Bab 37
Majlis akad nikah Nuha Medina dan Amirul Asyraf berjalan dengan lancar seperti yang di rancang. Nura mengucap rasa syukur di dalam hati, harapannya agar adik kembarnya itu berubah.
Dapat dilihat Puan Maria kelihatan gembira dengan pernikahan anak gadisnya, senyum sampai ke telinga. Encik Nadim juga sama. Muiz melayan tetamu yang hadir dengan senyuman manis.
"Tahniah."ucap tetamu yang bersalaman dengan Nura.
"Terima kasih."ucap Nura sambil senyuman nipis diberikan.
Sebaik sahaja majlis akad nikah itu selesai, Aliff terus keluar dari masjid. Dia duduk di kerusi yang tersedia di luar masjid. Malas mahu berdiri lama - lama di situ, perasaan marah terhadap ibu mertuanya masih lagi tersisa.
"Bro."tegur seseorang.
Aliff pantas memalingkan wajahnya ke belakang. Seraut wajah Amirul menyapa pandangannya. Senyuman nipis diberikan.
"Kau buat apa dekat luar ni?"soal Amirul sekadar berbasa - basi.
"Duduk je. Kau ni buat apa dekat luar ni? Bukan ke nak bergambar kejap lagi?"soal Aliff seraya memandang ke arah dalam masjid.
"Aku sebenarnya nak jumpa kau. Ada benda yang aku nak cakap dengan kau. Aku harap kau tak marah aku."ujar Amirul takut - takut.
Aliff mengangkat keningnya seraya berpeluk tubuh. Dia rasa macam tahu sahaja apa yang Amirul hendak memberitahunya.
"Kau tak cakap lagi, jadi buat apa aku nak marah kau. Pelik lah kau ni Mirul."kata Aliff bersama tawa yang di buat - buat.
Amirul tersengih nipis sebelum menarik nafas sedalam - dalamnya. Dia harus memberitahu segalanya, dia tidak mahu merosakkan masjid yang dibina oleh rakannya.
"Aku dengan Nuha pernah rancang untuk musnahkan rumah tangga kau dengan Nura. Dulu aku ikut sebab aku memang nakkan isteri kau, tapi bila abang Muiz jumpa aku malam tu. Apa yang dia cakap dekat aku buatkan aku sedar, yang kalau aku rampas bini kau dari kau, dia takkan bahagia malah dia lagi menderita. Mungkin aku hanya akan tambah penderitaan dia je."terang Amirul panjang lebar, kepalanya ditundukkan tak mampu memandang ke arah Aliff yang memandangnya tajam.
"Jujur aku katakan dekat kau Mirul. Aku rasa menyesal kenal dengan kau, kenalkan isteri aku dekat kau. Kau nak bini aku pun sebab nafsu serakah kau tu. Lepas ni kalau boleh kau jangan lah tunjukkan muka kau tu depan keluarga aku."marah Aliff lalu beredar meninggalkan Amirul yang tersentak dengan kemarahan Aliff.
Telefon Aliff berdering nyaring sewaktu dia meninggalkan Amirul. Tertera nama Datin Adria, pantas diangkat panggilan itu.
"Hello ma."
"..."
"Kenapa ma?"
"..."
"Hah ye ke ma. Okey ma, Aliff dengan Nura balik sekarang."
"..."
Setelah panggilan di tamatkan, Aliff segera menuju ke dalam masjid semula untuk mencari Nura. Matanya meliar ke sekeliling masjid dan akhirnya matanya tertancap pada sekumpulan wanita yang sakan berborak. Kakinya laju melangkah ke arah kumpulan wanita itu.
"Itu lah kau, lepas habis belajar je terus hilang. Susah sangat nak jumpa kau ni."kata seorang wanita sambil gelak.
"Apa cerita kau sekarang ni? Dah kahwin ke belum?"kata seorang lagi.
Nura tersenyum sahaja mendengar soalan yang diajukan oleh kawannya itu. Dia menganggukkan kepalanya. Terkejut mereka semua.
"Seriously. Sampai hati tak bagitau kitorang kan."kata rakannya seakan berjauh hati.
"Siapa laki kau?"
"Sayang."tegur Aliff di belakang Nura.
Nura pusing ke belakang lalu tersenyum pada Aliff.
"Ni laki kau ke?"
"Haah. Ni laki aku, Aliff. Abang ni kawan - kawan saya masa dekat U."kata Nura pada suami dan kawan - kawannya.
Aliff hanya tersenyum.
"Sayang, jom balik. Tadi mama call kata Arfa meragam."ajak Aliff.
"Hah jom lah. Lama dah kita dekat sini. Esok resepsi kita datang."
.......
"Boleh lah ma majlis akad nikah dia. Ma, esok kita pergi majlis resepsi dorang ye. Sebab abang Muiz dengan papa letak nama family kita as a VVIP guest."ujar Nura yang memangku Arfa.
"Hmm. Tu lah papa ada cakap dengan mama semalam. Kita gerak sekali lah ye. Ad tak nak pergi. Awal - awal lagi dia dah reject tak nak pergi."kata Datin Adria
Nura mengangguk tanda faham. Aliff dan Deniel sudah lesap ke tingkat atas. Entah apa yang dibuatnya anak beranak tu, tidur agaknya.
"Datin, minum petang dah siap. Datin nak minum di laman atau di ruang makan?"soal bibik.
"Laman lah bik. Dapat hidup udara segar sikit."ujar Datin Adria.
Bibik mengangguk sebelum berlalu ke dapur untuk menghidangkan minum petang di gazebo.
"Mama tengokkan Arfa kejap. Nura nak naik panggil Aliff dengan Den."kata Nura sebelum menyerahkan Arfa pada Datin Adria.
Datin Adria hanya mengangguk dan menyambut Arfa.
Nura masuk ke dalam rumah dan naik ke tingkat atas untuk memanggil Aliff dan Deniel untuk minum petang bersama.
Petang itu, mereka sekeluarga minum petang bersama sambil melihat gelagat Deniel yang bergaduh bersama Tuk Pa nya.
.......
"Jemput masuk Dato', Datin."ujar Encik Nadim seraya berjabat tangan bersama Dato' Kamal. Puan Maria pula bersalaman bersama Datin Adria.
Muka cuba dimaniskan sehabis baik. Ketara pula nanti bila tak suka akan kehadiran ibu bapa angkat anaknya. Sakit di hati tak usah di kata bila melihat pakaian mereka sekeluarga yang sedondon itu.
Nura dan Aliff bersalaman dengan mereka berdua, Deniel turut melakukan hal yang sama terhadap atok dan nenek tirinya. Tetapi gaya Puan Maria seperti nak tak nak sahaja menyambut huluran tangan cucunya.
"Nura, Aliff meh masuk."ajak Datin Adria. Dia berjalan masuk bersama sang suami di sebelah.
Pakaian mereka sekeluarga berwarna royal blue. Datin Adria dan Nura mengenakan dress yang sangat elegan manakala Dato' Kamal dan Aliff mengenakan tuxedo kerana tempat resepsi itu diadakan di dewan hotel.
Mereka melangkah masuk dengan penuh karisma. Tetamu yang hadir turut tidak melepaskan peluang memandang ke arah keluarga mereka. Muiz menunjukkan tempat duduk buat keluarga mereka, Marvin turut tidak melepaskan peluang dengan duduk semeja dengan mereka malah dia turut memakai pakaian yang sedondon dengan keluarga angkatnya.
"Pak usu, bila nak balik rumah. Den nak main game dengan pak usu."ujar Deniel di sebelah Aliff dan Dato' Kamal.
"Pak usu cuti tinggal lagi seminggu je. Lepastu pak usu dah balik London."terang Marvin yang duduk di sebelah Nura.
"Pak usu jahat. Pak usu tak sayang Den dah."rengek Deniel.
"Deniel, stop it. Kalau buat perangai no ice cream for a week."ugut Aliff dengan nada sedikit tegas.
Mencuka muka Deniel bila diugut sebegitu. Satu meja tergelak kecil melihat perangai Deniel yang manja itu.
"Dah ada adik pun nak manja - manja lagi."ejek Dato' Kamal.
"Tuk pa."rengeknya lagi.
"Mempersilakan kedua mempelai kita Nuha Medina binti Nadim dengan heronya iaitu Amirul Asyraf bin Ridhwan. Sama cantik sama padan pasangan raja sehari kita ni, semoga pasangan ini berbahagia ke anak cucu."tutur pengacara majlis.
"Tak lupa juga buat tetamu VVIP kita Dato' Kamal serta isterinya, Datin Adria. Dato' Aliff serta isterinya Datin Nura bersama anak - anak mereka yang comel, Deniel Irham serta Nur Arfa Imani Marina Shah yang sudi datang bagi memeriahkan majlis gemilang ini."
Nuha mencebik bibirnya seketika sebelum senyuman sinis di ukir di bibir merahnya.
'Just wait and see Nura.'
___________________________________________
Maaf lambat update.... Sorry kalau tak best... Hambar sikit sebab tengah kering idea..... Dalam beberapa minggu ni memang busy.... Nak buat research, assignment lagi...... Program untuk bulan 2 nanti... Memang tak menang tangan bulan untuk bulan 1 ni... Lepas bulan 2 insyaallah dah kurang sikit busynya..... Kalau ada idea nanti boleh lah update... Tak sabar nak habiskan.....
Lupa nak wish new year. Dah dekat seminggu dah new year tu😭
Happy new year..... Semoga tahun ni lagi baik dari tahun ii yang sebelumnya......
Salam sayang,
Nfan
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro