Bab 34
Susana di dalam kereta sunyi sepi hanya kedengaran bunyi radio sahaja. Nura di belakang hanya melayan perasaan sesekali matanya dikerling ke sebelah melihat Arfa yang lena. Manakala Deniel pula sudah tidur di seat sebelah pemandu. Aliff mengerling seketika ke arah isterinya.
"Sayang, are you okey?"soalnya melihat isterinya dari cermin pandang belakang.
Nura yang mengelamun segera mengalihkan perhatiannya pada sang suami. Dia tersenyum nipis.
"Okey je. Kenapa abang?"soalnya pada si suami yang memandu.
"Nothing. Abang tengok sayang mengelamun semacam je. Sayang nak apa - apa ke sebelum kita sampai rumah?"soalnya lagi.
"Hmm, takde kot. Nura cuma nak memasak je. Rindu."dengan nada manja Nura membalas pertanyaan si suami.
"Okey sayang. Tapi hari ni sayang tak boleh masak. Sebab penat baru balik dari Melaka kan. So, hari ni kita makan dekat luar, sayang request nak makan dekat mana?"
"Mana - mana je lah bang."jawab Nura.
Aliff terus memandu menuju ke Melawati Mall untuk makan tengah hari. Memandangkan mereka bergerak jam 10.30 pagi, jadi tengah hari mereka tidak menjamah apa - apa makanan lagi.
.........
Tepat jam 4.00 petang mereka sampai ke rumah mereka. Aliff segera turun dari kereta dan membuka pintu rumah, setelah itu dia menuju ke pintu penumpang bahagian belakang untuk menolong Nura yang mengendong si kecil keluar dari kereta.
"Deniel, tolong mommy dekat dalam okey. Daddy nak angkat beg baju."tutur Aliff sambil tangannya membuka bonet kereta.
"Alright daddy."balasnya lalu berlari masuk ke dalam rumah. Kasutnya di buka dan di simpan di rak kasut.
"Mommy!"panggil Deniel yang berjalan menuju ke ruang tamu.
"Iye sayang. Daddy mana?"sahut Nura sebaik sahaja terdengar sang anak memanggilnya.
"Daddy angkat barang. Daddy suruh Den teman mommy dgn baby."ujarnya lalu duduk di sebelah Nura.
Nura mengangguk tanda faham.
"Dah petang ni Den. Naik atas mandi, kejap lagi mommy naik siapkan baju Den."arah Nura lalu membetulkan bantal peluk si kecil.
"Okey mommy."balas Deniel lalu naik ke biliknya.
Sebaik kelibat Deniel hilang dari pandangan, Nura menyandarkan tubuhnya di sofa. Dia memejamkan matanya sebentar untuk menghilangkan lelah dan lenguh badan kerana duduk lama di dalam kereta.
"Mana Deniel?"soal Aliff sebaik meletak beg pakaian mereka di tepi tangga.
"Nura suruh dia mandi, abang jaga Arfa kejap. Nura nak siapkan Deniel."ujar Nura sambil melabuhkan kepalanya di dada sang suami sebaik sahaja Aliff duduk di sisinya. Ingin bermanja sebentar bersama suami!
Aliff tersenyum melihat tingkah isterinya yang manja itu. Dia mengusap kepala isterinya dengan lembut sebelum melabuhkan ciuman di ubun - ubun isterinya. Hilang penatnya melihat tingkah isteri yang manja.
"Manja sangat sayang hari ni. Kenapa?"soalnya.
"Takde apa - apa pun. Saja je. Dah lah, Nura nak naik jap. Abang jaga baby."ujarnya lalu bangun dan naik ke tingkat atas sambil membawa tudung yang dipakainya serta beg tangannya.
Aliff membawa turun Arfa yang berada di atas sofa sebaik sahaja dia membentang tilam baby. Seusai meletak anaknya itu, Aliff membaringkan tubuhnya di sebelah anaknya yang tidur pulas. Matanya di pejam rapat tidak sampai beberapa minit dia sudah terbang ke alam mimpi.
.........
"Ma, bila mama nak call perempuan tu?"soal Nuha.
"Erm, nanti lah. Rimaslah nak cakap dengan perempuan tu."rengus Puan Maria.
"Jangan lah lambat - lambat. Nanti lari plan kita macam mana."marah Nuha.
"Tahu lah apa yang mama nak buat nanti. Kamu siapkan je lah diri tu nak kahwin."rungut Puan Maria sebelum naik ke tingkat atas. Dah lah panas. Anaknya pula bikin hatinya panas. Haih bila lah suaminya mahu menservis aircond.
Nuha memandang Puan Maria yang sedang menaiki tangga untuk ke bilik tidurnya.
"Hish, panaslah rumah ni."tuturnya seraya mengikat rambutnya yang dibiar lepas.
"Apa je yang dah siap?"soal Naufal Muiz di pintu dapur.
"Siap apanya. Mama tu tak nak buat. Sikit - sikit panas. Abang tu apa lagi, dah tahu rumah ni panas kan. Air cond tak sejuk. Pergi lah call orang servis, suruh servis air cond ni."marah Nuha.
"Erm, nanti abang call lah. Ada apa - apa ke yang abang boleh tolong?"soalnya sambil memandang adiknya.
Nuha berfikir sejenak. Tiba - tiba otaknya merencanakan sesuatu. Nura! Ya, wanita itu.
"Abang call Nura. Suruh dia balik rumah ni sebab mama rindu dia. Alang - alang tu suruh dia stay sini sebab wedding Nuha pun nak dekat dah."ujarnya bersama sengihan sinis.
"Esok abang call. Sebab abang ada kerja sekarang ni. Nuha buat lah gubahan tu. Karang abang call orang yang servis air cond rumah."ujarnya lalu melangkah keluar dari rumah ibu bapanya. Keretanya dituju. Dia mahu ke rumah Nura. Rindu akan wanita itu.
............
Nura melangkah turun tangga dengan memimpin tangan Deniel. Pelik! Dimana suami serta anaknya. Hilang ke mana mereka.
"Mommy."panggil Deniel.
"Iye."sahut Nura.
"Tu."jari telunjuknya ditunjukkan di ruang tamu.
Nura memandang ke arah tempat yang ditunjuk oleh Deniel. Aliff dan Arfa tidur lena. Tenang! Mereka berjalan menuju ke arah Aliff yang tidur di sebelah Arfa yang berbedung.
Dia duduk di sebelah sang suami manakala anak terunanya duduk di sebelah sang adik.
"Abang."kejut Nura lembut.
Sunyi.
Tiada pergerakan.
"Abang."sekali lagi sunyi.
"Abang."saja Nura meleretkan suaranya.
Deniel pula mengusik hidung si adik. Bergerak ke kiri kanan kepala si adik mengelak dari kena kacau dengan si abang. Tidak puas di hidung, Deniel mengalihkan jari kecilnya di telinga si adik. Di geli - gelikan telinga si kecil sehinggalah si kecil itu membuka matanya dan merengek.
"Abang. Bangunlah anak nangis tu."kejut Nura lagi. Bahu Aliff di tepuk sedikit kasar.
Terpisat - pisat Aliff bangun. Di pandang Arfa yang sudah senyap, dikalih pula pandangan ke arah isterinya kemudian berakhir pula pandangannya pada Deniel.
"Kan dah bangun. Good girl lah Arfa ni. Abang Den pun good boy, kejut adik. Daddy je tak good boy sebab liat nak bangun. Itu lah petang - petang tidur lagi."bebel Nura sambil duduk bersimpuh di sebelah sang suami. Ditarik tilam anaknya didekatkan dengan dia. Kain bedung di buka, sebaik sahaja kain bedung di buka si kecil itu terus mengeliat sedikit.
"Ngantuk lah sayang."rengek Aliff, dia meletakkan kepalanya di bahu Nura.
Deniel pun tidak mahu mengalah, dia meletakkan kepalanya di paha Nura. Haish, anak beranak ni. Mengada - ngada! Diusap kepala Deniel lemah lembut.
Aliff yang terpandang adegan itu mula merengek. Nura pelik melihat tingkah suaminya. Dah kenapa?
"Sayang usap lah kepala abang jugak. Bukannya Den sorang."rengek Aliff. Dia juga ingin bermanja dengan isterinya.
"Pergi lah mandi dulu. Nanti Nura usap kepala abang ye. Abang mandi lepastu solat. Nura siapkan nescafe abang."ujar Nura. Memujuk si suami.
"Hmm, okey lah. Nak kiss."
"Jangan nak pervert depan anak eh. Pergi mandi sekarang."saja ditegaskan suaranya.
"Hmm."terus Aliff bangun dan melangkah naik ke bilik.
Pandangan sahaja dihantar buat menemani sang suami, sebelum dikalih pandangan ke arah Deniel. Tergeleng kepalanya melihat Deniel yang sudah tertidur di pahanya. Dia mengangkat kepala Deniel dengan berhati - hati sebelum di capai bantal yang ada di atas sofa. Diletakkan kepala anaknya di atas bantal segi empat yang berwarna krim.
Nura mengalih pula ke arah si kecil, tubuh si kecil di betulkan sebelum membuka romper berwarna merah jambu. Sarung tangan dan seluar juga turut ditanggalkan. Kini anaknya sudah separuh naked, beg baju milik si kecil di capai. Dikeluarkan tuala, baju tidur, sarung tangan dan kaki, napkin dan kain bedung baru. Bekas minyak dan bekas mandian turut dikeluarkan. Tikar getah selepas mandi turut dikeluarkan di bakul milik si kecil.
Aliff melangkah menuruni tangga sebaik sahaja selesai mandi dan solat. Dia terus menuju ke arah si isteri. Tubuh montel anaknya di gomol sekejap.
"Mandikan Arfa ke?"soal Aliff
"Haah."
"Tak sejuk ke?"
"Heater kan ada."
"Abang. Esok kita beli barang baby sikit lagi eh."ujar Nura.
Aliff hanya mengangguk, dia menolong isterinya mengangkat barang mandian anaknya dan menuju ke tandas di bawah.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro