okokok... ashifa mengangkat tangan sebagai tanda mengalah.
______________________________________
Hello... Nasrul... Ni abang Rul. Oooo abang Rul.. Kenapa tetiba call adik ni? Ni nak bagitahu mama dah keluar hospital. Nanti Nasrul balik la ye.. Tengok mak... Tengok dulu la.. Jangan la macam ni.. Nasrul tak sayang mama dah ka?
Sayang tu memang sayang. Tapi hati Nas masih sakit. Tak pa la kalau macam tu. Ni nasrul ada dekat pulau pinang lagikan? Ha. Okay kalau macam tu, sabtu ni datang kenduri arwah atuk dan mak abang Adam.
Nanti abang Rul hantar location. Okay.. Nanti ajak sekali tuan rumah yang Nasrul tinggal. Ooo pak cik Amran. Ha.. Okay la.. Abang Rul off lu. Assalamualaikum. Waalaikumsalam.
Hemm... Adakah ini masa yang sesuai untuk beritahu perkara sebenar??? Desis hati Nasrul. Ya Allah, tolonglah aku untuk satukan mereka semula. Amin...
______________________________________
Begitu ramai penduduk kampung yang datang ke kenduri arwah yang diadakan di rumah nenek. Adik mai tolong nenek angkat makanan ni ke depan. Baiklah nenek. Kata ashifa sambil tersenyum.
Cantiknya cucu kau tu imah, dah berpunya ke belum? Tanya nek kiah.
Alhamdulillah... Ikut muka arwah mak dia la. Yang tu kamu kena tanya cucu aku sendiri la.
Ish mana adik aku ni? Tak sampai-sampai lagi ni. Kata kamarul yang tidak tentu arah. Ish kau ni Rul... Ke hulu ke hilir... Pening la kepala aku ni. Adam merungut. Ni ha aku tunggu adik aku. Tak sampai lagi ni. Nanti sampai la tu.
Nasrul.... Kita nak pergi kenduri arwah dekat mana ni? Tanya pak cik Amran. Dekat ja... Tak jauh pun dari sini. Tak apa ka pak cik ikut ni? Tak apa... Pak cik pun kena jemput jugak. Sebab tu Nas bawa pak cik. Oooooo.
Tiba di kawasan sawah padi. Macam kenal ja tempat ni. Kata pak cik Amran perlahan tetapi masih dapat didengari oleh Nasrul. Pak cik kenal tempat ni? Kenal sangat. Ni kampung isteri pak cik.
Tapi... Tak apa la.. Nasrul tersenyum. Tiba sahaja di halaman rumah nenek imah. Nasrul keluar dari kereta. Tetapi pak cik Amran tidak keluar. Ya Allah... Kenapa mesti rumah ni? Ni kan rumah ibu.
Assalamualaikum.... Abang Adam.. Abang Rul.. Nasrul bersalaman dengan mereka. Adam??? Takkan dia anak aku? Desis hati Amran.
Waalaikumsalam... Sampai pun adik kat sini. Ingat dah tak jumpa jalan nak datang sini. Hahahahahahaha...
GPS kan ado... Tak kan sesat punya. Ni mana pak cik Amran... Tu ha dalam kerata. Ya Allah... Cepat-cepat Nasrul berlari mendapatkan Pak cik Amran.
Sorry pak cik. Nasrul terlupa yang pak cik ada dalam kereta lagi. Tak apa. Pak cik.. Jom... Abang Rul dah panggil tu. Baiklah... Pak cik Amran pun keluar.
Sebaik sahaja pak cik Amran keluar dari kereta, dia ternampak wajah seorang lelaki yang mempunyai rupa yang hampir sama dengan wajah isterinya. Adakah itu anak aku? Lalu dia pun melangkah mengikut Nasrul.
Sebaik sahaja Pak cik Amran menghampiri Adam dengan Kamarul. Adam Agak terkejut dengan kedatangan insan yang sangat dia benci setelah orang tu itu meninggalkan emaknya begitu sahaja.
Adam masih ingat lagi wajah orang tu itu. Orang yang dimaksudkan, pak cik Amran. Pak cik Amran memeluk tubuh Adam dengan erat. Nak... Maafkan ayah.... Ayah banyak buat salah dekat kamu dengan emak kamu.
Ayah tak sepatutnya tinggalkan kamu berdua macam tu. Maafkan ayah.... Kata pak cik Amran. Lepaskan aku... Kata adam dengan kasar sehingga terjatuh pak cik Amran. Nasrul berlari mendapatkan pak cik Amran.
Dia sudah dapat mengagak apa yang akan berlaku. Sudah la abang adam benda dah lama berlaku. Maafkanlah pak cik Amran.
Aku tak pernah ada ayah yang macam kau... Sanggup tinggalkan anak-anak dengan bini terkontang kanting. Hanya disebabkan seorang perempuan yang kaya.. Ya memang mak aku miskin...
Tapi dia dapat jaga kami adik beradik sampai kami besar macam ni sampailah ke hujung hayatnya. Walaupun tanpa kau..
Aku tak mau tengok muka kau dekat sini lagi.. Pergi.... Aku takkan maafkan kau. Pergi... Kata Adam dengan perasaan marah yang membuak-buak.
Aku bawa ayah kau datang sini untuk berbaik-baik dengan kau.. Dia dah cerita semua benda dah dekat aku. Kau tak patut buat dia macam tu.. Dia mangsa keadaan... Faham tak? Kata Nasrul. Tak pa la nasrul.. Pak cik minta maaflah kalau babit kan kamu dalam hal keluarga pak cik.
Apa bising-bising tu nenek?? Tanya ashifa. Dah jom kita pergi tengok... Nenek ajak Ashifa dan wawa ke luar rumah.
Apa yang bising-bising ni? Tanya nenek imah sambil turun tangga. begitu juga ashifa. Wawa berada di tepi tangga. Eh.. Amran.. Bila kamu sampai?
Amran bangun untuk menyalami ibu mertuanya. Baru ja Ibu... Maafkan am sebab tak dapat jaga anak ibu dengan cucu ibu.
Tak apa la am.. Ibu maafkan. Nenek?? Ni sapa? Kenapa dia panggil nenek ibu? Sebenarnya.....
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro