last special chapter
Isterinya ke kanan, dia ke kanan. Isterinya ke kiri, dia ke kiri. Itu lah yang di lakukan oleh Aliff dari waktu selepas makan tengah hari. Rindu mahu mendengar suara sang isteri yang kadang kala suka berceloteh itu dan ini.
Nura menderam marah dengan perangai suaminya itu. Mahu buat kerja pun susah kalau si Aliff itu sibuk mengekorinya. Kalau lah bilik laundry itu sebesar bilik mereka dia tidak hairan. Ini bilik yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil yang hanya sesuai seorang sahaja di dalamnya.
"Abang nak apa?"soalnya dingin.
"Marah abang?"soalan dari isterinya di biarkan berlalu.
"Apa abang merepek ni, dah lah saya nak ambil baju bersih. Tepi sikit."marah Nura.
Jarang tahu Nura Medina Binti Nadim mahu memarahi sang suami.
"Abang tanya ni, sayang marah abang lagi ke?"soalnya. Tidak suka bila isterinya bersikap dingin.
"Tak lah. Dah tepi, saya nak masuk."kata Nura lalu menolak tubuh sang suami menggunakan bakul yang berisi pakaian bersih.
Walaupun dia ada bibik di rumah, tidak semestinya kerja - kerja rumah di lakukan oleh sang bibik. Tolong menolong kan amalan mulia. Lagi pula dia memang sudah biasa melakukan kerja rumah sejak dari sebelum kahwin hingga sekarang.
"Ala sayang."rengek Aliff. Kakinya di hentak - hentak sambil mengekori langkah sang isteri.
"Abang cuba semenggah sikit perangai tu. Kalau anak tengok macam mana."bebel Nura tanpa memandang sang suami.
Dia duduk berhadapan dengan televisyen sebelum dia mengeluarkan segala jenis pakaian di dalam bakul untuk di lipat. Nasib lah anak - anak mereka sudah tidur, dapat lah dia membuat kerja rumah sedikit ataupun berehat.
"Awak marah abang lagi."rengeknya.
Sengaja di hentak kuat - kuat kakinya itu. Sakit pun sakitlah asalkan isterinya kembali okey.
"Kuat lagi hentak tu. Tak cukup kuat tu bang. Nanti malam kalau abang bising sakit kaki, saya tak urut saya tak cakap banyak, saya terus potong je kaki abang."ugut Nura.
"Biar lah awak potong kaki abang, sekurang - kurangnya bila abang sakit awak jaga abang."kata Aliff sambil tersengih.
"Malas layan abang."getusnya lalu melakukan kerjanya.
"Tak marah abang kan?"
"Tak lah. Dah jangan kacau saya."kata Nura.
"I love you baby."
.......
"Mommy! Tengok daddy ni."adu Deniel yang baru tiba di ruang tamu.
Mereka empat beranak bergumpal di ruang tamu atas. Manakala dia duduk melayani drama korea di ruang tamu bawah.
Ibu bapa mertuanya sudah pulang ke Melaka selepas solat asar. Katanya mahu singgah di Negeri Sembilan, pada mulanya mereka ada mengajak sama tapi tuntutan kerja Aliff membuatkan mereka tidak dapat mengikutinya.
"Daddy buat apa?"soal Nura lagi. Baru sahaja dia mahu ber 'me time' .
Itu memang trick si suami tidak mahu menjaga anak.
"Daddy, letak air liur Arfan dekat Den."adunya lagi.
Kaki Nura di peluk erat. Dikesat kesan air liur si adik di seluar Nura.
"Ya Allah, Den. Itukan cuma air liur adik je. Bukannya kotor sangat pun, sebab adik menyusu je."pujuk Nura. Penggeli sungguh si anaknya yang seorang ini.
"No! It's still dirty."bentaknya.
"Haih, dah tu Den nak suruh mommy buat apa?"keluh wanita itu.
"Bebel dekat daddy. Warning daddy jangan buat macam tu lagi."katanya.
"Ye lah. Jom naik atas."gangguan sungguh mahu menonton kdrama kesukaannya itu.
Mereka berpimpinan tangan naik ke atas. Kelihatan Aliff sedang menggomol ke dua anaknya kecuali Deniel yang lari ke bawah. Terkekek - kekek si anak gelak menahan geli di perut serta dagu. Bergilir - gilir Aliff menggomol mereka berdua.
"Apa abang buat dekat Deniel?"soal Nura sebaik melabuhkan punggungnya di sofa kulit di situ.
Aliff mengangkat muka memandang ke arah wajah anak serta isterinya. Kedua - duanya masam mencuka.
"Apa yang abang buat?"soalnya bertali arus.
"Abang letak air liur Arfan dekat Deniel ni kenapa?"soal Nura tidak puas hati.
"Mana ada abang buat."Aliff membela dirinya.
Jerat bakal terkena. Dia sudah menyimpulkan senyuman tanpa si isteri sedari.
"Kalau abang tak buat, tak adanya Deniel merengek dekat saya. Abang suka sakat anak kan. Saya minta tolong tengokkan anak je, sebab saya nak layan kdrama saya."bebel sang isteri.
"Iya lah. Bila pula abang buat. Cuba awak tanya Deniel."kata Aliff lalu memandang wajah si anak.
"Den, betul ke daddy cakap tu?"soal Nura.
"Ah, betul lah tu. Daddy tak buat pun, tapi daddy yang rancang nak kenakan mommy."ujar si anak selamba.
"Apa?"hampir ternaik suara Nura.
Geramnya dia pada si anak dan suami yang menipunya hidup - hidup.
"Hahaha, chill lah sayang."ujar si suami bersama gelakan yang besar.
Suka bola dia dapat mengenakan si isteri. Wajah cemberut si isteri di pandang dengan penuh minat.
"Abang tidur dengan Deniel malam ni."kata Nura tegas.
Terus berubah cuak muka Aliff. Mana boleh tidur berasingan dengan si isteri. Siapa yang mahu dipeluknya kerana selalunya setiap malam dia memeluk batang tubuh isterinya itu.
"Deniel boleh jadi bantal peluk abang."kata Nura selamba.
Hampir tergelak Nura dibuatnya melihat wajah Aliff yang serupa orang tertelan biji durian. Tapi di tahan sahaja tawanya itu, permainan masih belum tamat.
"Sayang, jangan macam ni? Okey, abang janji tak kacau me time awak lagi."pujuk Aliff.
"No! Dulu abang cakap macam tu jugak, tapi bila saya nak tengok kdrama saya je mesti abang ganggu saya. Sekarang ni abang bawa geng pula."bebel Nura.
"Ala sayang. Tak syok lah tidur tak peluk sayang. Okey, kali ni abang janji tak buat lagi. Sayang denda lah abang apa benda sekali pun asalkan bukan tidur asing."pujuk Aliff lagi.
Mukanya disebek sedikit. Mahu meraih simpati dari sang isteri.
"Baik. Meh sini abang duduk sebelah saya, Deniel pun. "senyuman manis diukir buat sang suami.
Aliff pun apa lagi, terus sahaja dia melompat duduk di sebelah isterinya. Nura dengan peluang yang sedia ada terus sahaja mencubit suaminya dengan geram. Tapi tidak terlalu kuat dan perlahan. Kedua anak beranak itu dicubit bagi melepaskan geram.
"Auch, sakit mommy."
"Aduh sayang. Jangan kuat sangat nanti lebam tak cantik lah kulit abang."
"Memang kulit abang tak cantik pun."kata Nura cubitan nya masih terlekat di badan sang anak dan suami.
"Argh! Ampun sayang. Okey abang tak buat dah. Serik!"
"Rasakan."
"Mommy ampun. Den tak salah, daddy yang suruh Den buat semua ni."kata Deniel menahan sakit.
"Tiada ampun bagimu. Rasakan, tu lah sibuk kacau mommy dekat bawah kenapa."kata Nura.
Uwerk uwerk
Terhenti perbuatannya bila Arfan sudah menangis. Sah si anak kecil itu lapar. Nura terus bangun mengambil Arfan dan Arfa, dia memasuki bilik tidurnya untuk menyusukan si anak.
"Huh, nasib baik ada Arfan. Kalau tak, habis badan daddy kena kepit dengan ketam."kata Aliff sambil menghembuskan nafas lega.
"Haah daddy. Untung Den ada adik. Sakit tahu badan ni kena kepit dengan ketam mommy."tutur anak lelakinya.
"Entah sejak bila daddy kahwin dengan ketam pun tak tahu lah."
"Itu lah. Ni bukan mommy dy. Ni jelmaan ketam yang jadi mommy."kutuk Deniel.
"Abang! Deniel! Jangan dinner malam ni!"laung Nura dari dalam bilik.
"Alamak, habis lah kita Den."takut sahaja riak wajah Aliff tika ini.
Deniel mengangkat bahunya.
Adeh, lah si anak.
Tamat dah.....
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro