Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 6

"Assalamualaikum mama papa."ucap Marvin di luar pintu rumah

"Waalaikumussalam."balas Puan Maria

"Kenapa tiba - tiba balik sini?"soal Puan Maria

"Takdelah Marvin cuma nak bagi ni je."balas Marvin lalu mengeluarkan invitation card milik kakaknya

"Map dia ada dekat belakang tu. Pandai - pandailah mama uruskan. Tapi kalau boleh datanglah majlis kakak. Walaupun dia bukan lagi anak mama tapi dia tetap anak kandung mama yang mama, papa, abang and kak Nuha buang."sindir Marvin lalu beredar

Puan Maria melihat sampul surat itu lalu melangkah masuk ke dalam rumah dalam keadaan terkesima dengan kata - kata anak bongsunya itu.

"Siapa tu Mar?"soal Encik Nadim

"Marvin."

"Nak apa dia datang sini?"

"Ni."

Ditunjukkan kad jemputan itu kepada suaminya.

"Awak nak pergi ke?"

"Naklah dia anak saya."balas Puan Maria lalu beredar meninggalkan suaminya

Encik Nadim menghela nafas.

Di dalam bilik, Encik Nadim melihat isterinya yang sudah bersiap memakai baju kurung beserta shawl berwarna biru senada dengan baju.

"Abang siap lah. Majlis dia petang ni. Dah lah buat dekat Melaka."tutur Puan Maria

Dalam hatinya gembira kerana anak perempuannya bakal berkahwin.

"Mama dengan papa nak pergi mana?"soal Nuha dan Muiz yang baru balik dari IOI City Mall

"Melaka."itu sahaja jawapan Encik Nadim

"Buat apa?"soal Nuha

"Nura nikah petang ni. Mama nak tengok."tutur Puan Maria

"Nuha nak ikut."ujar Nuha lalu menuju ke biliknya untuk menukar pakaian

"Muiz pun nak ikut."tuturnya

............

"Kak Myra, Nura tak nak inai ni sarat sangat tau."tutur Nura sambil mata menghadap ke tangannya yang sedang di conteng oleh Amyra

"Akak tau lah Nura. Kamu tak suka yang over - over macam ni. Don't worry. I will make sure that you will love with this design."tutur Amyra

"Cantiknya kak."puji Nura ikhlas

"Mestilah cantik. Kamu punya kulit pun cantik, sesuai sangat."balas Amyra

"Eleh, kak Mira ni yang nak puji budak tak tau asal usul ni buat apa. Bukannya ada faedah pun."sinis sekali kata - kata Anisa

"Eh, Nisa kau blah. Kau jangan nak kacau member aku."halau Edriana

Anisa menghentak kakinya lalu beredar.

"Dah lek lek je. Tunggu inai kering lepastu basuh. Karang dah siap get ready mak andam sampai."terang Edriana lalu beredar menyediakan baju seluruh ahli keluarga mereka

Baju kesemuanya mendapat sponsor dari butik Ayna's Couture.

Hampir 3 jam Nura duk terperuk di dalam bilik. Dia keluar untuk membasuh inai di tangannya.

Dalam masa satu hari ni dia tidak nampak langsung kelibat Aliff. Mungkin dia bersiap di tempat lain.

Sebaik sahaja mengeringkan tangannya, dia melangkah ke dapur.

Riuh suara sanak saudara yang duduk bertandang di dapur.

Dia gembira bila keluarga Aliff menerimanya dengan ikhlas tetapi tidak bagi Puan Asmah dan Anisa.

.........

Majlis nikahnya bakal dilangsungkan di dewan hotel Sri Malaysia.

Hantaran cantik tersusun dihadapan mini pelamin yang cantik.

Kelibat Aliff yang sudah duduk dihadapan tok kadi sambil ditemani oleh Encik Iman Shah dan Naufal Marvin.

Nura yang baru masuk sempat menangkap 4 orang yang sangat dikenalinya.

"Baik semua sudah sedia."ujar Tok Kadi

Aliff mengangguk.

"Aliff Iman Shah bin Iman Shah."

"Ye saya."

"Aku nikah akan dikau dengan Nura Medina binti Nadim berwalikan aku dengan mas kahwinnya sebanyak RM3 000 tunai."

"Aku terima nikahnya Nura Medina binti Nadim dengan mas kahwinnya sebanyak RM3 000 tunai."

Dengan sekali lafaz, Nura sudah sah menjadi isterinya.

Dia menuju ke satu sudut untuk menunaikan solat sunat.

Sebaik sahaja selesai solat, Aliff terus menuju ke mini pelamin.

Puan Alia menghulur kotak cincin kepada Aliff. Dia mengambil cincin tersebut lalu disarungkan di jari Nura.

Nura tersenyum manis seraya melakukan hal yang sama kemudian dia menyalami tangan Aliff dan seterusnya menyalami tangan ahli keluarga yang lain.

.......

Petang itu mereka hanya bersiap di bilik hotel sahaja kerana ingin memudahkan majlis yang bakal berlangsung.

Tok tok

Nura bangun dan mencapai tuala di kepala katil untuk menutup rambutnya.

Pintu bilik dibuka, terkejut Nura bila melihat Puan Maria dan Nuha ada di hadapan biliknya.

"Tak nak bagi aku masuk ke?"soal Puam Maria dingin

"Masuklah."balasnya perlahan

Mereka masuk ke dalam bilik persalinan Nura.

"Dah kahwin pun kau. Takdelah laki aku nak kena tanggung dosa kau."ujar Puan Maria sinis

Nura tunduk.

"Lepas ni ada majlis apa lagi?"soal Nuha

"Malam ni ada malam berinai esoknya ada majli sanding."balas Nura

"Kaya sangat ke laki kau ni?"soal Puan Maria

"Takdelah kaya mana ma. Cukuplah dia mampu tanggung kami anak beranak dan cukup untuk dia bagi dekat Nek Mah dengan keluarga dia."terang Nura sempat dia menyindir adik kembarnya

Nuha mengetap rahang gigi.

Pang

Terteleng kepala Nura bila ditampar oleh Nuha.

Puan Maria yang terkejut terus sahaja mengawal riak wajahnya dengan menayangkan sengihan sinis.

"Sejak kau kahwin ni mulut kau kurang ajar kan. Kau tak reti hormat mama ke!"jerkah Nuha

"Kalau Nura buat baik ke buat jahat sekalipun korang yang lain tetap salahkan Nura. Kalau tak suka datang majlis Nura korang boleh balik."tutur Nura perlahan

"Oh dah pandai dah."ujar Puan Maria

"Kau ingat aku hadap ke nak datang kenduri kau ni."marah Nuha

"Mama dah jom kita balik."ujar Nura sambil menarik lengan Puan Maria

"Tak mama nak tengok apa yang meriah sangat majlis dorang ni. Entah - entah tak glamour."tutur Puan Maria

"Tapi kalau mama dengan yang lain nak datang sampai majlis sanding esok pun tak pe. Nura boleh suruh Aliff check in kan bilik untuk mama dengan yang lain."terang Nura

"Tak payah. Laki aku mampu nak bayar sewa bilik. Dah lah aku nak keluar."tutur Puan Maria lalu beredar keluar dari bilik diikuti oleh Nuha

Nura tersenyum nipis.

'Sabarlah Nura. Ni dugaan kau. Nanti akan ada lagi dugaan yang lagi besar bila berumah tangga.'pujuk hati Nura

Dia pantas menyiapkan diri untuk solat serta bersiap untuk malam berinai.

................

Bermacam - macam posing yang Nura lakukan dengan memakai baju - baju yang ditempahnya.

Aliff juga tampak segak dengan bajunya.

"Kami dapat request sebenarnya dari pengantin lelaki. Dia ada surprise untuk isterinya. Dipersilakan."tutur pengacara majlis

Aliff yang berdiri di sebelah Nura berlalu menuju ke arah mini stage yang diadakan untuk para tetamu berkaraoke.

"Assalamualaikum dan selamat malam. Saya Aliff Iman Shah ingin memberi kejutan buat isteri tersayang saya. Sayang, thanks sebab sudi terima saya as your husband. Thanks jugak sebab sudi jadi mummy kepada anak saya, Deniel Irham. Just wanna say that I love you till my last breath. Saya ada satu lagu nak nyanyi dekat awak."

Jika ku radio dan engkau lagunya
Dan aku putarkan hingga semua terleka
begitulah kita ditakdirkan untuk bersama

Jika ku air wudhuk mu
menjadi seri mu
dalam lima waktu

Jika kau kuat percaya
akulah jodoh mu
jaga mu selalu

Menarilah sayang di hari bahagia
di bawah bulan bintang
kasih kita berdua

Jangan bimbang sayang
kita harungi bersama berdua selamanya
sampai ke hari tua
mencintaimu

Kaulah watak utama dalam setiap drama
yang sering dimainkan menjadi kegilaan
begitulah kita ditakdirkan untuk bersama

Jika ku air wudhuk mu
menjadi seri mu
dalam lima waktu

Jika kau kuat percaya
akulah jodoh mu
jaga mu selalu

Menarilah sayang di hari bahagia
di bawah bulan bintang
kasih kita berdua

Jangan bimbang sayang
kita harungi bersama berdua selamanya
sampai ke hari tua
mencintaimu

Jangan bimbang sayang
kita harungi bersama berdua selamanya
sampai ke hari tua

Hingga ke akhirnya
Engkaulah cinta terindah
Engkaulah satunya
sampai ke hari tua
menjadi milikku
Hingga ke hujung nyawa
Huuuuu
mencintaimu
mencintaimu

Nura menahan tangisnya. Dia sangat tersentuh hati dengan Aliff. Membuatkan rasa cintanya kepada Aliff membuak - buak.

"Ma, jomlah balik bilik. Mengada je dia ni."tutur Nuha geram

Jelas bahawa dia sakit hati melihat hari kebahagiaan kakaknya.

'Kau tunggu Nura. Selagi aku tak puas kau takkan aman.'bisik Nuha perlahan

Puan Maria mengeluh lalu beredar untuk pulang ke biliknya.

Naufal Muiz dan Encik Nadim sudah lama keluar dari dewan lagi.

Naufal Marvin hanya memerhati ahli keluarganya seraya tersenyum nipis.

Majlis habis jam 12.30 malam. Nura dan ahli keluarga yang lain sudah berkumpul di dewan.

"Nura, dah pergi balik bilik rehat. Nanti esok kamu letih pula."tutur Datin Adria

"Erm ye la. Nura pun nak tukar baju."balas Nura

"Aliff, kamu tak boleh ye. Kamu masuk bilik Marvin. Deniel, tidur dengan ibu."arah Puan Alia

"Tapi bu.."

"No tapi - tapi. Kau pergi ikut Marvin naik. Nura tidur dengan aku. Kesian kau kan."tutur Edriana seraya mengejek Aliff

"Eh kau sebok je lah."marah Aliff

"Dah naik tidur. Esok bangun lambat, siap lambat."marah Nek Mah

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro