Bab 29
Sebuah kereta Proton Persona masuk ke dalam kawasan rumah Tok Tahir dan memarkir di sebelah BMW Aliff. Aliff yang sedang duduk bersembang dengan Tok Tahir hanya memandang kereta tersebut pelik. Keluar susuk tubuh yang tidak dapat dicam olehnya.
"Assalamualaikum."ucap lelaki yang baru keluar dari kereta tadi. Dia menuju kearah Tok Tahir dan Aliff yang duduk di pangkin yang berada di bawah pokok.
Lelaki itu menyalami tangan Tok Tahir dan Aliff. Sebelum itu dia membuka Rayban miliknya lalu menyimpan di kolar baju yang berjenama Polo.
"Muiz."ujar Tok Tahir lalu memeluk tubuh badan Muiz. Muiz membalas pelukan itu dengan linangan air mata. Sudah lama dia tidak pulang ke kampung bukan kerana sibuk dengan kerja tetapi kerana dia malas mahu berjumpa dengan ahli keluarga belah bapanya.
"Lama mike tak balik. Tok ingat mike dah lupa jalan balik sini."
Muiz tersenyum kelat mendengar bicara dari mulut atoknya.
"Maaf tok. Teman lama tak balik. Teman sibuk sikit. Ni cuti seminggu itu yang ingat nak bercuti di sini."
"Mama dengan papa tak datang sekali ke?"kali ni Aliff pula menyoal. Dari tadi dia mendiamkan diri sahaja.
Terus berubah air muka Muiz. Tok Tahir juga menunggu jawapan dari mulut Muiz.
"Erm, papa sibuk. Tak dapat cuti."bohongnya. Dia kesini juga ibu bapanya tidak tahu. Niat dia kesini mahu memujuk adiknya serta memohon maaf.
Tok Tahir hanya mengangguk. Aliff pula hanya tersenyum. Faham agaknya yang Muiz mahu menjaga hati datuknya itu.
"Mana opah?"soal Muiz matanya melilau mencari kelibat opahnya.
"Ada tu dekat atas. Nura tengah mengurut."balas Aliff lalu berdiri memakai selipar.
"Nak kemana ni?"soal Muiz pelik.
"Nak naik. Tengok Deniel."ujar Aliff lalu beredar masuk ke dalam.
"Mana yang lain tok. Senyap je."
"Yang lelaki kerja, yang perempuan ada dekat atas tengok baby. Yang budak - budak sekolah."
"Erm. Tok Muiz naik dulu ye. Nak mandi."
"Hmm pergilah."
............
"Sayang."
"Hmm."
"Mana opah?"
"Dah keluar. Kenapa?"
"Takde apa - apa. Dah habis mengurut ke?"
"Baru je habis. Kenapa abang ni?"pelik Nura melihat suaminya.
"Abang Muiz ada sini."ujar Aliff
"Apa?!"jerit Marvin yang baru masuk ke dalam bilik Nura dan Aliff sambil mendukung Deniel yang tertidur.
Segera Nura dan Aliff berpaling kearah pintu.
"Apa yang dia buat dekat sini?"soal Marvin dingin.
"Marvin."panggil Nura lembut.
"Dia kata dia cuti dua minggu. Itu je yang abang tahu."ujar Aliff
"Kalau dia da-"
Tok tok tok
Pintu dikuak dari luar muncul wajah opah sambil membawa air kunyit untuk Nura. Terkejut opah apabila melihat semua memandang kearahnya.
"Dah ngape kome nengok opah rupa itu?"soalnya lalu melangkah menuju ke arah Nura yang duduk di atas katil bersaiz queen.
"Tak de apa lah opah."balas Marvin
"Nah minum ni Nura. Opah nak masak makan tengah hari ni."ujar opah lalu beredar meninggalkan mereka.
Nura dengan muka terpaksa mengambil cawan yang berisi air kunyit itu lalu diminumnya berkerut - kerut mukanya saat air itu masuk ke dalam kerongkongnya,sudah hampir seminggu dia berpantang di sini. Ini lah air herba yang opah selalu buatkan selain air herba akar kayu. Mula - mula minum tekaknya tidak boleh menerima air itu, habis muntah dibuatnya sehingga lemah tubuh badannya.
"Kak, Marvin nak keluar dulu."ujar Marvin lalu bangkit dari kerusi di meja solek.
"Kejap. Abang ada benda nak bincang dengan korang."
Terangkat kening Nura dan Marvin.
"Kenapa?"soal Marvin.
"Abang ingat abang nak ambik anak angkat."
"Huh? Untuk apa?"soal Nura
"Abang dah bincang dengan atok. Sekarang ni abang nak persetujuan dari korang berdua."
Sekali lagi terangkat kening dua beradik itu.
"Abang nak ambik anak angkat,"kata Aliff lancar.
"Tapi kenapa?"soal Nura perlahan dan mendapat anggukan dari Marvin.
"Abang tak nak sayang sunyi kalau abang dan Deniel takde dekat rumah. Abang tak nak sayang rasa sedih sebab arwah anak kita."ujar Aliff panjang lebar.
Nura mendiamkan diri sama seperti Marvin. Kemudian, dia mengeluh seketika.
"Abang, Nura kan takde susu badan. Macam mana nak jadikan dia anak susuan kita?"soal Nura.
"Nanti abang tanya kawan abang. Jadi confirm ye."
"Marvin tak kisah bang. Asal abang and kakak happy."
"Nura pun sama."
Aliff tersenyum.
..............
"Dah mandi dah ke? Meh sini makan, opah ada masak lauk kegemaran kamu ni."ajak Opah Hasinah di meja makan.
Muiz tersenyum nipis lalu melangkah menuju ke arah opah. Dia terus duduk di kerusi lalu mengambil pinggan dari tangan opah.
"Makan opah."ajaknya.
"Makanlah. Opah baru je selesai makan dengan atok kamu. Ni opah nak bawak nasi Nura."
"Nu-"
"Assalamualaikum opah. Ni mak suruh bagi kat opah akar kayu. Untuk si Nura tu."ujar Amylia di pintu belakang.
"Waalaikumussalam."ucap opah dan Muiz serentak dan menoleh kearah pintu belakang.
"Letak lah dekat situ. Tolong rebuskan sekali ye. Opah nak hantar nasi ni dekat Nura."
"Eh, tak payah. Meh sini nasi ni Yaya yang hantar dekat Nura. Opah rebuslah akar kayu tuh."bantah Nura lalu mengambil dulang yang berisi nasi dan air untuk Nura dan meninggalkan opah serta Muiz di dapur.
"Opah, Yaya kerja mana sekarang ni?"soal Muiz yang menyambung makan semula.
"Entah, tak silap opah dia kerja dekat pekan tu jadi kerani. Dah ngapa kamu tanya pasal Yaya ni?"soal Opah sambil membawa akar kayu untuk dibasuh sebersih - bersihnya.
"Takde apa lah opah. Saja teman tanya. Lama kan tak balik sini."
"Itulah lain kali rajin balik sini. Jangan nanti kamu balik tengok mayat opah dengan atok je. Almaklumlah, sibuk sangat nak cari harta dekat dunia tapi harta akhirat tak sibuk pulak nak cari."
Muiz terdiam. Benar kata opah, mereka sekeluarga sibuk mencari duit sehinggakan tidak solat. Mama serta papa juga jarang pulang ke kampung, menolong opah dan atok dari segi kewangan ataupun menjaga mereka juga tidak dilakukan walhal atok dan opah ini ibu serta ayah papa.
Opah yang selesai menghidupkan dapur gas itu terus sahaja beredar menuju ke laman belakang. Dibiarkan sahaja Muiz yang terkedu. Bukan dia tidak perasan Muiz terdiam sebaik sahaja dia berkata tadi malas mahu mengambil tahu. Harap - harap sedarlah dia tu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro