Bab 9
Aliff mundar - mandir di hadapan bilik rawatan isterinya.
"Aliff."panggil seseorang
Pantas dia menoleh ke belakang. Kelihatan ahli keluarga menghampiri dia. Deniel berlari mendapatkannya lalu di peluk.
"Daddy. Mummy mana?"soal Deniel
"Mummy dekat dalam lagi Den."balas Aliff
"Macam mana dengan Nura?"soal Edriana
"Doktor tak keluar lagi. So, aku tak tahu. Yang peliknya, macam mana dia boleh jatuh and pengsan dekat dalam toilet."tutur Aliff rungsing
"Sabar ye Aliff. Ni dugaan kamu berdua selepas berkahwin."tutur Dato' Kamal
Aliff tersenyum kelat.
"Hello."
"Hello. Kenapa kamu call mama ni?"
"Marvin nak bagitau yang kak Nura admit ward."
"Dah kenapa pulak. Nak mati dah ke?"
"How dare you ma. Itu anak mama tau, anak yang mama kandung sembilan bulan sepuluh hari. Marvin pun malas nak cakap banyak. Kak Nura jatuh dalam toilet dekat cafe hotel tadi."
Terus sahaja dia menamatkan panggilan.
Tidak dia sangka ibu kandungnya itu sanggup berkata begitu kepada anak kandungnya sendiri.
"Kenapa ni Marvin?"soal Datin Adria
"Marvin tak sangka ma. Mak kandung Marvin sanggup cakap macam tu dekat anak yang dia kandung."tutur Marvin lemah
"Siapa waris keluarga Puan Nura?"soal Doktor yang baru keluar dari bilik rawatan
"Saya suami dia."balas Aliff lalu berdiri menuju ke arah Doktor itu
Ahli keluarganya yang lain juga turut melakukan hal yang sama.
"Keadaan isteri encik sudah stabil. Hentakannya tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan. Lukanya juga kami sudah rawat. Tapi dari segi pemeriksaan saya secara mendalam, saya dapati di kawasan leher seperti ada kesan merah dari tali dan tangannya juga mengalami sedikit lebam seperti digenggam dengan kuat."terang Doktor
Aliff tercengang.
"Boleh kami masuk?"soal Marvin
"Silakan tapi jangan ganggu pesakit ye. Saya pergi dulu."tutur Doktor itu
.........
Perlahan - lahan mata Nura terbuka. Diela mengerdipkan matanya berkali - kali kerana banyak cahaya yang menerobos masuk ke kawasan kornea matanya.
Benda pertama yang di lihat ialah suaminya yang tidur beralaskan lengan manakala Marvin tidur di atas sofa siap dengan bantal dan selimut.
Jam di dinding di lihat, 12.30.
"Kesian awak. Maafkan saya."tutur Nura
Dia melelapkan matanya semula.
"PADAN muka dia. Dia ingat dia boleh bahagia. Apa yang ada dekat dia aku akan rampas."tutur Nuha sambil ketawa seperti orang gila
Dia gembira setelah dikhabarkan yang kakak kembarnya masuk wad kerana pengsan. Dia berharap yang kakaknya itu akan mati.
Dia bersiap dan keluar dari biliknya.
Tangga dituruni dengan agak laju.
Sampai sahaja di bawah dia di tegur oleh seseorang.
"Nak ke mana tu? Dah dekat pukul 1 pagi dah ni."soal Muiz yang baru keluar dari dapur
Terkejut dia bila ditegur sebegitu.
"Aish, abang ni nak bunuh Nuha ke?"soal Nuha bengang
"Sorry lah. Nuha nak pergi mana?"sekali lagi soalan itu diutarakan
"Hari ni kan dah masuk hari Khamis sama dengan 15/4. Surprise birthday party Anne."balas Nuha malas
"Takkan lah pukul 1 pagi macam ni."tutur Muiz
"Abang kan dah kata surprise. Dah lah penat tau tak nak cakap dengan abang ni. Nuha pergi dulu."tutur Nuha rimas lalu melangkah keluar dari rumah
Dia menuju ke sebuah kereta yang menantinya di hujung simpang rumahnya. Nasiblah dekat kalau tak, memang tak lah dia nak keluar.
Pintu kereta di buka.
"Hey, bie."panggil Nuha lalu memasuki ke dalam kereta
"Hey sayang. Jom gerak. Dah lambat ni."
"Jomlah."sahut Nuha
Seatbelt dipakai sebelum kereta meluncur laju meninggalkan taman itu.
.........
Pagi itu Aliff bangun dahulu. Setelah selesai menyiapkan diri untuk solat dia mengejut abang iparnya.
"Bang."kejut Aliff
"Hmm"
"Bang, bangunlah."kejut Aliff
Aliff membuka matanya perlahan - lahan.
"Kenapa?"soal Aliff
"Siap. Kita solat subuh."ajak Marvin
Aliff mengangguk lalu bangun.
Sebelum beredar, dia sempat mengucup dahi isterinya.
"Good morning sayang. Petang semalam doktor dah check sayang. Doktor kata sayang dah boleh sedar bila - bila masa je. Abang harap lepas abang habis solat subuh sayang dah sedar. I miss you."tutur Aliff
Marvin hanya diam sambil tersenyum kelat.
Mereka pantas keluar dari bilik yang menempatkan Nura.
Setengah jam sudah berlalu, mungkin mereka sedang bersarapan. Nura yang baru lima belas minit bangun selepas Aliff dan Marvin keluar terus mengubah posisinya kepada duduk tegak.
Tok tok
"Assalamualaikum. Puan dah sedar, alhamdulillah. Sekejap ye saya panggil doktor."tutur jururawat itu
Tidak lama selepas itu, muncul doktor Izzati yang merawat Nura semalam.
"Assalamualaikum Puan Nura."
"Waalaikumussalam doktor."
"Macam mana Puan rasa bila sedar pagi tadi?"
"Oh tak. Sebenarnya saya sedar tengah malam lebih kurang jam 12.30."
"Oh yeke. Okey takpe, macam mana bila Puan sedar. Ada sakit dekat bahagian kepala atau dekat mana - mana tak?"
"Kepala. Dia macam berdenyut sikit. Kenapa ye?"
"Oh, itu sebab semalam kepala Puan terhentak dekat mozek tapi nasib Puan baik sebab tak terlampau kuat dan yang berdenyut sebab kesan luka yang kami cuci. Puan ada muntah or rasa mual - mual tak?"
"Semalam masa saya sedar tu tak de lah pulak. Cuma lima belas minit yang lepas, ada rasa nak muntah."
"Oh, okey. Nanti saya datang semula, untuk kita buat ujian CT scan."ujar Doktor Izzati sambil menulis laporan
Nura mengangguk.
"Tapi mana suami Puan ye. Sebab pihak kami perlu persetujuan dari dia untuk melakukan ujian CT scan."tutur Doktor Izzati
"Dia pergi makan. Karang balik lah tu."balas Nura
Pintu dikuak dari luar. Terjegul kepala Aliff dan juga Marvin. Sebaik mereka masuk dan menutup pintu mereka menuju ke katil Nura.
"Hai sayang."ucap Aliff
Nura tersenyum.
"You already awake akak."tegur Marvin
Nura tersenyum nipis.
"So doctor, how's my wife?"soal Aliff risau
"Your wife is fine. But I need your permission to make a CT scan."balas doktor Izzati
"Oh okey. Just do it. I will do anything for her."tutur Aliff
"Okey. My nurse will give you a permission letter."sambung Doktor Izzati sambil tersenyum
Aliff mengangguk.
"Qirana, lepas ni ambil surat persetujuan dan beri kepada Encik Aliff. And siapkan Puan Nura, lepas je Encik Aliff sign awak ajak Tasha dan Qayyum tolak stroller Puan Nura ni ke CT scan room."arah Doktor Izzati
Kemudian mereka keluar dari bilik itu.
............
Selepas, siap melakukan ujian CT scan Nura dibenarkan pulang kerana tiada apa - apa gegaran mahupun darah beku di kepala Nura.
Mereka terus sahaja pulang ke rumah Puan Alia untuk mengambil Deniel dan pulang ke Kuala Lumpur.
"Macam mana dengan Nura, Aliff?"soal Puan Alia
"Nasib takde apa - apa bu. Risau jugak kalau ada gegaran ke apa. Alhamdulillah tak de apa - apa."balas Aliff
"Mummy!"jerit Deniel sambil berlari ingin memeluk Nura
"Hey Den. How are you?"soal Nura sambil membongkokkan badannya dan membalas pelukan Nura
"I'm fine mummy."balas Den
Aliff sudah beredar untuk mengemas pakaian mereka termasuk Marvin turut melakukan perkara yang sama.
Hampir setengah jam juga dia mengemas. Almaklumlah, nak kena kemas untuk tiga orang.
"Ibu ayah, Aliff balik dulu ye. Takut jalam jammed pula."
"Iyelah. Hati - hati memandu."
Aliff mengangguk lalu menyalami tangan kedua ibu bapanya diikuti dengan Nura, Marvin dan Deniel.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro