Bab 44
Aliff melangkah masuk ke dalam rumah perlahan - lahan. Saat dia melintasi ruang tamu, kelihatan tubuh isterinya yang tidur di sofa. Terus sahaja kakinya dilencongkan ke arah ruang tamu. Dia duduk melutut di sisi isterinya. Perut isterinya yang membuncit itu diusap perlahan sebelum dia melabuhkan ciuman.
"Maafkan daddy."katanya.
Rambut sang isteri diusap. Dilabuhkan ciuman di dahi si isteri. Dia mencempung tubuh isterinya sebelum beredar naik ke tingkat atas. Tidak mahu menganggu lena si kecil, Aliff melangkah perlahan - lahan sebelum tubuh isterinya diletakkan di atas katil dengan perlahan - lahan.
Comforter ditarik hingga ke bahu isterinya.
Dia kemudian berjalan menuju ke arah babycoat yang terletak di tengah bilik. Wajah kecil Arfa dipandang penuh kasih. Diusap kepala si kecil sebelum ditepuk perlahan paha tembam itu.
Terus sahaja dia masuk ke dalam walk in closet. Lampu dibuka. Sebelum dia berjalan masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan dirinya.
Nura tersedar sebaik sahaja kedengaran bunyi air shower. Terkejut dia apabila dia sudah berada di atas katil. Bukan ke dia menunggu suaminya pulang. Jam di dinding di perhatikan.
12.45malam
"Sayang."tegur Aliff yang baru keluar dari walk in closet. Rambut yang masih basah di lap sebelum tuala itu dimasukkan ke dalam bakul pakaian kotor.
"Bila abang balik?"Nura memandang suaminya sebaik ditegur oleh Aliff.
"Around 12.30. Sorry yang, lately ni abang sibuk sikit dekat office."ujar Aliff dia kemudian berjalan dan duduk di atas katil.
"Abang dah makan?"soalnya.
Aliff menggeleng kepalanya.
"Jom turun makan."ajak Nura.
"Eh tak payah lah. Dah lewat ni."bantah Aliff.
"Masalahnya Nura tak makan lagi. Nura tunggu abang balik."kata Nura lagi.
"Sayang tak makan lagi?"sedikit nada suara Aliff.
Nura mengangguk.
"Nura nak makan dengan abang. Minggu ni jarang kita dapat lunch or dinner sama - sama."kata Nura seraya menunduk sedikit wajahnya.
Aliff mengeluh.
"Jom turun, kita makan ye."ajak Aliff lalu menghulur tangannya.
Nura tersenyum sebelum bangun dan menyambut huluran tangan si suami.
......
"Kak! Dah lama tunggu ke?"soal Marvin yang baru keluar dari balai ketibaan. Terus dituju ke arah kakak serta abang iparnya yang menunggunya di tempat menunggu.
"Tak ada lah lama sangat tunggunya. Around an hour jugalah."jawab Aliff. Marvin menyalami tangan kakak serta abang iparnya. Kemudian dia memandang ke dalam stroller. Di cium pipi tembam itu.
"Ya Allah. Tembamnya Arfa geram paksu."kata Marvin lalu dipicit - picit pipi tembam itu.
Arfa merengek tanda tidak suka. Habis dia memalingkan wajahnya ke arah lain.
"Mana Deniel bang?"soalnya usai sahaja mengangkat kepala.
"Sekolah."itu sahaja yang dijawab oleh Aliff.
"Dah jom lah balik. Akak ada suruh bibik masak your favourite food."kata Nura lalu dia berjalan sambil menolak stroller milik Arfa meninggalkan kedua lelaki itu.
Apa lagi berlari lah mereka mengejar langkah Nura.
Sampai sahaja di rumah, Nura terus menapak masuk ke dapur. Gelas kaca berwarna putih di capai, terus sahaja dia menuju ke arah penapis air cuckoo. Usai sahaja minum gelas di letak di atas meja bar.
"Bik."panggil Aliff.
"Ya Dato'."sahut bibik lalu terkocoh - kocoh berjalan ke arah Aliff yang berdiri di hadapan meja bar.
"Tolong tukarkan pampers Arfa. Dia dah buang air ni."arah Aliff lalu menghulurkan Arfa pada bibik.
Bibik menyahut sebelum menapak naik ke tingkat atas.
"Kak, bang. Marvin naik dulu eh. Nak rest kejap."ujar Marvin yang baru melangkah masuk ke dalam rumah.
Aliff dan Nura mengangguk.
"Sayang. Abang nak nescafe."ujar Aliff lalu dia melabuhkan punggungnya berhadapan dengan Nura.
"Nak cookies tak?"soal Nura yang baru bangun dari kerusi.
"Tak payah lah. Kejap lagi nak lunch."ujar Aliff dan mendapat anggukan dari Nura. Segera dia membancuh nescafe milik Aliff.
Cawan diletakkan di hadapan Aliff. Aliff tersenyum sebelum menyisip sedikit nescafe panas itu.
"Thanks sayang."
......
Usai sahaja makan malam. Mereka sekeluarga berkumpul di ruang tamu. Bibik menghidangkan teh panas bersama kek marble pelangi.
"Sedap adik abang ni buat kek."puji Muiz yang sudah makan sepotong kek.
"Thanks abang. Nura saja baking sebab bosan. Okey lah ni abang ada, Marvin ada, Aliff pun ada semua boleh rasa."kata Nura yang duduk di sisi Aliff.
"Pak long, mommy buat kek ke cookies ke memang sedap. Den suka."kata Deniel dengan riang. Kek marble disuap ke dalam mulutnya lagi.
Semua di situ ketawa.
"Bibik. Ambil Den dan Arfa ni ye bawa naik atas."kata Aliff.
"Daddy, Den nak makan kek lagi lah."ujsr Deniel seakan mahu merajuk.
Bibik yang tiba segera mendukung tubuh Arfa dan memegang lengan Deniel.
"Ya lah. Nanti dekat atas bibik bagi kek. Okey."kata Nura lagi. Kalau Aliff yang menjawab memang akan merajuk lah si Deniel tu.
"Hmm, okey lah."pasrah saja nadanya. Hilang saja kelibat mereka, Muiz meneruskan agendanya.
"Abang nak Marvin tolong abang."kata Muiz memulakan perbincangan.
"Tolong? Tolong apa?"soal Marvin pelik.
"Bongkarkan kebenaran dekat mama. Sebab abang dengan abang Mirul nak bawa Nuha jumpa pakar."terang Muiz.
"Jap Marvin tak faham lah. Maksud abang apa ni?"
"Bagitahu mama yang akak tak salah."ujar Nura
"Tapi mama nak ke percaya?"soal Marvin lagi.
"Cuba je dulu Marvin. Tak kesian ke dekat akak. Haritu masa mama dengan Nuha dekat sini, habis dorang suruh akak buat kerja. Lagipun Nuha selalu cakap dekat Mirul yang selagi dendam dia tak terbalas dia tak akan puas."panjang lebar Aliff menerangkan.
"Baik lah. Marvin tolong. Demi kakak kesayangan Marvin."kata Marvin.
Muiz menghela nafas lega.
"Okey lusa kita pergi jumpa mama."ujar Muiz.
Marvin hanya mengangguk.
......
"Paksu! Jangan tinggalkan Den dengan adik!"marah Deniel.
Dia dengan pelampung life jacketnya terus sahaja berenang ke arah Marvin yang sudah ke tiba ke penghujung kolam renang. Arfa tidak kurang hebatnya di dalam baby float miliknya. Ditepuk - tepuk permukaan air itu dengan jeritan nyaring.
Aliff dan Nura yang duduk di kerusi tersenyum bahagia.
"Suka anak - anak eh."kata Aliff jus oren dihirup sedikit untuk membasahkan tekaknya yang sedari tadi kering.
"Itu lah. Tengoklah tu bising je mulut dorang."sokong Nura pula.
Suka dia melihat suasana begini. Entah kenapa hatinya rasa tidak enak. Seperti akan terjadi sesuatu perkara.
"Sayang!"panggil Aliff jarinya dipetik di hadapan Nura.
"Hah ye abang cakap apa tadi?"kelam kabut Nura dibuatnya.
"Abang tak cakap apa - apa pun. Sayang kenapa ni, termenung je."ujar Aliff risau.
"Tak ada apa - apa lah bang. Lately ni Nura cuma penat sikit. Baby aktif sangat."katanya.
Aliff memandang Nura pelik sebelum tersenyum nipis. Tangannya diletakkan di atas perut sang isteri. Diusap perut itu.
"Baby. Aktifnya kesian mommy sayang. Baby duduk elok - elok dalam tu okey."kata Aliff lalu mendapat respond dari baby di dalam perut.
"Abang tak sabar nak jumpa baby."kata Aliff gembira. Tidak sabar mahu menimang cahaya matanya sendiri.
Nura tersenyum nipis, dia memegang tangan suaminya yang ada di atas perutnya itu. Hati yang gelisah cuba di abaikan.
.......
Sinopsis.
Perjumpaan tanpa sengaja membuatkan Faiz ingin menolong Anis. Lagi pula dia merasakan Anis sesuai menjadi babysitter anaknya. Tidak lah anaknya berasa sunyi.
Anis bersyukur bila Faiz sudi membantu membiayai pembedahan ibunya. Dia terhutang budi kepada lelaki itu. Walaupun pada mulanya dia menolak kerana takut tidak mampu untuk membayar hutang lelaki itu. Tetapi syarat yang diberikan oleh Faiz membuatkan Anis bungkam seketika.
"Jadi babysitter anak aku."- Faiz
"Baiklah. Saya setuju."- Anis
Makin lama kenal dengan Anis, membuatkan Faiz tertarik pada gadis itu. Makin lama dia merasakan bahagia dengan Anis. Anaknya juga semakin rapat dengan Anis sehingga memanggil Anis dengan panggilan mama.
"Mama nak Faiz kahwin dengan Elane"- Datin Ifa
Kehidupan mana yang tidak ada gangguan. Pasti ada orang ketiga mahupun keempat.
"I akan pastikan you berpisah dengan Faiz."- Elane
Anis terpaksa meninggalkan Faiz dan Danda. Jauh dia bawa diri. Hinggakan dia difitnah sehingga sang suami membencinya.
"Anis, rumah tangga mana yang takde ribut. Kamu kena terima dengan hati yang tabah. Ibu pasti suatu hari nanti, kebenaran akan terbongkar."- Puan Ros
Apa yang bakal terjadi?
Sinopsis.
Arrian Ryden Naufal, nama yang tidak asing lagi di dalam dunia perniagaan. Mempunyai paras rupa yang diidamkan oleh semua wanita di luar sana. Namun tidak pernah sekali pun dia melayan wanita yang tergila - gilakan dia.
Nur Hawa Natasha, seorang gadis yang berasal dari kampung. Seorang yang periang, sopan dan juga lemah lembut.
Perkenalan yang sangat singkat membawa mereka ke alam perkahwinan walaupun mendapat bantahan dari Puan Sri Ratna. Tapi berbeza pula dengan Tan Sri Kamal, dia setuju sahaja apabila anaknya menyatakan hasrat mahu berkahwin dengan gadis pilihan.
"Mama tak pernah izinkan Ian kahwin dengan perempuan kampung ni!"- Puan Sri Ratna
"Mama keputusan Ian muktamad."- Arrian Ryden Naufal
"Papa setuju je dengan pilihan hati anak papa. Asalkan kamu berdua bahagia papa dah bersyukur."- Tan Sri Kamal
Puan Sri Ratna tidak pernah putus - putus mahu mengahwinkan Arrian Ryden Naufal dengan anak kawannya, Rina. Tapi di bantah sekeras - kerasnya oleh Arrian Ryden Naufal.
"One day you will be mine, Ian."- Rina
Satu fitnah yang membuatkan hatinya hancur luluh membuatkan dia mengundurkan diri ke suatu tempat untuk mencari ketenangan.
"Sayang ni semua fitnah. Abang tak pernah buat semua tu."- Arrian Ryden Naufal
"Maafkan Hawa bang. Hati Hawa sakit sangat. Izinkan Hawa pergi buat seketika."- Nur Hawa Natasha
Apa yang akan terjadi?
Sinopsis.
Tengku Nalia Irdina seorang gadis dari kerabat Tengku Sallehudyn. Seorang pelajar yang bijak dan sedang menuntut di university of greenwich, London. Pada suatu hari, dia mendapat berita dari kedua orang tuanya yang dia perlu pulang dan menghabiskan sesi pembelajarannya di sana. Di sana, dia tidak menggunakan gelaran Tengku malah dia juga menukar cara pemakaiannya. Pertemuan tanpa diduga dengan Tengku Megat Shafiq Harraz telah menghuru - harakan hidupnya.
"Kau sajakan langgar aku. Ye lah, aku ni kan handsome, keturunan kerabat Tengku Megat Ghafar. Tadi mesti kau nampak aku naik Porsche. Tu yang kau saja jalan sampai langgar aku supaya dapat berkenalan dengan orang handsome macam aku kan?" -Tengku Megat Shafiq Harraz
"Hello! Kau ingat aku ni hadap ke mamat macam kau ni. Kau ingat kau handsome sangat ke sampai aku ni nak terhegeh - hegeh dekat kau. Karang tak pasal - pasal kau mendapat dengan aku."-Tengku Nalia Irdina
"You ni kan takde lah cantik mana. Tapi I pelik macam mana Har boleh terpikat dengan you. Entah - entah you dah bomohkan dia."-Jasmine Diandra
Pertuduhan yang dilakukan oleh Jasmine Diandra terhadap Tengku Nalia Irdina membuatkan dia panas hati. Satu tamparan yang sangat padu membuatkan hatinya puas. Saat bahagia mula datang menerpa, Tengku Megat Shafiq Harraz pergi meninggalkan Tengku Nalia Irdina.
Saat benci dan sakit hati kian mekar di hati, Tengku Megat Shafiq Harraz muncul dihadapan Tengku Nalia Irdina malah tidak mengenali siapa Tengku Nalia Irdina.
Tengku Nalia Irdina pelik. Apa yang terjadi beberapa tahun yang lepas pada Tengku Megat Shafiq Harraz?
Kenapa dia tidak mengenali Tengku Nalia Irdina? Perkahwinan yang dirancang oleh kedua belah keluarga membuatkan Tengku Megat Shafiq Harraz membenci Tengku Nalia Irdina.
Korang jemput lah baca story ii ni gak.... Tapi slow update sikit lah... Sebab nak habiskan story ni dulu...
Sayang korang❤️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro