Teaser 2
SAYANGKU ABANG SIPUT
ARENA YIDIN
TEASER 2
Sambil menunggu makanan siap, aku ambil pesanan lain pula. Pinggan kotor dari meja belakang aku kutip. Sekilas aku pandang mamat tadi. Dia leka menulis di mejanya. Khusyuk sekali. Student agaknya. Dengan gaya macam tu. Bawak beg galas lagi.
Sepuluh minit kemudian, pesanan mamat tadi siap. Aku menghantar ke mejanya. “Makanan kau punya.” Aku menyapa, menunggu dia mengosongkan meja untuk aku letakkan hidangan.
“Oh maaf, maaf.” Laju tangannya mengambil buku di atas meja. Diletakkan pula di atas kerusi sebelah beg galasnya. “Okey, terima kasih.”
“Sama-sama.” Aku mengangguk. “Rajin ya? Sambil tunggu makanan pun menulis.” Aku sambung sembang. Biasalah, aku kan peramah.
“Ha, ya... ya. Tak elok buang masa kan? Masa tu berharga. Jangan persiakan walaupun cuma sepuluh minit. Terima kasih untuk makanan ni. Alhamdulillah, nampak macam sedap.”
Entah kenapa, hati aku menjalar satu rasa. Tak sampai setengah jam mamat ini ada kat sini, hanya yang baik-baik masuk dalam telinga aku. Dimulai dengan salam, ucapan bismillah, InsyaAllah. Sekejap tadi Alhamdulillah pula. Anak siapalah ni. Bagusnya ibu bapa dia didik. Tak macam aku ni ganas memanjang. Segan pulak aku dengan mamat ni.
“Okey, jemput makan. Harap kena dengan cita rasa kau.”
Lelaki itu angguk kepala sambil memutar penyedut minuman. “Jay. Nama saya Jay. Jay Razwil. Boleh panggil Jay.”
Mrmbulat mata aku saat itu juga. Jay Razwil? Wow! Nama macam artis. Huish. Orang bandar agaknya ya?
“Orang sini ke? Tak pernah nampak pun?” Aku mula berminat. Nak korek informasi sikit. Nama pun Jihan kan.
Mesti nak tahu bila dah curios.
“Bukan. Saya dari KL. Baru seminggu pindah sini. Hari ni tak sempat masak. Tu makan dekat sini.”
Lagi besar mata aku. Orang KL. Baru pindah sini. Suka masak? Biar betul ni? Lain betul mamat ni.
“Oh baru pindah! Ikut keluarga ya?” Eh! Menyibuk aku ya. Yang tak patut pulak aku tanya.
“Tak ada keluarga pun. Cuma papa sorang je. Mama dah tak ada. Dah suratan. Yang hidup pasti akan menemui kematian.”
Kali ini, mata aku bukan hanya bulat. Dengan mulut-mulut sekali pakej ternganga. Mamat ni ustaz ke? Kenapa muda sangat? Ke PU? Da'i? Tak pernah pulak aku nampak dalam tv tu. Kalau Da'i Farhan, PU Amin, Imam Muda Asyraf, aku kenallah. Ini salah satu juga ke? Seram pulak aku wei. Dia bantai cakap pasal mati pulak ni.
“Tutup mulut tu. Masuk syaitan nanti. Tak elok. Saya makan dulu ya?”
“Err... silakan. Silakan.” Aku melangkah pergi ke ruang dapur. Di situ aku menyandar membelakangkan singki. Berpeluh dahi aku. Kalau lama aku kat situ mahu dia bagi ceramah agama ni.
‘Huii Jihan! Kau nak dapat hidayah ke apa ni?’
arenayidin
17 Februari 2023
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro