Bab 20
Malam itu Nura kelihatan agak cantik dengan busana dari Rizman Ruzaini. Dress yang berwarna putih diserikan dengan manik hitam membuatkan dress itu agak menarik walaupun simple.
Aliff juga tampak menawan dengan tuxedo yang warnanya sedondon dengan Nura.
Seluruh ahli keluarga Aliff memakai baju yang ditempah khas dari Rizman Ruzaini.
"Why are you so beautiful?"soal Aliff sebaik masuk ke dalam bilik dengan suara yang agak menggoda
Pipi Nura sudah merah.
"Mana ada lah bang. Nura biasa je ni."balas Nura sedikit gugup
Aliff tersengih.
"Pipi sayang dah merah."ujarnya gembira
Nura memegang pipinya yang terasa panas.
"Abang ni.."leret sahaja suaranya
"Sayang."panggil Aliff
"Hmm."
"Are you ready to be my 'Datin'?"
"If I say yes or no nothing will happen. Title 'Datin' tu tetap ada dekat nama Nura kecuali kalau abang dah lafazkan talak."balas Nura perlahan
Dia bukannya kisah dengan semua harta benda. Yang dia kisah hanyalah kasih sayang serta cinta dari suaminya.
Aliff tersenyum nipis. Memang betul pilihan dia untuk memperisterikan Nura Medina, gadis yang baik, cantik, sopan, lemah lembut dan sanggup menjadi ibu kepada anaknya itu.
.........
Hotel The Royal Chulan merupakan tempat dimana majlis itu bakal berlangsung.
Sebaik sahaja sampai, terus sahaja mereka sekeluarga menuju ke ballroom yang ditempah khas untuk majlis ini.
Ada juga wartawan - wartawan di kawasan ballroom yang ingin membuat temu bual bersama jutawan muda Malaysia.
"Abang, Nura rasa seganlah."ujar Nura berbisik di telinga suaminya
"Nak segan kenapa pulak?"soal Aliff pelik
"Ye lah dengan wartawan lagi, tengok perempuan - perempuan tu cantik. Mesti abang tergoda."balasnya sedih
Aliff menahan tawanya. Nura sudah mencebik bibir.
"Ya Allah sayang.. buat apa abang nak tergoda dengan dorang semua tu. Tak bernafsu tau tak. Jangan lah cebik bibir macam tu, nanti baby ikut perangai mommy dia."tutur Aliff seraya memujuk si jantung hati
Nura menahan senyum.
"Dah jom abang kenalkan sayang dengan kawan - kawan abang."ajak Aliff
Nura hanya mengikuti langkah suaminya.
"Hello, Dato' muda. Apa khabar?"ucap Amirul sambil tersengih
"Khabar baik bro. Kau datang sorang ke?"soal Aliff sambil mata melirik ke arah cinta hati yang hanya mendiamkan diri
"Hahaha. Datang sorang lah bro. Future wife aku ada masalah. Ni siapa bro? Muka macam familiar je."soal Amirul sambil memandang Nura atas bawah
"Ni wife aku, Nura Medina. Sayang ni kawan abang, Amirul Asyraf."perkenal Aliff
"Oh. Hai, patut nampak macam familiar je. Rupanya Nura Medina kakak kepada Nuha Medina."
Nura tersenyum kekok.
"Eh, wait. Macam mana kau kenal Nuha?"soal Aliff pelik
"Dialah future wife aku."balas Mirul tapi mata tetap memerhati Nura
Nura kelihatan agak tidak selesa. Terus mencari alasan untuk melarikan diri.
"Abang."panggil Nura
"Yes sayang. Why?"soalnya prihatin
"Nura pergi dekat ibu dengan ayah eh. Penatlah nak berdiri lama-lama."
Aliff mengangguk tanda mengizinkannya.
Sebaik mendapat keizinan dari suaminya, Nura terus melangkah ke arah meja ibu dan bapa mertuanya. Dia melabuhkan punggungnya disebelah Adriana.
"Pahal kau tak tungggu laki kau je?"soal Adriana pelik sebaik sahaja Nura duduk di kerusi sebelahnya
"Takut aku dengan kawan dia tu. Pandang aku atas bawah. Tak nak aku."balasnya
"Seriously! Nak mati dia ni!"ujar Adriana dengan kuat
Semua tetamu yang duduk berhampiran meja memandang ke arah Adriana termasuk Aliff dan Mirul.
Nura yang perasan semua memandang terus menundukkan sedikit wajahnya kerana malu.
"Cuba kau cakap perlahan - lahan. Malu tahu tak semua orang tengok."marah Nura
"Sorrylah aku terkejut tadi."tutur Adriana
Teruk Adriana di bebel oleh seluruh ahli keluarga.
Majlis berjalan dengan lancar sekali tanpa sebarang gangguan. Mereka duduk di meja paling hadapan sekali.
"Dipersilakan Dato' Aliff Iman Shah untuk memberi sepatah dua kata."ucap pengerusi majlis
Seluruh dewan bergema dengan tepukan dari para tetamu. Aliff bangun dan membetulkan coatnya sebelum naik ke atas pentas.
"Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua tetamu yang hadir pada malam ini. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada seluruh staff saya yang sanggup bersengkang mata untuk menghasilkan proposal mega projek.
"Bagi saya title Dato' tu tak berapa penting. Yang penting hanyalah kejujuran dalam menguruskan perniagaan. Terima kasih buat ahli keluarga saya yang selalu menyokong saya dari belakang, yang ada ketika jatuh bangun saya. Terima kasih pada isteri saya Datin Nura Medina yang selalu ada di sisi saya selama ini. Jangan risau untuk para staff hujung bulan ni saya akan adakan family day di Lexis Hibiscus, Port Dickson. Sekian terima kasih."ucap Aliff tenang
Semua pekerja bersorak gembira sebaik mendengar family day yang akan di adakan 2 minggu lagi.
"Okey terima kasih Dato'... Mesti semua dah laparkan, mari kita makan."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro