Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Teaser 1


SAYANGKU ABANG SIPUT
ARENA YIDIN

TEASER 1

Kepala aku garu. Abah ni memang nak cari pasal agaknya. Dia bukan tak tahu Kak Kinah tu janda. Cantik macam Rozita Che Wan. Sebab tu abah nak makan dekat warung tu je.

Dekat warung Abang Amin tempat aku kerja tu tak nak. Aku belanja pun dia tak mahu. Inilah sebabnya. Yang pelik, umi sikit pun tak nampak macam risau.

“Umi, along bukan nak takutkan umi. Tapi sebagai perempuan, along dapat rasakan ini satu hal yang tak berapa baik untuk lelaki yang umur sebaya abah. Kak Kinah tu jenis melayan sikit, umi. Along tahulah. Along pun pernah lepak situ makan. Lain macam renyamnya, umi.”

Aku buka mulut. Bukan mengadu domba buka aib abah tapi cuma nak bagi peringatan pada umi sebelum keadaan jadi lebih parah. Harap umi dapat terima. Aku cakap pun cara halus. Bukan membentak umi.

“Kalau abah kamu menggatal dengan Kinah tu, tahulah umi nak kerjakan abah kamu tu macam mana. Jangan nak cari pasal dengan umi.” Umi singsing lengan baju kurung kedah yang dipakainya. Seriau pulak aku tengok.

“Umi nak buat apa pada abah?” Jeffry tiba-tiba mencelah. Berminat juga nak tahu rupanya mamat ni. Ingat tak ada perasaan.

“Adalah. Umi ni keturunan Tun Fatimah tahu. Berani nak cari pasal dengan umi, cubalah.”

Aku tepuk dahi. Kok celah mana pulak umi aku ni dari keturunan Tun Fatimah? Sedap mulut umi je tambah fakta. Adoi la.

“Umi nak isytihar perang ke? Abah ada ilmu kebal tu umi. Macam mana?” Aku cuba duga umi.

“Kebal tak kebal. Bukan setakat dia. Dengan Kinah sekali umi ganyang nanti. Tengoklah kalau tak percaya. Ini Zanariah la. Cucu tok guru silat gayung,” sambung umi sambil kunyah karipap.

Aku geleng kepala. Harap abah tak cari pasal dengan umi. Tak kuasa aku nak melayan kerenah orang tua bergaduh. Kalau tak mangkuk pinggan yang melayang, pasti beradu mulut sampai tiga empat hari. Aku juga yang susah nanti.

“Eh Jeff, jom kita pergi skodeng nak? Mana tahu betul Kak Kinah tu menggatal dengan abah. Kau tahulah Jeff, abah tu walaupun umur dah 60 tahun tapi masih handsome oo... jangan tak percaya.”

“Tengoklah laki siapa!”

Mak aih. Umi jawab macam tu. Memang brutal umi aku.


arenayidin
14 Mac 2021

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro