Bab 41
"Abang."sebut Nura dengan nada yang agak terkejut. Cepat sahaja dia berdiri dan memandang tepat ke arah suaminya.
"Daddy!"jerit Deniel lantas berlari dan memeluk kaki Aliff.
"Answer my question, honey."kata Aliff sedikit tegas sambil menapak ke dalam bilik.
"Biar lah yang lain makan dulu. Sebab Nura ingat nak makan benda lain."bohong Nura, bukan sengaja mahu berbohong. Ini pun sebab terpaksa.
"Awak tak pandai nak menipu saya? Just tell me the truth."marah Aliff. Dia berdiri tepat di hadapan isterinya yang kelihatan takut - takut itu.
"Saya tak tipu lah bang."ujar Nura takut - takut. Jarang Aliff menaikkan suaranya kepada dia.
Aliff tersengih sinis. Dia memandang ke arah Deniel yang masih memeluk kakinya.
"Den, tell me the truth. What happened to mommy?"soalnya yang melutut untuk menyamai ketinggian dengan Deniel.
Nura sudah menggigit bibirnya.
"Nenek dengan Acik Nuha tak bagi kitorang turun makan. Acik Nuha kata takut makanan tak cukup. Nenek suruh mommy makan dengan bibik itupun lepas nenek dengan yang lain habis makan."jawab Deniel polos.
"Apa?"terjerit Aliff dibuatnya.
"This is to much."sambungnya lagi.
Dia segera bangun dan mendukung Arfa dengan sebelah tangan manakala sebelah lagi tangannya menarik lengan isterinya.
"Pakai tudung awak sekarang."arahnya dengan tegas.
Nura yang takut segera mencapai tudung sarung hitam miliknya. Mereka menapak keluar dari bilik.
........
"Eh, Nura baru turun ke? Tadi mama dengan Nuha panggil suruh makan tak nak."kata Puan Maria pura - pura.
Tetapi soalan itu diabaikan oleh Aliff. Nura pula hanya tersenyum nipis.
"Bibik, ambil Deniel dan Arfa, bagi dorang makan."arah Aliff dingin.
Bibik segera mendukung Arfa dan menggapai lengan Deniel lalu dibawa ke dapur.
Mereka berdua pula terus ke ruang tamu. Tegang habis muka Aliff sebaik sahaja terpandangkan wajah tidak bersalah Puan Maria dan Nuha. Mahu sahaja dia melayangkan penamparnya itu tetapi di sabarkan sahaja.
"Kenyang makan mama, Nuha? Kalau tak cukup boleh suruh bibik masak lagi."sinis sekali soalan yang meluncur keluar dari mulut Aliff.
"Mestilah kita semua kenyang. Kan abang kan."balas Puan Maria.
Tetapi Encik Nadim hanya berdiam diri.
"Haah, kenyang kitorang makan."jawab Nuha membela ibunya.
"Oh, itu lah sebab korang tak bagi Nura dengan anak - anak kitorang turun makan. Takut makanan habis eh. Kuat betul korang dua ni makan eh."kata Aliff seraya tersenyum sinis.
Bungkam kedua - duanya manakala yang lelaki sudah tergamam.
"Apa maksud Aliff? Papa tak faham?"soal Encik Nadim bingung.
"Haah, bro pahal ni?"soal Amirul.
"Isteri papa dengan isteri kau tak bagi anak bini aku turun makan sekali. Katanya takut makanan habis. "jawab Aliff.
"Ni nak tanya apa hak mama dengan kau suruh bini aku makan dengan bibik dekat dapur?"tinggi suara Aliff.
Puan Maria dan Nuha terkejut mendengar tengkingan Aliff. Mereka memandang Nura dengan tajam membuatkan Nura memandang lantai.
Terus sahaja mencerlung mata Amirul memandang isterinya tajam. Nuha segera menundukkan wajahnya.
Nura hanya mendiamkan diri di sisi suaminya.
"Eh, tadi mama kamu kata yang bini kamu tak nak turun makan. Papa ingat isteri kamu sakit."kata Encik Nadim.
"Memang lah Nura sakit pa. Dah dorang dua ni kerah Nura buat kerja rumah."lantang Aliff bersuara.
"Kau jangan nak fitnah aku lah. Heh, kau ingat aku ni apa?"herdik Puan Maria.
"Maria!"tengking Encik Nadim.
"Bibik!"panggil Aliff.
Terkocoh - kocoh bibik berlari dari dapur ke ruang tamu. Dia memandang majikannya dengan gerun. Jarang sekali majikannya ini mengamuk besar.
"Bagitahu saya sekarang. Apa yang mama dan Nuha buat dekat Datin?"soal Aliff
Bibik memandang ke arah Aliff sebelum meliarkan matanya ke arah yang lain. Nafas dihembus sedikit.
"Puan Maria dan Puan Nuha suruh Datin buat semua kerja rumah. Saya tak boleh tolong Datin sebab Puan Maria warning saya."jawab bibik. Dia memandang Aliff dan Nura sebelum dia melutut di hadapan Nura.
"Datin, saya minta maaf. Saya tak tolong Datin. Saya nak tolong tapi saya takut."pohon bibik.
"Tak apa lah. Benda dah lepas."kata Nura. Dia memegang bahu bibik seraya menyuruh wanita itu bangun dari melutut.
"Apa yang awak dah buat dekat Nura ni Maria? Awak sedar tak, kita ni menumpang dekat sini!"tengking Encik Nadim.
"Tak ada istilah menumpang lah dekat rumah ni bang. Ini pun dah kira rumah kita jugak!"bentak Puan Maria. Dia berdiri sambil berpeluk tubuh.
"Ma! Dah - dah lah tu. Kesian lah dekat Nura ni. Dia ni anak mama jugaklah."sampuk Muiz yang baru masuk ke dalam rumah.
"Argh, kisah apa mama."kata Puan Maria.
"Sorry to say lah, kalau rasa nak duduk sini sebab nak sakitkan Nura. Tak boleh."kata Muiz.
"Aliff bukan nak halau ke apa, kalau mama nak duduk sini Aliff tak kisah tapi kalau nak buat Nura sakit tak. Mama boleh balik."kata Aliff tegas.
"Kita balik ma. Tak kuasa nak duduk rumah orang berlagak macam ni!"kata Nuha lalu naik ke bilik.
"Bro, sorry lah. Aku tak tau lah nak cakap lagi dekat Nuha."kata Amirul mendapat anggukan dari Aliff.
"Nura. Papa minta maaf sayang. Papa tak jaga Nura betul - betul."pohon Encik Nadim.
"Takpe pa. Nura faham.
"Dah jom balik!"kata Puan Maria.
.....
Tangan milik isterinya ditarik kasar. Nuha meringis kesakitan seraya cuba melepaskan genggaman tangan suaminya itu. Masuk sahaja di dalam bilik, telapak tangan kasar Amirul mendarat di pipi isterinya.
Pang
Kepala Nuha terteleng ke tepi. Pijar pipinya yang ditampar oleh Amirul.
"You ni dah kenapa?"soal Amirul tegas.
"Kan I kata selagi I tak puas, selagi tu I akan sakitkan perempuan tu."kata Nuha.
"Apa lagi yang you nak berdendam dengan kakak you tu? Tak cukup - cukup lagi ke?"cukup tertekan Amirul dengan perangai isterinya itu.
"I nak dia rasa apa yang I rasa. I benci tengok dia bahagia. I benci bila semua family sayang dia. Atok dengan opah lebihkan dia dari I, dorang buat I macam orang luar. Sebab tu I berdendam dengan dia.
"I dah kata lupakan dendam you tu. You jangan menyesal suatu hari nanti. Jangan sampai dendam tu makan diri you balik."kata Amirul lalu beredar.
Nuha merengus kasar.
"Heh, kau ingat aku kisah."kata dia sendirian.
Anak kecilnya di pandang dengan rasa meluat.
"Kalau kau ni tak wujud, aku takkan kahwin dengan bapak kau ni. Kau tau tak! Rosak rancangan aku. Haish, menyusahkan orang je lah!"herdik Nuha.
Anaknya yang tidur itu terkejut lalu menangis.
"Diam lah!"jeritnya lalu di pukul paha kecil itu.
Malah makin kuat lagi tangisan si kecil itu.
"Diamlah bodoh!"herdiknya.
"Nuha Medina!"tengking Amirul. Dia masuk ke dalam bilik dengan muka bengis. Muiz juga turut ada di rumah adiknya itu.
Terkejut Nuha apabila ditengking.
"Bro, kau bawak anak aku balik rumah mama papa. Nanti aku datang."kata Amirul dingin. Muiz segera mengambil Narissa Iman yang menangis itu.
"You memang cabar I kan!"tengking Amirul sebaik sahaja pintu bilik ditutup oleh Muiz.
"Yes, asal?"penuh lagak dia berkata.
"I harap apa yang I buat ni akan sedarkan you."
Amirul segera mengambil tali pinggangnya, tubuh isterinya di tolak di atas katil. Terus sahaja dia melayangkan tali pinggang itu di tubuh isterinya. Bilik yang sunyi itu hanya kedengaran suara raungan Nuha. Tidak sampai hati dia untuk melakukan perkara itu. Dia berharap sangat yang isterinya itu akan sedar.
.........
Sorry kalau tak best.. otak penuh dengan benda lain...
Insya allah next chapter akan okey sikit....
Sorry jugak lambat, sebab haritu final exam... Jadi sebab tu lah chapter ni hambar sikit.😣
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro