Bab 48
Hampir 5 jam menunggu, akhirnya Doktor 'Aisyah keluar dari bilik bedah. Mask yang menutup separuh wajahnya di tarik ke bawah. Aliff yang nampak kelibat Doktor 'Aisyah terus sahaja bangun dari kerusi sebelum menuju ke arah doktor tersebut.
"Macam mana dengan wife saya?"soalnya cemas
"Alhamdulillah Datin selamat. Cuma –"
Mereka yang mahu mengucapkan rasa syukur itu terus sahaja memandang tepat ke arah Doktor 'Aisyah.
"Cuma apa doktor?"soal Aliff risau.
"Cuma saya ada satu berita baik dan dua berita kurang baik."katanya perlahan.
"Apa dia doktor? Ada apa - apa yang jadi dekat menantu saya ke?"soal Puan Alia tidak sabar.
"Datin selamat melahirkan bayi kembar lelaki dan perempuan. Kami minta maaf tidak dapat menyelamatkan bayi perempuan kerana jantung bayi terhenti sewaktu di keluarkan. Bayi lelaki Dato' pula selamat cuma keadaannya yang kurang berat dan lahir tak cukup bulan. Dia bakal ditempatkan di N.I.C.U buat sementara waktu untuk pemantauan lanjut."ujar Doktor 'Aisyah panjang lebar.
"Allahuakhbar."mengucap Aliff dibuatnya. Dia kehilangan salah seorang cahaya mata yang ditunggu - tunggu selama ini. Terduduk Aliff dibuatnya.
Mereka yang lain menekup mulut tanda terkejut dengan berita itu. Muiz dan Marvin segera mendapatkan Aliff yang terduduk itu.
"Bang. Sabar bang."pujuk Marvin sebaik mendudukkan Aliff di kerusi.
Teresak - esak Aliff menangis. Jika dia sedih begini isterinya itu lagi lah beribu kali sedih dengan kehilangan anak mereka buat kali kedua.
Puan Alia memeluk tubuh suaminya. Sedih dengan nasib anak dan menantunya. Datin Alia pula duduk di sisi Edriana dengan wajah tertunduk ke bawah. Puan Maria pula sudah teresak - esak menangis mengenangkan nasib si anak.
"Abang ni salah saya."kata Puan Maria. Dia sedang dipujuk oleh Encik Nadim.
"Shhh, tak. Ni bukan salah siapa - siapa. Allah sayang dia, sebab tu Dia ambil cucu kita."pujuk Encik Nadim.
.......
Aliff memandang sayu nurse yang menolak inkubator anaknya ke ruangan N.I.C.U. Luluh hatinya melihat keadaan anaknya seperti itu, belum lagi dia melihat sang isteri.
"Jenazah anak kamu macam mana Aliff?"soal Datin Adria.
"Aliff nak kebumikan dia dekat Melaka."katanya perlahan.
"Marvin nanti tolong bagitahu orang Perak ye. Abang takut terkejar - kejar pula nanti."tuturnya sambil memandang tepat ke arah adik iparnya itu.
Marvin hanya mengangguk.
"Ibu dengan ayah, papa mama. Boleh lah balik Melaka dulu. Nanti Aliff gerak balik sana dengan mertua Aliff."katanya.
Mereka yang lain hanya mengangguk.
Usai sahaja mereka sekeluarga pulang, dia berjalan menuju ke ruangan N.I.C.U. Dia mahu melihat dan mengazankan anak lelakinya itu. Setelah itu, dia mahu menguruskan jenazah anak perempuannya pula.
Kecil sungguh tubuh anak lelakinya ini. Beratnya ialah 2.5 kilogram sahaja. Tubuh kecil itu didakap sekejap sebelum dia mengazankan bayi itu.
"Dato'. Dah ke?"soal salah seorang nurse yang ditugaskan menjaga bayi di ruangan itu.
"Dah."kata Aliff sebelum menyerahkan bayi itu kepada nurse di situ.
.....
Hampir dua minggu pemergian anak perempuannya itu. Nura masih lagi dalam mood berpantang. Dapat juga dia melihat wajah anak perempuannya itu buat kali yang terakhir sebelum dikebumikan. Nura tidak dapat turut serta ke Melaka kerana dia di tahan di wad ketika itu.
"Sayang. Ni opah ada buatkan air akar kayu. Ibu pula ada masakkan makanan untuk sayang."kata Aliff sebaik sahaja masuk ke dalam bilik.
"Terima kasih abang."ucap Nura ikhlas.
Aliff hanya tersenyum sebelum dia memulakan suapan pertama untuk isterinya. Ikan salmon bakar merupakan juadah buat Nura.
"Aip, sayang. Comotnya makan."kata Aliff. Ibu jarinya dikesat di bibir pucat milik isterinya.
"Abang marahkan Nura?"soal Nura. Aliff yang mahu menyuap Nura buat kali kedua terus terhenti. Dia memandang tepat pada isterinya.
"Buat apa abang nak marah sayang. Benda tu semua jadi disebabkan takdir. Kalau abang marah sayang bermakna abang tak terima takdir."kata Aliff.
"Nura tak jaga anak kita betul - betul. Kalau Nura jaga dia, mesti dia selamat."tutur Nura perlahan. Rasa sebak mula bertandang di hati.
"Dah sayang. Jangan fikir negatif. Cepat makan. Tadi doktor call abang, Arfan dah boleh discharge hari ni."pujuk Aliff.
Hampir dua minggu Arfan Iman Shah di tahan di wad. Seminggu di ruangan N.I.C.U seminggu lagi di wad biasa. Hari ini Arfan sudah boleh discharge kerana kesihatannya yang semakin membaik.
"Serius abang."teruja Nura dibuatnya.
"Ya lah. Cepat makan, nanti kita pergi ambil Arfan."kata Aliff.
Nura mengangguk sebelum membuka mulutnya.
.......
"Yeay yeay. Baby dah balik."ceria sahaja suara Deniel menyambut kepulangan si adik.
"Abby!"jerit Arfa yang berada di dukungan Edriana.
Aliff menolong Nura masuk ke dalam rumah. Tilam baby yang disediakan di tengah ruang tamu di tuju mereka semua. Semuanya ada di sini kerana mahu melihat wajah si kecil.
Tubuh Arfan di letakkan di atas tilam dengan penuh berhati - hati. Semua berkerumun di sisi tilam bayi itu.
"Berat baby macam mana?"soal opah yang baru keluar dari dapur.
"Sekarang ni berat baby 3 kilogram dah."ujar Aliff yang duduk di sisi Encik Iman dan Encik Nadim.
"Alhamdulillah syukur."ucap Puan Alia dan Puan Maria serentak.
"Dah tak payah lah nak berkerumun dekat budak tu. Panas dia."bebel Opah.
Semua menjauhi sedikit tilam baby tu. Puan Alia dan Puan Maria turut melakukan hal yang sama.
Usai sahaja makan malam, Nura dan Aliff memasuki bilik tidur. Disebabkan Nura dalam keadaan berpantang, jadi Aliff menggunakan bilik tetamu di tingkat bawah.
"Abang tolong ambilkan breast pump Arfan."kata Nura pada Aliff yang baru keluar dari tandas.
Aliff tanpa kata terus sahaja mengambil breast pump di atas meja solek. Sejurus Nura menerima breast pump itu, dia terus menaikkan sedikit bajunya keatas untuk memulakan kerjanya yang satu itu. Paket - paket yang berisi susu yang sudah penuh itu diserahkan pada Aliff untuk disimpan di dalam peti sejuk yang terdapat di dalam bilik mereka.
Aliff mengangkat tubuh kecil Arfan dari dalam babycoat sebelum di letakkan di atas katil. Bayi kecil itu hanya tidur sahaja. Digomol - gomol pipi si kecil itu sehingga membuatkan si kecil itu rimas lalu merengek.
"Abang."marah Nura.
"Ala, siapa suruh dia tidur je."kata Aliff tak mahu kalah.
"Abang. Bestkan kalau Afrina ada sekali dengan kita."kata Nura tiba - tiba.
Terus terhenti perbuatan Aliff yang menggomol pipi si kecil itu. Dia mengangkat kepalanya lalu memandang tepat kearah isterinya yang menunduk.
"Sayang, look. Memang Afrina tak ada dengan kita. Tapi dia tetap ada dalam hati kita semua, dia tunggu kita dekat syurga sayang dengan Abang Amir dia dekat sana."kata Aliff lalu memegang pipi isterinya itu. Jelas kelihatan merah di mata isterinya.
Makin deras air mata Nura sebaik sahaja Aliff menyebut Amir. Anak yang sudah sekian lama meninggalkan mereka suami isteri.
"Abang rasa Amir sama tak macam muka Arfan?"soal Nura dengan suara serak - serak basah.
"Of course sama yang. Dorang kenalah ikut muka daddy dia yang handsome ni."
Nura membuat muka. Sibuk puji muka sendiri. Aliff yang perasan itu terus sahaja menarik hidung isterinya itu. Geram!
"Nasib lah ada Arfa yang ikut muka saya. Walaupun geng saya tak ramai."kata Nura pasrah.
Aliff ketawa mengekek.
"Abang, Deniel dengan Arfan geng. Sayang dengan Arfa je. Nanti kita usahakan untuk dapat geng sayang tahu."
"Pervert."kata Nura.
"Apa pula pervertnya. Betul apa abang kata. Tambah sorang lagi cukup lah 3 pasang cahaya mata kita."ujar Aliff lalu ketawa.
Nura hanya tersenyum.
'Amir, Afrina doakan mommy, daddy, abang, kakak dan adik supaya kita dapat jumpa di syurga ya.'doa Nura di dalam hati. Senyuman nipis terukir di bibirnya.
Tok tok
Terdiam Aliff dibuatnya. Dia pantas bangun lalu menuju ke arah pintu bilik. Semakin hampir semakin jelas kedengaran suara tangisan Arfa. Segera pintu bilik di buka.
Muncul wajah Puan Alia yang mendukung Arfa.
"Kenapa bu?"soal Aliff. Anaknya yang mendepakan tangan minta di dukung di ambil dari dukungan ibunya.
"Menangis lah cari mommy daddy dia."kata Puan Alia.
"Kenapa ni sayang?"soal Aliff pada Arfa.
Arfa terus menyembamkan mukanya di bahu Aliff.
"Hah pujuk lah anak kamu tu. Ibu nak masuk bilik dulu."kata Puan Alia lalu beredar.
Aliff pula terus sahaja menutup pintu bilik dan menuju ke arah katil lalu meletak tubuh debab itu. Berkerut dahi Nura sebaik melihat Arfa yang masih lagi menangis teresak - esak.
"Arfa. Kenapa ni sayang?"soal Nura lembut. Alahai anak, manja.
Arfa terus sahaja bangun dan berjalan perlahan - lahan di atas katil itu, lalu tubuh Nura di peluk tidak mahu lepas. Nura pula mengawal tubuh anaknya itu agar tidak terkena perutnya.
"Ammy."tangisnya.
"Iya. Mommy ni. Tak mahu nangis - nangis."ujarnya lalu mengelap sisa air mata anaknya itu.
"Mengada. Nak dengan mommy je."bebel Aliff.
"Arfa look. Daddy jealous sebab Arfa tak nak dekat daddy."kata Nura lalu ketawa.
Arfa turut memandang ke arah Aliff yang membuat wajah cemberut.
"Daddy tak jealous okey. Daddy ada baby baru. Daddy tak nak kawan dengan Arfa."sakat Aliff.
Mendengarkan itu terus sahaja Arfa menangis semula. Kali ini lebih kuat sehinggakan Arfan turut menangis.
"Abang!"
"Alalala, sorry - sorry. Daddy sayang Arfa lah. Meh sini peluk daddy."sambil ketawa dia menarik lengan Arfa.
Nura pula lekas mengambil Arfan lalu di pujuk.
"Abang memang suka sakat anak. Lepastu bila anak menangis abang ketawa pula."bebel Nura. Arfan yang masih lagi merengek kecil itu ditepuk dan didodoikan. Susu di dalam botol tommee tippee di ambil lalu disuakan di mulut si kecil. Terus sahaja Arfan berhenti menangis lalu menyonyot puting botol itu.
"Nasib anak dah berhenti nangis. Phew."kata Aliff lalu tubuh Arfa di letakkan di atas tilam. Anak perempuannya itu sudah lelap akibat banyak sangat menangis.
"Tahu pula kelam kabut bila anak nangis. Tapi buat budak tu nangis tak takut pula."bebel Nura perlahan.
Aliff hanya tersengih dan menggaru kepalanya.
.....
Sikit lagi...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro